Tuesday, September 27, 2011

Cerita Basi: Sabah Part 2

Assalamualaikum,

Sambung kisah rumah pulak.. Rumah ni rumah pemberian navy. Rumah dalam base dah penuh so dia bagila rumah kat luar ni. Kawasan rumah ok ok jela. Cuma banyak anjing huhu. Kat Tuaran ni memang anjing merata. Dah macam kambing je aku rasa ehe.. 

On the way nak masuk kawasan rumah.
Picture taken a day after we arrived

Malam sampai tu terus dapat masuk rumah. Tapi... banyak pulak kerosakannya. Lampu dua tiga bijik tak nyala. Yang sadis, master bedroom, bukan lampu je tak nyala, kipas pun sama.Tak berpusing. Nasib baikla bilik tengah semuanya berfungsi. Rumah ni ada 3 bilik. Luckily jugak orang yang duduk rumah tu sebelum kitorang masuk ni, dah basuh elok-elok dah. Takdela berhabuk sangat. And dorang pun baru keluar seminggu sebelum raya. Cuma maybe dorang tak sempat lapor kot pasal kerosakan ape sume.. Macamanala dorang duduk dalam rumah yang gelap gitu huhu...

So malam first tu kitorang tido dalam bilik tengah. Dah suruh my pumpkin bawak cadar siap-siap. Oh rumah fully furnished, jadi tak perlu risau kena tido atas lantai ke ape ehe.. Malam tu jugak KK hujan. Sejukk je. Lena betul tido. Sebab keletihan sama....

Siangnya, konon-konon kunci jam pukul 6pagi nak solat Subuh. Sekali dah cerah wey! Boleh pulak tido tak sedar-sedar. Bunyi jam baru bangun. Adoiyai, lupe pulak kan, Sabah ni sejam lebih awal waktunye. Dah nak kena adjust timing sendiri.... Subuh di Sabah ialah pada pukul 4.50 pagi kalau tak silap aku... Sejam lebih awal daripada waktu di Semenanjung. Apa-apa pun kena minus 1 hour ye walaupun jam di dinding menunjukkan waktu yang sama :)

Bila dah siang barula boleh nampak dengan jelas view kat luar rumah. Bukak sliding door, dok kat beranda buleh nampak tasik terbentang luas :)

Ada buaya tak agak-agaknya?
Tapi selalu nampak orang pergi menjala ikan kat tasik tu..
Tu blok sebelah. Rumah aku macam tu le. Rumah bertingkat. Dan aku duduk di 2nd floor. Huh mengah jugak nak naik turun tangga. Ye, tak ada lif sebab rumah 4 tingkat je huhu...

Perkakas dapor, tv, mesin basuh etc belum sampai lagi masa ni. So nak makan, basuh baju sume buat kat rumah jiran. Haha dasyat tak?? Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, jiran kitorang, kawan baik my pumpkin. Banyak dia tolong kitorang. Makan memang boleh dikatakan hari-hari la kat rumah dia. Sampai naik segan haa aku.. Tapi ape bleh buat, barang dapo umah aku belum sampai. Kapal lambat huhu.. My pumpkin pegi keje pon pinjam moto dia. Terima kasih banyak-banyak. Pertolongan kalian ni akan kami ingat sampai bila-bila.. Kalau kami tak mampu nak balas, biarlah ALLAH yang balas. Semoga murah rezeki kalian! :)

Mehla aku tunjuk sket macamana rupa rumah tu...

Ruang tamu.
Sori sepah-sepah ehe

Hallway to bed rooms and kitchen
Dining table
Kabinet tv.
TV yillek. Belum sampai masa ni huhu..
And kabinet tv ni dah rosak dah. Tuan rumah lama tak jaga elok huhu
Kitchen

Overall, rumah sangat ok. Aku memang suka rumah macam ni. Simple-simple je. Kecuali yang rosak-rosak tu. Entah bila nak baiki. Sampai ke harini belum baiki lagi tu. Jangan November ni aku pegi tak baiki lagi dahlaa... 

Bila dah masuk rumah ni, rasa macam tak sabar pulak nak jadi house wife hihi.. Nak masak untuk suami ecece.. kemas-kemas rumah. First time merasa macam duduk rumah sendiri walaupun hakikatnya bukan rumah sendiri ehe... Tak sabarlah nak bina hidup berkeluarga nih! :)

To be continued.....

Monday, September 26, 2011

Cerita Basi: Sabah Part 1

Assalamualaikum,

Aku macam ada mood nak update blog tapi nak cerita pasal ape ye?

Kalau cerita pasal pegi Sabah awal bulan haritu aci tak? Tak basi lagi kan? Haha tak kesahla.. Ceritala sikit ek..

My pumpkin kena transfer di tempat keje baru pada 12 September. Dia book tiket untuk ke Sabah pada 9 September. Tiket ditanggung kerajaan Malaysia.. Sehari sebelum fly, kitorang stay kat Wisma Transit di Jalan Semarak, KL. Kat sini lah sume askar-askar yang nak pergi Sabah atau Sarawak berkumpul sebelum naik flight yang telah ditetapkan. Bujang, family, semua kat sini. Tapi mostly family lah. Masa aku pegi tu ramai jugakla. Cos dorang sume baru abes cuti raya kan..

Tak terambik pulak gambar Wisma Transit tuh. Takutlah, kang kena tangkap pulak ehe.. Bilik penginapan, okla.. selesa jugakla tho biasa-biasa aje. Cukupla untuk tido semalaman. Makan pun disediakan, breakfast, lunch and dinner. Tapi haritu aku sempat rasa breakfast je. Huh breakfast ala askar abesla. Nasik lemak, telur rebus (kena kopek sendiri kulit) and mi goreng. Cuma aku rasa ada beza la dari segi penyediaan makanan untuk LLP dan pegawai. Why la kena ada perbezaan begitu? Yang pegawai cam kemas sket, yang LLP ni macam........ entahle, ikhlas ke tak ikhlas ni nak hidang hehe.. Takpela, memang macam tu kot. LLP dan pegawai takleh sama. Ape-ape jela, yang penting aku kenyang pagi tu :)

Flight pukul 2 petang. Naik MAS so kena ke KLIA. Dari Wisma Transit kitorang pergi KLIA naik bas yang dah disewa. Around 11.30am kot kitorang gerak. Sampai KLIA dah ngam ngam pukul 1 tengahari. Cepat-cepat check in bag. Nasib baik dia dah bukak kaunter khas untuk askar-askar ni check in bag masing-masing. Takdela kelam kabut. Aku dengan my pumpkin dahle first time berurusan kat KLIA nih. So cam jakun-jakun sikit haha.. Lepas drop luggage, pegi makan KFC dulu. Lapar hehe..

Then kitorang cari boarding gate ke ape benda tah namanya eheh..

Our boarding passes
Sebelum boarding tu, kita bergambar dulu...

Rampingkan sayeee *bluweek*
Here's our flight.. Kecik aje kapal terbangnya. Dan sudah uzur juga uhukhuk... Meja makan kat tempat aku tu nazak benar dah. Nak tercabut sikittt je lagi. 


Bercerita pasal makan, MAS kan ada makan-makan. Tak macam Air Asia yang kena beli. Aku dok imagine dapat makan sedap-sedap la ni. Sekali ko tau, dapat makan roti canai dengan kari ayam je........... Sentap jap ibu mengandung ni. Ada nasik tapi dia bahagi-bahagi kat passenger yang ada anak kecik je dulu. Pastu dah abes, tak dapatla kitorang makan nasik. Dapat roti canai je. Sabar je laa.. Nasib tiket free kan. Kalo tiket beli sendiri, aku ngamuk. Nak nasik jugak!! huhu.. Nasib baik jugak sebelum fly dah makan KFC. Huh, majuk dengan MAS!

2 jam 30 minit dalam flight was okay. Cuaca pun ok. Takdela merempuh awan ke ape. Cumanya my pumpkin je yang tak sihat. Dia memang dah demam demam. Penangan kena jerebu masa on the way dari Lumut ke Putrajaya sebelum tu. Kitorang sempat jugakla lelapkan mata sekejap. Sedar-sedar dah nak landing. Haa ni lagi satu aku nak majuk dengan MAS. Aduhai masa dia descending tu.. oii pening aku..... Laju sangat dia turun. Tak macam Air Asia yang biasanya slow-slow and sikit-sikit je. Aku masa tu dah pening-pening nak muntah dah.. Dah pegang kerusi depan dah. Kebetulan pulak KK hujan masa tu. Ada jugakla gegar-gegar sikit.  After landing pun still kepala aku berpusing-pusing... Nak jalan masuk terminal pun rasa macam nak kena papah je.... 

My pumpkin tunggu luggage keluar. Inipun lama menunggu. Sebab hujan kot, lambat sket barang keluar. Aku tak larat nak berdiri terus lari cari tempat duduk. Kepala masih pusing-pusing.

Sempat amik gambar ni sementara tunggu my pumpkin amik beg.
Nampak tak Selamat Datang ke Kota Kinabalu tu?
Kepala tengah pening time ni, malas nak snap gambar elok-elok huhu..

Kawan my pumpkin datang amik kitorang kat airport and hantar balik ke rumah kitorang kat Tuaran.. Jauh jugak KK dengan Tuaran ni. Lebih kurang 30km.. Kitorang sampai airport pukul 5.30pm. Jalan sesak yang amat ditambah pulak hujan kan. Then sampai Tuaran jam 7.30 malam. Lama tuu. And note, 7.30 malam kat sana dah macam 8.30 malam kat Semenanjung tau. Sebab 7.30 malam kat Sabah tu dah masuk Isyak dah...

Masuk rumah, hmmmm.. ada jugakla benda tak puas hati. Next entry la cerita ek. Macam panjang pulak eheh..

To be continued.....

Subuh-subuh Dah Blues

Assalamualaikum,

Today is Monday. Monday selalunye awan biru je... Tu yang timbul istilah Monday Blues tu ek? ehe

Erm aku pon subuh-subuh dah Blues. Ingatkan harini ni nak bangun dengan semangat waja pegi keje. Dah bertekad nak buat keje sungguh-sungguh. Tak mahu pedulikan masyarakat sekeliling. I even planned nak lunch dkat opis je.Takmo keluar. Time lunch hour nak buat manual yang tak siap-siap tuh. Next week dah nak kena handover kat bos weh!

Then tetiba..... semangat waja aku tu hilang.. Dapat mesej from my colleague. Dia EL harini. Anak dia sakit. And I have to cover her. Huwaaaa... serta merta Encik Mood melarikan diri. Aku paham situasi colleague aku tu. I did not blame her la. Dah anak dia sakit, ape aku boleh buat? Esok-esok aku ada anak pon sure aku akan amik EL jugak kan. Aku pun tak kisah nak cover her etc.. It's just that, planning aku dah lari! Huwaa.. Aku, kalo plan dah lari ni mulala nak lari jugak. Haihhh..

So macamana? Agak-agak berjaya tak nak buat manual harini? My boss suruh panggil temp staff masuk untuk backup aku. Hmm aku dah panggil dah. Tapi taktau dia boleh datang tak. Ala sama aje dia takde atau ada.. Still aku kena monitor kan? And then some more the temp staff will be using my PC. So macamana aku nak buat manual tuh? Memangla boleh bukak kat PC lain. Sume benda dah save kat common drive. Tapiii.. buat kat PC aku jugak yang selesa dan besh. Uhuhuk... Tak terbuat jugakla kot manual aku hari ni :(


Saturday, September 24, 2011

Air Mata, Berhentilah Mengalir

Assalamualaikum,

Hari-hari nangis.

Semalam nangis lepas cakap telefon dengan my pumpkin.

Harini nangis lepas cakap telefon dengan my mom.

Sorry baby. Mama hari-hari, sedih. Hari-hari, nangis. Mesti kamu pun tak senang kan. Mesti kamu pun sedih macam mama kan. Sorry sayang......

Bila jiwa ni nak jadi kuat. Bila emosi ni nak jadi happy je?

Aku pun dah penat nak menangis. Tapi perasaan sedih tu selalu datang menjengah. Sampai bila?

Friday, September 23, 2011

Erm Susahnya Nak Berhenti Keje

Assalamualaikum kawan-kawan dan lawan-lawan (ada tak?)

Aku tengah bengong ni. Susah weh nak berhenti keje. Well surat memang dah bagi dah.. Tarikh last day pun dah ada. Cuma yang tinggal ialah keje-keje handover.  Dan kejenye adalah sangat banyak!

Aku tak punya semangat untuk membuatnye. Tak tahula kenapa. Malas tu satu la kan hehe.. Duanya, entahla.... rasa macam susahnya nak lepaskan keje ni kat orang lain. Rasa macam malasnya nak explain kat orang keje-keje yang aku buat. I prefer to do it myself. Kekadang rasa macam tak boleh nak rely kat orang lain. Takut bila dah pass nanti, cara dia buat tu tak sama macam aku buat.. Pastu ada error ke ape.. ishhhhhh...

Aku membebel ni macam aku dah lupa sebenarnye aku dah RESIGN! Nak tak nak, kena jugak handover keje keje nih... Aku dah tak boleh buat dah keje ni lepas ni. Aku kena turunkan ilmu aku pada orang lain dah. sobsob sedihnye. Aku sayang keje ni :'(

So dalam masa 2,3 minggu ni aku kena siapkan manual keje aku. Step by step procedures on all the works aku buat kat opis ni. Banyak hokkay, bukan sikit. Nampak je aku selalu melagho, tapi sebenarnye, aku banyak keje. Bukan senang nak buat manual ni. Steps tu kena jelas dan orang lain pun kena paham apa yang aku buat tu. Bukan aku sorang je yang paham. Haritu dah buat sekali dan sudah DIREJECT oleh boss aku huaaaaa.. Katanya manual yang aku dah buat tu, aku sorang je boleh paham. Not detail enough katanya. Aku kena screenshot every single thing. Aku tak boleh assume orang tu tahu kat mana nak cari function tu dalam Excel. Huwaaa nangis. Memang aku dah sentap dah masa tu. Yela, aku dah penat-penat buat kan. Terus takde mood nak buat dah lepas tu. Sampaila sekarang takde mood lagi..

Tapi aku sedar.. aku dah tak punye masa... Aku kena buat jugak. Aku tak nak blah macam tu je. Tak nak jadi orang yang tak bertanggungjawab. Tak nak tinggalkan nama buruk. Tak nak aniaya orang especially my boss and my colleague. Dorang dah banyak tolong aku these 3 years. So takkanla aku nak susahkan dorang kan kan.. Tak kenang budi la aku ni kalo aku buat macam tu...

Jadi, semangat yang hilang, muncul lah kembali!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Bosannya Malam Ni

Assalamualaikum,

Haih bosan la malam-malam ni. My pumpkin dah tido. Aish awalnye dia tido. Tak puas nak manja-manja uhuk...   Tu yang tambah-tambah bosan tu. Kalo tak, bolehla berSMS sepatah dua kata atau bergayut-gayut barang 2, 30 minit di telefon. Tapiiii.. dia dah tidoo.. :'(

Bosan wehhh.. nak cerita pasal pegi Sabah haritu pun takde mood. Dah type sikit semalam pastu mood lari. Urghh.. nantila dah ada mood nanti aku cerita. Basi pon basi laaaa...

Tak tahu nak buat ape. Dalam kepala macam-macam dok pikir. Especially pasal keje. Aduiii nak berenti ni bukan senang. Banyak pulak benda kena buat. Kena pulak time aku takde mood nih. Semangat langsung takde! Macamana? huhu...

Arghh bosan bosan bosannnnn

Monday, September 19, 2011

Murid Tahun Lima Maut Ditimpa Tiang Gol



KLANG: Seorang murid Tahun Lima maut selepas mengalami kecederaan parah di kepalanya akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di padang sebuah sekolah rendah berdekatan rumahnya, di Kuarters Guru Kampung Jawa, di sini, petang kelmarin.

Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman, 11, pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 2, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) malam kelmarin, selepas mengalami pendarahan teruk dan retak tempurung kepala.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Sarbaini, 41, ketika ditemui, berkata pada jam 6 petang kelmarin, dia berada di rumah ketika dimaklumkan jirannya bahawa anaknya mengalami kemalangan ketika bermain bola di padang SK Kampung Jawa 1, yang terletak hanya 50 meter daripada rumahnya.



“Apabila sampai ke tempat kejadian, saya terkejut melihat banyak darah keluar daripada kepalanya dan dia (Muhammad Fakhrul) sudah terbaring dengan tidak sedarkan diri.


“Melihat kecederaan yang parah, saya terus menghantarnya ke HTAR untuk menerima rawatan, namun arwah gagal diselamatkan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Abdul Rahman berkata, dia difahamkan anaknya sering bermain di kawasan kuarters namun pada hari kejadian, mangsa yang meminati pasukan Liverpool bermain di padang berkenaan.

“Saya diberitahu rakannya, arwah tidak perasan tiang gol itu berkarat dan sebahagian besi penyokong tiang sudah tertanggal secara tiba-tiba menghempapnya, menyebabkan rakannya bergegas pulang ke rumah memanggil saya,” katanya.


Beliau berkata, anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum kejadian, kecuali ada meminta sepasang kasut bola daripada ibunya, Faizah Ayob, 41, yang memintanya menunggu hingga akhir bulan ini.


Katanya, beliau terkilan kerana tidak dapat membelikan kasut berkenaan.


“Dia (arwah) memperoleh duit raya sebanyak RM120 tetapi kasut bola yang dia inginkan masih tidak mencukupi, menyebabkan Muhammad Fakhrul mahu menambah sedikit wang daripada ibunya, namun Tuhan lebih menyayanginya,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Mat Derus, ketika dihubungi, berkata beliau masih belum menerima laporan mengenai kejadian kerana kini berada di luar negara.


“Mungkin pihak jabatan sudah pergi ke lokasi kejadian namun sekiranya sudah menerima laporan, siasatan akan dilakukan ke atasnya,” katanya.


Tiang gol yang menghempap mangsa sekaligus meragut nyawanya..

Baca berita di pautan-pautan berikut:

1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuridTahunLimamautkenahempaptianggol/Article/index_html
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
3. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
4. http://www.hmetro.com.my/articles/Budakkorbantianggol/Article

Sedih kan? Peristiwa ini sangat memberi kesan pada aku dan keluarga kerana Allahyarham Muhammad Fakhrul Amin ialah anak sepupu aku....

Aku dapat berita pada jam 9.30 malam hari Sabtu. Masa tu aku baru sampai dari Sabah. Terkejut bukan kepalang lagi apabila dapat tahu Amin dah takde.

Semalam, aku ke rumah sepupu aku untuk majlis pengebumian. Jenazah dikebumikan selepas solat Zuhur. Aku sendiri tak dapat nak menahan air mata daripada mengalir tatkala jenazah tiba di perkarangan rumah dan diletakkan di dalam surau. Sayu sangat. Keluarganya apatah lagi. Mata ibunya bengkak. Semalaman air mata tak berhenti mengalir. Kakak, abang dan adik-adik dia menangis, meratapi pemergian arwah. Ayahnya nampak tenang. Kuatnya semangat dia.. Tpai dalam hati siapa tahu kan. Walau dia masih mampu memberi senyuman kepada tetamu yang hadir, aku pasti, dalam hati dia turut menangisi pemergian anakanda tersayang.

Arwah anak yang baik. Baru berusia 11 tahun, dia sudah 3 kali khatam Al Quran. Aku dengar dia juga rajin ke surau. Tanpa disuruh. Pandai melaungkan azan juga. Terbukti Allah lebih menyayangi dia.

Semasa berada di rumahnya, aku bersembang dengan salah seorang adiknya. Katanya, "esok dah sekolah. Letihnya. Amin la yang best. Dah tak payah pergi sekolah. Amin dah tak letihla. Kalau dulu Amin letih, pagi sekolah biasa, petang sekolah agama...." Aku hanya mampu tersenyum. Anak kecil.. Apa yang dia tahu?

Amin, tenanglah kau di sana. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat-Nya ke atas mu.... Insyaallah, tempatmu adalah syurga...

Sunday, September 18, 2011

Dah Balik Putrajaya

Selamat tinggal Sabah. Selamat tinggal my pumpkin ='(

Menangis sedu sedu... Lambatnye November! Sobsob...

I'll be missing you, sayang!

Friday, September 16, 2011

Blogging @Tuaran, Sabah, my new home :)

Assalamualaikum,

Lama tak update blog sebabnya line Maxis BB kat sini hanyalah GPRS! Adehla.. terseksa jugakla. Nak load satu page pun semput-semput je. Oleh yang demikian, cerita-cerita di Sabah saya cerita bila saya balik Putrajaya nanti la ye. Esok nak balik dah. Sedih! Takmo balik boleh tak? Huhu tak sanggup nak berpisah dengan my pumpkin tho sekejap je hmphhh..

Ape-ape pun, life is ok ok jela kat sini. Masih cuba menyesuaikan diri. Banyak perbezaan hidup kat sini compared to Semenanjung. Especially part timing tu. Pukul 6 petang kat sini dah gelap. Dan pukul 6 pagi dah cerah dahh.. Well, lain tempat lain la cara hidupnya kan? Pandai-pandaila sesuaikan diri.

Barang-barang belum sampai. Except for furniture la. Semua dah ada. Rak tv, sofa, dining table, katil, almari, semua lengkap! Untungnya duduk kuarters yang disediakan ni. Tak payah pening pikir nak beli perabot eheh.. Duit lagi tuu..

Makan pun, menagih simpati jiran hihi.. Alhamdulillah, jiran kitorang ni kawan my pumpkin jugak. Baik hati pulak tu. Hari-hari ajak kitorang makan kat rumah dia. Terima kasih banyak banyak. Semoga Allah membalas jasa baik kalian!

Sampai sini dulu.. Nanti cerita lagi ehh.. Take care all and Selamat Hari Malaysia! :)

Thursday, September 8, 2011

Weekend ni Nak Ke Sabah :D

Assalamualaikum,

Semalam bawak my pumpkin pegi Wisma Transit di Jalan Semarak, KL. Besar rupanya tempat tuh. Jakun sekejap haha..

Hari ni after work, giliran aku pulak pergi sana. Terpaksa tinggalkan dia sorang-sorang semalam cos harini aku keje *sigh* Hopefully jalan tak jam dan aku tak sesat! Kihkih.. Sesungguhnya aku sangat fail dengan jalan KL nih. Especially Jalan Semarak tuh. First time sampai sana. Semalam nasib baik ada kawan aku, baik hati tolong tunjukkan jalan. Siap tolong drive kan lagi hihi.. Tapi harini kena drive sendiri dah lah. Moga-moga tak sesat!

We're going to spend a night there, then tomorrow, insyaallah akan fly ke Sabah. Aku pegi teman my pumpkin seminggu kat sana sebelum kitorang berpisah sekejap selama 2 bulan. November, insyaallah, aku akan ke sana permanently :) Alah tak sampai 2 bulan pon sebenarnye.. Sabarlah ye wahai hati! So, seminggu ni nak spend time dengan dia sepuas-puasnya. By the way, 12 September is his birthday. Celebrate kat Sabah lah nampak gayanye hehehe..

Aku bawak laptop. In case bosan-bosan time dia pegi keje. Aku duduk rumah bukan boleh buat ape. Barang-barang next month baru sampai kot. Insyaallah aku update my stay there.

Till then, take care uols! :D

Wednesday, September 7, 2011

Photobook Wedding Sudah Dapat!~

Assalamualaikum,



Akhirnyaaaa.. Setelah 3 bulan berkahwin, siap jugak photobook kawin aku ni ye.. Thank you very much my official photographer, Karismatik Fotografik. Memang dia dah bagitau aku photobook ni lambat siap. Aku pon tak penah nak call call dia paksa suruh siapkan cepat-cepat. Sebelum raya haritu je aku ada call dia tanya dah siap belum sebab aku kan nak pegi Sabah nanti. Tak maula aku kat Sabah baru gambar tu siap. Tak pasal-pasal nak kena pos ke Sabah pulak kan. Buatnye hilang masa pos tuh? Huuu nangis tak berlagula aku...

Anyway, sume decision, gambar mana nak letak, cover macamana and etc dia yang buat. Dia yang decide untuk aku. Aku tak cakap ape pun. Sebabnya, I trusted him dan juga sebab aku bukan reti benda-benda nih sume haha.. Bagi aku, cukupla ada gambar untuk kenangan aku dan suami dan juga untuk tatapan anak-anak dan cucu cicit piut piat nanti..
 
Gambar aku simple simple aje. Takde edit pelik pelik. Aku pon tak suka kalo banyak sangat edit. Hilang originality gambar tu nanti.
 
Rasanya dah settle dah kot hal kawin ni. Hutang-hutang sume sudah dibayar. Tinggal hutang budi dengan mak ayah dan adik beradik je yang tinggal. Insyaallah akan aku balas. Terima kasih di atas pertolongan kalian, physically and mentally hehe..
 
Oh baru ingat.. kad pintar nikah tu je belum buat. Tak wajib kot kan?? Aku dah fotostat surat nikah and letak dalam hand bag. Kang kalo kena tangkap basah tunjuk jele surat tuh. Ke tak diterima? ehe...

Tuesday, September 6, 2011

Beraya di Pantai

Assalamualaikum,

Ish ishh ishh.. lamanye tak update blog! Raya sakan kah?? Hehe.. Tak jugak, cuma takde kesempatan nak bukak laptop, connect internet dan godek-godek blog. Jenguk blog kawan-kawan pun tak sempat.. Adapun jugak, mood blogging ni makin berkurangan pulak dua tiga menjak nih. Tidaklah tahu kenapa.. Malas je kot hehe..

Anywayyyy.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua!!!! Banyak kompol duit raya? Wah wah seronak ye.. Aku memang mimpila nak dapat duit raya. Hulur duit raya ada la.. Kekadang nak mintak jugak duit raya, untuk anak dalam perut ni. Aci tak? Haha..

Tahun ni, tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri ecece nak jugak mention kan hehe.. Tahun pertama jugak tidak beraya bersama keluarga macam raya sebelum-sebelum ni. Aku beraya dengan keluarga jugak cumanya dengan keluarga baru! Yeahh.. Suasana pun baru, lain daripada raya aku sebelum ni. Yeap, raya pertama aku kali ni di Besut bersama keluarga suami aku. Pengalaman baru tuh. Pertama kali beraya di kampung dan sedara mara pun ramai tak hengat. Hingar bingar rumah di pagi raya tuh. Seronok seronok :)

Baju raya? Aku dan suami takde baju raya. Pakai baju kawen haritu je. Jimaaatt ehehe.. Baju kawen aku kebaya hoho.. Dan memandangkan memang dah tak muat, aku pakai baju kurung je. Nasib baik kaler sama dengan baju melayu my pumpkin. Oh gambar raya berdua takdela pulak. Kesnye, bateri hp aku kong di pagi raya dan my pumpkin pulak tak bawak balik kamera dia. Dah selamat masuk kotak katanyaa... Jadi amik gambar pon tumpang-tumpang kamera orang.

Makanan pagi hari raya pun best.. Mak mertua masak nasik dagang. Pastu ada ketupat, nasik impit dan kuah kacang yang akak ipar aku masak. Sedap sedap. Tapi aku takleh makan banyak sangat pon. Tetiba pulak seminggu raya tu aku loya-loya. Bak kata kakak ipar aku, baby tahu abah dia ada. Tu yang tetiba jadi loya tuh. Kalo dok jauh ok je. Haha mungkin mungkin. Baby nak kasik can mama manja-manja dengan abah kan kan hehe..

Aku kat Besut selama 3 hari. Pegi jalan-jalan rumah sedara kat Setiu dan yang berdekatan dengan rumah. Pastu pegi pantai Bukit Keluang, bawak anak buah yang ramai tu berkelah. Merasai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. My pumpkin siap tido lagi.. Syok syok. Tak mandi pun sebab ombak agak besar pastu aku sendiri pon malas nak masuk air. Tak bernafsu orang kata hihi..





Ni baru sikit.. Ada ramai lagi anak buah yang tak ikut ni ehehe..

Habis cerita di Besut. Cerita raya di Kota Bharu pulak. Sama aje.. kitorang pergi pantai jugak haha.. Kalo dah balik kampung ni, sangat tak sah kalo tak pegi mandi pantai. Anak buah aku sebok je mengajak. Selagi tak pergi, selagi tu lah mulut dok bunyi je, "nak pergi beach.. nak pergi beach.."

So, to the beach we went.. Kitorang pergi Pantai Perkasa kat Melawi, Bachok. Kalau nak mandi manda memang takkan pergi ke Pantai Cahaya Bulan aka PCB tuh. Tak syiok. Pantai yang kitorang pergi ni memang best. Pasir landai, ombak pun tak kuat. Air tak dalam. Sesuaila untuk budak-budak mandi. Dan juga orang tua! Haritu sume orang berendam, kecuali aku lah. Masih tak bernafsu nak mandi pantai. Tengok dari jauh je. My pumpkin yang pada mulanya memang tak nak mandi akhirnya tewas dengan godaan anak buah aku hihih.. Last last dia yang lebih-lebih pulak mandi hehehe..







Sekian jela cerita raya aku.. Takde gambar pagi raya, takde gambar baju raya, takde gambar kuih raya macam orang lain hehe.. Apa-apa pun, raya kali ni memang penuh makna. Sebabnya aku puasa penuh tahun ni! Alhamdulillah :) Raya pun bermakna la kan. Patutnya aku dapat duit raya ni.... Ada sape-sape nak bagi?? :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...