Friday, July 29, 2011

Saya Tak Sekuat Yang Saya Sangka

Assalamualaikum,

Setiap hari rindu dengan my pumpkin. Especially bila dah ada baby dalam perut ni. Yeah baby still small and I don't feel like pregnant yet. Still, I miss my husband and I want him by my side. Selalu fikir macamana la keadaan aku nanti bila perut dah besar. Bila morning sickness datang menjengah. Tak ada suami nak usap-usap belakang kalo muntah.. Takde suami nak tolong urut-urut kaki kalau tetiba cramp.. Takde suami nak tolong amik makanan kalo lapar di tengah malam. Sob sob sedihnye rasa....

I keep telling myself not to think about it too much. Thinking about it will just make things worst and won't bring any help! Makin susah hati ada la kan? Tapi tapi tapi.... buatla ape sekalipun tetap teringat dan terfikir..

I promise my pumpkin to be strong. Hari-hari janji dengan dia dan janji dengan diri sendiri nak jadi kuat. Tak nak ikut perasaan. Tapi semalam saya gagal....... Semalam kan birthday... People keep asking how's your first birthday with your newly wedded husband? Oh, sayunye hati.. I know I know, I shouldn't give a damn with all this question. I can simpy answer them, "alah, macam biasa aje. Maklumle, suami kan dok jauhhh.." and then act like I'm tough. But..... deep down inside, Tuhan saja yang tahu. Aku sedih. Aku pun nak merasa sambut birthday dengan suami. Sambut tak sambut tak kisahla, just that it would be good if he is by my side.. If he could hug and kiss me on my birthday. It would be more meaningful to me.. Tapi sayangnya, dia jauh... I can only imagine it.. Makanya my birthday this year, sama saja dengan birthday tahun sebelum ni. Nothing special. Sedih kan?

Maafkan sayang, abang.. I have let you down.. Sayang terlalu mengikut perasaan. I know if I want to survive long distance relationship, I need to overcome all this stupid feelings. Yeah.. jangan layan sangat kan? I'll try my dear I'll try.. Give me more time.. Give more chance!

Haih, harusla keraskan hati lagi...

Tapi still tak tahan godaan haha. I'm going to Lumut tonight. Naik bas pun naik bas la. My pumpkin suddenly free this week. Don't want to let go the chance to be with him. Lagipun, puasa nanti susah sket nak jumpa cos he'll be very busy with his project. Ni satu lagi sedih. Takleh merasa puasa pertama sebagai suami isteri. Nak appy cuti on Monday, 1 August tapi tak boleh. Sibuk dengan report. Plus keje yang banyak. Tak nakla susahkan colleagues yang lain untuk cover keje aku. Berkorban lah... Sorry sayang. Tak dapat sediakan sahur.. Tak dapat sediakan juadah berbuka... Tak dapat terawikh bersama :'(

Wahai hati, tolongla tabah!

Tolong sape-sape ajar saya untuk jadi kuat. Boleh?

Thursday, July 28, 2011

It's My Birthday Today and..... My Pregnancy Journal :)

Assalamualaikum,

Ye tuan tuan dan puan puan, 28 Julai ialah hari saya dilahirkan. Secara detailnya, saya dilahirkan mak saya secara normal di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada 28 Julai 1985, jam 12.55 tengah hari. Berat saya ketika lahir ialah 4.75kg. Sila tutup mulut ye. Saya tau saya besar dari azali lagi! :P Menurut mak, masa saya lahir tu, kecoh satu hospital kononnye baby giant telah dilahirkan oleh seorang ibu yang kecik molek sahaja... Saya tak sangka, saya kecik-kecik dah jadi celebrity huahua *perasantan*

Saya hari ini genaplah berumur 26 tahun. Muda lagi kan kan kan? Lagi 4 tahun nak cecah angka 3 kat depan. Lambat lagi tuuuuu.. Boleh dapat anak 3 orang lagi seblom 30 huahua (mau rabak perut). Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang pada aku untuk terus hidup di atas bumi-Nya. Untuk terus beribadah kepada-Nya, untuk terus berbakti pada kedua ibu bapa aku dan untuk aku menjalankan tugas sebagai isteri kepada suami yang baru aku nikahi sebulan yang lepas. Alhamdulillah.. Semestinya nikmat usia ni nikmat yang paling berharga!

Terima kasih pada rakan-rakan yang mengucapkan selamat pada aku di Facebook. Banyak sungguh wishes (I love it all!). Insyaallah, aku reply satu persatu nanti :) Doa kalian pada aku amatla aku hargai. Semoga Allah merahmati kalian, insyaallah :)

Itu hal birthday.. Ada satu lagi hal yang aku nak kongsikan dengan korang. Well I guess maybe korang pun dah tahu dah pun sebenarnye ehehe.. Aku dah bagi hint hint kan dalam previous entry.

Yep, I'm having a baby! :) :)

Sorry for not telling you guys earlier. Bukan sengaja nak merahsiakan. Benda baik buat apa rahsia-rahsia kan.. It's just that it's still early. Usia kandungan baru masuk 7 minggu.. So aku ingat nak tunggula lama-lama sket. Tunggu baby besar sket baru spill the beans. But sebenarnya aku pon tak sabar nak cerita hahaha.. So don't want to keep as secret anymore lah!

I'll share my pregnant stories in this blog.
Feel free to visit!
http://www.amalini-pregnancyjournal.blogspot.com/

Well, this is indeed the best birthday present I ever had. Dah jadi isteri kepada suami yang amat dicintai dan insyaallah March 2012 nanti, jadi mama pulak. Life has been very good to me! Thank you Allah for all Your blessings :) 

Thanks to you guys as well! :)

Wednesday, July 27, 2011

Perut Meletup-letup!

Assalamualaikum...

Lambatnyelah nak balik rumah. Perut dah meletup-letup ni. Kang lepas sedas kanggg huahuahua..

*Seksa menahan angin kentut*

Hehehe sorile korang kena baca luahan hati aku yang tak berapa nak senonoh ni. Kat mana nak bercerita kalau bukan kat blog sendiri kannnn?


Hishh.. jangan jadi macam ni sudah!


Tuesday, July 26, 2011

Seksanya Hidup Tanpa Cik Bibab!

Assalamualaikum,

Ye.. hidup memang agak tersiksa tanpa Cik Bibab di sisi. Rasa macam kalo berjalan pun tempang jek kaki ni.. Pada yang baru follow blog aku (hehe gedik je bunyinye tu) Cik Bibab ialah kereta aku. Viva 1.0 warna Sapphire Blue. Haa amik keterangan penuh detail ehe.. Gambar takdela pulak nak tempek tempek.

Cik Bibab sekarang berada di kampung aku yang indah permai di Kota Bharu, Kelantan. Aku jugak yang tinggalkan dia kat sana. Huwaa sori Cik Bibab! Now I know how hard life is without you.

Pagi-pagi kena bangun awal pegi keje sebab carpool dengan kakak. Dia nak kena hantar anak dia sekolah. By 7am dah kena gerak. Huwaa awalnye.. Kalau Cik Bibab ada, pukul 7am tu baru nak mandi kot.

Petang-petang pulak, by 4.30pm kakak aku dah paging: Let's go home! Waa awalnye. Keje tak settle lagi nih. Almaklumla buat keje sambil blogging muehehehe.. Tapi terpaksala balik jugak. Dah nama carpool kan. Abes kalo tak balik sekali nak balik ngan sape pulak? huhuhuhu... Kalaulah Cik Bibab ada. Pukul 8, 9, 10 malam baru balik pun takpeee..

Takde Cik Bibab di sisi, aktiviti meronggeng bersama rakan-rakan sebaya turut terbatas. Kalau dulu, asal bosan je turun Serdang, bosan je pegi UPM. Tak pon ke Alamanda.. ke The Mines.... Tapi sekarang dah kena bergantung harap dengan rakan-rakan untuk datang pick up aku. Ah susahnye! :(

Nak keluar membeli belah barang keperluan sendiri pun agak susah. Yela, boleh follow akak aku kalo dia pegi shopping. Tapi.. sometimes no privacy. Kadang-kadang aku nak jugak masuk kedai lingerie sexy sexy nak beli selai dua untuk pakai depan laki kan? Muahahahaha.. Pendek cite, susahla kalau Cik Bibab takde. Secara otomatis saya malas nak kuar shopping. Eh goodlah kan? Jimat duit!

Haa lagi satuuu.. kalau ada Cik Bibab, tanpa rasa syak wasangka, Jumaat petang je pasti saya akan memecut ke Lumut! Tapi Cik Bibab takde ni, macamana nak pegi. Naik bas adalah sangat dasyat. Very bumpy! Jalan dari Teluk Intan - Lumut is like HELL. Lopak dan lobang merata-rata. MB Perak, please take note ye huhuh.. Kesian saya dan yang paling penting kesian baby dalam perut saya. Melompat-lompat dia. Eh ehh ehehehe..

 Hmmmm.. Cik Bibab oh Cik Bibab.. I miss you like crazy...............


Monday, July 25, 2011

Friday, July 22, 2011

Harini Saya Nak Senyum Je :) :) :) :)

Assalamualaikum sohabat sekalian :)

Hari ini saya isytiharkan sebagai Hari Senyum Sampai Lenguh Rahang... :P

Kenapa in happy mood? Sebab si husband nak datang. Yay!  :D

Si husband sebenarnye duty weekend ni. Jadi tak dapatla nak datang jenguk si wife yang tengah sarat mengandung menanggung kerinduan nih muehehe.. Oh oh.. makanya si wife ni memangla dalam kesedihan beberapa minggu ni. Dahle weekend ni duty, weekend depan pulak si husband ada keje jugak. Takleh nak datang jugak. Si wife nak pegi ke Lumut, pikir 2,3,4 kali. Serik nak naik bas! Kalau ada kereta, no hal. 

Si wife.. si husband.. macam cerita hikayat jek :P

Alhamdulillah.. my pumpkin faham isi hati isteri dia ni.. Itupun selepas aku merengek cam budak kecik huahuahua..And with some magic done (hehe) dia dapat turun ke Putrajaya weekend ni. Right after work today, insyaallah dia akan gerak dari Lumut ke sini.

Terima kasih abang.. You make me the happiest person today. Yayy malam ni boleh tido bawah ketiak dia! muehehehe..

That's the reason why I smile today :) :) :)

Errr.. tapi kan.. muka aku penuh berjerawat nihhh.. Dah tak comel dah...... +__+

Wednesday, July 20, 2011

Harini Makan Free! Yay!

Assalamualaikum,

Ding ding dinggggg..

Round 1

Nasi briyani + Nasi putih + Sayur-sayuran + kambing + ayam + bebola ikan
=
 @__@

Kenyang gilos!


Round 2

Roti jala + kari ayam + kuih lapis + satay Hj Samuri 4 cucuk
=
@@___@@

Mata double berpinar-pinar
Kenyang gilos gilos gilos!!!!


Terima kasehla company belanja makan harini. Jimat RM5. Tak payah keluar lunch dalam jerebu. Eh tadi pon berjerebu jugak...


See. Nampak berjerebu kan?
Tapi takpe.... Ini jerebu ada bau..
Bau satayyyyyyyy~
hihi


Gambar Anak Pasangan Beckham

Assalamualaikum,

ekekeke tah pape tajuk. Gambar ni cilok dari Facebook David Beckham :)



Ololololo comeynye Harper Seven Beckham ni :)

Tuesday, July 19, 2011

Buat Renungan Para Isteri yang Bakal Bergelar Ibu dan Sudahpun Menjadi Ibu :)

Assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya daripada suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”

(HR Ibn Hibban)


Dikopi dan pes dari  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Friday, July 15, 2011

Khasiat Telur

Assalamualaikum,

Ada cerita tapi malas nak bercerita.. So bacalah dulu cerita pasal telur ayam ni ye... Saje nak berkongsi kebaikan telur ayam sebab ramai yang salah faham dengan telur ni. Kesian dia. Sume orang cakap telur ni high in cholesterol. But sebenarnye dia ada baaaaaanyak manfaat. Jadi manfaatkanla ye :) Oh kecuali telur tiruan la. Telur tu memang definitely takde manafaat........






TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.


Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.



So makanla telur hari-hari ye? ehehehehe...

Thursday, July 14, 2011

I miss my husband

:'(


Miss his hugs.
Miss his kisses.
Miss his smell.
Miss everything about him.

Wednesday, July 13, 2011

Google Buat Lawak

Assalamualaikum,

Pagi ni bukak facebook macam biasa then ada sorang kawan ni post steps kat bawah ni:

1 - Open Google Maps (directions).
2 - Type China as your starting point.
3 - Type Taiwan as your destination.
4 - Read step 48.
5 - When you done laughing, type this in your profile so others can laugh too!

Aku yang ade keje buat buat takde keje terusla cuba try test follow steps tu.....
 
1 - Open Google Maps (directions).



2 - Type China as your starting point.




3 - Type Taiwan as your destination - then click Get Directions.




4 - Read step 48.






Huahuahuahuahuahuahua.... Macamana la tu nak berenang. Takde jaws ke weh dalam Pacific Ocean tuh? Muahahahaha.. Pastu step 49 siap suruh continue straight lagi. Adoiyaiiiiiiiiiiiii.....

Sabar jelah ehehehehe

Dunia Berasap~

Assalamualaikum,

Uii.. seram jek tajuk. Tapi memang pon kat luar tuh berasap je kan. Keluar je dari rumah atau mana-mana, bau asap semerbak menerjah lobang hidung. Poning den!

Jerebu di Lumut
Picture taken last Saturday morning

Jerebu di Cyberjaya
Picture taken this morning

Air Pollutant Index on 7am, 13 July
Diambil dari Department of Environment.
 Ada satu tempat diisytiharkan udaranya tak sihat iaitu di Jalan Tasek, Ipoh, Perak. Bacaan API ialah 134.

Tempat-tempat lain:

Seri Manjung, Perak - 91
Putrajaya - 60
Kota Bharu, Kelantan - 53

Hmmmm.. tak sure lah sampai bila keadaan berasap berjerebu ni akan melanda seluruh negara kita. Harap-harap segeralah berakhir kan. You guys jangan keluar rumah sangat. Especially yang ada anak kecik tu. Sistem pertahanan badan dorang belum kuat. Dalam keadaan udara yang tak bersih macam ni, memang senangla dorang ni dijangkiti penyakit. So duduk ajela dalam rumah ye :)

Monday, July 11, 2011

Harper Seven Beckham

Assalamualaikum,

Itu bukan nama jalan atau nama kedai runcit. Itu ialah nama anak perempuan David dan Victoria Beckham yang dilahirkan semalam, 10 Julai 2011.

Berat baby ialah 7lbs 10oz atau dalam kilogramnya ialah 3.46kg. Besar gak tuhh :D

Pelik sungguh nama anak dia ni kan. Harper tu nama klasik English. Seven tu pulak sempena dengan nombor bertuah Beckham. Dia kan pakai jersey nombor 7 masa main dengan England & Manchester United dulu. And baby ni dilahirkan pada pukul 7.55am pada bulan 7. Boleh baca kat sini pasal nama baby Harper ni.

Nama anak-anak dia yang lain:

Brooklyn Joseph Beckham
Romeo James Beckham
Cruz David Beckham


Aku nak tunggu tengok gambar pulak nanti hehehehe...

News source: http://www.mirror.co.uk/celebs/news/2011/07/11/baby-girl-joy-for-david-and-victoria-beckham-115875-23262682/

Hormone o Hormone

PLEASE BEHAVE

+__+

Thursday, July 7, 2011

Sentap Sentap Tak Baik Untuk Kandungan

Assalamualaikum,

Arkkkkk.. saje tajuk kasi ganass sket hahahahahahahahahahahaha.. Jangan marah naaaaa~ Aku belum disahkan mengandung lagi ehekehek...

Jom baca perbualan kereta-kereta nasional ni. Kelakar jugakla aku rasa hihihihi



Hilangla sket kesentapan. Kelaparan pulak mari...........

Pening Dengan Bau Badan Sendiri +__+

Assalamualaikum,

Bau badan tu bau yang wangi ye, bukan bau busuk. Aku sekarang ni pakai perfume yang kat bawah ni..


Issey Miyake - Florale
Pls note that the phone number in the photo is not mine.
Ini gambar Google punye
 Perfume ni aku beli untuk hantaran kawin. Actually aku beli Issey Miyake yang klasik punye tapi promoter tu bagi sample perfume Issey Miyake Florale ni jugak. Yang sample ialah botol kecik sebelah kiri tu. Aku dapat dua botol. Satu dah abes, tinggal satu je lagi. Memandangkan botolnye kecik halus mulus gitu, aku letak jela dalam handbag.

Pagi ni sebelum turun pegi keje aku semburla sikit sebanyak kat badan aku ni. To be right, kat pergelangan tangan then aku sapu-sapu kat kiri kanan tudung and kat baju. Tapi aku rasa aku dah terlebih sembur kot, bau dia kuat gile. Tadi aku sembur macam sembur shieldtox kot. Urghhhhh.. dah kepeningan dah ni.. Rasa nak bukak je tudung pastu pakai tudung len huhuhuhuh..

Aku sebenarnye bukanle jenis yang suka pakai perfume. Memang tak pernah pakai pun sebelum ni. Kalau orang tanya perfume apa paling wangi memangla aku tak boleh jawab. Sebab aku tak penah pakai huhuh.. Masa nak kawin tu belila satu untuk hantaran cos it's a common thing to have as hantaran kan? Even masa nak beli tu pun susah benar nak decide nak beli perfume mana satu. Semua bau sama je! Semua pun wangi huhuh.. Sometimes aku tak paham macamana orang boleh categorize bau perfume tu fresh la, spicy la, sweetla blabla.. Bagi aku sume sama je hehehe.. Beli Issey Miyake ni pun sebab dah penat jalan-jalan and hidung pun dah rasa tebal dah huhuhu..

Sebab tak biasa tu lah agaknye hari ni pening-pening lalat dengan bau perfume..

You guys pakai perfume ape? Selalu tukar-tukar tak? Come come share with me :D

Wednesday, July 6, 2011

Sentap Aku Sentap

Nak marah ke nak nangis ke nak frust tertonggeng ke ape?


Jawapan aku, nak semua sekali.

Haihhh.. dah elok planning baekk punye tetiba ada operasi la koperasi la apa rasi lagi kat base tuh. Dah jadi tunggang terbalik segala planning.

Tiket pegi-balik dah beli ni. Macamana?

Ada sape-sape nak pegi Lumut tak Jumaat ni? Aku ada tiket nih huhu.. Ke takde sape nak pegi Lumut? sume nak pegi Stadium Merdeka eh?

Sobsob sedihla macam ni. Dahla jiwa memang dah sentap. Makin sentap lak..

Urghhhhhhhhhhhh......................

Entry Luahan Perasaan: Sensitif, Malas & Takde Mood

Assalamualaikum,

Hmm semenjak dua menjak ni kan memangla aku sangat malas dan sangat moody. Jiwa yang memang sedia ada sensitif ni jadi makin menjadi-jadi pulak sensitifnya. Orang tego sket nak nangis. Orang marah sket nak nangis. Buat keje tak kena sket nak nangis. Ahh nak nangis jela keje aku.

Pastu malas. Kat opis dulu kini dan selamanya malas. Cuma sekarang macam makin teruk je level kemalasan tuh. Lebih-lebih lagi this week after dapat tahu kena pindah tingkat atas. FYI aku sekarang kat Level 3, kena pindah naik Level 4. Eh malasla nak pindah-pindah. Ingat barang aku sikit ke. Ni binder-binder, buku-buku yang berat mengalahkan guni beras ni sape nak angkut? Aku lah tu. Malas nak unplug wire komputer ni pastu angkut naik atas then pasang balik. Ish malasla! Dahle ada satu printer bagak jugak kat bawah meja nih. Aku jugak tu nak mengangkut. Dah tu bila dah dok cubicle baru nak kena setup balik. Mana nak letak notes, mana nak letak gambar ngan husband (nak letak jugak tu), mana nak letak bunga-bunga plastik, mana nak letak bekas pensel.. Eh banyakla nak kena buat. Malasnye akuuuuuuuuuuuuuu....

Lagi malas dan benci kan, Friday ni kena present kat General Assembly. Depan all the staff. Oh watehek. Saya sangat bencis okkay. Malas nak bercakap omputih depan staff nih. Yela, kompem bahasa Omputih aku tunggang langgang. Kang kena bantai gelak je ngan dorang yang pandai cakap bahasa Omputih ni. Tak bantai gelak depan aku, gelak lam perut pun jadila. Haihh malas malas malassss... Nak benti keje buleh? Tak boleh! Cik Bibab sape nak bayar?? wuwuwuwuwuwu..


Aku sekarang memang makin malas la nak keje. Macam dah takde inspirasi dan motivasi nak bekerja. Why ar? Aku saspek hormon rajin aku dah kurang terembes manakala hormon malas yang bermaharajalela. Oh whyla whyla.. Macam-macam dok pikir dalam kepala otak nih. Aku banyak pikir tentang jarak antara aku dan husband. Tak tahan dah ke nak duduk berjauhan ni? Boleh tahan tapi entahla.... Aku nak berhenti keje kat sini then pindah duduk Lumut. Tapi bila dah kat sana nak kerja apa? Tak kerja memang tak bolehla. Banyak nak pakai duit. Haihh ni jela yang aku dok pikir hari-hari. Tuhan, berikan aku kekuatan! :(

Takde mood. Takde mood nak mengadap kerenah orang. Nak melayan ragam orang yang pelbagai. Takde mood nak menjaga hati orang. Takde mood nak senyum. Takde mood nak gelak. Takde mood nak buat semua benda!

Donnolah. Takde mood dah nak menaip..

Monday, July 4, 2011

4th of July 2011 - Genap Sebulan :)


Terima kasih buat adik tersayang yang gigih membuat video ni. So sweet okeh. Mau nangis bila tengok ulang-ulang kali. Thanks a lot dear. Hadiah sempena genapnye sebulan kitorang kawin hari ni ehehe..

Buat suami tersayang, I love you more and more each day! :)

Aksi B O D O H Pekerja KFC

Assalamualaikum,

Pertama kali menonton video ni memang buat darah aku menyirap jek.. Kurang ajar betul 2 ekor budak ni ye. Sorry agak kasar sket bahasa, geram gile nih. Makanan boleh dibuat macam tu. Dah sah-sah pulak ayam tu dah lepas goreng ada yang akan makan. Memang tak berkat la hidup kalau niat nak menganiaya orang. Tunggu ajelah bala yang akan menimpa diri.



Yang paling sedih lagi.. orang Melayu kita yang buat. Haih..... ni yang aku tak paham. Sedih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...