Friday, August 26, 2011

I Have Decided & This Is What Best For Us *pumpkin & me*

Assalamualaikum,

Awal bulan 8 haritu, my pumpkin ada bagitau aku, ONE BIG SHOCKING NEWS.

"Yang, abang kena transfer pegi Sabah."

Terkejut tak bini ni rasa-rasanya? Mau semput haa terkejut! Tu terkejut satu. Terkejut dua ialah..

"Abang kena lapor diri 12 September. Lepas raya."

Huwaa nangis. Jatuh terjelepok atas lantai (ok over sudah).

Lepas dapat berita tu, aku memang jadi bengong sekejap. Tak tahu nak pikir. Tak tahu nak cakap ape..
Sabah?! So far away...... Lumut ni pon dah jauh, apatah lagi Sabah.... Nak balik Semenanjung ni  satu jalan je ada, kapal terbang. Or maybe kalo dia sailing, naik kapal laut la kan.. Ya Allah, aku sedih sangat masa tu. Sedih memikirkan, aku dan dia akan bertambah jauh.. And some more, I am carrying our first baby! :'(

Terus terbayang, sepanjang aku mengandung ni, dia tak ada bersama aku. Kalo muntah, dia takde nak tolong urut-urut belakang. Kalo kaki cramp, dia takde nak tolong legakan. Kalo baby dah menendang, dia takde untuk saksikannya buat pertama kali. Worst come to worst, masa aku bersalin pun dia takde di sisi. Sedih tak sedih....

My pumpkin buat rayuan. Mintak tukar dari Sabah ke base lain di Semenanjung ni je. Tapi kitorang dah boleh agak, rayuan tu akan gagal. Masakanla dorang senang-senang je nak bagi kan. Dalam masa sebulan je pon lagi! And memang betullah.. rayuan my pumpkin gagal. Dia tetap kena pergi lapor diri di Sabah, 12 Sept ni.

My pumpkin asked me to go with him. Dia tak nak aku duduk jauh daripada dia. Cukupla selama ni kami berjauhan. Dia pun sedar, dia tak banyak beri perhatian pada aku. He asked me to quit my job. Katanya, nanti kita jimat cermatlah.. Satu income pun boleh survive..

Pening aku nak pikir. Yesssss.. aku memang nak duduk dengan dia. Tak mau lagi dah berjauhan. Aku nak ikut dia. Tapi memikirkan terpaksa berhenti kerja dan takde pendapatan bulanan buat aku dalam dilema. Bukanlah nak kata aku ni mata duitan, cuma aku ada banyak komitmen. Kereta.. PTPTN.. insurans.. sape nak bayar semua tu kalau aku berhenti kerja. Nak cari keje kat Sabah sure susah, sebab aku pregnant sekarang. Kalau nak keje pun lepas maternity which is on May 2012. So from November to May, sape yang nak bayarkan semua tu?

What did my parents say about all this? Ikut hati mak aku, dia pun tak nak aku pergi. Oh aku selalu nak nangis bila teringatkan mak. Mak kata mak dah tua, dah uzur.. Anak duduk jauh-jauh, mak tak larat nak pergi jenguk. Anak pun susah nak jenguk mak. Tapi mak kata, tempat seorang isteri ialah bersama suaminya. Mak relakan aku pergi. Sob sob sayu.. Dan mak sanggup bayarkan kereta aku tu bulan-bulan dengan duit pencen dia. Terus aku rasa anak apelah aku ni. Dari kecik sampai ke besar menyusahkan orang tua. Betapa sayangnya mak pada anak dia nih.. Ayah.. entahla, tak boleh nak baca fikiran dia. Dia seorang pendiam. Cuma dia ada cakap dengan aku, tunggula sampai bersalin Mac nanti. Lepas tu pergilah.. But my pumpkin nak jugak aku pergi segera. Bersalin kat Sabah jela katanya.. Sebabnya dia tak nak terus mengabaikan tanggungjawab dia pada aku.. Ayah aku paham. Dan dia juga lepaskan aku pergi. Sedih.... Nanti kena tinggal mak.. tinggal ayah wuwuwu :'(

How about my sister and her children? Dah 3 tahun aku duduk dengan dorang. To suddenly go like this memang agak susah.. Lebih-lebih si Khalis. Aku dah bagi dia hint. "Khalis..nanti makcik Wani nak duduk Lumut dah. Boleh tak?" I didn't say Sabah sebab dia tak tau pon Sabah kat mana. Dia tau Uncle Din dia duduk Lumut je.. Dia jawab, "tak boleh.... nanti Khalis miss makcik Wani.. nanti Khalis dreaming...nanti Khalis cry.." Huhuhu sedihnye. Kids, you know.. setiap ayat yang keluar dari mulut dorang adalah betul..ayat yang ikhlas dan jujur daripada hati dorang.. I cannot imagine bila aku betul-betul pergi nanti. How will he be..

Apa-apa pun, I have decided. Dan keputusan aku muktamad. Keputusan ni aku amik untuk kebaikan aku dan my pumpkin. Apa gunanya kahwin kalau tak dapat hidup bersama? Aku selalu rasa bersalah sebab aku tak pernah jalankan tanggungjawab aku pada dia. Rasa macam aku ni isteri yang tak baik. Useless gila. My pumpkin penah makan nasik dengan serunding je tau. Sedihnye. Dia kata, "ala takpe. Askar kena pandai survive.." Nak survive dalam hutan je bagi aku.. Kesian dia kan, dah ada isteri tapi isteri takleh nak masak sedap-sedap bagi dia. Dah makin kurus dah pon dia..... Ni sebulan dah tak jumpa. Macamanala rupa dia sekarang..


I have tendered my NOTICE OF RESIGNATION
and my last day of work will be 31st Oct 2011

Masa aku bagi surat ni kat boss aku, aku pon tak tau macamana perasaan aku. Serba salah ada.. berdebar ada.. lega pun ada.. Whatever it is, I have made my decision.. And this is the best..

Insyaallah, November nanti aku akan ke Sabah. To stay there permanently with my dearest husband. And paling penting... jadik full time housewife! :D

Yes, it is sad to leave all my family and friends here. But no worries, we can still keep in touch. Blog dengan facebook kan ada hehehe..

Sedih jugak nak berhenti keje. Keje tu keje pertama aku lepas gaduate. Banyak yang aku dah belajar. 3 years tu macam-macam lah jadinye.. Gonna miss my colleagues nanti. Haa kalo ada budak opis aku yang baca blog aku nih, keep it to yourself dulu ye berita nih. Takmo nanti the whole office kecoh aku nak berhenti. Aku kan famous haha *perasan*

Okeh, dah rasa lega dapat luahkan semua ni kat sini.. Sape orang Sabah?? I'll be Sabahan too soon... Cepat-cepat bagitau aku tempat makan kat mana yang best kat sana. Haha tau makan aje....

Thursday, August 25, 2011

Crystal Soil Tak Boleh Dijual Mulai Esok

Berita daripada Sinar Harian:




PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan "seeds growing kits" yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuatkuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.

Menurutnya kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.- Bernama


Huh bahaya jugak benda alah ni ye. Nampak je comel. Pokok pun nampak berseri-seri je kalo letak crystal ball ni kan. Lebih-lebih lagi kalo pasunye pon cantik. Memang sesuaila jadi hiasan kat rumah.

Tapi secantik-cantiknya, boleh bawak kemudaratan pulak. Budak-budak biasalah, bila kita terlepas  pandang sekejap je, dah macam-macam benda dah dia buat. Makan sampah, makan taik cicak, makan ubat nyamuk, makan crystal soil huhuhu.. Semua benda pun nampak macam makanan je lahh.. Especially crystal soil ni kan. Sebijik macam gula-gula!

So parents tingkatkan lagi pengawasan di rumah. Kalo ada benda ni kat rumah, buang jela.. Takut nanti anak kita tertelan tanpa sedar. Benda ni kalo dah masuk perut, dia tak hancur macam makanan. Tu yang boleh buat usus tersumbat ape sume. Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik...

Dah Bagitau Kawan-kawan Rapat

Sob sob sedihnye rasa. It's not easy to tell them the news. Cuba buat macam cool cool dan tak sedih. But deep down inside actually sedih ni huhuhuhuh..

Dah tak boleh nak hang out macam selalu dah..

I am surely gonna miss you guys! :'(

Wednesday, August 24, 2011

Bila Tak Mengantuk

Assalamualaikum,

Aaaaa saya tak mengantuk! Tak boleh tido! Mengapa kah????

Erm banyak pikir ke ek? Mungkinla..

Tengah pikir mana nak cari duit nak beli cloth diaper banyak-banyak hahahahahahahaha..

Tengah pikir how's my future gonna be. Haih yang ni memang tak penah abesla pikir..

Tengah pikir baby sihat tak?? Nebes pulak nak jumpa doktor esok. Doakan yang baik-baik aje ya!

Tengah pikir laki aku tido macamanala tuh. Mesti comel kan dia tido. Aku suka tengok dia time tido btw. Macam baby! ahaha..

Tengah pikir macamanala raya nanti. First raya kat umah mertua weh! Agagagaga nebes tak hengat!

Tengah pikir bos aku dengan team mate aku ok tak aku tak masuk keje half day esok? huhu.. Apa boleh buat, klinik suruh pergi lagi sekali......

Tengah pikir bilala sembelit ni nak berakhir?? Aku dah tak tahan ni weh! Perut membuncit dengan hebatnye.

Tengah pikir kenapa aku tak ngantuk lagi ni????

Tensi....

Peniaga Sila Berhati-hati Dengan Gadis Bertudung. Erk?

Berita daripada Harian Metro:


Oleh Ravale Savarinathan

TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.

Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

“Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

“Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.

“Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula,” katanya.

Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.

“Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.

“Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) mangsa di kedai di Langkap,” katanya.


Kenapa tak disiarkan aje wajah gadis tu? Barula famous tak gitu? hehehe.. Kalo kat negara barat dah lama dorang expose. So senangla nak tangkap sebab dapat bantuan daripada orang ramai. And then, peniaga pun lebih berhati-hati sebab dah cam muka. Kan kan.. Ape-ape pun, kesian gadis ni. Kalau betul anda kesempitan wang, carila rezeki yang halal dik.... Tak berkat hidup dunia akhirat mencuri nih.. Semoga apabila ditangkap nanti, dia akan diberikan hukuman yang sewajarnya agar menjadi pengajaran buat dia dan orang lain juga. Ada hukum potong tangan baru takut kot nak buat? Dah hujung-hujung bulan puasa dah ni. Bawakla bertaubat dan perbanyakkan ibadat!

Baca jugak tadi kat blog Relevan Sokmo pasal kerbau kena curi.. Haih...... macam-macam manusia nih. Tak sedar makanan yang dibeli hasil daripada kerbau yang dicuri tuh dah jatuh haram. Bergelumang dah yang haram tu dalam darah daging.. Turun kat anak cucu.. semua keturunan... Tapi aku pasti, yang mencuri ni tak pernah kesah semua ni. Yang dorang tahu, duit masyukkk, raya pon raya sakan! Dunia dunia dunia.. Akhirat nanti tahula kamu! huh...

Sunday, August 21, 2011

Random Updates

Assalamualaikum,

Eh lamanya tak update blog! Lama ke? Consider lama la jugak kan. Ada orang every day blog dia berupdate! Erm, aku macam takde cerita sangat kot nak update blog nih. Hari-hari baca news online, banyak jugak news yang menarik perhatian aku.. Thinking to share it here, but then, as usual lah, penyakit MALAS tu ada. Malas nak copy paste ehe..

Erm, tolak harini, ada 8 hari lagi nak abiskan puasa kan? Alhamdulillah aku puasa penuh lagi. Sometimes kesian jugak kat baby.. Kesian takut dia kelaparan. Aku selalu takut if anything bad happened to him/her. Weekend ni asyik pikir bukan-bukan je. Almaklumle, dok umah je tak buat pape. Asyik dok pikir ridiculous things jela. Last nite ada terbaca kat blog mana tah, dia kata ibu mengandung yang takde alahan ape-ape, lebih berisiko untuk kehilangan kandungan i.e keguguran. Arghhh that scares me alot!!! Sebab aku memang takde alahan ape pon. Muntah-muntah tu memang takde. Baru 3 kali kot aku muntah selama 10 minggu++ pregnant ni. Orang lain almost every day, every hour kan muntah? Uhukuhuk...... Takutnye. I don't want to lose my baby.... Ya Allah, Kau lindungilah dia Ya Allah. Kau peliharalah dia. Biarlah dia membesar dengan sempurna dan sihat di dalam rahimku ini Ya Allah. KepadaMu sajalah aku berserah.. Amin amin Ya Rabbal Alamin.....

24hb ni nak pegi checkup kat KKIA Precint 9. Normally kat KKIA takde scan baby kan? So aku ingat right after that nak pergi klinik, nak scan. I just want to see my baby. Nak make sure he/she is doing well.....

Hmm okey takmo pikir banyak sangat pasal ni. Berserah saja pada Allah Yang Maha Esa....

21 hari puasa.. Sekali pon belum pernah berbuka dan bersahur dengan my dearest pumpkin. Sedih sedih. Nasib badanla duduk berjauhan macam ni. Dia takleh turun Putrajaya sebab sibuk mencari rezeki. Aku pulak, tak sibuk pon. Weekend je berkurung dalam bilik, tergolek-golek atas katil. Doing nothing. Aku cuma tak larat nak naik bas pergi Lumut. Perjalanan bukan sekejap. Dan bukan comfy pun perjalanan tuh. Very bumpy ok! Since aku belum melepasi trimester pertama ni, ada baiknya aku stop travelling. Takpelah, demi keselamatan dan kesihatan baby and mummy kan? Kekadang memangla datang rasa sayu, pilu tak dapat nak masak untuk husband etc etc.. Jeles tengok kawan-kawanla. Tapi apa boleh buat. Aku hanya perlu ingatkan diri yang aku dengan husband ni tak sama dengan orang lain. Situasi kami berbeza... Insyaallah, we will have our chance too. Soon, insyaallah... Doakan aku dan suami dapat bersatu, duduk sebumbung, tido sebantal, makan semeja sama seperti pasangan suami isteri yang lain nanti ya!

Persiapan raya also taraakk.. Aku dan husband takde baju raya pon. Sepakat nak pakai je baju kawen haritu. For him no problemla cos takde masalah muat tak muat. Aku jela, for sure tak muat sebab after kawin, badan naik bagai dipam-pam hehehe.. Takpela, kalo tak muat, aku pakai jela baju kurung yang mana ada. My pumpkin pon cakap, tak perlu nak sedondon bagai. Takde dalam Islam pun suruh isteri pakai sedondon dengan suami time raya. Okkay, kalo dah kuar bab Islam tu memang aku takleh nak bantah dahla ehe.. Baiklah suamiku. Saya yang menurut perintah! Tapi tapi teringin jugakla kan nak pakai sedondon dengan suami. Barula nampak muafakat membawa berkat kan?? Tapi takpelah. Aku pon takde masa nak pegi shopping mopping baju lain. Kereta takde, susah sikit nak gerak. Pakai jela apa yang ada. Tak payah nak pening kepala...

Korang start cuti raya bila? Aku amik cuti 29hb Ogos & 2 Sept. 26hb Ogos last keje. Insyaallah 27hb tu gerak balik Kelate. Ni satu lagi cerita sedih. Aku tak balik dengan my pumpkin. Balik separate jugak. Kat kampung nanti baru jumpa. Sebabnya dia most probably sehari sebelum raya tu kena kerja lagi. Sabar jela kannnn...

Oklah.. petang ni nak berbuka dengan kawan-kawan opis. Tak tau nak pakai baju mana lagi. Kang nanti rembat je mana-mana t shirt yang tak payah iron. Haha aku sekarang dah jadi selekeh, selebet gila dah. Malas dah nak  bersolek-solek bagai. Pembawakan budak jugakla kot ehehe.. See nak blame pregnant lagi. Padahal diri sendiri yang malasssss..

Baiklah, tata uols. Selamat berbuka pukul 7.25 petang karang! (Waktu berbuka bagi Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan yang sama waktu dengannya).

Thursday, August 18, 2011

VIDEO: Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum,

A friend posted this video in Facebook,


Ya Allah, sedihnya. Cukup terkesan dalam hati. It makes me miss my daddy so much!

Video ni dari Thailand. Nasib baik ada subtitle. Bolehla paham apa yang nak disampaikan. 

Mengisahkan seorang gadis yang mengalami konflik dengan ayah dia. Sebab ayah dia ni bisu dan pekak. Dia tak boleh nak terima kekurangan ayah dia tu. Dia tak paham apa ayah dia cakap, dia tak boleh nak bagitau ayah dia apa yang dia rasa. Dia sering kena buli di sekolah disebabkan kekurangan ayah dia tu. Buat dia benci sangat kat ayah dia. Kemuncaknya, malam hari lahir dia, gadis ni cuba bunuh diri. Kelar pergelangan tangan sendiri. Ayah dia dengar bunyi dia jatuh. Kat sini lah part paling sedih. To be honest, air mata aku mengalir! Ayah berusaha nak selamatkan anak dia.. Dia sanggup bagi rumah, dia sanggup buat segalanya untuk anak dia yang  dia sayang sangat-sangat. Dia sanggup derma darah untuk selamatkan satu-satunya anak dia ni...

Hmmm.. sedih sedih...

Hargailah ayah kita selagi dia masih ada. Banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk membesarkan kita. Dari muda ke tua, hidup dia untuk anak-anak. Nak pastikan anak dia hidup senang... 

Teringat kes di Kuala Nerang minggu lepas. Kes anak tetak ayah hanya disebabkan masalah kecil. Dia mungkin mentally retarded.. Tapi alangkah sedihnya. Seorang bapa, mati di tangan anak sendiri.......

Wednesday, August 17, 2011

Yes, I Am Working on 17 August 2011

Assalamualaikum,

Salam Nuzul Quran semua :)

Warga negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu cuti kan?

Selamat berholi holi dayy.. Jangan joli joli. Bulan puasa nihhhh... Jangan tido lelama, makruhhhh.. (Jeles sebenarnye ni huahua)

Eh Selangor in the list. Cyberjaya bukan dalam Selangor kah?? Ye ye memang Cyberjaya sebuah bandar dalam Selangor. Memang aku sepatutnya cuti jugak. Tapi, apakan daya, company ni bukan aku mahupun ayah aku yang punya. Huhu company aku tak amik cuti nih sobsob.. Terpaksala datang kerja di saat-saat orang lain sedang enak dibuai mimpi. Esp my pumpkin!

Pagi tadi, as usual lah before turun keje, aku msg dia, "Dah siap yang?"

Laaaaaaaaama tak terbalas sms aku tuh. Nak majuk dah sebenarnya.

Setibanya aku di opis, barula dia reply. " Abg cuti la yang.. Nak sambung tido dulu ye hehehehehehe"

Cehssssssssssssss... 'hehehehe' dia tuh menggugat keimanan aku! Huwaa jeles. Aku nak tido gak. Nantok ni.

Apa boleh buat, tahi kambing bulat. Terpaksala lupakan rasa nak tido nih. Dan bekerja macam biasa. Eh harini aku kerja luar biasa sebenarnya. 2 of my colleagues cuti! They have to take leave sebab nak jaga anak. Sekolah masing-masing tutup kan. Napela anak aku tak sekolah lagi. Kan senang mama nak cuti jugak huahuahua.. Then terpaksala aku cover kerja dorang. No problemo pun sebab kalo aku takde, dorang yang cover keje aku. Inilah yang dinamakan team work. Kan kan kan? :)

Okla, malas dah nak membebel. Nak peningkan kepala dengan kerja.

p/s: I have made a very BIG decision. A decision that will change my life! It's hard but, I have to.. Moga keputusan yang aku buat ni, adalah keputusan yang betul dan terbaik untuk aku, dan keluarga kecil aku yang bakal dibina nanti insyaallah :)

Tuesday, August 16, 2011

Saya Sangat Tidak Suka Apabila...

Saya mengadu sakit dan orang tempat saya mengadu tu cakap,

"Eh ko ni sakit macam-macam la.. Haritu gatal-gatal.. bengkak-bengkak.. Ni sakit ape pulak nih?"

"Eeee susahla jadi ko nih. Macam-macam sakit.."

"Adoiii sakit ape pulakkk???"

"Ish ish ishh.. kejap sakit perut, kejap sakit kepala, ni sakit tangan pulak?"

Eh aku tak suka la! Apa ke salahnya kalau ko bagi ayat sedap-sedap sikit. Aku dahla sakit kan, ko tambahkan lagi sakit aku tu.. Sakit hati.. Yes, aku mahu simpati dan CONCERN. Apa salahnya ko bagi sikit kat aku? Tak perlu keluarkan duit sesen pun kan? Atau ko dah bosan eh aku banyak mengomel. Well, aku bukan sengaja mahu mengomel sakit itu sakit ini. Dah memang aku sakit kan. Ingat aku buat-buat ke??

Urgh..

Monday, August 15, 2011

Hocus Pocus

Assalamualaikum,

Harini nak focus buat keje kat opis. Sebabnya bos dah ada bunyi-bunyi... Bos berbunyi begini, "Wani tu macam dah takde fokus bila buat keje... Nampak macam fikiran dia jauh melayang. Macam body je ada akt tempat kerja. Tapi jiwa ke lauttttt...." Ke laut la kan dah laki dok laut kehkehkeh..

Aiyaaa bos sudah sound. Scary!

Okla okla saya admit saya memang semenjak dua menjak ni hilang fokus sikit. Ke banyak tak tau la. Nak buat keje memang penyakit M A L A S tu bermaharajalela. Menyerang segenap isi tubuh badan aku nih. Aku suspect kes aku pregnant. Tu pasal jadik malas. Ececece takde alasan lain ke nak bagi. Sian kat pregnant. Asyik kena blame.

Banyak yang aku tengah pikir sekarang ni. Especially mengenai FUTURE. Pikir tentang bagaimanalah rupanya masa depan aku, suami dan keluarga. Dah nak dapat anak, dah layak panggil keluarga la kan? Hmmmm.. especially these 2 weeks. Ada sesuatu yang menganggu pikiran aku. Takleh nak share kat sini lagi. Later dah ada confirmation baru aku kongsi kongsi lu langsi lu tak mati ye? huhuhuhu..

Berbalik kisah bos dah sound tu. Bos bukan sound aku directly. Dia menyampaikannya pada colleague aku. Colleague aku tu la yang bagitau aku. Dia bagitau pon untuk sadarkan aku la. Kan kan? Kalau tak aku sure akan terus hanyut dan hanyut.. Lepas tu dibawa arus ke Lumut eh ehhh :P

Aku nak kena tunjuk kat bos aku masih lagi seorang pekerja yang boleh diharap. Bos tak payah risau-risau ye? huhu..

Jadi harini marilah kita hocus pocus di medan kerja. Tapi kalau dapat tonik pun best jugak ni! Tonik yang dipanggil BONUS kihkihkih.. Untungle korang pekerja kerajaan dapat bonus setengah bulan. Alhamdulillah rejeki la tuh kan. Aku tahun ni takdela nak ngamuk-ngamuk, meroyan jeles dengan orang kerajaan dapat bonus. Sebabnyaaa.. laki aku kan keje kerajaan hahahaha.. Dapatle hasil sikit daripada beliau hihi.. Oh suamikusss, I lap you lah! mmuahh.. Kiss boleh kan dalam bulan pose? Asal tak membangkitkan napsu je kan kan hehehe..

Ah sudahlah merapik. Mari kita buat-buat rajin bekerja! Sejam lagi nak balik ni hehehehehehehe...

Saturday, August 13, 2011

Aku Allergic Ayam? Oh Tidak!~

Assalamualaikum,

Aku gatal-gatal.. Sibuk menggaru je nih. Takleh tido le malam ni.....

Takleh tido tu ada 2 sebab. Satu sebab sibuk menggarula kan. Sebab keduanya, my pumpkin tak jadi datang! Ceh, tido peluk teddy bear jele malam ni. Baru ingat leh pelok my pumpkin... Tak jadi pulak dia datang. Majuk ngan aku ke apeee... hehe takla. Dia kecapekan. Balik keje dah lewat. Pahtu pegi meniaga cari duit lebih pulak. Mana tak penat. Balik malam dah sakit-sakit badan, dah nguap-nguap. Aku pon tak bagila dia datang. Dah memalam nak drive ni bahaya jugak. Lebih-lebih lagi badan letih. Takpola darling. Kita jumpa raya nanti. Simpan dan kumpul rindu tu banyak-banyak biar jadi setinggi Mount Fuji. Nanti dah jumpa kita runtuhkanla gunung rindu tu ye? :)

Eh aku nak cerita pasal allergic aku ni sebenarnya. Takleh cerita pasal my pumpkin banyak-banyak. Kang keluar cerita blue pulak haha.. Dahle tengah kemaruk rindu kan kan kannnn...

Ermmm tadi aku berbuka dengan member kat luar. Dia ajak aku makan ayam penyet. Kepingin nak makan katanya. Aku on je la kan. Sebab selama ni aku dok pikir, aku allergic sea food je. Ayam no hal..... 

So order la kami 2 set ayam penyet dan sup rawon atau sup daging la dalam bahasa Melayunya.

Aku memang cukup menikmatila ayam tu. Favourite tu! Bagi aku sekor ayam pun aku boleh habiskan sorang-sorang haha..

5 minit kemudian.......... lengan start gatal.... Pastu tapak tangan..... pastu peha.... pastu betis pun gatal. Pastu tapak kaki pon gatal... Penat aku dok gosok kaki kat lantai nak hilangkan gatal. 

Apakah ini????? Tekaan aku, aku allergic ayam. Oh nehi babujiii! Seingat aku last sekali makan ayam ialah pada hari Ahad lepas lah. Malam tu jugak tangan aku merah-merah. Aku makan ayam dalam tom yam dengan ayam percik.

Tidakk. tidakk tidakkk!!

Sedihnye kalau betul aku takleh makan ayam. Kegemaran aku tuhh.. 

Tapi kan tadi pon aku ada makan daging sket. Ada kebarangkalian jugak tu aku allergic daging bukan ayam kan? Jadinye esok aku bukak pose kat luar jugak dengan kawan-kawan UPM dulu. Aku mintak tolong kawan aku belikan nasik kerabu lauk daging bakar.  Kalo esok pon gatal-gatal, maknanye aku allergic daging la tu kan? Bukan ayam. Sekali allergic dua-dua. Abeslah. Makan sayur jele pasni. Huwaaaa...

Anak mama dalam perut ni tak suka ayam ke? Suka la nakk.. Ayam sedapppp huhuhuhuh...

Apa-apa pun pasrah jela. Yang penting, saya sihat dan anak pon sihat! :)

Friday, August 12, 2011

Friday Finally Here!~

Assalamualaikum,

Hari yang ditunggu-tunggu...... Harini Jumaat, esok Sabtu dan lusa Ahad. Weekend! Ahhh lega lega.. Dah lama aku nantikan. Tak laratnya hari-hari nak pegi keje. Weekend gak yang best. Boleh tido tergolek je huahua..

Hmm my pumpkin cakap nak datang weekend ni. Tapi aku tak bagi...  Jahat tak? Well I have my own reason la.. Then my pumpkin bagi ayat sedih, "tak rindu abang ke?" Oh sayanggggg... isterimu ini lebih daripada tu lagi feelingnya.. Rindu and etcetera etcetera.. Kalu boleh datang ni nak peluk-peluk je. Takmo bagi dia pegi mana-mana.. I don't want to be apart from you sayang! Tapi........ susahla. Duduk rumah orang, bukan rumah sendiri. Payah nak beromen opsssss hahahahha.. censored censored...

Datangla sayang.. I'll wait for you :)


Thursday, August 11, 2011

I'm Not Feeling Well

Assalamualaikum,

SAKIT.

Yep. Saya sakit. Tak tahulah sakit ape ni. Tangan bengkak. Tak boleh nak genggam. Ada merah-merah seperti darah bergumpal. Badan pun sakit. Lenguh-lenguh. Nak straight up lengan sakit sangat rasa. Kaki pun sama. My whole body is so painful! Nak solat..... lagilah sakit. Rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, iktidal.. Aduh, sakit badan ni Tuhan saja yang tahu macamana rasa...

Dah pergi 2 klinik. All doctors tak tau kenapa. Dorang cuma cakap allergy. Allergy to what tak tahulah. Doktor kata kena try and error. Stop makan sea food for few days. Kalau tak ok jugak, stop makan ayam atau telur. Kalau tak ok jugak, ape lagi nak try and error? Uhukuhuk...

Sorang doktor give up nak amik darah aku. Katanya my veins too small. Susah nak cari dan rasa thus susah nak amik  darah.  He kept mentioning I have put on weight. Ya ya blame me. I'm gemok! So he referred me to Columbia Asia Hospital.

Hmm ni part sedih. Terpaksa menagih simpati dan menyusahkan kawan mintak tolong hantarkan pergi hospital. Cik Bibab I need you! :(

Right after work semalam terus pergi. Dah sediakan duit cukup-cukup. Insurance cover tapi policy my company is pay first then baru claim pfftt..

Doctor suruh buat blood test to make sure bukan denggi atau ada infection dalam darah. Argh amik darah lagi. Ni part paling tak suka. Sure kejadian dengan doktor haritu akan berulang lagi. Cucuk 2 tempat tak dapat-dapat darah.

And so, it's true... Sejarah berulang lagi. Memula staff nurse try cari veins. Puas dia tepuk, puas dia tekan-tekan. Still cannot find. Eventually dia give up. Panggil doktor. Doktor pun sama. Cari-cari tak jumpa. Dah jumpa kat lengan, cucuk jarum, korek-korek cari veins, tiba-tiba veins boleh hilang. End up keluar balik jarum kosong. Sakit hokkay! Then try kat tangan, jumpala memula tu. But then bila dah cucuk, takde jugak. Arghhh tension! But thank God doktor ni baik. She didn't blame me. She didn't say I'm gemuk. Terima kasih doktor...


2 tempat cucuk tak jadi.... Jarum masuk tapi darah tak keluar. Uhuk sakit!

Then at last dia jumpa jugak kat tangan kanan. Itu pon sikit je. Kata doktor darah aku mahal. Mencabar betul nak amik. Kata dia lagi, lepas ni banyak lagi nak kena amik darah. Ok ok, dah rasa ngilu dah.. Abesla nanti tangan penuh dengan kesan cucuk tak menjadi +__+

Tunggu result for about 30 mins. Alhamdulillah, blood clear. No denggi, no infection. So doktor kata, it's allergy. Allergy ape memang tak tau unless buat allergy reaction test. Oke, takmo buat. Dah takde duit! Gaji belom masuk weh.. Then doctor cakap if within 2-3 days ni still tak baik, dia suruh aku pegi balik dekat Gynae to check on baby. Takut ada effect. Ya Allah, takut je dengar. Please o please Ya Allah, do not let this unknown allergy/disease harm my baby.. I've read that some rashes can actually harm baby.  And then some more I am still in trimester one. Critical stage kan? Pray for me and pray for my baby's health ye kawan-kawan..

Doktor bagi ubat tahan gatal. Ubat ni katanya very mild, tapi boleh buat mengantuk and takkan apa-apakan baby. Tapi dia suruh aku amik bila perlu jela. Malam-malam kalau gatal sangat, makanla. So far aku tak makan lagi. Gatal kalu, garu lahh huhu.. Tho doctor kata ubat tu tak bahaya untuk baby, still aku takmo makan. Takut!

Overall kena RM246.25. Tow dia.. pergi lagi sepital prebet. Nasib buleh claim huhu..

Semalam tak boleh tido. Asyik terjaga. Urat-urat ni cekang. Tido tak selesa. Badan sakit! Masa ni la rasa macam nak my pumpkin ada sekali sobsob.. But then apa boleh buat. We are 174 miles apart.

Apa-apa pun kena sabarla. Ini ujian daripada Allah di bulan puasa ni. Dia nak tengok aku boleh tahan ke tak sakit atas dunia ni. Boleh tahan atau tidak menanggung semuanya sorang diri. Insyaallah, kalian doakanla aku segera sembuh ye..


وعن أَبي عبدِ الله عثمان بنِ أَبي العاصِ : أنّه شَكَا إِلَى رسول الله وَجَعاً ، يَجِدُهُ في جَسَدِهِ

فَقَالَ لَهُ رسول الله : « ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَألَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ : بسم اللهِ ثَلاثاً ، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ : أعُوذُ بِعِزَّةِ الله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أجِدُ وَأُحَاذِرُ » . رواه مسلم . .


Abu 'Abdullah bin Abul-'as (May Allah be pleased with him) reported: I complained to the Messenger of Allah (PBUH) about a pain I had in my body. The Messenger of Allah (PBUH) said, "Place your hand where you feel pain and say: 'Bismillah (With the Name of Allah)' three times; and then repeat seven times: 'A'udhu bi'izzatillahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uhadhiru (I seek refuge with Allah and with His Power from the evil that afflicts me and that which I apprehend)." 

Wednesday, August 10, 2011

Kanak-Kanak Mati Akibat Keracunan Makanan

Assalamualaikum,

Macam biasa pepagi aku akan bukak Berita Harian Online. Terbaca satu tajuk berita yang sangat gempak

Murid Mati Makan Juadah Berbuka.

Macamana pulak boleh mati ni?? Tertanya aku sendirian....

Mari baca beritanya..

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.



Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.
 
Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.



Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.


“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.


Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.


“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.


“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.


Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.


Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.


Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.


****

Aduhai sedihnye hati baca berita macam ni...

Peniaga-peniaga makanan kat luar sana tu, ingat-ingatlah. Sediakan makanan secara bersih. Jangan sekadar pikir nak kaut keuntungan saja.. Bila dah jadi macam ni, takde apa lagi boleh dibaut. Amik tindakan pun takde guna. Orang kata nasik dah menjadi bubur. Masa tak boleh  diputarkan kembali... Yang telah pergi takkan kembali..

Takziah buat keluarga mangsa. Al Fatihah buat arwah adik Nurdini..

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang

Assalamualaikum,

Dalam  sibuk-sibuk kita kita ni dok menyibuk hal Khairul Fahmi dengan Elia putus tunang (tak tau dah betul-betul putus ke belom), rupa-rupanya si jejaka tampan Ally Iskandar ni yang sah putus tunang dulu.. Ish ish.. terkejut jugak aku.. Yela, aku ada buat entry pasal dia tunang dulu.. Tup tup bukak Metro online pagi ni, ada cerita dia putus tunang pulak. Aku ingat cerita pasal Apek & Elia, tapi orang lain rupa-rupanya ye...

Hmmm.. jodoh pertemuan tu sume di tangan Tuhan kan.. Macam biasa, kita ni hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Dah takde jodoh ape boleh buat. Mungkin dorang ni akan jumpa yang lebih baik.... Jangan dah lepas putus tunang ni gaduh-gaduh pulak. Buang yang keruh, ambil yang jernih kan kan.. Pikir positif, ada hikmah di sebalik kejadian....

Tinggal kenangan....

Berita dari Harian Metro:

Tak Serasi

SHAH ALAM: “Saya terkilan kerana hasrat menyambut Ramadan dan Syawal bersama tunang tersayang tidak kesampaian kerana detik rasmi iaitu pada 30 Julai (Sabtu) lalu adalah tarikh putusnya ikatan pertunangan kami.

“Sepanjang tempoh lima bulan mengikat tali pertunangan kami cuba untuk mencari keserasian, namun usaha itu menemui jalan buntu,” kata pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35, selebriti tempatan terbaru yang disahkan memutuskan ikatan pertunangan bersama naib juara Gadis Melayu 1, Nur Aishah Zainal.

Ally ketika ditemui di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam mengesahkan sudah memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nur Aishah, Sabtu lalu apabila kakak dan bapa saudaranya yang bertindak sebagai wakil ditugaskan ke rumah bekas tunangnya (rumah kakak Nur Aishah) di Ampang menyampaikan hasrat memutuskan pertunangan.

“Keputusan ini dibuat atas kata sepakat dan dibincang bersama sejak 23 Julai lalu. Dalam tempoh seminggu, kami cuba berbincang dan memperbaiki hubungan ini, namun usaha kami gagal, akhirnya jalan penyelesaiannya adalah putus tunang,” katanya.

Menurut Ally, walaupun akur dengan keputusan itu, kedua-dua mereka tidak pernah berbalah malah perpisahan itu diuruskan dengan baik mengikut adat Melayu.

Katanya, walaupun mereka sudah mengenali sejak 2008 lagi, namun tempoh tiga bulan mengenali hati budi masing-masing iaitu sejak November tahun lalu sehingga Januari tahun ini tidak cukup buat mereka sebelum mereka mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu.

“Kami merancang mendirikan masjid (berkahwin) pada hujung tahun ini, namun apakan daya jodoh di tangan Allah kerana dia lebih mengetahui ada hikmah di sebalik apa terjadi.

Ally menegaskan, di sebalik keputusan itu tidak pernah timbul isu wujudnya pihak ketiga sebaliknya ia berpunca kerana tiada kesepakatan dan ketidakjelasan hubungan mereka.

Ketika diajukan soalan mengenai tindakan Nur Aisyah memuatkan kenyataan ‘I officially single’ (secara rasmi saya masih belum berpunya) di lama facebook, Ally menganggap perkara itu adalah hak peribadi bekas tunangnya.



Wednesday, August 3, 2011

Kate Pakai Baju Yang Sama Dalam Event Yang Berlainan

Assalamualaikum,

Kihkih panjang gile tajuknye. Kate mana nih? Kate Middleton le kawan-kawan.. Duchess of Cambridge. Isteri Prince William tuu..

Aku bukak Yahoo! tadi. Then ternampakle satu artikel pasal Kate ni recycle baju dia. Dia pakai balik baju yang dia pernah pakai sebelum-sebelum ni. Tapi dia tukar style la.

Bagus tol... Aku ingat orang kaya raya macam dia ni takdenyela nak recycle recycle baju. Duit kan banyak. Dah pakai sekali, buang tepi, beli yang lain. Betul tak? Kalo aku kaya, aku macam tu la kot muahaha..

Gambar 1:

Kiri: Kate pakai masa wedding Zara Phillips baru-baru ni.
Kanan: Kate pakai 5 tahun lepas. Baju sama, yang berbeza, topi dengan clutch je kot.



Gambar 2:

Kiri: Dia pakai masa wedding party Zara Phillips baru-baru ni.
Kanan: Dia pakai masa kat LA, last month. She even wore the same bracelet!



Gambar 3:

Kiri: Gambar awal tahun ni. Dia pakai masa birthday Duke of Edinburgh.
Kanan: Tahun 2009. Yang berbeza dress kat dalam, topi and clutch.



Sempoi betul tuan puteri sorang ni kan?

Suka! ehe

Source: http://uk.specials.lifestyle.yahoo.com/style-it-light/hot-topics-detail/kate-middletons-tips-for-recycling-your-wardrobe-3480

Headache o Headache

Assalamualaikum,

Hari ni hari ketiga puasa.

Hari kedua puasa , ada kisah bersejarah. Aku muntah selepas berbuka. Uhukuhuk. Bersejarahla sangat kan.

Puasa pertama ok je. Entah silap kat mana semalam boleh muntah pulak. Macam hari pertama, aku berbuka dengan kurma dan minum air masak je dulu. Pastu solat Maghrib. After solat baru turun balik makan nasik. Erm nasik tak amik banyak pun. Lauk pun sikit je. Sebab tak lalu sangat nak makan. Then, aku makan puding karamel sikit. Semalam teringin nak makan so buatla. Mana tahu lepas makan puding tu boleh pulak rasa loya tu datang. Sebab telur banyak kot eh? Habis dimuntah semua makanan. Serupa tak berbuka! Haih~

*Cerita sedih* Muntah sorang diri sobsob..

Then start sakit kepala...... sampai ke pagi ni. Nak sahur pun tak laratnye lah.. Tapi nak tak nak kena isi perut. Bertahanlah!

Ada kawan kat opis cakap perut aku dah nampak huahua.. Biar betik. Baru 2 bulan nih ehe.. Dia tersalah pandang aku rasa. Yang buncit tu bukan baby bump. Itu buncit lemak terkumpul! hihi..

Monday, August 1, 2011

Cerita Pergi Lumut Weekend Haritu

Assalamualaikum,

Disebabkan tak tahan dengan godaan, saya ke Lumut lagi weekend lepas. Kalau dikira-kira, bulan 7 ni, every weekend kitorang jumpa. Either my pumpkin turun Putrajaya atau aku ke Lumut.

And weekend 30hb haritu, aku tak plan pun nak pegi. Tapi my pumpin bagi ayat menggoda haha.. Katanya dia free weekend tu, sepatutnya dia duty tapi dah tukar hari lain. Then lagi katanya nak belanja sempena birthday aku. Ah aku pantang digoda dan dipujuk kann.. Terus beli tiket hihi..

Naik bas macam biasa, Jumaat malam pukul 8.50 malam, sampai di Lumut jam 1.30 pagi. Takdela selewat masa pergi time Bersih dulu tu. Aku sampai pukul 3 pagi masa tu. Huh cramp punggung!

Sabtu tengahari, kitorang pergi klinik untuk 2nd checkup aku. Alhamdulillah, everything is fine and baby is developing well. Dah ada heart beat dah! So sweet :)

Lepas happy happy jumpa doktor, aku pun menuntut janji la kann.. Kata nak belanja makan ehe.. Klinik tu dekat je dengan Secret Recipe, so kitorang pergila makan kat situ...

Ordered my pumpkin's fave cake - chocolate banana. Order 1 slice je sebab aku tak lalu sangat nak makan huhu.. Kalo order dua takut tak habis pulak. 

my pumpkin nak bawak lari.
nak makan sorang-sorang yeee :P

Untuk makan pulak, kitorang order semangkuk Tom Yam Kung. Order satu jugak sebab aku takut aku takleh habiskan. Order tom yam sebab malam tu aku ada mimpi makan bihun tom yam haha.. Mengidam ke apa aku ni weh...

Kopi tu milik my pumpkin.
Aku minum plain water rege 50sen jekk 

Lepas makan-makan kat situ, kitorang pergi Tesco. My pumpkin nak cari buku kat Popular. Dia sekarang minat betul baca buku-buku motivasi. Bagusla kan ehe.. Dia beli 2 buku. Satu tulisan Dr Fadzillah Kamsah mengenai motivasi diri di tempat kerja. Satu lagi buku tulisan Ridhuan Tee mengenai nasib Melayu di Bumi Melayu. Unik kan, kisah orang Melayu tapi yang menulisnya, orang bangsa Cina. Memang bagus buku tu...

Lepas ke Tesco, pergi Billion pulak. Cari barang dapo. My pumpin takmo beli kat Tesco. Sebab dia tak suka. Dan katanya takut barang yang dia nak tu takde. So baik cari kat tempat yang dia biasa pergi. Ikut ajelaa.. dah tempat dia kan ehe..

Malamnye, aku bisik-bisik dengan dia aku nak makan char koay tiaw kat Stadium Manjung. Aku dengar-dengar orang kata sedap. Sahihla aku mengidam ni kan haha.. Thank you my darling pumpkin! Dapat jugak aku makan eheh..

Char koay tiaw special. Udang banyak gile! Kuah pun banjir. Melimpah-limpah..
Sedap sedap :)

Sabtu tu memang kitorang jalan sakan. Yelah, Ahad aku nak balik dah. Huu sedih betul bila time nak balik tu. Tapi cekalkan jela hati. Jumpa lagi nanti my dear! :)

Selamat Berpuasa Semua! :)

Assalamualaikum,

Hari ni 1 Ogos bermulalah semua umat Islam menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Tapi aku rasa sambutan Ramadhan tak semeriah sambutan Syawal kot? Rata-rata kedai dah buat promotion raya dah huhuh.. Kuih raya pun dah melambak-lambak. Ape-ape pun, selesaikan puasa ni dulu ye kawan-kawan :)

Ni first time aku puasa dalam situasi tengah mengandung. Huwaa dah lapo! Sekarang baru pukul 1 tengahari.. Ada lebih kurang 6 jam lagi nak berbuka kan. Sabar sabar.. Baby pun sabar ye uhukuhuk.. Pagi tadi sahur dengan segelas susu Anmum, 2 bijik pisang, nasi dan telur goreng. Tak cukup ke? Huhu..

Perut dah penuh angin. Kentut non stop! Haih, kalaulah kentut tu boleh membatalkan puasa, dah lama dahh puasa aku ni batal ehehe.. Tapi nehi nehi, kentut tak membatalkan puasa ye adik adik? :)

Selamat berpuasa ye sume. Bulan puasa ni la nak tengok iman kita teguh ke tak dan nak tengok kita ni sabar atau tidak. Semoga kita semua sentiasa memperoleh keberkatan daripada  Allah SWT. Jom sama-sama usaha merebut keistimewaam Lailatul Qadar! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...