Friday, February 17, 2012

Air Tangan Suami

Assalamualaikum,

Cerita pasal makan-makan lagi.. Kali ni nak share makanan yang disediakan oleh suami tercinta buat isterinya ni :D

Alhamdulillah, my pumpkin kekadang rajin jugakla masuk dapur tolong masak untuk wife dia nih ehe.. Bila dia masak memang aku tak kacaula.. Biar dia buat cara dia sendiri.. And masakan dia memang sedap walaupun kekadang simple-simple je.. Ala, aku pun masak simple je untuk dia. Adil la tu kan ehehe..

Terima kasih sayang :)

Yang ni dia masakkan untuk aku, ketupat sotong!
Masa tu baper minggu eh pregnant, lupe pulak.
Tekak ni teringinnn sangat sangat nak makan.
Nak buat sendiri tak reti. Then dia kata dia pandai ehehe..
Apa lagi, pegi pasar cari bahan.. Sume dia yang beli, dari pilih sotong sume lah..
Lidi pulak sanggup berenti tepi jalan, amik lidi kat pokok kelapa renek2 yang ditanam di tepi jalan haha
Gigih suami saya!
Sume dia buat, start dari siang sotong (buang dakwat), perah santan, sumbat pulut, semua2lah..
Aku makan je ehehe
Memang menjadi! Aku makan tak taula berapa ekor..
Pastu pegi checkup kat klinik, gula naik! hahaha..

Yang ni ikan jenahak masak stim..
Pegi pasar pastu nampak ikan ni, terus dia beli sebab dia pun teringin nak masak stim.
Dia cakap biar dia je yang buat...
Aku tak pernah makan ikan macam ni.. ada asam boi.
Macam pelik je mula2 tu nak makan ehehe
Tapi rasanya memang sangat marvellous la!
Nyesal beli sekor je ikan tu huhuu

Yang ni pulak air limau kasturi asam boi..
Dia jugak yang buat ehehe..
Sedap sedap... sejuk je anak tekak ni lepas minum :D
My pumpkin memang selalu sangat suruh aku minum air limau.
Sebab limau ni kaya dengan kandungan asid folik..
Time pregnant, asid folik sangat penting untuk pertumbuhan tengkorak bayi (kalau tak silap akula)
Jadi minumla banyak-banyak :)

Dia pernah jugak masak tom yam.. Tapi tak tersnap gambar la pulak.. Memang sedap. Sebijik macam kat kedai ehehe... Dah boleh bukak kedai makan my pumpkin ni ahaha.. Mana la tau kan, lepas pencen nanti :D

6 comments:

  1. air asam boi limau kasturi tu bukan ke org sabah panggil air kitchai ping? sama ke ek? hehe ...tapi sedap kan air tu..hilang dahaga....:)

    ReplyDelete
  2. a'ah betul2,org sabah pnggil kitcai ping (air limau asam boi)hehehe...

    ReplyDelete
  3. sedap tuh..alhmdulilah suami kiter rajin masak2..hehe..

    ReplyDelete
  4. kalau kahwin ngan askar memang diorg ni terer masak gamaknye... my hubby pn rajin masak.. walaupn xde la sedap mcm kedai, tp ok la at least dia RAJIN masak. haha...

    tp ade yg dia terer masak n sedap dari yg ana masak. huhu

    ReplyDelete
  5. alamak sebut pasal masak, dah lama betul tak masak

    ReplyDelete
  6. noli@ibuwafa
    hehe tu la.. bertuah kita ni kan hihih

    ryehanna
    betul2.. setuju sangat ehehe.. maybe sebab dorang ni dah biasa di train berdikari kan. so rajin la hehe

    sharinginfoz
    sekali sekala masakla.. sure wife makin sayangg hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...