Saturday, May 28, 2011

Balik Kampung Ho hO hoo !~

Assalamualaikum,

This is scheduled entry. When you read this, I am already on the way back to kampung tercinta, Kelantan Darul Naim :)

Drebar Cik Bibab.. I am not alone.. ditemani my hero kesayangan.. my dadda ehehe.. Bukan my pumpkin ye. Dia lambat lagi cuti hoho.. Thanks ayahanda tercinta sebab sanggup datang dari kampung semata-mata nak teman aku drive balik. Katanya tak elok bakal pengantin drive sorang-sorang. Baiklah ayah.. Saya yang menurut perintah :D

Doakan kami sekeluarga selamat sampai ya :)

To those travelling like me, hati-hati di jalan raya ye!

Pesanan buat my good friend Chan Chan, saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat pegi wedding ko. SELAMAT BERBAHAGIA!

Friday, May 27, 2011

Geli-geli Dalam Perut

Assalamualaikum,

Haa suspension nya tajuk hehe.. Bese yang geli-geli dalam perut ni ibu-ibu mengandong je. Tapi aku nih kahwin pon belum. Macamana dah boleh geli-geli dah nih? Jeng jeng jenggg.. Saya pun mengandong gak ni. Mengandong ulat beluncas yang dah jadi kepompong pastu dah jadi rama-rama dah. Jadi ada butterfly in my stomach. Err tak paham gak? Aku nebes la.. nebes! Sebab......


Arghhh.. nebes!

Tak lama dah ni.. and I still have things that are not settle yet.

Mari kita lihat senarainya:

1. Veil (untuk akad nikah & persalinan no 2) - sewa atau beli? hmm..

2. Tudung (untuk akad nikah & majlis - persalinan 1 & 2) - Yang akad nikah pastinya aku beli. Yang majlis tu tak sure nak sewa tak. Cos tudung sewa sume tudung awning tu. And I don't like! Tak sesuai kot dengan bentuk muka aku huhu..

3. Deco mini pelamin & bilik pengantin
- Design tak confirm lagi
- Flowers (belum beli)
- Curtain (Done)

4. Shoes - sewa atau beli? Urghh malasnye nak beli baru! (Tak cukup duit sebenarnye wuwuwu)

5. Door gifts - Thank you card. Belum Print.

6. Hantaran +__+  - Tak reti nak buat. Tak kretip huhu..
- Flowers & ribbons (belum beli)

7. Kemas & hias rumah

8. Hand bouquet akad nikah  - sewa atau beli?

9. Karpet untuk groom & tilam untuk bride duduk masa akad nikah  - err karpet mak beli, tilam, guna tilam baby jek nanti kihkih


Peh banyak nye tak settle lagi. And I only have 1 week to go. *Pengsan* Sempat tak??????

Korang doa-doakanla sumenye berjalan lancar hokkay?


*Blog ni lama-lama dah macam blog bride to be dah ehehe*

Thursday, May 26, 2011

Cerita Aku Hari Ini

***Arghhh internet slow!!***

Assalamualaikum,

Ye saye berada dalam keadaan tertekan. Ayik tertekan je tuan rumah ni kan haha.. Sori sori. Bukan tertekan ape pun, tertekan dengan internet yang macam harem ni je. Lampunye biru.. Signalnye HSDPA tapi hampehs. Slow jugak. Biasanya EDGE aje yang slow. Lampu kaler ijau. Lampu biru pun slow jugak???? Err lampu hijau lampu biru, macam ada unsur-unsur politik pulak di situ. Choyyy, blog aku suci dari cerita politik okkay. Takde pekdah sume tu. Membahayakan kesihatan je.

So how was your day today?? 

Mine was..... tiring! Sibuk mengobserve temp staff yang akan ganti aku time aku cuti nanti. Sibuk jugak mengajar dia itu dan ini. Banyak jugak rupanya keje aku bila dah ajar-ajar orang ni. Penat!! And bila mengajar kenala sabar kan. You cannot expect orang tu terus paham bila kita ajar. They may take time. Tapi kalo dah puluh-puluh kali ajar tak paham jugak boleh sakit otak aku. Huhu sabar sabar.. Risau pulak nak tinggalkan keje. Risau kalo dia buat salah. Keje aku plak takleh salah-salah. Huhu... *risau* Semoga budak tu dapat faham apa yang aku ajar and dapat buat keje dengan baikla time aku takde. Jangan dok call aku time tengah akad nikah tu dah laaa hehe...

Siang tadi call ahkak bridal yang tolong jahitkan manik untuk baju yang  aku beli kat PKNS Bangi tempoh hari. Aku tanya akak tu ape progress. Gelak aje dia huhuh.. Dia kata mamat yang nak tolong jahit tu promise Ahad ni siap. So saya benar-benar harap dia pegang pada janjinya. Kalau Ahad siap, Isnin kawan aku leh tolongkan courier, then Selasa or Rabu sampai. Kan kan kan? Harap-harap everything goes as planned. Tolong hambaMu ini Ya Allah!

Ohh.. I got my first wedding present today! *big grin* Terima kasih banyak-banyak buat rakan di opis yang pakat-pakat bagi hadiah tu. Banyak lak tu. Haih terharu saya. Terima kasih!! Hadiahnya berupa voucher Jusco and ada 2 bungkusan hadiah lain. Amount voucher tu banyak sangat. Terkedu kejap saya. Terima kasih banyak banyak. Lepas ni aku boleh shopping kat Jusco sepuas hati ehehe.. I might buy a microwave using the vouchers :)

Haa cakap pasal wedding gift ni, ada kawan aku, kawan opis jugakla, suruh aku post kat Facebook my wedding wish list. List hadiah yang saya nak. At first I thought of doing it, tapi bila pikir-pikir balik, tak naklah. Cos actually hadiah ni up to the guest la nak bagi ke tak kan. And ape pun yang dia bagi, saya terima dengan hati yang terbuka. Bukan senang nak beli hadiah untuk pengantin ni kan. So I welcome any gifts :) Kalau takde pun takpe, yang penting doa dan kehadiran dorang ke majlis aku. Cuba bayang kalau takde sape datang majlis aku? Huh sadis.. Takde hadiah takpe lagi ehehe.. Hatta kalo nak bagi jugak, tak nak datang dengan tangan kosong, bawak susu gula pun aku terima. Lagi bagus tu. Boleh buat stock sampai setahun dua ehehe.. 

Apa yang pentinggggg.. kerjasama tu memangla.. Yang penting lagi, doa kalian buat aku dan my pumpkin. 

Thanks all :)


Tuesday, May 24, 2011

Al Fatihah Buat Adik Nur Izyan Natasya @ Aisyah Ishak

Assalamualaikum,

Pagi tadi, terkedu kejap baca berita kat bawah ni


MACHANG: A 3-year-old girl died after she was left in a car in the blazing sun while her father was attending a funeral at Kampung Morak in Tumpat on Sunday.

In the 11am incident, villagers found Nur Izyan Natasya @ Aisyah Ishak crying and having breathing problem after she was left in the car alone with the windows shut for about 45 minutes.

Her father, Ishak Salleh, said Nur Izyan, the youngest of six children, had followed him, his sister and his brother-in-law to the funeral of his cousin.

"I thought my sister and brother-in-law had taken her as I had rushed out of the car to send the body to the cemetery. 

"I only knew that she had been left behind when my relatives came looking for me to ask for the car key." 

Ishak's sister, Che Mas Mohd Salleh, 55, said she was shocked when villagers told her that Nur Izyan was crying and looked pale.

"I wanted to break the window, but the villagers told me to wait for the key. By the time the car was opened, she was already too weak." 

Nur Izyan was rushed to the Wakaf Bharu government clinic, and then to Tumpat Hospital, but died on the way to the hospital.

Ishak said he was shocked over the death of his youngest daughter, but accepted it as fate.


Ya Allah.. tak sangka nyawa anak kecik lebih murah daripada harga nak repair cermin kereta. Ape ke bangang sangat sume orang ni??? Kenapa tak dipecahkan saja cermin? Kenapa nak tunggu jugak bapak dia bukak dengan kunci?? Takkan tak penah baca kot dalam surat khabar sebelum ni, ada budak mati sebab terperangkap dalam kereta. Takkan tak terpikir kot????? *sakit hati*

Lebih memeranjatkan aku, kejadian ni berlaku di kampung aku.... Kampung Morak... 


Perbualan aku dengan abang aku dalam Facebook. Korang paham ke ape yang abang aku cakap? Meh aku translate kan.. Abang aku pun mungkin dengar-dengar cakap orang kampung.

Aku: "Abang: Baca tadi kejadian berlaku di kg morak indah permai. Macamana la leh jadi gitu?"

Abang aku: "Tak tahula. Pagi tu abg nampak orang dok usung jenazah pergi kubur, lalu depan kedai. Pastu pukul 12, sume dok kecoh pasal budak lemas. Ingatkan lemas dalam air, tapi dalam kereta. Orang kampung pun bangang, tunggu tuan kete datang dulu baru nak bukak pintu. Budak dah menggelupur dalam kereta. Last last nampak macam nak tido, dorang biarkan je macam tu. Bangang sungguh.."

Terkilan betul aku dengan sikap masyarakat macam ni... Tak tahu nak cakap apa dah...

Hmmmm... apa-apa pun, Allah dah janji, tempat anak kecik macam ni adalah syurga. Semoga awah adik Nur Izyan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Al Fatihah.....

Monday, May 23, 2011

Duit Mengalir Macam Air

Assalamualaikum,

*haih*

Ee tak senon mulakan entry dengan mengeluh. Tapi saya memang dalam keadaan bersusah hati ni. Hadui, bilala hati nak senang. Aku tahu bila! Bila semuanya dah selamat dan selesai! Lambatnyee huhuhu..

Semalam habiskan masa sehari di Bangi mencari baju ganti. Singgah dua tiga bridal jugak. Mak aih, mahalnye nak sewa selai baju pompuan je. Rata-rata quote harga RM250-RM450. =(

Last-last aku beli satu baju kat PKNS, Bangi . Puas hati! Tapi mahalunnnnnnn... Dah terdesak apa boleh buat. Then hantar untuk jahit manik. Sekarang dah kopak dah :( Kisah nak hantar jahit manik tu pun panjang jugak kisahnya. Ingat senangla nak cari tukang jahit. Sekali takde. Kalau ada pun dia takmo hamik sebab dah suntuk sangat masa. Aku nak by this Friday, 27/5. Memangla tak sempat kan? huuhuh

Nak dijadikan cerita, terjumpa satu bridal di Precint 15, Putrajaya. Main redah je masuk. Tawakal ajelah bridal ni boleh tolong jahit manik. Alhamdulillah, Allah tolong aku. Dia pertemukan aku dengan bridal ni. Akak owner sanggup menolong. Dia kata dia sendiri memang dah busy, so dia tolong tanya kawan-kawan dia. Adalah sorang yang sanggup menolong. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Happy tak terkata. Nak nangis pon ada gak ehe.. Though upahnya agak *telan air liur* mahal, aku on aje lah. Malas dah nak pikir-pikir. At least baju tu hak milik kekal aku. Takdela terasa sangat nak berbelanja mahal. Boleh pakai balik time ada dinner ke, if muat lagila masa tu haha.

Erm terima kasih sangat-sangat kat akak tu dan kawan dia. Saya tahu benda ni terlalu risky, tapi apa boleh buat, saya terdesak huhu.. Risky sebab aku hantar hari Ahad 22/5, aku nak siap by 30/5 la paling lewat. Aku dah balik Kelate dah time tu so aku mintak tolong kawan aku amikkan and then courier ke rumah aku di Kelate nanti. Hopefully sampai on 31st or 1st June. That is a couple of days before my wedding. Very risky kan? Hmm takmola pikir benda bukan-bukan. Moga-moga semuanya baik-baik. Bagai dirancang. Ya Allah bantulah hambaMu ini!

Nor & Dina
Credit to my 2 lovely friends, Dina & Nor sebab teman aku seharian semalam. Tolong carikan baju, tolong bagi pendapat, tolong carikan kedai. Aku penat, dorang lagila penat. Terima kasih sebab berpenat seharian untuk saya. Allah saja dapat balas jasa baik korang berdua. Love love love!

Eh tak masuk cerita yang ada sangkut paut dengan tajuk lagi ni tapi dah panjang gila membebel haha..

Serious I tell you, nak kawin ni banyak gila duit pakai. Kita ingat kita nak buat simple simple je. Tapi tak kirala simple ke tak you still need to spend quite a lot. Tho maybe not as much as majlis yang grand grand. 

Catering, door gift, deco, photographer, etc.. Semuanya perlukan duit yang banyak. 10 grands may not be enough. Betul! 

Duit aku ni aku rasa macam laju gila mengalir. Baru je simpan dah kena keluarkan lagi. Nak bayar macam-macam. Deposit tu deposit ni. And now, dah kering kontang :( Walhal banyak lagi nak kena settle ni *haih* Terdengar pulak minyak nak naik, barang nak naik ape sume terus gelabah jadinye. Terus niat nak puasa direct seminggu ni ehehe.. Gaji May dah habis, gaji Jun 15hb baru masuk :(

Apa apa pun, I am glad I have family yang sudi membantu. Aku ada 5 orang adik beradik, dan each of them ada sponsor sikit-sikit. Oh serius rasa nak nangis. I love them. Terima kasih sebab ingat lagi kat adik korang yang banyak menyusahkan korang ni. Aku akan balas jasa baik korang nanti. *PROMISE* Mak ayah lagi banyak sponsor. Sob sob I love you mak ayah!

So to all brides and grooms to be, simpan duit banyak-banyak. At least setiap sorang kena ada RM10k. Groom kena lebihla sket sebab nak bagi duit hantaran/mas kahwin lagi kan. Jadi bersediala awal-awal. Sebab when the time comes, duit korang akan mengalir lajuuuu je. And rancang elok-elok, jangan sampai over spend. Ok? *Talking from the experience*

psst.. memandangkan beg duit saya dah takde duit sangat cuma berisi resit saje, makanya korang tolong-tolongla klik iklan nuff aku tu ye hihihihih *malu* 

Duit duit duit.. di mana ko duittt.... isk tetiba rasa macam mata duitan pulak!


$__$

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat, Selangor - Rumah Anak Yatim Ranap

Assalamualaikum,

Terkejut bila baca post blog kawan-kawan mengenai kejadian tanah runtuh petang tadi yang meranapkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungau Gahal, Hulu Langat. Tengok gambar-gambar menyayat hati macam kat bawah ni lagila buat hati rasa sedih. 



Sumber gambar

Setakat 11 minit yang lalu, NST melaporkan 12 orang telah meninggal dunia, 9 dimasukkan ke hospital dan 4 orang lagi masih hilang. Tertimbus dalam runtuhan. Operasi mencari masih diteruskan.




Marilah kita sedekahkan ayat suci Al Fatihah buat mereka yang terkorban. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang yang soleh dan beriman.

Buat yang tercedera, diharap mendapat rawatan yang terbaik dan segera sembuh.

Yang masih hilang, marilah kita sama-sama berdoa mereka selamat dan segera dijumpai. Semoga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin... 

Saturday, May 21, 2011

Saturday Updates

Assalamualaikum,

Harini pergi Alamanda. Beli hadiah untuk Chan Chan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ni :) Hadiah ape kitorang beli taklehla cakap. Cos Chan Chan kekadang baca gak blog aku ni. Kang kantoi, tak surprise pulak ehehehe.. Hadiah tu ikhlas dari kitorang tau Chan. Harap ko suka lah :)

Aku tak dapat pegi wedding Chan Chan nanti cos hari dia kawin tu la aku balik kampung. Dah tak boleh postpone to another day dah balik kampung tu sebab aku pon banyak lagi hal tak settle. Kena balik cepat-cepat. Sorry ye Chan. Tapi saya doakan ko dari jauh. Semoga sentiasa bahagia dengan Daus :)

After beli hadiah lepak-lepak jap dengan Dina, Nor and cousin Dina kat foodcourt Alamanda tu. Plan nak tengok Nur Kasih tapi mak aih orang ramai. Every showtimes sume penuh. Ramai betul yang nak  tengok ye. Ni nak try beli ticket online. Tapi hampa jugak... sampai malam sume time penuh. Macamana ni??? Kempunan nak tengok.. Huh ramai betul peminat cerita Nur Kasih ni ye ehehe.. Aku takdela layan sangat drama dia dulu. Tengok skip skip.. Movie ni nak try gakla tengok. Baca review pun best best. Katanya, lagi best dari cerita Kongsi tu. Cerita Kadir Bhatia memang selalu best kan. Banyak bermain dengan emosi. So rasa macam tak nak lepaskan peluang tengok. Tapi kalo dah penuh macam ni, takde chance la nak tengok kan huhuhuh... Takpela. tunggu aje CD :) Or maybe download secara haram je nanti kihkihkih *ada hati nak donlod. line slow macam siput babi. cane nak donlod?!*

Erm esok nak ikut Dina pegi Bangi. Nak cari baju.. ganti yang orang dah amik tu. Eeee bencinye bila ingat-ingat balik. Harap-harap ada la baju yang okay and harga pun munasabah. Kalau harga dalam RM400 huh sekian terima kasih jela. Aku pakai baju kurung bese je nanti time majlis. Tengokla nanti huhuhuhuhuhuh *Seteresssssssssssss*

Dah dah jangan sebut hal tu. Kang BP naik sape nak bertanggungjawab...

Klah.. nak buat wishlist.. Hadiah kawen apa saya nak hahahahaha.. Senang sket orang nak bagi hadiah kat saya kan kan kan :P

Nyte all :)

Tenang Tapi Masih Seteres

Assalamualaikum,

Dah agak dah.. malam ni tak boleh tido. Seteres punya pasal.

Belum jumpa ketenangan kah? Amacam scaling gigi?

Kihkihkih.. scaling gigi memang osom posom. Sebabnya doktor hemsem hahahahahaha (belom kawin still boleh puji laki lain kan? haha).. Abesla kalo mypumpkin baca ni. Sorry yang, tercuci mata jap tadi haha.. 

Ehem, encik dentist yang hensem cakap gigi saya bersih tetapi kondisi gusi tak berapa memberangsangkan. Katanya teknik pemberusan gigi saya salah. Erkk? Dia tanya, "pakai berus gigi, soft ke medium?" "Mediummm" aku jawab. Dia angguk-angguk. "Cara gosok macamana?" Dia tanya lagi. "Gosok macam biasa, up and down..." cece kompiden jawab. Bukankah itu cara pemberusan/penggosokan gigi yang betul? Encik dentist angguk-angguk lagi. " Awak tekan kuat ke masa berus tu?" Turn aku pulak angguk. 'Sebab tulah gusi awak ni jatuh ke bawah..." Eh gusi pun boleh jatuh eh? Nasibla ko dentist bukan aku. Kalo tak, aku dah argue macam-macam dah. Ni habok pon tatau, mana leh argue. Angguk jele hehe.. So encik dentist cakap aku kena guna toothbrush soft dan cara berus pulak kena pusing-pusing. Pastu takleh tekan kuat sangat. Baiklah encik dentist yang hemsem :D

Scaling tak sakit. Thank God!! Aku dah cuak-cuak dah takut sakit. Cos the last time aku buat scaling memang sakit gileeeee.. Berdarah-darah! Air mata, air hingus mengalir laju. Malu aku dengan doktor haha.. Nasib baikla doktor hemsem ni buat tak sakit. Barula saya rasa tak malu ahaha *dush dush gedik!* Terima kasihla ye doktor. Caj pun tak mahal. RM50 sahaja. Minggu depan saya claim ING! :D

Memandangkan proses scaling berjalan dengan lancar makanya saya sedikit tenang....

9.30 malam tengok wayang dengan kakak aku. Pirates of Carribean - On Stranger Tides (betul ke tu tajuk dia? Main hentam je). Ok laaaa.. funny ehe.. Suka dengan gelagat Jack Sparrow. Watak ni aku rasa memang Johnny Depp jela boleh bawak. Orang lain tak boleh! Rating cerita PG13. But still aku rasa parents shouldn't bring their children along la. Banyak scene violence, scene ghairah ghairah. So not suitable for kids lah. Eh tapi ni cerita terbitan Walt Disney laaa.. hahahaha.. Ape-ape jelah... Tapi kalo aku jadi mak, aku memang takkan bagi anak aku yang umor below 13 tengok cerita ni.. Karang habis movie banyak benar soalan bukan-bukan keluar dari mulut dorang. Sape nak menjawab??

Memandangkan cerita agak best dan lame gile (2 jam setengah) maka saya tenang jugakla sikit. Habes lupa pasal seteres. 

Tetapi..... sekejap sahaja. Dah balik rumah ni seteres balik! Huwaaaaaaaaaaaaa

Terpaksala esok pergi scaling gigi dan tengok wayang lagi hahahaha

*ting tong mata tak mau pejam*

Friday, May 20, 2011

Solat Tiang Agama

Senyum Sambil Menangis

Assalamualaikum,

Saya senyum tapi sebenarnye saya sedih...

These few days asyik memikirkan tentang persiapan nak kawin.

Hari-hari orang dok tanya aku, "So how's your preparation? Settle already?" "Wani, dah siap ke semua benda nak kawin ni?" And banyak lagila soalan pasal prep kawin nih.

Soalan-soalan tu semua buat aku  tension! Stress! Sebabnye, I haven't done anything yet.

Hantaran - 0%
Mini pelamin  - 0%
Door gift - 0%

Semua tu tunggu aku balik kampung nanti baru nak settle. Which is a week before my big day. Sempat ke? :(

Aku asyik dok pikir nak mintak tolong sapela buat tu semua. Aku nak buat sendiri memang tak mampula cos tangan aku tangan kayu. Tak kreatif langsung. Nak mintak tolong orang lain, masing-masing sibuk. And aku dah takut nak mintak tolong orang sebab takut akan menyusahkan. Dah kena dah haritu jadi aku serik dah.

Stress!!!!

Then today stress tu berganda-ganda lagi. Received a phone call from bridal aku sewa baju & pelamin. Boleh pulak dia cakap baju yang aku book tu sebenarnya dah ada orang lain book. Long before me. Tapi sebab staff yang handle masa tu tak tag they thought baju tu still available masa aku pegi tengok. And the 'best' part, staff tu dah resigned. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Now aku kena let go baju tu and cari baju lain. Boleh tak??? And it's only few weeks away! Memang rasa nak maki-maki orang je tadi. Tapi nasibla rasa sabar masih ada dalam diri. Well, aku tak boleh nak cakap ape dah.. Sedih :(

I wish the call was just a prank call. But it's not! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa...



Wuwuwuwuwuwuwuwuwu whyla now only the dugaan come to me. Datangla awal-awal. Bolehla aku settle awal-awal. Ni dah last minute. Nak settle masalah lagi, nak settle stress lagi. Huwaaaa..

Petang ni nak pergi cari ketenangan. Nak pegi klinik gigi buat scaling. Moga-moga saya tenang selepas membuatnya!

*dah ting tong*

Wednesday, May 18, 2011

Inilah Orang Kelate Kata - Gura Bodo


Apa tafsiran anda selepas melihat kartun ni?

Tafsiran saya: Orang perempuan Kelantan ni perangainya teruk. Sanggup tinggal anak dan suami semata-mata nak tengok bola. Dan dengan derhakanya pulak mengarah suami macam-macam (ayat dalam kotak hitam). 

Tafsiran anda sama tak macam tafsiran saya?

Ni lah yang saya boleh simpulkan sebagai gurauan paling bodoh abad ini. Eh no. Second one. Sebelum ni yang kartun kata rakyat Kelantan tak bertamadun main mercun tu. Tak abes-abes dorang ni kan. Saja nak buat orang Kelantan naik darah, naik angin.

Ada orang kata bila keluar kartun macam ni kena pikir positif. Tafsir yang positif. Tapi kat mana positifnye tu. Cuba cakap dengan aku. Mungkin aku tak nampak. Yela, dah marah sangat kan ni. Tercalar naluri kewanitaan Kelate aku nih huhuhu.. Dah tak boleh nampak kat mana baiknye kartun ni. Cuba cerita sikit kat aku mana baiknya.

Kenapa asyik rakyat Kelantan je yang selalu jadi mangsa gurauan bodoh ni?

Kartunis ni pun satulaaaaa... Tak mengamalkan konsep keluarga bahagia dan 1Malaysia. Apa salahnya buat dialog pegi tengok bola sama-sama walaupun berlainan negeri?? Buatla kartun yang bermoral sikit. Kenapa nak buat double standard? Kenapa nak tunjuk rakyat Kelantan ni teruk walhalnye kita ni semua duduk dalam satu negara yang sama? Nampak sangat..konsep 1Malaysia belum tercapai.. Kuciwa aku kuciwa... 

Ish malasla nak cakap lagi.......

Saya Takut

Assalamualaikum,

Harini dapat berita yang kureng syok.

Police: Public going overboard via social network over splasher
THASHA JAYAMANOGARANWednesday, May 18th, 2011 12:50:00PETALING JAYA: Police have cautioned the public not to create alarm about the serial "acid splasher" via social media. 
Selangor CID chief Senior Assistant Commissioner Mohd Adnan Abdullah said police welcome public communication via social network sites such as Twitter and Facebook about the serial acid splasher but they should not go overboard and create panic among the public.
Over the weekend, Facebook and Twitter were buzzing with supposed attacks by the serial acid splasher in various part of Kuala Lumpur and Selangor.
On Friday night, a group called #Ttdi Tv on twitter, said Kota Damansara and Bandar Utama areas have been attacked by the acid splasher.
On Sunday night, Facebook had users re-posting alarming status updates, notably, (sic) "someone saw the acid splasher in Seri Kembangan as well as Cyberjaya MMU. Those who notice 2 guys with the no. Plate of WPV (followed by four numbers) pls contact your nearest police station asap. They had just splashed 15 of the victim while shouting 'Bosia'. Most of them are admitted in Serdang Hospital." 
However, when The Malay Mail checked with the respective district police, it was confirmed that it was false rumour-mongering.
Police have thus urged the public to confirm the facts before posting such so-called incidents online.
"We encourage the public to share information online on the acid splasher. However, confirm the facts with us first before posting. Unconfirmed updates will simply alarm the public," said Adnan. 
He said police had set up a special task force to nab the culprit and his accomplice.
Since March 2, there have been 10 acid splashing incidents which injured 23 people, most of them women and children, and mainly in KL (except for the Ampang case and another in Mantin, Negri Sembilan).
The latest attack was on a police officer's 30-year-old daughter last Friday in Wangsa Maju, KL.
The attacks were often at places with heavy traffic and constant movement of people as it was easier for the acid splasher to target victims and flee.
On weekdays, the attacks usually occur during daytime, and on weekends, the attackers appear in the late afternoon, evening and at night.
The acid splasher, sometimes accompanied by an accomplice, are said to have used motorcycles of Honda EX5 and Yamaha makes.
Those with information on the splasher can call police at the Rakan Cop hotline (03-2115 9999) or SMS POLISKL at 32728. 

Ok, takut :( Walaupun it may be just rumours, aku tetap takut. Dah ada sebut Cyberjaya dah kat situ. And Cyberjaya pulak memang tempat isolated sket. Tak ramai orang. Easy target. *damn worried*

Segeralah tangkap dorang ni. Please stop them. Please.. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah aku, keluargaku dan rakan-rakanku daripada musibah in Ya Allah. Lindungilah kami.

Tuesday, May 17, 2011

Cerita Lama: One Day Trip to Lumut

Assalamualaikum,

Happy holiday semua! :) Harini aku pegi piknik kat FRIM, Kepong dengan kawan-kawan ofis. Kata dorang outing last sebelum aku menamatkan zaman bujang hehe.. Syiok sangat pergi sana. Tapi aku tak nak cerita pasal pergi FRIM. Aku nak cerita pasal pergi Lumut 2 minggu lepas. Heh cerita basi yang dah lama sangat aku peram. Tak nak cerita macam rugi. Esok tua-tua boleh baca balik pasal ni. Yelah kan, first time bawak parents pergi sana :)

Okay okay.. mari mulakan cerita.

Mak, ayah and adik aku sampai di Putrajaya on Saturday. Dorang bawak kad kawin aku and a few for my pumpkin as well. Aku saje jela ajak-ajak parents aku pergi Lumut. Konon-konon nak pegi jalan-jalan sambil bagi kad kat my pumpkin ehe.. Mana tahu mak aku setuju. Dia pulak yang bersungguh-sungguh. Aku cakap je haha.. Sebab bila pikir balik memang tiring kalau nak drive pergi Lumut balik hari macam tu. Tapi dah mak kata ok, aku on aje! :)

So on Sunday we went.. Bertolak dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Aku drive sebab aku yang familiar dengan jalan. Ayah aku pun tak penah pegi Lumut nih. Sepanjang perjalanan tu ok jela. Mak ayah tak tido, menikmati pemandangan. Yang tido anak buah akula. Budak kecik kan, masuk je dalam kereta wajib tido. Gambar dalam perjalanan takde sebab tukang amik gambar iaitu adik aku, pon tido! :P

Kitorang sapai kat Lumut jam 11.30 pagi. So perjalanan amik masa dalam 4 jam. Itupun my pumpkin terkejut bila aku cakap aku dah sampai depan gate base navy tuh. Dia kata aku bawak laju sebab cepat sangat sampai haha.. Well, saya tak sabar najk jumpa awakla nii.. Sebab tu drive pun laju jek :P Oh my pumpkin duty haritu. So dapatla tengok dia pakai uniform eheh...

Memula kitorang pergi makan dulu. My pumpkin bawak makan kat Restoran Silaturrahim dekat simpang masuk nak ke Teluk Batik. Kat situ ada macam-macam lauk. Jenuh nak memilih. Harga pun berbaloi la. Terima kasih my pumpkin belanja kitorang sekeluarga :)



After makan, my pumpkin bawak kitorang round dalam base. Nak tunjuk kat ayah aku tempat keje dia actually. So kitorang berpeluang jugakla tengok kapal dia.









Dah puas berjalan dalam tempat keje dia, my pumpkin bawak kitorang pergi kat pantai dalam base tu. Er actually bukan pantai pun. Tempat tu tempat orang belajar kapal layar. Ape tah nama dia haha.. Nantila tanya my pumpkin. Since dah malas nak pergi Teluk Batik yang for sure ramai orang, kitorang pun melepak kat situ jela.





Kat tempat tu ada banyak monyet. Kata my pumpkin, petang-petang sket ramaila geng dia turun. Carik makan. Pernah ada monyet naik atas bumbung kereta pastu rosakkan kereta sebab nak makanan. So solutionnya, orang-orang yang selalu pergi situ bawak sekor harimau letak atas kereta. Barula monyet-monyet ni tak turun sebab takut dengan rimau ehehe.. Harimau patung je ye.. Bukan yang real. Masa kitorang dok kat situ ada la sekor dua ekor monyet datang dekat. Ayah aku yang memang suka dengan haiwan ni, selamba je bagi dorang makan. Aku plak yang cuak-cuak. Bukan ape, takut dorang ni main kasar. Tak pasal-pasal cederakan ayah aku ke. Tapi nothing happened alhamdulillah..

Monyet jinak




Kitorang duduk melepak kat situ lama la jugak. Sedar-sedar dah pukul 4 petang. Pergi solat kat Masjid dalam base tu lepas tu kitorang gerak ke Marina Wing kat Lumut. Beli durian 3 bijik, kitorang berkelah kat situ :) Beli ABC for my mum.. konon-konon sempena Mother's Day hehe..

Ayah posing dengan KD Rahmat.
My pumpkin cakap kapal ni nak dijadikan restoran.
Durian beli tepi jalan nak ke Teluk Batik.
Ok ok jela
Mak menikmati ABC :D

ABC spesel.
 Budak laki yg buat ABC tu sambil buat sambil nyanyi lagu Madah Berhelah kuikui..
Nasib baik sedapp

Lebih kurang pukul 6 petang, kitorang bertolak balik ke Putrajaya dan selamat sampai jam 10.30 malam. Penat memang penat tapi puas hatila dapat bawak parents aku jalan-jalan kat Lumut. Dapat kenal tempat keje bakal menantu ehehehe...

And finally.. here's me and my pumpkin :D

Aku terlebih cahaya di situ. Pehal tah cerah melampau-lampau.
And my pumpkin sangat kurus! Urghh
But anyway, so handsome *haha*

Monday, May 16, 2011

Kembali Sendiri - Saya Rindu Mak Saya :'(

Assalamualaikum,

Sobs sobs.. sedih.. mak dah balik kampung. Tinggallah aku, kakak and anak buah kat Putrajaya yang permai nih.. Lainnya rasa bila mak takde.

Pagi-pagi kalau mak ada, sebelum pegi keje breakfast kat rumah dulu... And then sebelum masuk kereta, salam cium tangan mak...

Petang balik keje, mak ada kat rumah tengah relax-relax kat ruang tamu. Aku pon ape lagi, tumpang golek kat sebelah mak. Nak manja-manja.

Malam dinner dengan mak. Makan nasik dengan lauk yang mak masak. Memang marvellous. Walau lauk simple macam telur goreng je tetap sedap. Lain daripada yang lain.

Malam nak tido, tido bawah ketiak mak. Sembang-sembang dengan mak macam-macam hal sampaila aku tertidur.

Weekend, bawak mak jalan-jalan. Pergi kedai DIY kat Jusco Equine. Mak suka pegi situ. Beli baja untuk pokok bunga mak..

Bila mak ada, hidup tak penah sunyi. Yelah, mak banyak benda nak bebel. Pesan tu pesan ni. Semuanya untuk anak dia yang sorang ni. Yang selalu buat hal huhu..

Sobs sobs.. saya rindu mak saya. Saya nak mak :'(

Saturday, May 14, 2011

Gambar Suspek Penyimbah Asid di KL

Diambil dari twitter kltrafficupdate

Suspek dipercayai menaiki motor EX-5, no plat WPV 4963

Thursday, May 12, 2011

Semalam Sedih, Harini Saya Cuba Untuk Gembira

Assalamualaikum,

Erm, semalam emosi kurang stabil. Menangis tanpa henti. Tersedu-sedu macam budak kecik. Saya tak malu untuk menangis. That's how I let go of my sadness. Aku sedih. Sedih bila rasa diri ni macam beban pada orang lain. Sedih bila rasa pertolongan yang dipinta bagaikan satu perkara yang amat berat untuk dilaksanakan sehingga buat orang rasa terbeban. Saya mohon ampun pada orang-orang tersebut. Silap saya sendiri. Menganggap orang lain seperti diri saya. Membantu orang tanpa ada rasa terbeban. I have learned my lesson well. I won't ask for your help anymore. Saya tak akan menyusahkan awak lagi. 

*Dugaan nak kawin. Sangat menyakitkan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu yang sangat lemah ini*

Dah dahla sedih. Tak cool kan kalau sedih-sedih :) 

Semalam pinjam hp office mate nak amik gambar dengan hadiah yang Zura bagi tempoh hari. Rasa tak syok tak share kat blog ehehe.. Terima kasih ye Zura. Cantik sangat. First time ni dapat hadiah dari fellow blogger :)

Cantek kannnnnn... Ada gitar-gitar lagi.
Saya suke! Aku letak kat atas meja opis :)
Saya yang gumuk lagi sehat walafiat! hehe

Terima kasih sekali lagi Zura. You made my day :)

Terima kasih jugak kepada kawan-kawan lain yang menyinggah and komen kat update sebelum ni. Aku tak sempat lagi nak blogwalk kat blog kawan-kawan. Dah ketinggalan banyak cerita ni. Well, dekat ofis takleh nak blogging dah. Dengan aku sekarang ada budak yang nak ganti aku time cuti nanti. So taklehla tunjuk aku selalu blogging ngan main facebook kat opis kan muahahaha.. Then kat rumah, line Maxis Broadband macam harem. Sedih betul! Sabar ajelah. So friends, I'll catch up with you later. Thanks for dropping by and saying hello to me :)

Anda anda semua, inspirasi untuk saya terus menaip! Dan anda-anda semualah yang selalu buat saya rasa gembira! :)

Selamat malam uols.

Tuesday, May 10, 2011

Update Pendek & TQ Zura!! ^__^

Assalamualaikum,

Waaaa rindunye kat blog ehehehe.. So busy beee.. Kat rumah adik dah conquer broadband plus line pun tak berapa nak laju. Kat ofis pulak I sekarang ada anak murid tengah belajar. Jadi kenala tunjuk bagus hihihi...

Banyak cerita gak nih.. cerita pegi Lumut haritu and banyak lagila. Dah ada masa aku cerita :)

Thanks kepada anda yang sudi menyinggah although blog not updated..

Oh Zura!  Hadiah dah sampai... Terima kasih banyak-banyak. Cantik woooooo.... Takde kamera plak nak snap snap.. Dah letak atas meja kat opis dah ehehe.. Cantik sangat. Terima kasih! :)

Tu je nak cakap. Later update panjang-panjang yeeee... See ya! :)


makan durian @Marina Wing, Lumut
Ape ke buruk benor muka tuan rumah nih


Saturday, May 7, 2011

Sabtu Yang Ceria :)

Salam 1Malaysia..

cecece bajet macam baca berita. Apa kabar anda-anda semua?? Saya sihat alhamdulillah. Ceria ye saya hari ni sebabnye semalam Kelate menang ekekeke.. Tak abes abes dengan bola. Mainnye tak reti! 

Sebab lain saya ceria ialah kerana mak, ayah dan adik saya baru sampai dari kampung pagi tadi. Pukul 6 pagi, alhamdulillah mereka yang menaiki bas transnasional nak ke sini selamat sampai di Putrajaya Sentral. Dengan muka bangun tido saya pegi amik.

Sesampainye di rumah perkara pertama saya buat ialah, bukak kotak kad kawin saya! haha bertuah punye anak. Bukan nak salam peluk cium mak ayah dulu... hey hey heyy of course aku hug hug kis kiss dorang dulu. Saje tak nak mention. Eh dah termention jugak dah :P 

Kad kawin saya sangat cantik haha boleh tak nak puji sendiri. Kalau orang lain kata tak cantik peduliklah. Yang penting, saya kata cantik. Kaler lembut je. Oh kaler dipilih ayah saya sendiri :) Nanti esok bolehla cerita kat anak, "kaler kad ni Tok Yah yang pilih tauuu.." And then map pun cantik. Aku suke aku suke.. Thanks Artlife Solution :) Orang semayang subuh aku pulak sibuk melipat kad.. Excited bebeno dah..

That's the reason why saya sangat ceria. Dapat bertemu mak ayah dan adik tersayang dan dapat tengok kad kawin aku sendiri. Iskk.. dah nak kawin dah.. Macam tak percaya gadis comot cam aku dah nak kawen haha.. Percaya atau tidak.......

Aktiviti weekend belum dirancang. But tomorrow plan nak ke Lumut. Nak jumpa my pumpkin untuk pass kan kad jemputan and amik baju melayu dia. Heh tak sabar nak jumpa dia plak. Sangguplah travel jauh-jauh. Balik hari pun jadilaaaa.. Esok dia duty. Yayy boleh tengok dia in uniform..* Saya suka tengok lelaki pakai uniform. Even pak gad. Cos they look smart, neat and clean!*

Dah tu je cerita ceria saya. Nak turun makan. Huh perut aku pon turut ceria kalau mak datang!

Friday, May 6, 2011

Kelantan vs Kedah

 KEPUTUSAN PENUH 

Kelantan 2 0 Kedah

Gol pertama:Khalid Jamlus
Gol kedua: Chanturu

******************************************************************************

Astro Arena tak tunjuk bola malam ni. Tunjuk hoki tetiba. Peras pumpkin saya takleh tengok dalam tibi.

Takpe, jangan risau, saya ada solusinya!!!

Abe saya sekarang berada di Stadium Sultan Muhammad KeIV menyaksikan perlawanan secara LIVE. Beliau akan mengupdate status permainan dari semasa ke semasa.

Terima kasih abe saya!

Gomo Kelate Gomo!

Abe saya tu tersepit tuh. Dio ore Kelate. Bini orang Kedah ekekeke.. Jangan gado baling-baling pinggan mangkuk sebab bola udahleeeeee :P

Kasih Ibu


Mangsa runtuhan gempa bumi di Jepun.
Seorang ibu mendakap kemas sang anak.
Terbukti, kasih ibu kepada seorang anak pastinya hingga ke akhir hayat.

A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts. ~Washington Irving


Wani loves you, mak!

Menstrual Pain, Menses, Period Pain, Senggugut, Sesungut

Whatever names you call them they just have one meaning:

MENYAKITKAN!



Circumstances that may make a woman more likely to experience menstrual cramps:


•She started her first period at an early age (younger than 11 years). - Checked

•Her menstrual periods last 5 days or longer. - Checked

•She is overweight or obese.  - Checked

•She smokes cigarettes or uses alcohol. - Unchecked

•She has never been pregnant. - Checked

 
Menstrual Cramps Symptoms:
 
•Lower back pain - Checked

•Leg pain, radiating down the legs - Checked

•Nausea  - Unchecked.

•Vomiting  - Unchecked. Thank God! I hate muntah-muntah.

•Diarrhea  - Checked. T__T

•Headaches - Checked

•Irritability - Checked. Please don't make stupid jokes. I may not laugh at it.

•Weakness  - Checked

•Fainting spells (in extreme cases) - Unchecked.

Source


Nak balik tido0ooo0ooooo :(


See guys how painful to be a woman. Tak paham aku nape ada lelaki yang nak jadi pompuan. Oh yela kan, tho he's a 'pompuan' he won't feel all these pains. Bulsit lah kau!

Maaf emosi saya terganggu. Skala sakit saya ialah...

Nombor 3 and soon going to be nombor 4 :(

Thursday, May 5, 2011

Waktu Sesuai Untuk Berjimak

Assalamualaikum,

Okeh, aku pikir puluh-puluh kali nak buat entry ni ehehe.. Sebabnya ini topik orang dewasa dan blog aku ni ada budak tak cukup umor suka baca!

Alia, jangan baca yang ni ye. Ni untuk orang-orang dewasa macam macik je. Mama dia, tolong pantau! Kang dia tanya bukan-bukan I tak reti nak jawab muaha..

Ini ilmu yang patut semua suami isteri tahu. Aku pun insyaallah akan bergelar isteri nanti dan pastinya akan melakukan benda ni dengan suami aku nanti kan?? *blushing* 

Marilah kita membaca dan praktikkan sama-sama :)

Amaran keras: Amalan ini hanya untuk orang yang dah berkahwin ye. Aku on the way, so kutip ilmu awal-awal, karang tinggal nak prektis je muahahaha..

Masa berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama
orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa.

6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
*Diambil dari majalah Pesona Pengantin.

Bacaan lain tentang adab berjimak: Adab-adab berjima' menurut Islam

Usahlah Bersedih!

DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS, terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA. Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA selalu MEKAR, MENTARI selalu BERSINAR. TAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH disetiap COBAAN dan JAWAPAN di setiap DOA. 

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”
[QS. Qaaf : 16]

Bapak Gila Bunuh Anak

Haa tow dia.. tajuk GEMPAK. Tapi memang gempak pun news yang aku nak share dengan anda-anda semua.

Kisah benar ye ni tuan-tuan dan puan-puan.

Pda November 2010, seorang bapak yang psycho lagi gila di Australia telah membunuh anak perempuannya yang berusia 2 tahun semata-mata sebab dia tak dapat hak penjagaan anaknya itu setelah bercerai dengan isterinya.

Petikan dari News Straits Times:
MELBOURNE: An Australian man wrote on his Facebook page he was “bout to kill ma kid” minutes before repeatedly stabbing his two-year-old daughter and leaving her to die, court papers revealed today.

Details of the case emerged when Ramazan Acar pleaded guilty in Melbourne Magistrates Court to killing Yazmina Acar in November 2010. Documents tendered to the court showed that Acar made the comment on the social networking site Facebook, also describing it as “pay bk (back)” for the girl’s mother, his former partner Rachelle D’Argent.

The court was told that on the day of the murder, Acar arrived at D’Argent’s house and she reluctantly let him take the child to a nearby shop for some chocolate. He never returned, stabbing the girl in the chest and stomach, and leaving her to die a prolonged death in scrubland in northwest Melbourne.

Acar, 24, spoke to D’Argent by phone and sent her text messages after taking Yazmina, at one point telling her she would not get her child back and asking whether he should kill the girl in a car crash or stab her.

“How does it feel to not have your child when I did not have mine for three months?” he told her, Australian news agency AAP reported. He also said: “I loved you Rachelle and look what you’ve made me do.”

Acar, who was remanded in custody and ordered to face the Victorian Supreme Court later this month for further hearings, also reportedly told police he wanted to kill himself as well but “did not have the balls”. - AFP

Petikan dari Herald Sun:
THREE days before he murdered his toddler daughter, Ramazan "Ramzy" Acar told the world via Facebook how much he loved her.

"Yazmina + Ramzy 4 lyf," was his message.

On the day of her death Acar, 24, posted: "Bout 2 kill ma kid."

After kidnapping Yazmina, 2, a pitiless Acar gave her mum Rachelle D'Argent updates on his plan to murder their daughter as she desperately tried to persuade him to bring her home, Melbourne Magistrates' Court heard.

He used Facebook, SMS and phone calls to taunt her.

In one phone call he told Ms D' Argent: "I'm going to do it. Do you have any last words for her?"

Yazmina came on the phone and said to her mum "I love you" and a weeping Ms D'Argent replied "I love you too".

Acar then stabbed his only child with a 30cm knife, watching her bleed to death.

He told Ms D'Argent "I killed her to get back at you."

After his arrest Acar -- who pleaded guilty to murder yesterday -- was worried only about his own fate, crying and asking an officer at the scene "how long do you think I will get?"

Acar was banned from seeing his daughter because of his drug taking and violence, but tricked his way back into their lives.

On November 17 last year he arrived at Ms D'Argent's Hallam home and asked to be allowed to take Yazmina to a milk bar, just a few minutes away.

Acar had never been violent towards their daughter and Ms D'Argent reluctantly allowed him to take her.

"If you saw her face when she saw her dad. She had stars in her eyes when she ran up to him," she said in her police statement.

"That's why I let her go with him."

Acar then began sending Ms D'Argent text messages.

One read "It's ova I did it", another said "I h8t you" and a Facebook message read "Pay bk u slut".

As she left court yesterday an emotional Ms D'Argent said she had to be there for her daughter, who was described as an active intelligent child who loved Dora the Explorer and riding her pink bicycle.

"I wanted him to look me in the eye and he did," she said. "A quick glimpse but enough for him to say he was guilty."

Magistrate Peter Reardon remanded Acar in custody to appear in the Supreme Court on May 18.


Motif dia bunuh anak dia tu satu je - nak balas dendam kat bekas bini dia sebab tak bagi jaga anak. Well hello, you're a drug addict, well known as a violence person, how can a mother let her little child stay with you. 

Tapi disebabkan si anak yang masih kecik, naif dan tak tahu ape-ape and longing for a father's love sanggup ikut ayah keluar sekejap. Just to spent a little time with daddy. Tapi sang ayah pulak sanggup bunuh anak sendiri...

Manusia bila akal terlalu sempit, singkat, kebodohan melangkaui segala-galanya.

Poor little child...

 Yazmina Acar


The bloody hell father,  Ramazan Acar


Semoga Berjaya My Pumpkin! (^_^)

Assalamualaikum,

Special wish to my beloved pumpkin yang akan menjalani temuduga kenaikan pangkat pagi ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga beliau dapat menjawab semua soalan yang ditanya panel-panel penemuduga dengan baik. Insyaallah. 

hihi.. aku kan suke letak gambar my pumpkin gambar yang blur blur

Orang kata, bila kita ada niat nak kawin, rezeki pun murah. Benar jugak kata orang tu. Alhamdulillah my pumpkin dapat offer ni few months after kitorang plan nak mendirikan rumah tangga. Walhal dia baru jugak naik pangkat pada jawatan yang dia pegang sekarang.. Tetiba naik nama untuk temuduga kenaikan pangkat seterusnya. Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah. Semoga beliau berjaya!

Doa sayang sentiasa mengiringi abang :)

Wednesday, May 4, 2011

Tak Usah Memilih Kerja

Assalamualaikum,

Perbualan di antara 2 pekerja di sebuah kantor:

"Nanti ko tolong bawak kotak ni pegi tingkat 2 eh. Troli ada kat dalam stor."
"Haa... ko nak aku bawak kotak? Tolak dengan troli? Depan staff staff lainn?? Ko gile ape. Jatuhla standard aku..."

Aku cukup tak berkenan dengan orang yang terlalu memilih kerja. Dia tak tahu ke zaman sekarang ni susah gile nak dapat keje. Ada orang bertahun-tahun hidup menganggur, terpaksa bergantung harap dengan mak bapak sebab nak survive. 

Tapi ada orang yang jenis tak bersyukur macam dalam perbualan kat atas, bila dah dapat keje, memilih-milih pulak. Tak nak buat certain keje yang kononnye menjatuhkan standard. 

Aku betul-betul tak paham dengan attitude orang yang konon nak bekerja ni. Dah dapat jawatan dalam company tu, apa saja kerja yang diberikan ko kena buatla. Tanpa banyak songeh. Unless keje tu memang keje haram macam kena pegi kelab malam berdangdut ke, kena minum air setan tu ke, kena menipu orang ke, kena buat benda-benda tak elokla. Yang tu memangla ko tak payah buat. Boleh terus hantar notice 24 jam je. Tapi kalau dah keje yang diberikan tu memang position ko yang kena buat, kenapa perlu ada bunyi-bunyi jatuh standard?

Hina ke keje fotostat kertas? Hina ke keje tolak troli? Hina ke keje angkut-angkut kotak? Hina ke keje-keje macam betulkan lampu? Lap-lap lantai? Keje cuci tandas. Hina ke?

Entahla aku tak paham. Bila jumpa orang macam ni, satu je yang aku boleh simpulkan, dia nak keje bukan dengan niat ikhlas. Dia nak keje hanya sebab nak mengejar kekayaan di dunia. Yelah, aku pun memangla keje sebab nak ada gaji bulan-bulan. But at the same time, kena la ada niat lain. Contohnya niat untuk mendapatkan pengalaman, niat untuk belajar sesuatu yang baru, niat semoga rezeki kita tu dapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah.

So my friends, jangan terlalu memilih kerja. Selagi kerja yang kita kena buat tu tak menyalahi norma hidup kita, buat jelah ye.. Takdenyela jatuh-jatuh standard. Dah tu memang keje kita. Buat aje kalau tak nak kena buang keje ehehehe...

Membesar Bagai Johan

Assalamualaikum,

Adik aku kann.. suka kan... buat aku jelessssss... Mentang-mentang dia cuti sem sekarang. Dia dok umah, dia leh main ngan haiwan-haiwan berbulu tu sesuka hati. Lepas tu lagi, mentang-mentang dia ada henpon berkamera, dia hamik gambar haiwan-haiwan berbulu pastu post dalam Facebook pastu tag aku. Nak suruh aku jeles la tuhh!!!!

Takpela.. sekurang-kurangnya aku leh save picture then post kat blog ni pulak *lalalalala*

Ini gambar 3 ekor anak motam yang sudah membesar bagai johan... 6 May ni genaplah dorang berusia 2 bulan.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...