Monday, October 31, 2011

Mahu Bercuti Di Puncak Gunung

Assalamualaikum,

Bulan November ni aku akan ke Sabah. Tinggal kat sana for 4, 5 years maybe? Huu lamanya.. Apa boleh buat kan, suami keje kat sana. As a wife, aku kena ikut tanpa banyak songeh la kan kan kan.. Ala aku takde ape songeh pun. Lagi suka. Aku kan memang takleh hidup tanpa laki aku haha.. Rindu weh dengan bau ketiak dia ekekeke..

Akan menemani aku ke sana November ni ialah me mom and dad, serta my sis and her 2 children. Haa dua orang anak buah aku ni mana boleh berenggang dengan aku. They love me oh haha *perasan*.. So my pumpkin pun dah plan macam-macamla. Nak bawak dorang jalan-jalan. Dah amik cuti siap. Alhamdulillah cuti pun dah approved. Jangan sape-sape datang kaco laki aku yerp wuwuwu...

One of his plan is..... nak bawak my family ni pergi Kundasang.. tempat sejukkkk.. macam Cameron Highlands gitu. Kitorang dah pegi awal tahun haritu, so kali ni dia nak pergi lagi sekali. Aku pun suka la kan.. Dulu pegi as a couple, now pergi as husband and wife. Wah wahh.. rasa macam nak pergi honeymoon jek ni. I think of it as honeymoon la sebab, after kawin memang kitorang takde pegi honeymoon mana-mana pun. Dulu plan nak gi Bukit Tinggi la, tapi hampeh.. dia kena transfer Sabah pulak wuwu.. Takpe, Sabah lagi better. Lebih sejuk kot? Ehe.. kitorang suka tempat sejuk-sejuk nii :P

Then tadi dia dah suruh aku check this one hotel.. Hotel biasa-biasa je pon, not 5 stars punye. Tapi bila baca review, rata-rata tourists cakap the place is quite okay.. View is marevellous cos kat belakang hotel tu lah terletaknya Mount Kinabalu. So kalau takde awan ke ape, blehla tengok. Then, hotel tu pun tak jauh dengan Pekan Ranau, Kundasang.. Nak pegi Poring Hot Spring pun tak jauh. So, it's a good place to stay.

Nantila, dah pegi baru aku bagitau nama hotel tu. Haha dengki kan..

Then tadi my pumpkin asked, "kita nak amik 2 bilik ke 1 family room je?"

T____T

Oh my cik abe..... Amikla 2 bilik!! haha lagi mau tanya..................................................


Sunday, October 30, 2011

I am 21 Weeks Pregnant :)

Assalamualaikum,

Selalu share cite pregnant kat blog pregnancy aku je. Tapi harini saje sajelah nak bercerita kat sini pulak :)

This week, I'm officially in my 21st weeks. 4 months plus plus, nak masuk 5 tak lama lagi..

I'm fine, I'm okay. Alhamdulillah, memang takde alahan ape-ape pun dari awal pregnancy sampai ke harini. Hopefully sampai ke hujung-hujungla takde ye..

Gender baby belum tahu. Masa scan, lupa pulak aku nak tanya doktor hehehe... Tapi tak kisahla boy or girl, yang penting, sihat walafiat, cukup sempurna sifatnya. Insyaallah :)

Tu jela ceritanya. For more stories (ada ke orang nak tahu hehe..) sila ke blog pregnancy saya ye


www. amalini-pregnancyjournal.blogspot.com


21 weeks' baby bump :)

Wednesday, October 26, 2011

Heh Kawan Saya Join Masterchef Malaysia

Assalamualaikum,

Bukak Facebook, ada la kengkawan dok mengajak tengok Masterchef Malaysia dalam tibi. Katanya kawan sekolah dulu pun ada masuk. Wah wah wah... Deena Nalisa, I know her! :D Bangga jap haha.. Dia kenal aku ke tak nih ehehe.. Hey Deena, if you still remember me, am proud of u. Pandai masak rupanya ehehehe... Best of luck!

Deena. 
Kawan ZS2 err 18 tahun yang dulu? 

Hmm aku takleh tengok pun MasterChef ni cos rumah takde Astro *sigh* Bes tak bes tak??? Ada sama taraf dengan MasterChef US & Australia tak?? Bila jenguk FB MasterChef ada je yang kutuk kutuk. Even Chef Wan pun ada bagi komen pedass jugak kan bout this show.. Terpulang pada production la kan macamana nak improve then tarik penonton :)

Whatever it is, good luck Deena! :)

Cloth Diapers Army Print - Kenapa Saya Beli? :)

Assalamualaikum,

Another item from my waiting list dah selamat sampai juga semalam :)

Front. Senget benget sebab button tak abes haha

Back

Army Minky CD & washable liner Camo

Ada reason kenapa aku beli print ni... Walhal minky tak sesuai pun untuk newborn cos it can be a bit bulky. Tapiiii.. aku beli jugak hahahaha.. Sebabnyeeeee.. my husband yang suruh! Weeehuuuu.. Hepi gile bila hubby lak yang beria-ia suruh beli ekekekeke...

Ceritanya, aku yang meracuni dia...

Aku dah tengok banyak kali dah print ni. Haih berkenan. Sebab army kan.. Ingat nak belila jugak baju ke, ape ke yang ada corak army, pasti my pumpkin suka hehe.. Tapi bila pikir pikir, mungkin tak berapa nak sesuai untuk new born plus duit pun tak berapa nak ada, aku pun KIV jelaa.. dengan harapan lepas ni ada la lagi print army ni..

Nak dijadikan cerita pada suatu hari ni, my pumpkin pergi menembak. Pastu dia citela kat aku harini dia pakai baju loreng (army print). Masa kat Lumut dia takde baju loreng, kat Sabah ni kena pakai. Dia citela, bes jugak pakai baju loreng, siap cakap nak pos gambar kat aku, nak suruh aku tengok hehehe.. 

Then zasss terlintas di kepala aku pasal CD Army ni.. Aku ponnn cakapla dengan dia...

"Abang abang... aritu kan, sayang ada tengok online ni, ada satu CD ni, print army. Loreng. Comel sangat.. Terus sayang terbayang, abang pakai baju loreng, pastu dukung baby pakai CD loreng, mesti comel... Baru nampak macam anak abah..." Tettt tettttt POISON DETECTED hahahahahaha..

Respon dia, "Hah yeke... loreng? Macam army? Comel ke? Mahal tak?" 

Aku racuni dia lagi..... "Murah je bang...Comel.. jap sayang mms... " Gigihla aku snap gambar dari laptop hahaha... 

Dapat je mms tu dia cakap, "comel la yang. Lain daripada yang lain. Belila kalo murah..."

Yaaaa... terus aku senyum lebar hihi..... Terusla pm seller tu nak beli.... Memang murah je pon CD ni cos clearance stock. Aku mampu beli CD CD buatan China ni dulu hehehe.. Yang buatan US, Europe yang mahal berpuluh-puluh ringgit tu, sabar dulu. Kita try yang ekonomi dulu kan. Lagipun aku tak tau baby aku sesuai pakai brand mana.. And tho CD yang aku beli ni tak sesuai untuk diapai time newborn, aku boleh simpan dulu. Tunggu baby besar.

Memandangkan kos nak hantar satu CD macam tak memadai dan tak berbaloi, aku pun belila benda lain jugak. I bought 3 washable liners. Liner ni boleh letak kat atas CD atau Disposable Diaper (DD).. so bila anak poo, kena kat liner tu je. Kalau CD/DD tak basah, blehla guna balik. Just changed the liner. Newborn kan selalu poo and pee sikit je tapi kerap... Jimatla CD/DD tu kan...

Aku beli satu washable liner yang print Camo or loreng tu.. Kasi semangat kat hubby lagi hehehe...

Aku happy bila dia dah tunjuk minat towards CD ni. Before this memang dia tak agree. Katanya, renyah je nak basuh basuh.. Dia tak nak susahkan aku la.. Aku explain la, pakai CD ni jimat... Tetap dia berkeras kata takpe, dia boleh bagi duit untuk beli DD wuwuu.. Tapi aku belila jugak sikit-sikit, using my own money. Dengan harapan dia akan terima jugak penggunaan CD ni nanti. Dalam kepala aku, maybe my pumpkin tak agree sebab dia tak tau benda tu macamana. So ada la satu haritu, aku mms rupa CD. Aku explain macamana nak pakai. Barula dia macam, ok sket.. His response was, "erm macam okla. Takpe kita tengok macamana.. " Lega aku. Memula takut dia marah sebab aku dah beli sikit-sikit. But I assured him that it's not expensive, dia ok jela. Plus aku kan guna duit sendiri, lagila ok dia hahaha...

Aku beli print Army ni sebab nak encourage dia jugakla.... Dengan harapan memula suka dengan corak-corak CD yang pelbagai. Pastu bila dah start pakaikan untuk anak, he will see how good it is, dan dia pun akan enjoy pakaikan anak kami CD, insyaallah :)

Monday, October 24, 2011

Belom Start Packing!

Assalamualaikum,

23 hari lagi nak pergi Sabah for good. And I haven't packed my things yet. Malasnye! Ada sape nak tolong? +_+

Barang tak banyak cuma.. malas je ehe. Baju bajan je nak kemas. Nak pilih yang mana nak bawak, yang mana nak simpan/ bawak balik kampung. Tak nak serabotkan umah akak aku.. Tapi nak start mengemas tu alahai bercintanya! Malas wehh...

Opis pun sama. Cubicle aku masih bersepah dengan barang aku. I should start packing also lah.. Amik barang personal bawak balik and yang mana bleh buang, buang je. Replacement aku masuk 1 November ni. Aiyarkk next week hokkay. Nak kena kemas meja this week jugakla. Haila.. kenapa malas sangat ni??

Eh eh nak share something :) Remember my waiting list?

Flip, Econobum & Snappi dah sampai!
Weehuuu :D :D


Sunday, October 23, 2011

(VIDEO) Pelumba San Carlo Honda Gresini Marco Simoncelli Mati di Litar Sepang, Malaysia

Assalamualaikum,

Aku tak tau pun sekarang ada perlumbaan Moto GP kat Sepang tu. Tak penah amik tahu pun pasal Moto GP ni. Alih alih petang tadi tengok kat facebook banyak pulak berita pasal sorang pelumba ni mati setelah jatuh dan kepalanya dipijak pelumba yang lain. Urgh ngeri.

So aku cari dekat You Tube videonya.

Silala menonton, might be a bit eerie.



Mesti hentakan terlalu kuat sampai helmet dia pun tercabut.. Hmm.. dah ajal dia... My pumpkin is one of his follower. Minat betul dia dengan Simoncelli ni. Dia ikuti perkembangan Simoncelli dari 125cc, 250cc hinggalah ke Moto GP. Kata my pumpkin, last week Simoncelli dapat no 2 di Moto GP Australia..

Muda lagi orangnya, Baru umo 24 tahun. Macamana la family dia kan? Huuuuu~

Saturday, October 22, 2011

Ok, Pasni Tak Nak Cakap Ape Dah *Totop Mulot*

Hmmm.. harini kena sound dengan someone.... I was like being blamed by that person. Sedih. Padahal niat aku hanya nak menolong, as a friend. Entahlah. My fault jugak kot. Patutnya kena dok diam diam je. Jangan nak menyebok hal orang.

Sedih sangat bila orang tu cakap, "KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH... KAU LA YANG CAKAP MACAM MACAM..."

Sedihnye... Seingat aku, aku cakap sebab orang tu tanya. Aku cakap jela ikut pengalaman aku.. Tak terlintas apa apa pun. Aku cakap jugak sebagai seorang kawan...

Aduh sedihnya, terngiang ngiang lagi kata-kata dia tadi. "KAU LA.. KAU LA YANG BUAT DIA SEDIH.."

Terasa macam jahatnye aku...........................................

Kepada orang tersebut, aku mintak maafla. Lepas ni aku tak nak cakap ape, tak nak masuk campo dah. Aku cuma doakan kau murah rezeki dan dapat yang diingini. Aku selalu doakan..... Jangan tanya aku lagi kalau kau ada apa apa persoalan. Aku bukanla orang yang patut kau cari.... Aku mintak maaf kalau aku yang buat kau sedih. Aku cuma bagitau dengan niat baik sorang kawan.. Maafla kalau kau salah tafsir. Maaf sangat sangat.. I'll zip my mouth...

Sorry!

My Waiting List

Assalamualaikum,

alalalalalala baru saje menghabiskan duit di alam maya hahahahaha..

Am now waiting for these stuffs to arrive in my mailbox! Er my office's mailbox actually hahaha..

1. 1 Flip Moonbeam
2. 1 Econobum Zinnia
3. 1 pack of Snappi
4. 1 Cozy Babies CD - Army Minky
5. 3 washable liners - Camo, Kids n Balloon and Lady Bug

These items pulak, nak amik kat rumah seller tu bila balik kampung November nanti :D

1. 2 Rainbow CD  - Brown Moo and Blue Leopard ~ Print dah abes, so amik yang plain je
2. 1 Rainbow Bamboo - Zoo
3. 1 Happy Flute Plain Minky - Purple
4. 1 Weegro Applique Cover - Yellow Owl

Dah ada barangnya nanti, I'll share the piccas ye :D

Bukan aku je yang kuarkan duit harini, my husband too! hahaha.. He bought

This table!
Letak kat dapur rumah.
Nice isn't it? 
Boleh letak periuk belanga kat bawah tu.
Kat atas pun macam-macam boleh letak.
Sesuaila dengan kitchen kitorang yang tak berapa besar.
Price is RM150. Not bad la kan?
Thanks my dearest pumpkin! :)


Apa-apa pun, saya tak sabar nak gi keje Isnin ni hahahahaha

Thursday, October 20, 2011

Malam Malam Begini...

Tengah pikir nama anak.

haha buleh?

Any ideas?

:)

Wednesday, October 19, 2011

Baju Nikah & Sanding & Sambut Menantu

Assalamualaikum,

Haritu aku share hantaran nikah and sanding aku kan.. Now nak share baju yang aku pakai pulak.

Aku pakai 4 helai baju..

Masa nikah 1, masa sanding kat umah aku 2 dan majlis menyambut menantu kat umah my pumpkin 1. Daripada 4 baju ni, satu je sewa, yang lain hak milik sendiri :)

Baju nikah

Sorry, takde gambar full yang clear. Ni je kot paling clear?
Aku pilih colour lilac for nikah sebab masa sanding nak pakai putih (yang tak berapa nak putih sangat).
Kain satin, alas dengan lace. Beli kat Kedai Kain Honyi, KB, total RM300++
Upah jahit lupe dah bape. Tapi tak mahal sangat rasanya.
Aku buat baju kurung moden, kain duyung sahaja. Senang boleh pakai balik pasni.
As for my pumpkin, baju melayu tu beli yang dah siap. Alhamdulillah syukur nikmat, dapat jumpa baju melayu with the same colour. Penat aku cari. Baju ni beli kat Pasar MPKB kat KB. Dah pindah dah pun pasar tu. Pegi Bazar Tok Guru pulak. Harga baju err, RM80 kot? Lupe dah ihihih.. Saiz ialah saiz S ye *keciknye laki aku*
Sampin beli kat pasar MPKB jugak. Harga err RM50 kot? Aiyark dah lupa hihihi.... Beli sampin kaler cream cream sebab nak pakai lagi sekali masa kat umah my pumpkin pulak.... Senang, reused je ehe

Tudung nikah plak.
Tudung nikah dibeli secara last minute dan kelam kabut ye tuan tuan dan puan puan kekeke
Beli kat Pasar Wakaf Che Yeh malam sebelum hari kejadian.
Murah sajo, RM10. Nak cari tudung bawal tapi takde. Sadis betul. Sekarang berlonggok tudung awning tu je. Dan aku bukanla peminat tudung tersebut. Dah tudung bawal takde, aku rembat la tudung chiffon nih. Last piece. Pedulikkk.
Memula risau tudung ni susah nak bentuk, tapi alhamdulillah, ok je.
Veil pulak sewa dengan bridal. Alhamdulillah dorang ada veil kaler purple yang sesuai dengan baju n tudung aku.



Baju Sanding:

Baju Satu

Ekekeke sorile, takde gambar full la.. Kalo ada pun, aku nampak gemuk. Wajibla takleh share kat sini kan? haha..
Baju ni, baju sewa.. Hmphh, aku main bedal jugak ni. Cos semua baju kat bridal tu kecik kecik. Aku nih plus size memang takde harapangla nak pakai baju kecik. Tema ialah putih ye. Tapi baju ni tak putih pun. Macam cream gitu. Masa pilih aku tak perasan pon kaler tu tak putih. Veil, tudung semuanya dari bridal.

Baju ni ada banyak beads. Meriah giteww. Tapi tang lengan dengan baju jela.
Kain takde. Kain ala ala songket. Actually baju ni, baju kebaya pendek.
Rasa macam tak sesuai je dengan aku. Urgh whatever, majlis dah selesai haha!

Ok, reason sebenar kenapa saya pilih putih ialah kerana my pumpkin nak pakai baju nombor satu dia.
Tapi tapi tapi, as I said earlier, baju saya bukan putih, tapi cream. Nampak sangat kan kontranye???? Cehs.. Nasib baik masa majlis tu aku tak perasan sangat. Dok sebok senyum kat orang je, tak sempat nak check baju sama kaler ke tak. Kalau aku perasan time tu, sure takde mood. Ni dah lepas kawen baru perasan, tak de ape la boleh dibuat ekeke.. Peduliklah!
Eh aku nyampoh la tengok gambar ni. Aku nampak gemok gileeeeee..
Haih~

Baju Dua

Ni persalinan kedua masa sanding kat rumah aku. Baju ni, aku beli kat PKNS, Bangi. Dengan harga sobsob agak mahal juge :( Tapi takpelaaa.. Then ada tambah manik manik sket kat bawah tu, tapi tak nampak kan??? Takpela...
Baju ni aku beli last minute sebab supposedly aku sewa satu lagi baju dengan bridal, tapi last minute pulak dorang bagitau aku, baju yang aku nak tu actually dah ada orang punye *hampagas betul*
So aku belila baju ni, pejam mata je masa bayar huhuhuhu..
My pumpkin pulak pakai baju nombor 5. Dia la paling bes, semua baju sendiri, kerajaan bagi. Tak kuar sesen pun! 
Erm, tudung, aku beli dengan akak ipar aku. Ok, my first tudung awning. Amacam? Ok ke aku pakai tudung ni? Tak seswai kanssss.. Veil sewa from bridal juga.


Baju Sambut Menantu:

Hehehe biru kan kamiii :P
Baju ni yang kat atas dulang hantaran tunang tu.
Alahai besar betul baju melayu my pumpkin. Dah saiz S dah tu.
Apa bleh buat, tuan empunya badannya kecik. Tak macam bininye! haha
My first kebaya +__+
Macam SARUNG NANGKA BUSUK hahaha
Tudung beli kat Pasar Wakaf Che Yeh. Secara last minute juga ye..
Veil pakai balik veil baju sanding yang pertama.



Jadi kawan-kawan, itula dia baju-baju yang aku pakai masa nikah, masa sanding dan juga masa majlis sambut menantu. Simple simple saje laaa.. Biar sesuai dengan diri ehehehehe...

Tuesday, October 18, 2011

Aiyarkk BE Dah Lama Tak Dapat!

Assalamualaikum,

Sedih gile rasanya dah lama tak dapat Buffered Earning aka BE from Nuffnang. Dah 2 bulan lebih kot.. Last sekali on August. Huwaaaaaaa... Padan muka aku kan, sape suruh update blog jarang-jarang. Update plak asek cite hal laki dia jekkkk.. Mana ada orang nak baca kan kan kan...

Haih aku kekadang memang kepala otak nih tepu jek, tak tau nak share cerita apa. Info semasa kekadang malas nak copy paste. Plus aku bukan selalu google hal info info semasa ni. Selalu google hal pregnant dengan hal baby je sekarang ehehe. Then rasanya hal-hal tu better share kat my pregnancy journal. 

Ermm berita berita pulak lagi malas aku nak update. Semuanya dasyat dasyat dan horrible. Boleh membahayakan kesihatan aku. Honestly after dah pregnant aku macam jarang dah baca surat khabar. Soft copy or hard copy. Dulu rajin jugak. Tapi sekarang, berita macam makin mengarut, sakit hati baca. Dari kisah politik, kepada kisah semasa yang terjadi kepada masyarakat sampaila ke kisah gosip gosip artis, semua tu tak mendatangkan faedah pun kalau baca. Macam harini, ada sorang budak umo 16 tahun eh, kelar anak luar nikah yang dia lahirkan. Masyaallah, apa dah jadi dengan orang kita ni? 16 tahun, bukan takde otak pun lagi. Terdesak sekalipun ko janganla kelar anak tuh sampai terburai isi perut. Apa ko ingat tu anak cicak ke??? Then dalam Facebook ramaila pulak kengkawan aku dok share gambar baby tak berdosa tuh. Ya Allah kenapala dorang ni. Tak perlula share, tak perlula nak tunjuk bagaimana dasyatnya keadaan anak kecil tu. Aku memang tak sanggup nak tengok. The image is very disturbing. Adui lemah jantung ibu mengandung ni huhuhuh :(

Hal-hal kehidupan sendirian pun aku macam dah malas nak story mory. Ada macam-macam je cerita tapi entahla, malas. Kalau blogger tegar, every single activity dia akan cerita kan? Siap ada gambar. Aku pun suka jugak macam tu, tapi kemalasan tu lebih menguasai diri. Dulu rajinla nak snap snap gambar then upload kat blog. But now. entahle. Tengok mood jugak...

So, cerita apa yang aku boleh muatkan dalam blog busuk aku ni untuk menarik perhatian orang ramai, sekaligus meningkatkan jumlah visitors dan kemudiannya aku pun akan dapat BE daripada Nuffnang?

Ce cite ce cite.....

Sunday, October 16, 2011

Petua Untuk Dapat Anak

Assalamualaikum,

Ada la 2,3 orang kawan aku dok bertanya apa aku buat dapat baby cepat ni? hehehehehe... Seriously, aku takde jawapan.. Aku buat apa yang sepatutnya suami isteri buat la kan ehehe..

Sebenarnya, anak ni rezeki Allah. Insyaallah, semua pasangan suami isteri akan dikurniakan anak, bila-bila lepas kawin. Sooner or later, tu semua keje Allah. Keje kita hanyalah berusaha dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT.

I googled for some tips yang boleh korang cuba untuk dapatkan anak.



Source: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/03/5-petua-untuk-anda-dapat-anak.html


1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.


2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.


3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.


4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.


5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Source: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6249.0

Petua oleh Dr. Mohd Ismail Tambi

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.





Selamat mencuba! :) Jangan sesekali putus asa untuk mencuba dan terus mencuba. Harini aku dapat berita daripada seorang rakan. Dia sekarang sedang hamil anak kembar setelah hampir setahun mencuba. See, Allah pasti akan menganugerahkan rezeki yang paling baik buat hambanya yang sentiasa bersabar. Keep on trying ya. Insyaallah, Allah will help you :)

Entry Larut Malam

Assalamualaikum,

Ehem.. dah tengah malam tapi mata masih tak mengantuk. Harini ada dinner kat umah kawan sekeje aku. Balik tadi, mandi mandi terus segar badan dan mata.

My friend buat dinner tu sempena aku nak pegi Sabah sebenarnye.. sobsob.. sedihnye nak tinggalkan kengkawan. Tinggal bape hari lagi nih nak keje!

To be honest bila orang tanya aku ape perasaan nak pegi Sabah? Aku tak tau nak cakap ape..

Yes, I can't  wait to reunite back with my husband. Rindu sangat sangat dah. You guys should know also la. Banyak gile kot entry jiwang kat blog ni lately haha *cowi* Tapiii... kepala otak aku tengah serabut dengan hal keje ni. Banyaknya la aih keje aku. Sume benda pun macam tak jalan. Macam tak settle settle je. Kena pulak dengan kejadian yang menimpa boss aku, buat aku rasa berat hatinye nak tinggalkan keje, nak tinggalkan team aku. Sedih tau. Sebak pula rasa bila pikir. It will be hard for them bila aku takde. Replacement aku 8 Nov baru masuk. Tu pun nak kena train and monitor ape sume dulu. Mana lagi dorang nak buat keje dorang sendiri..

Tapi apa boleh buat kan. Aku tetap kena pergi. Sekarang ni aku cubala settlekan keje yang mana boleh settle dulu. Harap-harapnya, newbie tu nanti quick learner la. Senangla sket keje...

GM ada offer jadi freelancer until end of this year. Aku dah agree. Nak tolong team aku di samping tambah duit poket sendiri (boleh beli CD banyak-banyak huahua..). Tapi tak tahula lagi jadi ke tak benda ni. Haritu cakap-cakap je. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, takpela. Dah memang takde rezeki... (Moga-moga jadilaaaaaa).

Malas dah nak pikir. Nak tido jela.. Hopefully, semuanya dipermudahkan nanti, insyaallah.

Nite everyone!

Friday, October 14, 2011

Thursday, October 13, 2011

Mr Pumpkin, I Miss You :'(

Assalamualaikum,

I miss my husband la sobsobsob.. Dah berapa lama eh tak jumpa? Jap kire....

Last jumpa ialah kat Sabah. Di Terminal 2, KK Sabah. Dia hantar aku naik flight, balik KL pada17 Sept.. Harini dah 11 Oktober. 26 hari dah berpisah. Aiyarkkkk rinduuuuuuu :(

Rindu nak sembang sembang.

Rindu nak garu garu kepala. He loves it! Duduk je tengok tv atau nak tido, mesti suruh aku garu kepala dia ehe

Rindu nak gelak-gelak.

Rindu nak tengok dia tido. When he sleeps, he really sleeps like a baby! Comel weh hubby aku tido :)

Rindu nak pegang tangan dia. Masa jalan-jalan, masa tengok tv, and even masa tido pun kitorang pegang tangan tau ehehe..

Eh rindu laaaaaaa....

:'(
Ni dia tengah camwhoring guna hp aku. Mata  tahan flash haha

Tersandar kekenyangan - makan Lamb Kabsah @Restoran Saba', Cyberjaya
Notice his janggut?? Masa ni aku yang tak bagi dia shave. Saje nak tengok rupa dia ada janggut.
Kalau tak, clean jekk ehehehe..
Comel jugak kan? ^^

Ehek gambar syeksyi back. Tengokla navy sorang ni, teliti betul bab pemakaian.
Masa ni nak siapkan baju untuk first day lapor diri kat new base di Sabah.

Haiyahhh..ninjadin in the house!
Ni dia MMS.. nak tunjuk topeng muka yang dia baru beli.
Sebab dia ulang alik pegi keje naik moto.
Jalan Tuaran ke Teluk Sepangar berhabuk. Kenala pakai mask..

Abang, I love you so much!!


Serius, rindu masa jadi girl friend dengan rindu apabila dah jadi isteri ni sangatla berbeza. Rindu seorang isteri kepada suami adalah lebih dasyat! uhukuhukuhuk...

Lapar

Assalamualaikum,

Pagi ni melampau-lampau pulak rasa lapar. Semalam hanya makan nasik dengan daging singgang MASAK SENDIRI. Sedap wooooo.. Maybe aku makan awal sangat. Dalam pukul 7.30pm dah makan. Then tak makan ape dah. Alahai sian anak mama kan. Mama nih selalu makan tak betul.. Cowi cowi...

Erm sebelum turun datang opis tadi, sempat amik roti sekeping, makan dengan jem strawberry. Pastu minum segelas air masak. Buhukkk, rasa payau lak mulut lepas tu.

Now, I'm drinking a mug of milk. Anmum. Buat cair-cair. Pekat-pekat kalu, sembelit pulak aku nih. Taik sensitif! Hahaha..

Dah call member sekeje suh belikan nasik kerabu or nasik lemak. Kihkihkih jahat tak aku.. Main suruh je.... Yela, aku nak singgah tak buleh. Orang lain boleh singgah, kita mintakla tolong. Tak gitu?

Dah terbayang-bayang nasik kerabu...

Lapar ni......................................................................

Tuesday, October 11, 2011

Satu Perbualan

"Yang, abang nak maye jap eh.."

"Ok.."

"Tamil tengah gocoh pulak.."

+__+ 

"Hahahahahahaha parokla sayang sayang ni. Gi maye nuhhh... Lekat ko Tamil gocoh pulok doh"

"Hahahahahahahaha.."

Sunday, October 9, 2011

Happy 20th Birthday My So-Not-Little Sista! :)

Assalamualaikum,

7 Oktober yang lalu, adik bongsu aku genap berusia 20 tahun. Goodbye belas belas and welcome puluh puluh ehehe..

Alah baru 20. Muda trang tang tang. Tak matang sepenuhnya lagi tuh. Masih budak hingusan! 

Tapi cepat jugak masa berlalu.. Aku rasa macam baru je tengok dia masa lahir dulu, masa dia kecik. 

Masa mak nak lahirkan dia dulu, aku and abang aku tunggu kat rumah. Kitorang tunggu ayah balik. Ayah balik bawak uri dia. Tanam kat bawah pokok jambu belakang rumah. Aku ikut je ayah. Then pegi hospital.

Masa dia baby, rambut dia lebat!!!! Huh rambut kembang semangkuk hihi.. Ok you were so adorable. Pipi labuh, mata kuyu haha..

Bila dah besar sikit, mula mendatangkan masalah pada aku kihkih.. Kitorang beza 6 tahun. So bila agak-agak dia dah pandai kaco kaco orang tu aku dah sekolah. Haa time aku buat homework mulala nak menyebok. Nak jugakkk baca buku. Berjalan pun tak reti lagi. Ada hati nak baca buku..

Haa adik aku ni pandai ngelat kalo orang nak ajar dia ABC. Masa dia umo bape tah, ayah aku ada record dengan video cam, aksi aku mengajar adik aku ABC. Memula je rajin gile ikut aku sebut ABC. Last last dia lari tah kemana. Penat aku.

Adik aku ni garang sejak azali hikhik.. Masa kecik kecik dah pandai marah orang. Aku penah kena sebat dengan dia. Sakit wooo.. Yela yela aku yang kaco dia dulu. Tapiiii kalo nak marah sekalipun janganle sebat aku dengan dawai langsir tu. Sakit hokkayyyy! Abang aku pun penah kena kejar dengan senduk haha.. Apa tah abang aku buat kat dia. Abang aku lari nyorok dalam bilik. Kunci pintu. Dia datang bawak senduk, diketuknya pintu kuat kuat dengan senduk tu sambil jerit, "bukakkkk bukakkkkkk..." Adoi garangnye weh budak kecik nih. Abesla kawin esok. Gaduh dengan laki nanti tah dibalingnya lesung batu tu hahahaha...

Penah jugak sekali tu dia tengah tengok tv. Aku tukar channel lain. Dia marah dibalingnya gelas kat skrin tv tu. Berkecai gelas tu pecah. Ganasla kamu nih!!!!! Haa penah sekali tu dia gaduh dengan aku. Pastu nak pukul aku dengan penggelek kayu tuh. Besar woo benda tu. Aku lari kat mak untuk perlindungan. Sekali dibalingnya jugak, terkena mata mak. Adussss bengkak tau mata mak! Donno u still remember this or not. Nanti mintak maaf dengan mak tau huhuhu... Banyak minggu jugakla nak boleh surut bengkak tu..

Laling, dah besar ni, please control your temper ye. Jadi gadis ayu sket eh. Oh you memang dah ayu sebenarnye. Aku selalu geram kalo amik dia kat sekolah. Masa ni dia sekolah menengah and aku dah masuk matrik kot. Penahla gi amik dia kat sekolah. Halamak aihhh ayunye dia berjalan. Lemah lembut... Jalan bersusun. Sopan santun gile. Lambat beno langkah tu nak sampai kat kereta. Tension aku weh! haha... Adikku ayunyeeeeeeee :P

Bagusla ayu ayu, lemah lembut, tapi janganla sampai orang pijak pijak kepala dan amik kesempatan. Pandai pandaila jaga diri k laling!

Hmmm you're the youngest in the family. Siblings yang lain semua dah ada keluarga masing-masing. Mak ayah dah tua. Kalau umo dorang panjang, dapatla dorang tengok laling pun ada keluarga sendiri. If let say, mak ayah pergi dulu, you will always have your siblings ni. Especially me darling. I'll always be with you! :)

Dengar cakap mak ayah. Dengar cakap kakak kakak, abang abang. Pikir baik buruk sebelum buat sesuatu perkara. Jangan terburu-buru dalam membuat apa jua keputusan untuk diri. Pikir juga kesannya pada orang lain.

Laling, I love you. Betul. You're my only little sister. Kecik kecik memangla you ni sangat menjengkelkan ahaha tapi bila dah besar ni, if you takde, I'll feel sad you know..

November ni kita spend time together ye :)

Love you sis & happy belated birthday!!!

When she was just a little toddler

She's all grown up!
Cantik tak adik aku? Macam aku jugakla rupa dia hahaha
Ni gambar lama. Nampakla cantik.
Sekarang cam dah kurengg haha *jeles*


Read her 'very gedik' blog ehe: http://dilamilin710.blogspot.com/

Saturday, October 8, 2011

Apabila Pencen Umur 60 Tahun

Adakah ini yang akan berlaku?



kehkehkeh.. senyum sorang sorang aku bila tengok kartun nih.

Pendapat aku, ok je pencen umur 60 tahun, banyak kebaikannya. Gaji masa tu mesti dah banyak. So bila dah pencen, duit pencen pun jadi banyak. Bolehla buat sara hidup sendiri. Kalaula ditakdirkan dapat anak yang tak mengenang budi, sekurang-kurangnya, dorang ni tak perlu nak menagih simpati. Lagi satu, orang sekarang ramai yang kawin lambat dan dapat anak lambat. Ada yang umur 40 anak kecik berderet lagi. So by 60 mesti anak tu dah nak masuk universiti. Sekurang-kurangnya, ada la jugak income untuk support anak belajar kan?

Aku tak rasa bila ada yang lebih senior dalam pejabat, yang junior takleh nak naik. Masing-masing ada rezeki dan peluang sendiri. Pandai-pandaila cari. And then, collaboration antara orang muda dan orang tua boleh jadikan satu keje tu jadi lebih mudah. Young people can give out fresh ideas while the elderly can share their experience. Combine fresh ideas and experience sure hasilnye kebaboo0m :)

Walau apapun, yang mampu bekerja hingga umur 60 tahun ni hanya relevan pada orang yang sihat tubuh badan sahaja. Relevan pada yang takde penyakit je. Kalau yang dah sakit-sakit tu memang disarankan tak keje sampai umo 60 la. Tak baik untuk diri sendiri jugak kan. Dan juga boleh memperlahankan produtiviti keje. Yang sihat walafiat tu, blehla terus bekerja. Selagi tulang empat kerat tu masih mampu :)

Kat ofis aku ada sorang granny ni. Orang Australia. Works as an Editor. Umur dia dah 70 tahun. Memang sangat tua. Tengok pada dia tu memang kita rasa kesian sangat. Yela, dah tua kan. Tapi sebab dia masih kuat dan masih mampu untuk bekerja, apa salahnya? :)

Friday, October 7, 2011

Teks Ucapan Belanjawan 2012

Assalamualaikum,

Aku tak dapat nak ikuti Bajet 2012 dalam tv harini. So, aku terjah website treasury.gov.my untuk memuat turun teks penuh belanjawan.

Boleh download di sini...

http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub12.pdf

Thursday, October 6, 2011

With Deepest Sympathy

Assalamualaikum,

I've been holding up this story for a few days.

Last Friday, my boss' husband, passed away.

It was a shocking news for me because I knew him. We always had outing as a team and my boss would bring her family too. From there, I knew her husband. He's a quiet person but very nice. He had a sweet smile and very fond of taking photos. Last outing we had was at Aquaria KLCC.

Macamanalah perasaan my boss tu sekarang?

If I were in her shoes.. I'll be helpless. Weak. Heart-broken.

You're talking about losing a husband here. A husband to you, and a father to your children.

Yep, they have small kids. The first daughter is 6 years old. And the second daughter is only 3 years old.
How would they feel, growing up without a father?

His death was a very shocked death. He's not sick. For me, if all this while he was sick, it would be easy for me to let him go.. Because we already knew and might already be prepared. But if he left suddenly like this, it will bring major sadness.

It is very sad.

My deepest sympathy goes to my boss and her family. I wish her well and my prayers and thoughts will always be with her.


This was captured during our outing at Taman Botani, Putrajaya on August last year.
My boss is the one wearing red shirt, holding her little daughter.
Her late husband is beside her, holding and kissing their first daughter.


Tuesday, October 4, 2011

Aku Rindu.. Dia?

Assalamualaikum,

Ehem.. nak buat entry jiwangla. Buleh? Bulehla eh.......

Rindu suami saya (as usual la kan..) Sampai suami saya pon naik muak kalo saya asek dok cakap dengan dia saya rindu dia huahuahua.. Sampai hati dia ehehe.. Tapi dah tu yang saya rasa. Tak bleh nak tipu. Memang rindu. Dah rindu kenala cakap selalu kan? Saya teka, lelaki memang malas nak layan hal hal perasaan ni. Tak tough ke kalo layan perasaan? Tak cool ke? Tak hebat ke? Tak jantan ke?

Tapi suami saya ada reason lain.. Dia kata jangan ikut sangat perasaan. Rindu memangla tak terkata rindu. Tapi dalam situasi kami sekarang (LDR), aku patut lebih kuat. Cuba kentalkan hati. Kalau diikutkan sangat rasa rindu macam-macam boleh jadi, stress dan macam-macam lagila. Terutamanya aku yang tengah pregnant ni. So, pesan dia pada aku ialah, lawan perasaan tu. Jangan ikutkan sangat... Ye baiklah. Akan saya ikut. Dan saya memang dah lama tak bagitau dia saya rindu dia huhuhu........... Walhal, saya memang rindu gile gile gile. Sabar sabar.. kuatkan semangat, tabahkan hati. November tak lama dah.....

*erk sekejap aku sekejap saya.tak tetap pendirian macam ni lah ehe*

Tapiiiiii.. harini sesuatu yang luar biasa telah berlaku. My pumpkin texted me.. and says,

"Yang, rindu laa..."

Hahhhhhh.. ini sangat luar biasa hahahaha....

Serta merta rasa macam nak nangis. Suami saya rindu saya.
Rupa-rupanya bukan saya sorang je yang rindu. Dia pun rindu...

Then dia mintak maaf. Dia mintak maaf sebab dia tak layan aku dengan baik. Everytime aku call ke ape, aku cakap aku rindu dia ke ape, dia mesti marah aku. Kalau aku sedih ke ape dia mesti marah aku sebab aku terlalu lemah. Sikit-sikit nangis.. Sikit-sikit nangis. Dia kata dia lupa, aku pregnant.. Dia rasa bersalah sebab dia sepatutnya layan aku dengan baik. Dia mintak maaf dan rasa bersalah sangat dengan aku...

*ok dah nak nangis*

Aku tak pernah salahkan dia. Dia lelaki yang dah diajar untuk menjadi kuat, emotionally, mentally and physically. Dan dia tak pernah tahu macamana nak handle wanita mengandung. Yelah, aku akui, since pregnant ni emosi aku memang tak stabil. Up and down. Lebih-lebih lagi sebab kitorang duduk jauh ni. Lagila dasyat emosi aku ni. So I never blamed him. Blame the unstable hormones I supposed..

Oh suddenly jiwa ni rasa sayu sangat.... Ya Allah, aku sayang dia, aku rindu dia......

Dah tak bleh nak taip. Emosi menguasai diri........

Monday, October 3, 2011

Hantaran Majlis Persandingan/ Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, line internet sangat memuaskan malam ni. Dapatle attach gambar hantaran masa sanding kat blog ni hehe..

Erm sebenarnye aku takde bersanding pun. Just duduk atas pelamin, salam-salam dengan ahli keluarga then amik-amik gambar. Itu sahaja. Renjis-renjis dipilis takde.

Masa majlis persandingan/majlis kesyukuran ni, keluarga my pumpkin bawak 7 dulang/bekas dan to be fair and square keluarga aku pun balas dengan 7 dulang/bekas juga.

Yang menariknya, tema kedua-dua keluarga adalah sama iaitu kaler purple! haha.. Dah macam sama je aku rasa. Tak kisahla, yang penting barang tu ada dan boleh digunakan.

For my pumpkin, from me :)

Kasut Bonia.
Beli kat Sogo.

Buah-buahan

Set perfume Polo Blue.
Beli kat Metrojaya, Midvalley Megamall.
My pumpkin loves it. Sampai ke harini tak abes lagi.
Sembur sket je kot. Sayang punye pasal haha

Set wallet, belt plus 1 pen Alain Delon.
Beli kat Sogo.

Seluar slack Durban & collared t shirt Langford Ease.
Beli kat Sogo.
Baju ni dah takleh pakai. Sebab kena karat air masa basuh kat umah aku. Kat kampung.
Benci! :(

Set slack & kemeja Durban.
My pumpkin tak pakai gak sebab ada gam melekat.
Gam kat riben tu. Ish. Dah basuh tapi tak hilang.
Ada cara lain tak?
Benci benci

Chocolate Vochelle sudeyyy hehehe


For me, from my pumpkin :)

Bunga telur dan pulut kuning

Set perfume Issey Miyake.
Beli kat Metrojaya, Midvalley. Sampai sekarang tak pakai lagi. Except for the sample.
Sebabnya bila pregnant takleh bau perfume sendiri.
Poning den poning

Buah-buahan

Bekas potpourri

Kek.
Kitorang makan pada malamnya. Masa upacara bukak baju hadiah 

Telekung & sejadah.
Sangat cantik ok telekung tu.
Dengar-dengar cite, telekung tu koleksi peribadi mak mertua.
Terima kasih mak :)
Handbag Pierre Balmain & wedges Primavera. 
Handbag beli kat Parkson, Alamanda. Wedges tu beli kat outlet Primavera juga di Alamanda.
Aku pilih sendiri. Wedges bayar sendiri, handbag my pumpkin bayar  kihkih..
Err both tak guna lagi huahua.. Handbag sebab rasa macam macik-macik pulak (gedik kan). Wedges pulak pakai aku rasa sekali ke dua kali je. Pastu aku pregnant. Dah takleh pakai. Kang terpeleot. Aku bukan reti pakai kasut tinggi-tinggi huhu..

Sunday, October 2, 2011

Hantaran Tunang & Akad Nikah

Assalamualaikum,

Petang-petang Ahad ni tetiba la pulak mood nak blogging datang. So masa ada mood ni lah kita kena update blog!

Aku nak share pasal hantaran tunang dan akad nikah aku 4 bulan yang lalu kihkih.. Not too late lagi kan. Ala, bila-bila pun boleh cerita betul tak? Blog aku, suka hati aku la hehe..

Ok ok back to the story. Aku tunang dan nikah pada hari yang sama iaitu 4 Jun 2011. Hantaran untuk tunang dan akad nikah ialah sebanyak 5 bekas berbalas 5 bekas jugakla. Senang. Tak payah nak ganjil ganjil, genap genap huhu.. Tak adil je bunyinya kalo yang laki dapat banyak, perempuan dapat sikit erk? Mak aku cakap, ore Kelate tak buat macam tu. Kalo yang perempuan dapat 10 bekas, laki pun dapat 10 bekas jugak. Barula adil dan saksama ehe..

For me, from my pumpkin :)

Sireh junjung dan cincin.
Yang dalam bekas kaler gold tu cincin tunang. Dalam bekas merah pulak cincin kawin.
Aku takde rantai mahupun gelang. Cincin je sume. Senangggg dan murah sikit. Jimat kos hehe..

Tafsir Al Quran

Sepersalinan baju. 
Baju ni dipakai masa majlis menyambut menantu belah laki.
Kainnya aku beli kat Jalan TAR. Murah sajo, RM30 kot kihkih..
Then jahit buat kebaya. My first kebaya!
And last maybe. Sekarang dah tak muat +__+

Album berisi duit mas kahwin sebanyak RM dot dot dot hehe

Kuih penderam eh ke ape nama standard dia? hehe
Aku panggil kuih telinga keling je huhu
Bukan racist eh. Dah memang panggil nama tu.

For my pumpkin, from me :)

Cincin tunang. Perak+sapphire.
Pilihan aku sendiri. Tapi sayang cincin ni longgar.
Beli tak ikut saiz jari my pumpkin. Sebab saiz ni je last ada. Aku tak suka batu lain. Aku suka sapphire je huhu..
Rembat jugakla. Lain kalila pegi alter saiz eh sayang?

Towel

Sepersalinan baju Melayu. Untuk dipakai di majlis menyambut menantu belah laki.
Ye, kami beli baju Melayu ni di Nagoya, Jalan TAR. Tengok kaler baju lebih kurang sama dengan kaler baju kebaya aku tadi. So terus je beli. Malas nak cari tempat lain. Nagoya pun Nagoya lahh hihi

Kek buah mak saya buat!

Buku pemberian ayah saya. Aww so sweet :)

Simple simple je hantaran kami. Bagi yang termampu sahaja. Macam aku, kotak-kotak hantaran tu sume recycle abang aku punye dulu. Dah barangnya masih elok, guna ajelah. Kalau tak, berhabuk macam tu je. Lagipon benda ni sume bagi aku untuk main-main je. Adat je kan. Yang paling penting sebenarnya ialah, kesempurnaan akad nikah dan mas kahwin tu. Itu yang wajib :)

Nanti aku share hantaran masa sanding pulak eh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...