Saturday, April 30, 2011

Beckhams at Royal Wedding

Assalamualaikum,

Aku ni boleh dikatakan peminat David Beckham jugakla. Masa muda-muda dulu siap simpan lagi sume artikel atau gambar David Beckham. Lepas dia kawin pon sama. Sebok nak tahu anak dia dah berapa orang, nama apa, Victoria pakai ape, etc etc.. Tapi tabloid kat UK ni kan, benci betul dengan dorang berdua. Aku pon tak paham kenapa...... Latest, kalo korang google la news pasal Beckham at Royal Wedding, banyak komen pedas yang wartawan bagi. 

Antaranya pasal baju Victoria yang konon tak sesuai dengan majlis kawin. Dorang kata Victoria pakai macam nak pegi funeral. Huu kejam. Pastu kasut dia tinggi sangat, bahaya untuk keselamatan baby dalam perut -  yang ni aku agree la, you shouldn't wear high heels masa pregnant! Buatnye tersadung, tergolek. Ish sian baby lam perut. Tapi celebrity ni besela, dorang dah biasa pakai high heels. Pregnant tak pregnant pedulik..

Then pasal David Beckham yang tersalah pakai pingat di sebelah kanan. Sepatutnya pakai sebelah kiri. Alah, dia tak tau, asal nak kutuk-kutuk plak. Tegur jela huhuhu... 

Orang famous macam ni la.. Kesalahan mungkin kecik je or maybe not wrong at all, but people make big fuss of it... Citpooodahhhh, macam ko bagus sangat
Tow diaa.. die hard fan of Beckhams dah marah hahaha..
Pape jela korang, layan aje gambar yang saya cedok dari internet ni






peh tinggi gile!
Mula-mula Beckham pakai pingat belah kanan
Pastu kena tego dengan Guard, terus tukar belah kiri
Ini baru betul! :)



Gambar-gambar dan berita diambil dari sini -

http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-1381834/Royal-Wedding-Victoria-Beckham-wears-minimalistic-navy-Royal-Wedding.html

Gambar: Royal Wedding Prince William & Princess Catherine













Pictures taken from: http://today.msnbc.msn.com/id/42799375/ns/today-today_people/

What's Up With My April Planning

Assalamualaikum,

time flies!

Oh my oh my, esok dah nak masuk May! *gulp*

April planning:

  1. 3 April: Wedding Nisa di Kajang (coursemate BSAS UPM)
  2. 9 - 10 April: Shopping barang hantaran.
  3. 21 - 26 April cuti: Balik kampung to settle few things:
  • HIV test
  • Fitting baju (hopefully muatla huhu)
  • Tempah kad jemputan for both sides
  • Survey door gift and deco for mini pelamin (akad nikah) & bilik pengantin
  • Jumpa photographer to show around the house

1. Done. Read this: Nisa's Wedding
2. Done. Tapi bukan dari 9-10 April. Tapi dari 15-16 April. Read this: Great Weekend
3. Done. Selamat pergi dan balik. Cuak jugak sorang-sorang tapi, kena la belajar hidup independent kan? Read this: Cerita di Kampung
  • HIV test - Done. Buat di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Jumpa HA yang lucu eheh..
  • Fitting baju - Done. Muat alhamdulillah. Tho aku still rasa nak kena kurus lagi. Sebulan lagi ni. Sempat ke? huhu.. Sambar another baju jugak untuk 2nd persalinan. But my pumpkin kinda disagree with the colour of the dress *sobs*
  • Tempah kad jemputan - Done. Buat dekat Wakaf Che Yeh jugak sebab dekat dengan rumah. Tempah pun tak banyak sebab jemputan tak ramai. Kad simple sangat. Takde gambar kitorang ape sume. Orang letak gambar tunang, kitorang tak tunang pun lagi hihi.. Merisik hari tu pun takde gambar kitorang berdua. Colour kad pulak dipilih oleh daddy tercinta :)
  • Survey door gift & deco - Not Done. Errr.. yang ni aku serah 100% kat mummy. Biarlah mak yang tentukan ape dia nak bagi kat orang. Aku tak kisah pun huhuh.. But my friends, please do not expect me to give some expensive things sebab aku tak punya budget yang mencukupi huhuh... Door gift biasa-biasa saja tapi insyaallah cukup sebagai tanda terima kasih kami kepada kalian kerana sudi hadir, insyaallah :) As for the deco, ermmm... yang ni a week before majlis baru nak pikir kot muahaha.. marilah kita berkelam kabut di minit-minit terakhir.
  • Jumpa photographer - Not Done. Aku lupa! kihkihkih.. Takpela, seminggu sebelum majlis sempat lagi kot ehehehehe

 Planning korang ape cite? On track tak? 
:)

Friday, April 29, 2011

And so they are now husband & wife :)

Assalamualaikum,

Baru habis menonton siaran langsung perkahwinan diraja British, Putera William & Catherine Middleton di NTV7. Puas hati dapat tengok kat skrin besar ehehe..


William is handsome.. with hat.
Kate is absolutely beautiful!
Love the make up.. love the wedding gown..
Love the veil, love the lace, love the tiara!
Love them all!

May they lived happily ever after :)

29 April 2011 - The Royal & Fairytale Wedding

The Marriage of H.R.H Prince William of Wales, K.G. with
Miss Catherine Middleton
at Westminster Abbey

Oh ohh William & Kate invite aku la wey.. Sempat tak nak pegi London nihhhhh...

Heh, berangan jela ko kan..

Harini nak stayback kat ofis. Nak tengok kat Astro ofis. Kat rumah takde Astro wuwuwuw kesian kan? Dulu masa Charles & Diana kawin aku tak lahir lagi. William kawin ni bolehla tengok, pastu cerita kat anak cucu. Kan kan kan :D

Marilah kita sama-sama tengok dan berangan Kate tu kita hahaha..


Official programme untuk majlis tersebut boleh dilihat di sini

Thursday, April 28, 2011

1 month 1 week

Assalamualaikum,



Debaran mula terasa......... Kenapa aku yang berdebar? Bukan aku yang nak kena berjabat salam dengan tok kadi. Betul tak? My pumpkin yang tengah berdebar gile gile sebenarnye ehehe.. Aku risau dia salah sebut nama aku je. Almaklumle, nama panjang sangat ehehe.. Berbelit-belit haa lidah nak menyebutnya. Moga-moga hati dia tenang dan semuanya berjalan dengan lancar nanti. Ada masa lagi nak berlatih!

Erm dah nak masuk bulan 5..Seriously, banyak benda lagi nak kena buat. Tapi mak hari-hari pesan, jangan terlalu memikirkannya. Cuma perlu banyak berdoa, mintak dengan Allah SWT dipermudahkan segala-galanya. Mintak semua selamat dan serah kepada Allah.

Insaf sekejap. Yelah, kadang-kadang kita alpa, kita lalai, terlalu mabuk dengan persiapan. Nak pakai tu nak pakai ni, mekap la, cara pakai tudungla, macamana nak gubah hantaran la, nak bagi door gift ape, nak jemput sape, duit cukup ke tak etcetera etcetera.. Sehinggalah kita lupa nak mintak tolong dengan Allah. Lupa nak memanjatkan syukur pada Allah yang kita diberi peluang untuk merancang semua ni. Kita lupa yang kita hanya mampu merancang, dan Allah yang menentukan benda tu jadi atau tidak...

So, planning planning jugak tapi janganla terlampau obses sampai lupa pada yang Maha Besar!
*pesanan kepada diri sendiri*

Erk asyik cerita kawin je. Bosan kan?! ehehe..

Wednesday, April 27, 2011

Hari TLDM Ke-77

Assalamualaikum,

Hari ni, 27 April 2011, genap 77 tahun Tentera Laut Diraja Malaysia ditubuhkan.

Nak tahu lebih lanjut tentang TLDM - bila dan di mana ditubuhkan, kepakaran yang mereka ada, aset-aset TLDM, bolehla jenguk Wikipedia ni. Macam-macam informasi ada :)


Aku dari dulu suka dengan Navy ni ehehe.. Suka tengok dorang pakai uniform putih, segak bergaya. Even yang jaga gate tu je pun hensem tau hihih.. Nampak kemas la.. Masa kat UPM selalu jugak usha usha budak navy dari kossas. Peh cair! My pumpkin, jangan marah, that was before I met you eheh.. Mungkin jodohla kot, terjatuh chenta dengan my pumpkin yang juga seorang Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Natijahnya orang yang keje pakai uniform ni, dia sentiasa kemas. Tu yang aku suka. Even aku jatuh cinta dengan my pumpkin pun sebab masa first time jumpa dulu dia pakai t shirt putih je and he looked so smart & handsome! Kihkih.. terus tangkap cintan I tell you *gedis*

Selamat menyambut hari ulangtahun ke 77 buat semua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia tak kira di mana pun anda berada.

Juga buat my beloved pumpkin, happy navy day dear! :)

Tuesday, April 26, 2011

Pertunangan Ashraf Muslim & Dayana Lokman

Assalamualaikum,



Dua tiga hari ni orang sibuk dok bercakap tentang majlis pertunangan Ustaz Amirul kita ni ataupun nama sebenarnya, Ashraf Muslim. Aku takdela amik pot sangat sebab tak minat sangat ehehe.. Tapi sukela tengok Acap ni, sejukkk mata memandang orang kata :P

Katanya ada siaran langsung dalam TV9 eh majlis dia? Aku sibuk dua tiga hari ni, tak sempat le nak menjenguk tv. Kalau tv on pun, Astro Ceria la. Budak-budak conquer. Gambar-gambar sekitar majlis pun aku tak tengok. Malas nak google boogle.

Tapi alkisahnya, semalam aku bukak facebook. Eh ramaila yang dok sharing is caring video majlis pertunangan si Acap ni. Ramai dok puji-puji. Memandangkan line internet agak memberangsangkan, aku pon tengokla jugak.

Silalah tengok di


Apa pandangan korang?

Pandangan aku...... grandnye! Dah macam kawin dahh ehehehe... Takpelah mereka orang-orang mampu. Jangan nanti orang-orang yang tak mampu macam aku ni berangan melebih-lebih nak ikut dorang. *memang dah berangan dah pon* Berangan saje takpe. Jangan buat tak sedar diri kuar belanja beribu-ribu, pinjam sana pinjam sini sebab nak buat majlis grand macam Ashraf Muslim ehehe..  Dia takpela banyak duit.

Apa-apa pun, bersederhana tu lebih baik. Kan kan kan?

Lagi gambar tunang Ashraf Muslim di Beautiful Nara.

Takde ape nak cakap.. cuma nak cakap

Saya banyak belanja harini. Beg duit dah kempis tapi perut aku tak kempis-kempis.
Esok saya dah nak balik Putrajaya. Takde perasaang pung.
Saya dah pandai buat blockquote or should I say baru pandai buat?
Hahaha jakun okkay. Inipon tah pape je. Huduh!
Saya budak baru belajar. Harap maklung.
Esok saya nak belajar buat header lak kihkihkih


Selamat malam uols!~

Sunday, April 24, 2011

Wedding Prep Updates

Assalamualaikum!

Mulakan entry dengan senyuman yang paling manis dulu

:D :D :D

Aku sekarang dalam bilik akak aku kat UiTM. Ish ishh hamik kesempatan. Terima kasih kakak saya bagi pinjam pc. Terima kasih juga UiTM bagi pinjam internet buat saya update blog. Bosan dok sesaje. Facebook tak boleh bukak hoho..

Hari ni ikut akak aku keje sebab nak pergi bridal tempat aku tempah pelamin dengan baju time majlis. Kan haritu aku pegi try baju tak muat (sadis) so kena fitting balik. Dia dah pegi alter jadik plus size mengikut size badan aku nih. Susah betoi jadi orang banyak isi ni ye? Isi lemak ye tuan tuan dan puan puan. Harapnye muat dahla baju. Tho aku rasa macam aku put on weight lagi. Haih ada orang kata dekat nak kawin badan leh kurus sebab tak lalu makan dok pikir nak selesai macam-macam. Tapi aku rasa aku the other way round. Lagi berselera ada laaa.. Hari-hari makan nasik, maka peha dah kembali membesar! wuwu.. Balik umah mak ni lagila, pagi, tengahari, petang, malam, mencekikkk je keje.. Doala banyak-banyak, muat baju nanti. Karang kena maki dengan orang bridal tu sebab tak pasal-pasal dia kena alter lagi hehehehe...

Sebelum datang opis akak aku ni pegi Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh dulu kejap buat HIV test. Ye baru nak buat. Bulan 3 haritu plan nak buat dekat Klinik Kesihatan Precint 9, Putrajaya tuh. Sekali call dia kata kena booking dulu. Yang lebih tragisnye, 6 Mei baru ada kosong. Mengarut namanya tu! Pikir-pikir balik dah alang-alang balik kampung ni, buat kat kampung ajela senang. Borang pun dah ada. Boleh terus hantar nanti. So kat klinik Wakaf Che Yeh tadi walk in je. Tak payah booking booking. Test pun tak sampai setengah jam. Alhamdulillah keputusannya negatif. Dah boleh kawin dah bak kata HA yang buat test tu tadi ehehe..

Bakal pengantin dari Kelantan yang nak buat HIV test boleh rujuk Panduan Pemeriksaan Kesihatan HIV dari JHEAIK. Ada dia bagitau kat klinik mana boleh buat dan hari apa :)

Semalam pulak aku pergi Wakaf Che Yeh nak mencari baju melayu untuk my pumpkin. Aduh pening mencari tapi takde baju melayu ikut colour yang aku nak tu. Pastu memang tak banyak kedai yang jual baju melayu. Dorang cakap sekarang bukan bulan puasa atau nak raya jadi bukan musim jual baju melayu. Kalo nak, kena cari kat KB. Tu yang aku lemah tu. Nak masuk bandar Kota Bharu jam dia ngalahkan jam kat KL huhu.. Ikut hati aku nak beli je baju melayu yang ada. Tak ikut kaler baju aku pon. Boleh ke kaler baju my pumpkin tak sama ngan baju aku? Tak sedondon bila duduk sebelah nanti. Boleh tak? Bukan ke unik tu, dan tak penah dibuat orang lagi kan kan? *tension*

Kad jemputan kahwin pun dah buat. Orang kedai tu cakap aku ni dah dikira dalam kategori lambat. Orang lain yang sama tarikh dengan aku dah tempah berbulan-bulan lamanya. Takpelah, itu orang lain. Aku nak buat yang simple simple aje. Lagipun sikit je nak print.. Boleh siap by next week then bolehla edar :) Ramai yang dah bertanya nih. Sabar ye kawan-kawan, kad dah siap saya bagi. Selagi kad tak siap rasa macam tak syok je nak uar-uarkan saya nak kawin. Kena bagi prove sekali baru best nak canang-canangkan pada seluruh dunia *ces padahal dah canang kat seluruh dunia dah ponnn*

Sebenar-benarnya, banyak benda lagi aku nak kena settle kan sebelum terbang balik ke Putrajaya Selasa ni. Haih singkat je rasa masa. Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah *berdebar* Apa-apa pun semoga perancangan kami berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan segala urusan, sebelum, semasa dan selepas majlis nanti. Insyaallah....

Friday, April 22, 2011

Cerita Hari Pertama di Kampung

Assalamualaikum!~

Aku sekarang berada di kampungku yang tercinta :) Flight dari LCCT jam 6.15 petang tadi. Maka pagi tadi gigihla bangun awal pagi. Masuk keje pun awal gile sebabnya nak balik awal ehehe.. Balik pukul 3ptg, berkejar ke LCCT. Naik teksi dari rumah pergi Putrajaya Sentral. Kena la tambang RM5.70 padahalnya dekat aje dengan rumah. Saje tak nak jalan kaki sebab panas sangat and aku takut beg yang aku bawak tu putus tali dia. Then dari Putrajaya Sentral naik train ke Salak Tinggi pastu naik shuttle bus straight to LCCT. Very convenient! Murah pulak tu :)

Sampai LCCT baru pukul 4.30ptg. Boarding pukul 5.30ptg, so lepak-lepak dulu kat luar. Duduk bertentangan dengan sekeluarga mat saleh ni. Mak, bapak, anak perempuan sorang, anak laki 4 orang. Anak laki 2 orang gagah perkasa, 2 orang lagi macam kecik lagi, ala ala Justin Bieber gayanya. Yang menarik perhatian aku of coursela yang gagah perkasa tu. Huhhh sasa gila badan ahahaha.. Yang sorang tu siap bertatu penuh satu badan. Sorang lagi senyappp jek.. Uhh suka mak tengok hahaha *oke gedis* Dapatla aku cuci cuci mata sebelum boarding hikhik..

6.15ptg, kapal terbang berlepas. Alhamdulillah cuaca baik, takde hujan, takde ribut, smooth aje. Perjalanan pun sekejap je, about 50 minutes. Pukul 7.10ptg sampai kat Airport Sultan Ismail Petra. Syok gile naik kapal terbang. 50 minit je! Cuba bayang kalau naik bas atau kereta kalau nak ke KB, maunye 8 jam! 50 minit tu kalo ngan kete, dok lam KL lagi, jam punye pasal huhu.. Ada duit lebih bolehla naik flight balik kampung. Kalo takde, bas Transnasional la yang jadi pilihan :)

Sampai airport tadi daddy tercinta and adik busuk datang jemput. Ah terubat rindu. Ayah siap sapu minyak atar kat tangan dia, so bila salam cium tangan, melekatla bau dia ehehe.. Ayah and minyak atar, memang tak boleh dipisahkan.

Sampai rumah dah maghrib. Mak baru selesai solat... Alhamdulillah dapat jumpa mak, salam cium tangan, peluk, cium pipi mak. Syukur mak dah beransur pulih. Dah bleh gerakkan tangan. Cuma tak boleh lasak-lasak lagi. Tunjuk kat mak hadiah yang aku and akak aku belikan sempena anniversary mak and ayah tempoh hari. Mak kami belikan tudung, ayah pulak kami belikan kemeja. Terus sarung haa ehehe.. Then tunjuk dekat mak barang-barang yang aku and my pumpkin beli haritu. Mak suka kain yang kitorang beli untuk majlis menyambut menantu tu. Abang, mak cakap, pandai abang pilih kain ehehehehe.... Tak tau lagi nak buat baju ape dengan kain tu. Oh by the way mak cakap baju akad nikah aku pun tukang jahit tak jahit lagi huhuhuh.. Baru ingat nak try test pakai.......

After that cari kucing. Oh Spark just gave birth to 3 cute lil babies. Bulat bulat, montok, gebu, tembam! Kaler pun cantik. Mak cakap maybe tu anak Yenn sebab penah nampak Spark and Yenn berasmaradana. So tak mustahil lah kan? Kucing-kucing yang lain pun sihat walafiat, gemok-gemok.. Kalo ada kamera aku snap-snap la gambar. Masalahnya takde kamera la huhuhuh...

Tu jela cerita kat kampung pada hari pertama. Seronok dapat balik dengan kapal terbang. Dapat luangkan banyak masa dengan keluarga. Kalau balik naik bas, malam ni dok dalam bas jelaaaaa...

Ape cer esok? Esokla aku cite :)

Oh, thanks to those yang sudi follow blog busuk aku ni *big grin* Later aku visit eh. Internet ok cos akak aku pakai streamyx so takde masalah nak blogwalking nanti. Just that I may have limited time to online. Yelah, balik ni sebab ada macam-macam hal nak settle. Lagipun takkanla balik kampung nak ngadap pc aje. Kang apela orang tua cakap kan? Tak senon!!!

Okla, selamat malam uols :)


p/s aku cuti dari 22/4 hingga 26/4

Tuesday, April 19, 2011

Ady Imran Sudah Besar!

Assalamualaikum,

Aku ada 7 orang anak buah, yang palik kecik anak abang aku, si Ady Imran ni lah.. baru umur 7 bulan. Born on 4th September 2010, masa orang sibuk-sibuk prepare nak raya. Yang bestnye masa akak ipar aku nak bersalin tu aku dah balik kampung. Hari aku balik kampung tu. Sampai dari Putrajaya terus ke hospital. Berjalan kaki dengan mak aku dari Stadium Sultan Mohamed ke IV tu ke Hospital Kota Bharu sebab jalan jem. Payah nak masuk. Nak jumpa akak ipar aku sebelum dia masuk labour room tapi sayangnye kitorang lambat. Lama jugak akak ipar aku dok dalam labour room. Petang dah masuk, pukul 3 pagi kot baru kuar. Dia lahirkan Ady Imran pukul 9 malam kalau tak silap aku.

Jadilah Imran baby menjelang raya ehehe..

http://amalini.blogspot.com/2010/09/4th-september-2010-hello-ahmad-ady.html

Oh paling best kan, surat beranak dia aku yang pegi buat. So.... dalam surat beranak dia tu ada nama aku! hihihih.. Moga-moga Imran banggalah ada nama aku kat situ ahaha boleh tak?

Tak nak cakap banyak, layan ajela gambar comel Imran ni :)


And this is Imran's latest pic.. 7 bulan.. dah pandai naik moto.. tak leh blah aku budak ni ahahah

awww dah besar!

Semoga Imran membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh nanti, insyaallah...


Haih tak sabar nak ada anak sendiri :D

Notes to My Pumpkin

Alpha Bravo Alpha November Golf , Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf Romeo India November Delta Uniform Alpha Bravo Alpha November Golf Sierra Alpha November Golf Alpha Tango Sierra Alpha November Golf Alpha Tango . Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf November Alpha Kilo Juliet Alpha Delta India Yankee Alpha November Golf Tango Echo Romeo Bravo Alpha India Kilo Bravo Uniform Alpha Tango Alpha Bravo Alpha November Golf . Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf November Alpha Kilo Juliet Alpha Golf Alpha Alpha Bravo Alpha November Golf , Charlie India November Tango Alpha India Alpha Bravo Alpha November Golf Sierra Echo Papa Echo November Uniform Hotel Hotel Alpha Tango India Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf . Alpha Bravo Alpha November Golf Bravo India Mike Bravo India November Golf Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf Yankee Echo . India November Sierra Yankee Alpha Alpha Lima Lima Alpha Hotel , Kilo India Tango Alpha Bravo India November Alpha Kilo Echo Lima Uniform Alpha Romeo Golf Alpha Bravo Alpha Hotel Alpha Golf India Alpha , Yankee Alpha November Golf Mike Echo November Delta Alpha Papa Alpha Tango Kilo Echo Bravo Echo Romeo Kilo Alpha Tango Alpha November Alpha Lima Lima Alpha Hotel . India Lima Oscar Victor Echo Yankee Oscar Uniform Sierra Alpha Yankee Alpha November Golf . Whiskey India Tango Hotel Alpha Lima Lima Mike Yankee Hotel Echo Alpha Romeo Tango .

Monday, April 18, 2011

Churp Churp

Macamanala nak join?
Someone please help!


Entry Bercinta & Selamat Pengantin Baru Tini & Fakri!

Assalamualaikum,

Ahh.. the weekend has ended.. Time to get back to work *yawn*

~Ini entry orang bercinta. Jangan baca kalo rasa muak. Saya bercerita untuk bacaan saya sendiri apabila tua nanti~

Jumaat malam, my pumpkin sampai lebih kurang pukul 8 malam. After checking in kat tempat tidurnye, kitorang pergi makan nasik arab kat Restoran Saba' di Cyberjaya. It is his favourite place of makan-makan kalo datang sini. Makan ape lagi kalo bukan Lamb Kabsah yang memang marvellous sedapnye. Sepinggan boleh makan dia sorang ehehe.. Kitorang tak makan berdua, I brought my sister and anak buah along. And kakak aku yang belanja! muahaha.. Syok betul ada orang belanja kan? Dah kenyang, kitorang baliklah ke pangkal jalan.......

Sabtu pagi, aku and my pumpkin dah plan nak ke Sogo. Nak beli barang-barang dia pulak. Barang aku dah beli dah last month. Pagi kitorang breakfast dulu di food court Precint 9, Putrajaya. Dia makan nasik kerabu, aku makan kuih muih jek. Rasa macam kenyang je lagi makan nasik arab semalam (nampak sangat makan banyak). Gerak je nak ke Sogo tuh, hujan lebat yang amat! Alhamdulillah sampai kat Sogo tu hujan dah tak lebat sangat. And nasib baiklaa tak sesat. Aku bukan selalu pegi Sogo ni ehehe..

Kitorang sampai tu ngam-ngam Sogo baru bukak. Kira early birds jugakla. Masuk je kat dalam,  pekerja-pekerja Sogo berdiri greet kitorang hehe.. Tempat pertama kitorang serbu ialah dekat ground floor tuh, ada warehouse clearance for mens ware. Memang langkah kanan la kitorang. Diskaun melambung-lambung. Yang beratus-ratus harga asal boleh kurang jadi belas-belas ringgit jek. My pumpkin pun seronokla dia. Cehs membeli belah lagi banyak dari aku ehehe.. Tapi takpe, barang murah kan? Tak salah pon... Lagipun dia bayar sendiri, lagi tak salah hahaha.. We grabbed, 5 shirts, 2 pants, 1 shoes, 2 singlets, 1 belt & wallet set. Dah settle barang hantaran for him :)

Then kitorang pergi Jalan TAR. Niat di hati nak beli baju untuk majlis kat rumah dia pulak. Aku plan nak pakai baju kurung yang dah siap je. Yang macam ni..

source
Tapi dia pulak tak berkenan...... Katanya dia tak suka baju-baju macam ni.  Dia tanya, nak pakai yang suami suka ke... yang orang lain suka? Hikhik.. tanya soalan buat orang tersepit jekkk...So aku bagi dia pilih yang mana dia suka. And I'm happy with his choice :D Tunggu ajela nanti macamana rupa baju tu ye :)

Then kitorang naik bas pergi Central Market. My pumpkin nak pergi kedai art yang ada kat situ. Kat CM ni la baru aku nampak ramai oram putis. Kat Sogo mana ade. Kat CM bersepah-sepah dorang ni. Seronok jugakla cuci mata tengok mat saleh hensem mueheheh.. ..

Pukul 6 kitorang gerak balik. Malamnye pergi Alamanda and my pumpkin sempat grab sehelai lagi shirt kat Valentino Creations. Nasib baik murah jugak ehehe.. Hish, dia kalo dah berbelanja, lagi dasyat dari aku!! :P

Ahad, aku, my pumpkin, kakak and my 2 anak buah pergi Alamanda. Haa kali ni, aku lak yang shopping and tenkiuuu sayanggg, belanja! hahaha.. Dapat 1 hand bag and 2 pants kihkihkih.. Bukan selalu dia belanja aku. Selalu belanja makan je ehehehe.. Terima kasih sayang :) Lama jugak kat Alamanda. Pukul 4 lebih baru balik.

My pumpkin bertolak balik ke Lumut dalam pukul 6 lebih. Haih beratnye hati nak berpisah. Yelah, bukan selalu boleh jumpa. Ini pun after 2 months. Takpelah, see you again sayang, on our big day! :)

****

Okey dah habis entry bercinta.

****

17 April, my best friend Tini, kawin! Alhamdulillah semuanya dah selamat. Tini, Fakri, semoga berbahagia selalu. Dah kawin ni macam-macam laagi nak kena tempuh. Tempuhilah segala dugaan dengan baik. Aku doakan korang berdua bahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan anak-anak yang comel, soleh dan solehah.



Friday, April 15, 2011

Have a Great Weekend Eberibadeh! :)

Assalamualaikum and helo helo...

Yeahh harini dah Jumaat. Cepatnyeeeeeeee.. Rasa macam baruu semalam Isnin hikhik..

Mmm harini agak sibuk jugak dekat opis tercenta ni. Aku sibuk buat manual untuk keje-keje seharian aku kat opis. Senang nak bagi kat temp staff rujuk bila cover aku nanti. Wahhhh..aku dah nak berhenti kerja kah? Nehi nehi.. Mana boleh berhenti keje. Berhenti keje kalu, sape nak bayar kete? huwaaaa... And keje kat Lumut pun tak start cari lagi. Mana buleh berhentiiii... Temp staff hanya untuk cover aku time aku cuti panjang nanti. Cuti bersalinkah? muehehehe.. Gile ko kawen pun belum..

Eh susahla nak buat manual ni! Payah rupanya nak explain keje kita dalam ayat.. dalam bentuk patah perkataan. Kang syok je menulis, tapi orang tak paham tak boleh jugak. Kena ada screenshot screenshot biar orang nampak lebih jelas. Tapi entahla. Memang payah! Sakit dah kepala hotak ni dok memikirkan cara nak explain kat orang. Ah lantakla.. Kang tak paham pandai-pandaila solve senirik. Erk boleh tak camtu? hehe.. Kijamnye aku ye.. Kepada temp staff tersebut, nanti aku explain, catatla nota sekali ek? Kekadang ada benda explain dengan mulut baru boleh paham dengan jelas. Kan kan kan.. Moga-moga aku takdela mengajar ajaran sesat kat dia nanti. Naya dia kalo aku salah ajar.. Nak tanya tak boleh pasalnye aku cuti nanti aku nak off handphone! Hahaha gile kejammmm...

Mmm.. my pumpkin dalam perjalanan ke Putrajaya sekarang. First time dia drive dari Lumut ke sini. Biasanya dia naik bas jek.. Tapi disebabkan datang untuk membeli belah, terpaksala drive. Takkan nak angkut barang-barang tu dengan bas kot? Lagipun nak kenal-kenal jalan. Esok kawin (esok??!!) senang nak ulang alik dari Lumut-Putrajaya every weekend. Tho aku rasa aku yang kena ulang alik Putrajaya-Lumut nanti hohoho.. Ape-ape jelah. My pumpkin, drive safely! Sila jangan memecut! Kena saman bayar sendiri! Jumpa nanti! :)

Erm aku rindu adik aku laaaaa.. Dia deactivate facebook dia. Ni mesti kes nak final exam nih hehe.. Bagos-bagos.. Selamat berfinal exam adikku yang busuk. See you next week! :)

Gambar hiasan

Semalam my pumpkin cakap adik aku call dia. Hamboiiiii... belum pape dah ada skandalos dengan bakal abang ipar yeee.. Dahle tak pernah nak call aku. Kalo call pun kalut je nak hang up sebab takut kredit abes or masa tengah syok bergosip tu bf dia call. Huh.. siap u laling, I smack down u nanti! :P

Cis panjangnya aku merepek. Korang tak nak baca pun takpe, baca yang ni je:


HAVE A NICE WEEEKEND!
ENJOY YOUR QUALITY TIME WITH FAMILY!
JANGAN NAKAL-NAKAL!


I may not have time to blogwalking/jogging and updating my blog this weekend. Sebabnye busy bercinta (muahaha) and broadband dah exceed limit (benci!). See ya on Monday. Korang bacala entry yang ni ulang-ulang kali sampai boleh hafal setiap patah perkataan k ehehe..

LoLo,
Yours truly :)

Thursday, April 14, 2011

Gaji Dah Masuk! Yeayy! :)

Assalamualaikum,

Notis pemberitahuan hihih

Alhamdulillah, penat lelah aku bekerja dari 16 Mac hingga 14 April dah terbayar. Dah dapat upah! Macamle keje penat sangat ehehe.. Padahalnye, duduk depan pc.. Duduk dan duduk dan duduk. Melebarkan punggung  hikhik..

Ermm.. gaji dah masuk. Dalam kepala ni macam-macamla dok pikir nak habiskan duit tu macamana and nak beli ape....
$$__$$

1. Pencuci muka dah abes.. dah penat dah picit-picit..

2. Dedorant pun dah habes. Kantoi pegi keje tak pakai deodorant muahahaha

3. Flat shoes! Haihh.. tak sukanya nak kena pilih-pilih kasut ni. Nak mengetest lagi. Nasib baikla saiz kasut saiz universal (5/6). Dibuatnya kaki besar kan susah. Tapi saiz universal ni la selalu takde stok kan? Haihh..

4. Barang-barang hantaran - Sogo ada card member sales weekend ni. Sape ada kad? Pinjam!!!

5. Baju baru... seluar baru... dah bosanla dok pakai baju yang sama pegi keje.. Orang tengok boring, aku lagila boring.......

6. Ada orang suruh aku pergi spa & facial.. sebagai persiapan untuk hari bahagia nanti. Er perlu ke?

7. Saham Bank Rakyat ada lagi tak? Nak pegi beli lahhhh :P

8. Nak beli DVD/VCD. Bosanla malam-malam. Nak download pun line cam harem.

9. Tengok wayang!!!!

10. Simpan simpan simpan... bukan ke menyimpan wang tu amalan yang terpuji? :D


Ahhh.. berangan je lebih. Esok duit gaji tu potong buat bayar kete, bayar insurans, bayar bil, bayar sewa umah..last-last tinggal cukup-cukup makan aje. Ada hati nak shopping. Dok umah mopping lantai jelah kau!

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air

Antara kepentingan air dalam badan
Assalamualaikum,

Korang suka minum air masak tak? Air manis tak payah tanyala. Semua orang suka. Jujurnya, aku ni bukanla seorang yang suka minum air masak/air sejuk/air suam/air kosong/air mineral..  Tak suka sebab tak sedap. Takde rasa. Bila minum macamm... ermm.. tak sedaplah! Boleh dikira la berapa kali je aku minum air masak dalam sehari. Itu dulu..

Sekarang aku cuba train diri untuk minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan minum air manis. Sebabnye, minum air masak dengan banyak boleh buat badan kita jadi kurus! Wah, aku sukela kalau boleh kurus ni ehehe.. Tapi kalau minum air, makan tak control tak guna jugak! Dan lagi satu boleh kurangkan risiko untuk kena penyakit macam kencing manis tu.

Ada kawan aku, peminat tegar minuman manis-manis. Air kosong memang tak minum. Kalau minum pun seteguk je, just untuk hilangkan dahaga. Alkisahnya haritu dia pegi buat medical checkup, doc cakap air kencing dia ada darah sket. Doc tanya, "period kah?" Dia jawab tak. Doktor kata itu mungkin kesan daripada dia yang jarang minum air masak. Buah pinggang tak dapat berfungsi dengan baik. Sebab kurang cecair dia dok hakis je dinding buah pinggang tu. Iskk... And level gula dalam darah kawan aku ni pun agak tinggi.... Huh, teruk kan? Muda lagi tu. Jadi banyak-banyakkanla minum air masak, kurangkan air manis.

Banyak pulak membebel. Aku nak share info kat bawah ni ngan korang sebenarnye. Dapat dari kawan kat opis.

Drinking water at the correct time

Maximizes its effectiveness on the Human body :


2 glasses of water after waking up - helps activate internal organs

1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure

1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack



Renung-renungkan dan selamat minum air banyak-banyak! Marilah kita sihat sama-sama :)

Wednesday, April 13, 2011

Saya Nak Tiru Kristine Hermosa


.. pakai sneakers masa kawin ..


Kristine Hermosa yang cantek!

Bayangkanla.. pakai dress cantik-cantik.. bersongket bagai.. tetiba kat bawah pakai sneakers hihihi.. Macam si Kristine ni xpela... wedding gown meleret-leret. Tak nampakla sneakers kat kaki tuh..


See see gown meleret.. Mana nampak sneakers. Aku mana leh pakai gown meleret camni.
Kang terseret taik kucing sekali muaha

But I may consider wearing sneakers like her (serious arr?).. sebab kaki masih sakit lagi laaa. Macamana nak pakai heels during my wedding? Huwaaaa... Ada orang kata, inilah alasannya nak suruh husband dukung naik pelamin huahuahua.. Larat kerrr my pumpkin yang kurus itu nak angkat aku yang gemok lagi berat ini? muahahaha...

But anyway, Kristine Hermosa sangat beautiful! Berseri-seri je muka masa kawin wah wah.. Dia pakai susuk kah? Hehehe.. Erm husband pun hemsem gak. Especially pakai baju putih kan. Nampak smart dan kemas. Huh ni tak sabo nak tengok my pumpkin pakai baju putih gak ni. Aku sukeeee :D

Ce tengok video kawin Kristine & Oyo nih. I adore very much! Sangat cantik okay. Nampak sweet, nampak happy je dorang. Gila-gila pun ye jugak. Tak penah dibuat orang, pakai wedding gown santek-santek, tetiba pakai sneakers. Memang lain daripada yang lain :)





Tuesday, April 12, 2011

Urat Tersimpul Rapi

Assalamualaikum,

Ades.. aku rasa ada yang tak kena dengan urat kat kaki kanan aku.. kat tapak ngan tepi tapak kaki tuh. Urat macam tersimpul mati. Eh belum mati. Kalo mati, aku rasa dah takleh gerak langsung dah kaki nih. Alhamdulillah masih mampu bergerak dan menapak lagila.. 

Aku rasa kaki aku ada masalah tak boleh pakai heels la. Aii memangla kaki ni. Aku baru ingat nak bergaya ala-ala super model pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Agaknye urat kaki dah terpeleot la. Aku syak sebab tapak kaki aku yang kecik nih takleh nak menampung berat badan yang amat berat (Berat badan: 65kg; Saiz kasut: 5 atau 6). Pastu bila pakai heels lagila tak stabilnye. Terus terpeleot. Tsk....

Bila aku kaki ayam, ok je kaki nih. Bila pakai selipar jamban tu pon sama. Takde rasa sakit langsung. Tapi bila sarung je heels, aduh aduh sakit! Heels tu bukan baru pakai pun. Dah lama dah. Buruk dah pon. Aih takkan nak suruh aku beli baru kot? Pitis tak berapa nak ada dah niii.. sobsob.. Kawan aku cakap nak kena pegi urut tu. Tapi kat sini mana la nak urut. Balik kampung next week terpaksala ajak mak pergi berurut ohh..

Erm lagi kawan aku kata dalam masa 3,4 minggu ni aku takleh pakai heels. Kena pakai flat shoes je. Aku mana la ada flat shoes or pump shoes or whatsoever! Yang ada hanyala selipar jamban tu je. Takkan nak pegi opis pakai selipar tu lak? Er well, aku memang dah pakai selipar tu pon kat opis tadi. haha selamba badak je. Badak pun tak selamba macam aku. Dahle harini MD turun dari Australia hehe.. Terpaksala aku pakai baju kurung hari-hari. Pastu kain kasik labuhhh mencecah lantai. Kita sapu lantai sekali. Pakej baek punye.

Wahai kaki, segeralah sembuh. Lama lagi aku nak guna kamu ni!

Hari Ini Saya Jadi Cikgu

Ada rupa cekgu tak? Macam Betty y soy la fea jek :P


Wah wah wahhh.. dah tukar profesion pulakkkk...
Saya jadik cikgu sekejap hari ini dan hari-hari seterusnya..
Entah paham ke tidak anak murid saya mengajar ni ahahaha..
Buat-buat paham jela ye..
Ehem ehemm.. suara pun dah serak-serak basah dah ni
:P

Monday, April 11, 2011

Bukan Video Lucah

Assalamualaikum,

Malam-malam begini kebosanan pulak rasanya. My pumpkin mengaji malam ni (Alhamdulillah.. sejuk hati dapat tau bf saye malam-malam ada kelas mengaji :D). Jadi saya pun pandai-pandaile jaga diri menghilangkan rasa boring sementara dia mengaji tuh.

Bukak You Tube. Ada kawan dekat opis bagi idea. "Alah, ko taip je pape kat search tu. Nanti macam-macam video keluar.." Aku nak ikut tips dia. Mula-mula aku taip jatuh. Hahaha macam-macam video jatuh keluar. Paling best tengok model jatuh kat runway. Gile malu wehh.... Then aku taip bosan. Yela, sebab bosan kan.. Keluarla macam-macam video yang menggelikan hati yang boleh menghilangkan bosan. Aku ketawa gila-gila tengok video yang ni muahahahahahaha...


Korang gelak tak??? Tak gelak? Memangle korang abnormal huhuhuhuh...

Then, blinggggg... mata bersinar-sinar tengok playlist kat sebelah. "Ini bukan lukisan lucah.. tengok sampai habis ye..." Wahhh ada perkataan lucah terus bersinar-sinar mata. Memanco-manco cahaya haha.. Astaghfirullahlazimmm... Takdenyela niat aku nak tengok benda tu sebab ada perkataan lucah tu. Tak bahek tau tengok benda-benda gitu. Sakit mata kang ketumbit. Dahle nak kawin dah ni hohohoh... Aku nak tengok sebab aku nak tengok kekreatifan orang yang melukis tuh. Dan aku memang tak silapla. Orang tu memang kreatif abes! Pandai gila melukis! And and.. dia left-handed. Wah kagom! Aku suke aku suke..

Korang tengokla sendiri. Pasti kagum tak berkelip mata! Fikiran kasi straight ye. Jangan bengkang bengkok...


Amacam? Ada rasa kagum?? hehe......

p/s: errr.. ada budak kecik baca blog aku ke? Kang tak pasal-pasal ada yang gi tanya mak bapak, lucah tu hape hohohoho... Tak pasal-pasal gak aku kena bantai ngan mak bapak dorang huhuhu

Video: Soley Soley Hantu Kak Limah

Assalamualaikum,

Aku nak tempek video Abi Hurairah dengan Usop Wilcha nyanyi lagu Soley Soley dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah kat blog masyam ni. Pasalnya anak buah aku si Khaleeda Hanin suka benarrr dengan lagu ni. Hari-hari dok request nak dengar. Macam la aku deejay radio nak request request lagu ehehe...

Selalu wat donno jek dengan permintaan dia. Harini baek hatila pulak cari video ni dalam You Tube. Nak senang tempek aje kat sini. Kang dia request nak dengar lagi, suh dia bukak blog aku dengar sendiri. Sekurang-kurangnya ada la yang mengklik blog ni. Nak nak lak time tu ada iklan muahahaha.. Baek tak planning?

Nah.. dipersilakan tengok dan dengar sampai pengsan ye Cik Hanin :)


Superman Who Cannot Fly

Have you spotted them?






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...