Tuesday, November 29, 2011

Eee Tak Pahamla Kenapa!

Assalamualaikum,

Aku rasa aku nih ada masalah emosi nih..

Aku tak pahamla kenapa.. Dulu masa duduk jauh dengan my pumpkin, everytime dia call atau aku call, aku mesti nangis. Cakap benda bese pun air mata aku boleh mengalir. Sampai my pumpkin pun naik fed up. Ratu air mata dia cakap.. Sikit-sikit nangis. Aku pon tak paham...

Now dah duduk dekat takde nangis nangis. Eh ada jugak, kalo gadoh-gadoh manja, aku sure nangis. Tapi tak penah nangis depan dia :P

Ermmm.. sekarang kalo aku call mak atau mak call aku, aku mesti nangis. Mesti jadi sebak-sebak.. Pastu mulala keluar air mata, air hingus... Puas tahan tapi tak tertahan jugak. Suara pun jadi lain... Tersekat-sekat. Mak sure perasan ni aku nangis. Haih malunye! Dah tua nak nangis lagi.

And I know I know it's not good for my darling baby.. Tapi aku takleh tahanla! Aku pon tak tau nape hati ni mudah sangat terusik, tersentuh. Padahal bukan ada ape pon. Dah macam-macam cara aku buat nih nak control. Tapi tetap tak jadi.. Eeee tak paham!

Baby jangan ikut mama ye.. Dah kuar nanti jangan nangis-nangis selalu yeee...

Monday, November 28, 2011

Hari Ni Kita Tolong Orang, Insyaallah Esok Orang Tolong Kita Pulak, kan?

Assalamualaikum,

Hah panjang tajuk kali ni. Aku tengah geram ni. Geram bila ada yang dok bising-bising aku laki bini tolong orang..  Tolong bagi tempat tinggal, tolong bagi pinjam kereta.. Dah kemudahan tu dah ada, biarlah.. Hubby pegi keje dengan moto, kereta tak pakai jugak. Daripada orang tu sewa kereta RM80 sehari baik pakai je kereta hubby aku tuh.. Sekurang-kurangnya bergerak jugak kereta tu.. Minyak isi sendiri la..

Cuba bayangkan kalau kita yang perlukan bantuan? Mestila kita nakkkkk sangat orang tolong, betul tak??

Aku tak pahamla.. Apa masalahnya aku tolong orang?

Aku cuma pegang pada satu ayat ni je, hari ni aku tolong orang, esok bila aku susah, insyaallah ada orang akan tolong aku. Betul tak?

Macam masa aku mula-mula sampai Sabah dengan hubby dulu. Apa pon takde dalam umah ni. Nak makan takde makanan.. Nak pegi mana-mana takde kereta.. Syukur alhamdulillah ada jiran yang baik hati, bagi pinjam kereta, bagi pinjam moto.. ajak kitorang makan. Seminggu lebih pulak tu.... Kes aku ni sama dengan kes orang yang aku tolong ni... Aku paham macamana keadaan dorang. Takde sape-sape kat sini nak mintak tolong. Dah aku mampu nak tolong, aku tolongla..

Gerammmmmmmmmm.....

Cubala letakkan diri kira kat tempat orang yang perlukan bantuan tu....

Sunday, November 27, 2011

Pearls Anybody? :)

Assalamualaikum,

Dah bape minggu eh berhenti kerja? 3 minggu? Almost a month dah rasanya. Seriously, I am damn bored! Bosannye duduk rumah....... Doing the same things everyday. Kemas rumah, tengok tv, makan, tido.. Bukan aku tak suka, aku suka. Part paling suka dapat stay dengan my husband la kan. Tapi dia keje. Memalam jele ada masa dengan dia. And kalo dia duty... aiyark bosan tak payah cakap...

Rasa macam nak kena keje jugakla.. Thinking of starting online business. Tapi... nak jual ape? Dan persoalan paling penting, modalnya nak cekau dari mana? Hmmm....

Kalau aku jual accessories made from pearls agak-agaknya ada ke yang nak beli? :D Almaklumle, Sabah ni kan banyak pearls. Cantik-cantik pulak tuh! . Hmmmm...modal starting tuh nak cari dari mana huhuhu..

Takpe, rancang dulu kan? Nanti start slowly. Insyaallah :)

Thursday, November 24, 2011

Ikan Kelah Jinak Di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Sabah

Assalamualaikum,

Heheh mak ayah jadi model :)

Akhirnya, dapat jugak pergi ke Tagal Sg Moroli ni. Masa pergi Sabah awal tahun hari tu Tagal ni tutup. Kali ni alhamdulillah bukak. Rezeki mak ayah untuk tengok sendiri keajaiban kerja Tuhan ni. Macamana ikan-ikan sungai boleh jadi jinak dengan orang...

Bayaran masuk ialah RM3.00. Er kalau tak silap aku la. Dah lupa dah sebab my pumpkin yang bayar hehe.. Ada limit time jugak. Bila masa kita dah tamat dia akan announce. Nak bawa masuk kamera kena bayar RM3. Tapi haritu kitorang bleh bawak masuk for free sebab air sungai tu keruh. Pakcik yang jaga tu cakap kalo air jernih memang dorang akan caj...

Dalam banyak banyak ikan kelah ni sesat sekor ikan keli. Aku tengok pun gerun. Ikan keli kan berbisa. Tapi pakcik jaga tu cakap ikan keli tu dah jinak dengan orang. Dia tak sengat.. Huh tapi tetap gerun. Besar weh! 

Dorang jual jugak makanan ikan. Sepeket 20 sen. Cara nak bagi makan, letak dalam genggaman tangan, masukkan dalam air. Nanti ikan-ikan tu datang hisap. Tu kalo tengok video ni boleh dengar bunyi srottt srott ehehe...


Anak buah aku buat-buat berani masuk dalam air jugak

my pumpkin tengah bagi makan :)
banyak gile ikan tu kan??

Air sungai keruh

Khalis takut dengan ikan keli ada sekor sesat hihihi

Overall memang puas hati la. Aku try jugak masukkan kaki sekejap. Huh geli! Lebih geli daripada fish spa yang kat shopping complex tu. Ikan-ikan ni kan jauh lagi besar... Menakjubkan sungguhla. Macamana ikan sungai ni bleh jadi jinak dengan orang.. Kalau ikan bela lain la kan.. Kerja Allah SWT...

Sape-sape yang nak melancong ke Sabah tu blehla ke sini.. Seronok! Lepas tu bleh pergi Ladang Teh Sabah. Kat sebelah je :)

Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

Entry Sepantas Kilat

Assalamualaikum,

Entry pantas sebab line Maxis BB adalah sangat slow di Tuaran! wuhuhu.. GPRS sahaja *__* Ini pun aku type dulu kat notepad, tunggu nak copy paste je.

Aku, mak, ayah, kakak & dua orang anak beliau selamat tiba di Sabah Negeri Di Bawah Bayu tengah malam Selasa lepas, 15 Nov or by right 16 Nov la kan? Penerbangan dari KL ke KK was ok.. Cuma delay selama 30 minit. Sudahnya, kami tiba di KK jam 1 pagi, then sampai di Tuaran, rumah baru aku, jam 2 pagi.. Dah nak Subuh dah masa tu..

Kami dah almost 4 days kat sini. So far so good. Aku sihat Alhamdulillah. Cuma mak & kakak aku je yang tak berapa sihat. Down with flu.. Maybe perubahan cuaca kot? Tempat baru kan..

Berjalan pun sakan jugak dah.. Semalam baru balik dari Kundasang. Syok! Dapat tengok Gunung Kinabalu dari jarak dekat.. Next time la aku post gambar.

Hari ni pulak my pumpkin bawak jalan-jalan dalam base Navy di Teluk Sepangar. Dapatla tengok submarines yang dua bijik tu.. Tengok dari jauh je. Pegi opis my pumpkin, tapi kat luar je..

Esok mungkin pegi Pasar Tamu di Tuaran ni je.. atau kalo rajin, pergi jauh sket.. Pasar Tamu di Kota Belud..

So far ni je aktiviti aku kat Sabah.. Next time cerita lagi ye :)

Adios!

Sunday, November 13, 2011

Sape Call Dulu?

Assalamualaikum,

Post semalam:

Seorang teman wanita dan seorang isteri telah menghantar SMS berikut kepada teman lelaki dan suami masing-masing dalam masa yang sama:
"Abang, call kejap,boleh?"
Cuba teka.. sape yang call dulu. Teman lelaki atau suami??
Ce teka ce teka.. Sape dapat teka tak dapat hadiah :P


Manjeamusyuk teka:


Ye manjeamusyuk, anda betul!
Teman lelaki yang call dulu :D
Takde hadiah untuk anda ekekeke...
Aku suka ayat dia yang seterusnya tuh, kalo gf suami yang msj barula suami call dulu.
Haha bernas!


Actually situasi yang kat atas tu terjadi pada aku dan adik aku ehe.. 


Alkisahnya, aku dan keluarga pegi Terengganu weekend lepas. Aku dengan adik kebetulan pulakla henpon takde kredit. Aku nak suruh my pumpkin call sebab nak bagitau dia aku nak keluar. Adik pun sebok gak nak mesej pakwe dia suruh call jugak :P So kitorang guna henpon akak ipar dan hantar mesej yang sama pada waktu yang sama...


Dan.... macam manjeamusyuk cakap, boipren adik aku yang call dulu! Huwaaa.. Sejurus lepas hantar mesej tuh, terus henpon adik aku bunyi.. Aku punye pulakkk.. sunyi sepi. Cehs!


Dalam hati aku masa tuh, huh, nampak sangat haa beza boipren dengan suami... Masa bercinta bagai nak rak kan, kalo suh call cepat-cepat call, ni dah jadi bini, suruh call pun bo layan je wuwuwu *emosi ibu mengandung memangla over*


5 minit kemudian barula henpon aku membunyikan lagu "Ku mencintaimu... lebih dari apa punnnnnn....." Cecece ringtone Kekasih Gelapku tak tahan tuu ekekek...


Laki aku dah call! Ingat nak merajuk, tapi tak bahekla kannn... But still aku interrogate dia.


"Abangg, nape sekarang baru call? Tadi gi mana? Solat ke? Ke dalam bilik air?"


Nak tau apa jawapan dia?


"Ohhh sori yanggg.. Abang ralit tengok Tamil tadi. Bes pulak Tamil malam ni yangg.. Ada lawan lawan. Kelakar pun ye jugak.. Mapley mapley! Mama mama! Best yang. Abang dah nak call dah tadi, dah pegang dah henpon tapi ralit sangat......"


*_____________________*


Oh suamiku...


Tak jadi haa aku nak marah. Nak tergelak pun ada. Adoiiii.... 


Suamiku dan Tamil, memang takleh dipisahkan...

Saturday, November 12, 2011

Teman Lelaki vs Suami

Seorang teman wanita dan seorang isteri telah menghantar SMS berikut kepada teman lelaki dan suami masing-masing dalam masa yang sama:

"Abang, call kejap,boleh?"

Cuba teka.. sape yang call dulu. Teman lelaki atau suami??

Ce teka ce teka.. Sape dapat teka tak dapat hadiah :P

Wednesday, November 9, 2011

Menggamit Kenangan Lama di KB Mall

Assalamualaikum,

Harini my sis ada date dengan kawan dia di KB Mall. Aku pon saje jela tumpang sekaki, ikut sekali. Macam bosan je asyik dok rumah. Lagipon aku nak banyak berjalan, nak hilangkan bengkak di kaki ni.. Aku heret sekali anak buah aku, Alia yang tak pergi sekolah hari ni sebab lelah..

Last aku pegi KB Mall bile entah. Dah lama kot. Aku ni bukan suka sangat berjalan ke shopping complex tak tentu hala. Unless memang ada barang nak beli. Tadi ada jugakla terniat nak beli contact lenses. Dah beli dah pun ehe.. Pergi satu kedai yang adik aku recommend. Murah jugak. 3 pairs for RM35. Tapi ikut brand la. Yang RM35 ni Bausch & Lomb 38.. Aku bese guna Bausch & Lomb 58. Tapi kali ni rasa macam nak tukar guna lense brand lain i.e. brand murah-murah je hihihihi.... Poket dah kering wuwuwu...

Inilah dia... Dalam kotak tu ada 3 pairs. RM33.
Power aku sebenarnye tinggi, kanan 400, kiri 375.
Tapi untuk lense ni aku amik both sides 325. 
Nasib baik power dua-dua belah sama. 
Tapi kalau tak sama pun still leh campur. 
Kalau kat KL, aku kena amik 2 kotak. Normally, RM60, kali dua, RM120. 
Huwaa mahal.. Nasib baikla kat Kelate ni boleh campur 2 power berbeza dalam 1 kotak :)


Alia - anak sedara aku yang first :)

Lepas beli lense, aku bawak Alia pegi kedai buku. Dia beria-ia nak beli buku Enid Blyton. Belila sebijik. Balik tadi dah sampai muka surat 20 dia baca. Bagus bagus ehe..

Then pergi food court KB Mall. Jumpa dengan akak aku kat sana. Haaaa kat sini la tetiba, kenangan yang lama menjelma...................................................

Di sini lah.... tempat pertama aku dan pumpkin dating huahuahua..

Ingat lagi masa jumpa tuh, dia pakai t-shirt putih je. And jeans. Peh, tu pun cukup untuk buat aku cair ahahaha.. Hensemnye dia.. Nampak kemas sangat-sangat. Dari jauh dah senyum-senyum. Aih cair secair-cairnya hahahahaha... Dia senyum sangat manis...

Then, kitorang duduk duduk je dulu. Tanya dia nak makan tak. Dia kata takpe, dah kenyang. Aku ni pulak, memang perut tengah lapar dan tak tau malu, bagitau jela dia aku nak makan ehehehe.. Aku order mee sizzling. Sepinggan untuk aku jela dah dia tak lapar kan kan... Ermm dia belanja kot? Lupe dah aku...

Sambil aku makan sambil sembang.. Banyak kali aku offer dia, nak rasa? Nak rasa? Tapi dia tolak. Pastu aku tanya lagi. Yela, serba salah jugakla kan aku makan sorang-sorang, Dia tengok je. Last last dia cakap, blehla... Try sikit. Hihihi... Pastu dia cakap, sedapla.... Makanla kitorang kongsi sepinggan ahahahah... Sekarang bila aku ungkit balik kisah tu, dia cakap.. "Abg sebenarnya nak makan jugak, tapi malu..." hahahaha gelak besar aku. Malu la sangat, lepas tu dia yang abeskan :P

After makan-makan, kitorang jalan-jalan jap dalam KB Mall then balik.. eheheh sekejap je dating. Takleh lama-lama hihihi...

Tu lah kenangannya.. My pumpkin, dulunya, kekasih gelapku sekarang dah jadi suami gelapku dah hahaha.. Panggil dia kekasih gelap sebab dia gelap! hahaha soke-soke hati cakap somi sendiri gelap. Tak sedar diri sendiri pun sama hehehehehehe.. Tadi masa masuk foodcourt tu, aku cakap dalam hati, "baby, ni la tempat mama abah first met dulu hehe...." Dulu datang jumpa-jumpa, kenal-kenal hati budi. Sekarang datang bawak baby dia pulak.. Oh!

Oh hubby, I love you! I miss you! See ya on 15 Nov. 6 hari lagi!

Tuesday, November 8, 2011

Dokumen Perjalanan Terhad Siap Dalam Masa Sejam!

Assalamualaikum,

Harini pepagi hari pergi kedai gambar dulu, amik gambar passport. 4 keping RM10. Kalo nak simpan CD, kena tambah RM2. Peh mahal jugak kot? Ke standard? Entahle. Sudahnye, aku suruh dia masukkan je gambar tu dalam pen drive adik aku. Bawak pen drive sebab aku nak cuci gambar kawin sekali. Dapat harga 35 sen sekeping. Gambar saiz 4R. Aku print 215 keping. Lusa baru amik..

Erm right after amik gambar passport, ayah aku bawak pergi Jalan Gajah Mati, kat KB. Ayah cakap Pejabat Imigresen kat situ. Kat bangunan MAS. Tapi sebenarnya kat situ Bahagian Penguatkuasa je. Pejabat nak buat passport nih kat Wisma Persekutuan, dekat dengan Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Bergerakla kitorang ke sana. Nasib baik ayah yang drive, kalo tak, aku memang tak tau jalan! hihi.. Almaklumle, dah lama tak balik Kelate. Kalau balik pun malas betul nak ke bandar. Sesak!

Jabatan Imigresen berada di Tingkat 2. Peh ramai betul orang! Kebanyakkannya nak buat passport, aku rasa la..

Antara pelanggan di Jabatan Imigresen. Belakang aku lagi ramai.
Dahla tempatnye kecik je. Sesak jugakla.


Ni adik aku yang terpaksa berdiri sebab takde tempat duduk.
Thanks sis for accompanying me! :)


Memula kena isi borang dulu. Then dia akan bagi nombor. Alhamdulillah angka giliran aku takdela banyak sangat. Selang 8 je. Pastu cepat jugak dia panggil. Sebab aku rasa tak ramai yang buat Dokumen Perjalanan Terhad ni..

Ini borangnye. Tak banyak pun yang perlu diisi.
Kena ada gambar passport 2 keping. Dan juga IC.
Oh, bayar RM5.


Bila nombor dah dipanggil, serahkan kepada petugas di kaunter. Dia akan tampalkan gambar di borang dan amik cop jari kita. Lepas tu, dia suruh tunggu. DPT nih akan siap dalam masa sejam. Masa tu pukul 12.30 tengahari, so dia suruh aku pegi minum-minum dulu, pukul 1.30 baru datang balik. Oh ye, IC, dia pegang.

Luckily kat Ground floor Wisma Persekutuan ni ada kedai runcit kecik. Ada jual keropok, kacang, air dan macam-macam lagila. Adik aku belila keropok, buat makan sementara menunggu. Nak pergi tempat lain macam payah sebabnya bukan senang nak dapat parking. Haa ni yang susah sket kat Wisma ni. Takde parking untuk pelawat. Kalau ada pun, sikit je kat luar tu. Sedangkan yang datang nak berurusan ramai. Macam-macam pejabat ada kat Wisma ni. Tadi pon, ayah aku kena tunggu dalam kereta je sebab takde parking punye pasal. Tunggula kat tepi jalan macam tu je. Dah terpaksa menyumbang pada kesesakan lalu lintas kat situ huuhu.. Alangkah baiknya kalau ada parking area untuk pelawat hmmmm....

Tepat sejam, aku pon naik balik ke Jabatan Imigresen. Terus pergi ke kaunter 2, kaunter Dokumen Perjalanan Terhad dan bagitau nak amik. Dah memang ready dah pun DPT aku tu... Aku tanya orang kat kaunter, kenapa kena buat benda ni. Dia cakap ni memang dari zaman British dulu lagi ehehe... So kena ikut jela kan.. Aih kita kan dah lama merdeka, nape tak ubah je? Orang luar senang-senang je masuk, orang sendiri, macam-macam prosedur pulak :P *Just sharing my 2 cents*

Inilah rupanya Dokumen Perjalanan Terhad tu....
Pekerjaan aku sekarang ialah suri rumah okkay! kekeke


Dah settle segala urusan di Jabatan Imigresen, kitorang pun gerak balik rumah. Masing-masing dah lapar ehehe..

Petang tadi plan nak pergi kenduri kawen kawan sekolah dulu. Tapi aku tak larat sangat-sangat. Kaki membengkak dengan hebatnye. Nak solat pun sakit! Especially masa duduk antara dua sujud.Aduh, dugaan sungguh! Tapi takpela, kena hadap jugak walau apa pun. Buat kawan aku tu, sori tak dapat pergi. Semoga kalian berdua bahagia selalu! :)

Raya Haji 2011 - 2nd Day

Assalamualaikum,


Harini agenda kami sekeluarga ialah ke Besut, Terengganu, keluarga suami saya, mertua saya la kan ehe.. Family sana buat solat hajat untuk saya. Sempena saya pregnant anak pertama dan sempena pemergian saya ke Sabah tengah bulan ni. Juga untuk suami saya la kan.. Semoga dia selamat kat sana..


Eh eh bersaye saye pulekk ekeke..


Kami turun dalam pukul 11 pagi. Actually nak turun awal lagi, tapi masa nak turun tu, kawan ayah pulak datang beraya. Terpaksala layan tetamu dulu.. Dia dah balik barula kitorang gerak. Perjalanan dari KB-Besut amik masa lebih kurang sejam. Pukul 12 kitorang sampai. Sampai-sampai je dah makan dah haha.. MIL hidang pulut kuning dengan ayam gulai. Sedap sedap. Aku ingat nak tambah-tambah jugak makan tapi pikir lepas Zohor nanti nak makan nasik lagi, so berpada-pada jela makan pulut tu ehehehe..


After Zohor, datangla 2,3 orang yang dijemput untuk mengadakan solat hajat tu. Tak panggil ramai pun. Dah siap solat, acara makan-makan lah. SIL masak daging singgang, kacang goreng, ikan goreng, ikan kering, budu, ulam petai dan jering. Peh selera beb makan haha.. If only my husband was here, sure he'll love it too. Favourite dia tu! 


Nak balik tu dapatla sebotol air penawar untuk aku. MIL bagi macam-macam suruh bawak balik, pucuk paku, buah mangga, petai jeruk sebotol ehehe dan macam-macamla. Terima kasih mak! :)


Balik dalam pukul 3 petang dan sampai jam 6 petang. Perjalanan amik masa sebab hujan lebat dan ditambah pulak dengan jalan jam. Hadeii...


Program esok pulak ialah, aku nak ke Jabatan Imigresen. Nak buat Dokumen Perjalanan Terhad. Apa itu Dokumen Perjalanan Terhad??


Here's the info: http://www.imi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=63&Itemid=160&lang=bm



Dokumen Perjalanan Terhad


Tujuan
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
Tempoh Sah laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi
Syarat-Syarat Am
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)   bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
Bayaran
RM 5.00

Kadang-kadang rasa pelik jugak kenapa nak tinggal di Sabah atau Sarawak kena ada Dokumen yang serupa macam passport ni. Padahal, my kad kan dah ada. Apa yang membezakan ia dengan negeri-negeri lain. Tak pulak perlukan dokumen ni. Anyone knows why? Tolong bagitau kat aku yang tak tau pape nih ehehehe...
Then, aku ada jemputan kenduri kahwin kawan masa sekolah dulu. Insyaallah, ada kesempatan, aku akan pergi :)
Esok update lagi k. Nyte all :)

Monday, November 7, 2011

Hari Raya Haji 2011

Assalamualaikum,

Raya haji pertama as a wife tapi.... tak beraya bersama suami. Sedih tak?? Wuwuwuwu.. sedih sedih.. Pagi tadi pun hubby call.. Ucap selamat hari raya, mintak ampun maaf, sayu je rasa hati. Nak nangis jugak tapi control control. Don't want to cry anymore!

Tapi mak pandai amik hati.. Mak cakap kat hubby, "tahun ni raya sendiri. Tahun depan insyaallah raya sama-sama plus anak lagi!" Hehehe.. yela, betul mak cakap. Tahun depan pasti lebih bermakna. Kitorang bukan saja berdua, malahan bertiga. Or maybe berempat? Hahaha... Insyaallah, things will get better in time :)

Kali ni raya haji dapat balik kampung. Previous years, raya kat Putrajaya je since cuti raya haji selalunye sehari je. Tahun ni je 2 hari sebab raya falls on Sunday. Tapi kali ni, aku dapat beraya berhari-hari heh.. Sebabnye, aku dah berhenti keje la kan. Dah tak terikat dengan apa-apa dah. Boleh cuti sesuka sesuki hati saya. 

Raya dimulakan dengan bangun pagi-pagi hari. After solat subuh tak tido, kebiasaannya sambung tertonggeng atas katil hihi.. Bangun pagi, sediakan makan pagi sebelum pegi solat sunat raya di masjid. Menu kami pagi tadi hanyalah nasi impit dan kuah kacang serta sambal ikan.  Then my sister bawak naik nasik putih dengan ayam masak merah. Banyak jugak aku makan, bertambah-tambah hihi...

Dah selesai solat sunat, siap-siap, pakai baju raya. Welll.. bukan baju raya pun sebenarnye. Baju kurung lama-lama, yang dah lama tak dipakai ehe.. At first aku pakai baju dinner last year. 

Me - December 2010
Zaman kekurusan sedikit daripada biasa ekekeke

Aiyarkkk sekarang perasan kurus la pulak kan nak pakai baju tuh. Sendat belakang depan weh ahaha.. Perut aku obvious gile nampak. Tambah pulak pagi tadi makan banyak *__* Macam seksi sangat pakai baju nih. Kalo ayah aku tengok pun sure dia ngucap panjang haha.. So aku tukar. Pakai baju lain yang agak besar tapi masih sendat di perut. Haihh.. kena sedar diri la ek, sekarang tengah mengandung 5 bulan. Dah tak boleh pakai baju-baju yang biasa dipakai. Kakak aku suruh pakai maternity maxi yang dia bagi. Aku yang takmo. Sebab rasa macam perut masih kecik padahal.........................

Dah siap-siap, turun pegi umah abang aku. Sembelih lembu kat umah dia. Tahun ni hanya mak & abang aku yang korban. Amik 2 bahagian. Katanya satu bahagian RM320 dan setiap sorang dapat lebih kurang 6kg daging. Lembu tak besar sangat. Daging pun ok ok je. Tapi alhamdulillah, terlaksana juga aktiviti korban mak dan abang aku. Aku tak korban ke?? Ermm tahun ni belum lagilah. Insyaallah, panjang umur, tahun depan, berminat jugak ni nak amik satu bahagian. Insyaallah...

Kat rumah abang aku, akak ipar aku & adik beradik dia yang datang dari Kedah masak laksa. Finally dapat makan laksa pure orang kedah yang buat ehe.. Marvellous! Sedap gile weh. Aku makan bertambah-tambah tak tau berapa kali. Memang kena dengan selera. 

Menjelang tengahari, abang aku bawak balik daging yang dah siap dipotong-potong. Mak aku amik tulang temulang, buat sup sikit untuk makan tengahari. Makan lagi hihihi.. Akak ipar aku pulak masak nasik daging. Salah satu resepi dari keluarga dia. Dia ada jemput kawan-kawan dia datang rumah. Tu yang buat macam-macam makanan tu.

Petangnya, kitorang gerak ke rumah mak sedara di Tanah Merah. Pergi sana sebab nenek aku beraya dengan mak sedara aku tahun ni. Lama jugak perjalanan. Maghrib baru sampai. Riuh rendah rumah mak sedara aku dengan gelagat anak-anak kecik. Ramai weh ehe.. Reminding me of my childhood memories. Dulu-dulu pun masa kecik, aku dengan sepupu-sepupu aku pon macam tu la.. Main kejar-kejar dalam rumah, main itu, main ini... Now it's their turn, my niece & nephew and my cousins' children...

Kat rumah mak sedara aku makan lagi. Haha heaven sungguh! Hari ni ialah hari makan sedunia. Aku rasa baby dalam perut pun suka. Macam-macam dia makan harini ye ehehe... My aunty masak nasik minyak, makan dengan ayam masak merah. Ada gulai daging, ikan masin, sambal. Yumm yummm.. Sedap tak hengat! 

Seterusnya ke rumah makcik aku sorang lagi. Juga di Tanah Merah. Kat rumah dia pun sama. Ramai kanak-kanak! Gegak gempita jugakla keadaan dalam rumah dengan jeritan kanak-kanak ni. Dorang ni kalo main takleh ke kalo tak menjerit? Huhu.. Kat rumah makcik yang ni makan jugak, tapi makan ringan-ringan je. Sekadar minum teh dengan kuih muih. Ada tapai beras, oh my fave! Tapi aku tak berani nak makan banyak. Takut tajam. Aku amik satu sudu kecik je untuk rasa. Then selebihnya my daddy yang abeskan. Dia memang suka tapai ni, tak kira la tapai ubi atau beras hehehe...

Bertolak balik ke rumah tadi dah lewat dah pun. Almost 11pm. Sampai rumah dah pukul 12am dah... Masa dalam kereta tak mengantuk sangat. Dok membebel mengarut dengan my sis ehe... Saje borak-borak, tak nak bagi ayah aku mengantuk.. Bukan dekat tu Tanah Merah ke Kota Bharu.. Dengan jalan yang gelap yang takde lampu jalan, memang kena drive betul-betul...

Now, dah 1.36am. Whoaa dah lewat! Hmm a friend once told me, kalau tak nak anak meragam waktu malam, masa mengandung ni mak kena tido awal. Haa ni awal mende macam ni nih ehe.. Aku pun dah rasa baby quickening tadi. Baby marah mama tak tido-tido kot? Hihi ok darling baby, I'll go to sleep now! :)

Oh ya, esok, nak ke Besut. Rumah mother & father in law :) Dorang nak buat solat hajat untuk aku. Sempena my pregnancy and pemergian aku  ke Sabah middle of this month. Terharu jugak rasa.. I'm still new in this family, yet they already organising kenduri doa selamat & solat hajat for me. Terima kasih mak, cik :)

Nyte all! :)

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum,


Pengorbanan aku tahun ni, pastinya terpaksa berjauhan dengan suami. 
But insyaallah, we will be reunited soon, insyaallah :)

Satu lagi pengorbanan ialah.. aku berhenti kerja.
Takpelah, bukan harta dunia yang kucari. Yang kucari, redha seorang suami. Yang pastinya sangat berharga dunia dan akhirat kan?

Selamat Hari Raya semua! :)

Friday, November 4, 2011

Anugerah Skrin 2011

Assalamualaikum,

Malam ni ada Anugerah Skrin kan kat TV3? Rasanya ramai nak tengok sebab Rozita Che Wan yang jadi pengacara kan kan kan.. Aku takde napsu nak tengok. Sebabbb, aku dah lama gila tak tengok tv. Kat Putrajaya tv memang takde. Eh, tv ada tapi boleh tengok CD je.. Kat rumah mak ni pulak, tv ada, tapi TV3 tak menjadi ngaaaa... Astro ada tapi bapakku tak bayar, kenal putun.. Melangok la hari-hari tengok TV1, TV2 je.. buhsan buhsan...

Jadi, itula sebabnya aku tak tengok Anugerah Skrin ni. Teringin gak nak tengok pesen-pesen baju yang dipakai artis kita. Tapi takpela, esok aku bukakla Oh Bulan ke Beautiful Nara ke.. Sure ada baaaanyak gambar artis posing dengan baju yang dorang pakai..

Tadi msg my pumpkin,

Aku: Buat ape?
Dia: Tengok tv. Tapi boring. Tamil ada tapi dah penah tengok.
Aku: Tengokla Anugerah Skrin huahuahuahuahuah.. Ni mesti dah buat muka ni haha..
Dia: Hahahah tahu takpe, memang dah buat muka dah pun..
Aku: Tengoklaaa.. ramai artis seksi...
Dia: Wekkkkkk. artis Melayu koya je lebih..
Aku: Hahaha.. kalo sayang ada kat sana, sayang nak tengok.
Dia: Tengokla... abang jeling je..
Aku: Jeling sambil kutuk kannn haha..
Dia: Hahahaha memang ponn....

That is my pumpkin. Dia memang anti sket cerita melayu nih. Kalo aku tengok mesti dia buat muka. Ingat lagi dulu tengok cerita Nora Elena. Bersungguh-sungguh dia kutuk haha.. Sabar jela hubby tersayang nih. Tamil minat pulak diaaa...

Puasa Sunat 9 Zulhijjah - Puasa Pada Hari Arafah

Assalamualaikum,

Hmmm takde mood. Bukak Facebook, bosan. Banyak promo on cloth diapers. Takleh tengok lama-lama, kang terbeli huahuahua.. Cukopla, after baby dah kuar baru beli lagi insyaallah, kalo ada duit :P

Then, tak taula nape, rasa macam ati ni kicikkkkkk je.... Kicik dengan someone, something bila bukak Facebook tu. Geram je rasa nak deactivate, malas dah nak mengadap. Tapi tak bleh. Dah janji dengan kawan-kawan nak keep in touch thru FB. Hmmm thinking off to remove friends (waaa sampai camtu sekali!). Tapi entahla. tak sampai macam tu sekali kot... Hopefully rasa kicik hati ni akan berlalu pergi bersama angin lalu ececece..

Haih... forget about this silly emotional heart problem.

***********

Esok Sabtu, 9 Zulhijjah. Jom pakat pakat puasa sunat. Aku ingat nak puasa jugak. Tapi tengokla kalo larat. Hopefully laratla! Banyak kebaikan puasa 9 Zulhijjah ni..

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." 

(Hadis riwayat Muslim). 

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”


(Riwayat Imam Muslim)

Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ


“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. 

(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahua'alam. Aku amik ni dari website halaqah.net.

Kalau berkemampuan, jom puasa esok :)

Wednesday, November 2, 2011

Ahh Home Sweet Home!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selamat touch down di bumi indah permai Kelantan Darul Naim jam 11.15 pagi tadi. 5 minit awal daripada masa sebenar. 

Aku mulakan perjalanan dengan menaiki train dari Putrajaya Sentral ke stesen Salak Tinggi. Masa tunggu train tu bersembang dengan sorang makcik yang sangat baik! Dia nak ke KLIA, nak pegi Kuantan. Ada keje. Cerita dia, dia actually dah retired tapi re employed. Kerja dengan Tribunal Pengguna. Keje ni menuntut dia untuk travel merata-rata tempat. Twice a week dia cakap. Huh, kalo aku tak larat dah tu, tapi bes jugak kan dapat travel ni. Yang penting tiket free! hihi.. Anak makcik tu pon dah besar-besar semuanya, so takpela dia banyak travel. Kalo anak kecik susahla.. Lama jugak kami bersembang. Dah masuk train sambung lagi ehe.. Aku cite kat dia aku ada masalah low-lying placenta. Dia kata dia pon penah kena. Tadi dia ajar aku macamana nak naikkan balik placenta tu ehehehe.. We'll try it out one day. Anyway,  Makcik Faridah, nice meeting you! :)

Sampai di stesen Salak Tinggi, naik shuttle bas ke LCCT. Sampai di LCCT jam 8.15 pagi. Boarding time, 9.40 pagi. Peh lama saya menunggu... Makan-makan jap, then around 9.20am, aku masuk departure hall. Gate bukak dalam pukul 9.40pg tu..

Dalam flight, masa tengah letak beg kat tempat letak barang, sorang PRAMUGARA YANG SANGAT HENSEM tego aku. "Maaf cik tanya, cik mengandung ke? "

Err.. terkedu sekejap aku  haha.. Ceh, dia tengok perut aku ke??? :P 

Aku jawabla ye. Then dia tanyala aku ada surat doktor tak. Aku cakap takde sebab baru lagi kan, 4 months plus. Aku ingat sarat-sarat baru kena ada surat doktor kalo nak fly. Then dia tanya, ada isi ape-ape borang kat bawah tadi? Takde jugak jawab aku.. Then dia blah, jumpa dengan head flight attendant. Pastu dorang mintak boarding pass aku. Cam kalut jugak tadi haha.. Aku punye pasal. Nasib baik orang dalam flight tak ramai. And kalut-kalut pon takdela sampai delay flight. Melampau la terrr hehehe.. Dorang suruh aku sign satu agreement ni.. Aku pun sign jelaaaa....

Dah memang rules dorang, kalo nak fly, below 28 weeks kena sign surat dorang tu sebelum fly. 28 weeks to 35 weeks kot, must have letter from doctor saying that we are fit to fly. 36 weeks above, dah tak bleh fly dah...

Flight was smooth. Ada la gegar gegar sket bila masuk dalam awan tu. Alhamdulillah cuaca kat Kelantan pun clear je. Aku dok risau takut hujan. Yela, sekarang kan dah masuk musim tengkujuh. Tapi tadi memang tak hujan langsung sampaila ke petang. Alhamdulillah...

Mak, ayah & my darling sister Dila datang amik kat airport tadi. Naik Cik Bibab! Waa terubat rindu ehehehe...

Oh ye, my mum really made my day today. Sampai tadi, peluk-peluk, cium-cium mak. Then mak cakap, "ehh tak gemok ponnn.. Mak ingat gemuk.." hahahaha.. Mak, thank you! Statement paling bes abad ni ahaha.. Tak gemok, tapi buncit kat perut je kan kan hehehe...

Erm sampai rumah, makan makan of course. Mak buat gulai daging, makan dengan roti. Yummy yummy.. Then petang sket, makan lagi, kali ni dengan nasik pulak. Plus ikan kering! Wahh.. bau pun dah menusuk lobang hidung ehe.. Heaven nye weh dok kampong!

Petang tadi pegi rumah abang aku. Jumpa little Ady Imran. Diammmmmm je dia. Geram geram. Anak mama dalam perut ni, bila dah keluar, dah besar nanti good good macam abang Imran eh hehehehe..

Itu cerita harini. Esok pagi-pagi mak suruh pergi Pasar Borong Wakaf Che Yeh dengan ayah.. Beli ape je nak makan ehehehe.. Insyaallah kalo bangun awal haha boleh gitu?

Apa-apa pun, balik kampung memangla sangat bes. This is where I belong. Home sweet home. Teringat ayat Dorothy dalam The Wizard of Oz, "there's no place like home..." 

Indeed, there's no place like home y'all! :)

Tuesday, November 1, 2011

I'm Officially Jobless From Now til Donno When

Assalamualaikum,

Harini last keje. Last masuk opis. Last jumpa orang-orang dalam opis. Last dapat bau opis. Last dapat dengar bunyi kopi machine, tho macam takde dengar pun harini? Haih.. gonna miss WK.. banyak benda belajar. 3 years plus woo kat sana. My first job after graduate. Started as contract staff or Contractor how they called it there. Then di absorb ke permanent position. Alhamdulillah rezeki. Berenti ni pon bukan sebab dah ada keje baru tapi sebab nak kena ikut laki. Kalu tak, rasanya aku pencen kat WK ni jela hahaha...

So start harini, 1 Nov 2011, aku adalah penganggur yang berjaya! haha.. Mana nak cari anggur nak tanam ni..

Ada jugak cari keje kat Sabah. Tapi susahnye nak sangkuttttt... Ada sape-sape tau keje kosong kat Sabah, esp area Tuaran, Inanam or Kota Kinabalu, lemme know ya :) I have experienced in Admin & Procurement. Nak jadi kerani cabok pun tak kisah, asal income bulan bulan tu ada uhukuhuk... Qualification lak, aku ada kelulusan Environmental Sc. Tapi tahla... tak penah buat keje yang ada sangkut paut dengan Alam Sekitar. So rasa macam tak confident sket. Lack of experience. Nak keje kena ada experience, barula senang. Tul tak? Tu pendapat aku jela. 

Hmm... sementara takde keje nih, aku keje sebagai permaisuri rumah tangga jela! Syok jugak kot? Tengah bayang aku macam one of the Desperate Housewives. Euuu tak lalu. Let's think of Army Wives.. Haa ok sket ehe.. Marilah jadi army wife or navy wife la yang sebetulnya, yang solehah dan mithali. Barula suami sayang kan kan kan :P

Aku rasa keje aku hari-hari lepas ni ialah belek perut depan cermin je hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...