Thursday, March 31, 2011

What's Up With My March Planning?

Assalamualaikum,

http://amalini.blogspot.com/2011/02/march-2011-planning.html

  1. 11-14 Mac insyaallah balik kampung. Seriously tak sabar nak balik especially selepas apa yang terjadi kepada mak. Insyaallah juga balik kali ni untuk bertandang ke rumah bakal mertua dan berkenalan dengan bakal ipar duai (ok, ayat gedik gile haha) ---> Done, alhamdulillah. Dapat balik jenguk mak yang tak berapa sihat after kejadian ragut haritu. Syukur mak is doing well and beransur pulih. Alhamdulillah juga berkesempatan ke rumah bakal mertua bertemu mata dengan adik beradik my pumpkin. Terima kasih di atas layanan yang sangat baik. Semuanya mesra-mesra belaka. My pumpkin has a big family. Have to start memorizing everyone's names. Especially anak buah. Ramai! hehehe..
  2. 18-21 Mac planning to take leaves again. Menghabiskan annual leave last year. Balik kampung again, maybe? ---> Ok, yang ni aku salah kira. Baki annual leave aku last year tinggal 0.5 day je or half day bahasa mudah. So aku amik on 22 March haritu since takde product Aust clear that day. Tak pergi mana-mana pun. Just stayed at home with my naughty nephew, Khalis.
  3. Bulan berapa biasa shopping complex ada sale eh? Bulan 3 ni ada tak? Kalau ada, nak start survey-survey harga barang & kalau affordable and according to budget boleh terus beli. ---> Bulan 3 memang ada sale! During cuti sekolah seminggu tu kan. Jusco, Metrojaya, Parksons all shopping complexes lah ada sale. Aku amik kesempatan sale ni to buy few things untuk hantaran. Dah beli perfume (for him & her), hand bag & shoes (both for her). Spent only about RM500++.

Tu jela yang aku buat in March. Hari-hari biasa macam biasalah, pergi kerja, balik kerja. Ada masa plus rajin menjelma plus tak hujan, aku keluar jogging around the park near my house ni. Saja keluarkan peluh. Dan jugak nak kecikkan peha yang besarr nih huhuh.. Tapi rasa macam tak kecik jeh +__+


Bye bye March, hello April!

I Miss Him :(

April Fool? No it's NOT!

Terms & conditions:

  • Promotion only valid on Friday, 1st April 2011 at all The Manhattan FISH Market restaurants in West Malaysia
  • Valid for dine-in only

p/s: Original price for this dish is: 
RM15.90

Gile murah niiii!
Jom serbu!

Wednesday, March 30, 2011

Kawan Saya, Dia Tak Nak Kawan Dengan Saya Dalam Facebook :(

Assalamualaikum,

Facebook. Semua orang ada akaun facebook kan? Begitu juga saya (ceh macam karangan BM masa sekolah dulu pulak)..

Kat Facebook kita boleh bertemu balik kawan-kawan sekolah dulu kan? Macam saya, selalu sangat pindah sekolah, kawan pun ramai. Pastu lupa, kawan tu kenal kat sekolah mana ehehe..

Pesen saya, kalau yang add tu saya tak kenal memang saya ignore lah. I won't approve request from strangers. Buat apa saya nak approve? It's not that I don't want to make friends, but cukuplah dengan kawan-kawan yang ada ni. Yang ni pun dah ingat-ingat lupa ehehe..

Then, kalau orang tu, profile pic dia katun ke, kucing ke, baby ke.. saya either ignore or wait dulu. If let say mutual friend ramai, saya hold dulula request tu. Until that person change profile pic letak gambar sendiri. Dah kenal baru approve. If not, forever lah dia dekat friend request list tu ehehe... Atau ID dia pelik-pelik, ngarut-ngarut yang membuatkan saya tak kenal sape dia, haa memangla saya tak approve.

That's how I approve friends in Facebook..

And I wonder how others approved theirs... Do they have the same rules as me?

The reason I asked is because...... aku ada add seorang kawan. Kawan yang aku kenal since sekolah rendah then masuk sekolah menengah yang sama. In fact, aku masuk sekolah tu sebab aku ikut dia! (Sometimes rasa menyesal jugak). We were good friends. Really good and close friends la. Even though kat sekolah menengah tu kelas kitorang lain-lain (dia kelas pandai, aku kelas kurang pandai) we were still closed. Dia masuk taekwando aku masuk jugak. Padahalnya aku tak minat sangat. Hish, sume ikut dia lah! Then, dia keluar dating aku jadi peneman. Eh memang close la, pendek cite......

Tapi... I cannot remember masa tingkatan berapa tah, we had a fight. Bukan gaduh-gaduh biasa. Quite a big fight jugakla. Pasal dia and boyfriend (not so good bf, budak nakal and I didn't like him!). Aku bagitau mak dia kot dia bercintan cintun tu sebab yelah, the boy is not a good boy. Aku bagitau mak dia pun sebab aku nak jaga dia daripada terus berkawan dengan budak lelaki tu. No other reason. Takdenyela reason aku nak kat budak laki tu or what. Nonsense. Even the boy also never noticed me. So, since then lah, kitorang gaduh besar and we never talked to each other lagi dah.

Sedih memang sedih... cos she used to be my best friend. Everything I do, I do because of her. Tapi disebabkan lelaki kitorang boleh gaduh besar dan jalinan persahabatan tu putus macam tu je... Kat sekolah, I still bumped into her. Yelah, sekolah bukan besar sangat. And she was a prefect. Memang pegi mana-mana jumpa la. Aku cuba nak berkawan balik. Bila jumpa, aku senyum. Tapi dia buat macam tak pernah kenal dengan aku. Sedih :(

Habis form 3, aku pindah sekolah.. So lagilah kitorang lost contact. But I always remember her. Kalau jumpa kawan-kawan dari sekolah dulu, aku akan tanya pasal dia...Birthday dia pun aku ingat lagi. Sampai sekarang! Habis sekolah, aku masuk matrik. Dan aku tahu dari kawan yang lain, dia masuk pusat asasi in one of the top universities. I got to know that she's a fine young lady now. Warak, alim, baik. Good to hear that...

Dah masuk universiti, dah keje ni aku still lost contact dengan dia.. Until few months ago, aku terjumpa akaun dia dalam Facebook. Happy okey! :) Dah lama aku cari. And she's now happily married. Alhamdulillah. Bukan dengan lelaki dulu but with other guy that I think she met in her university. Aku nak add dia. Tapi takut.. takut dia masih marahkan aku. Tapi aku cuba pikir positif. Benda tu dah lama dah berlaku. Masa sekolah. Masa kitorang budak hingusan lagi. Masih mentah, umur baru belasan tahun. I am certain that she already forget about it. Dia sekarang dah matang, pasti dia dah lupakan semua tu and she forgives me..

So, I added her in Facebook.....

1 week, 2 weeks.. no response. Dia tak online kot sebab tengok dekat wall dia takde update status pun.

Yesterday..... she approved a friend of mine to be her friend. Ok terkejut jugak dia tak approve aku. Mungkin dia tak perasan request aku dan akan approve aku later.

1 hour, 2 hours, 3 hours.. still no notification that she has approved me.

Harini aku nampak dia dah approve satu lagi request... tapi bukan aku... And her wall was updated! Siap ada reply komen-komen orang lagi...

Okkayyy.... ini bukan tak perasan dah ni. Ini memang tak nak approve namanya.

Kenapa dia tak nak approve aku? Does she has the same rules as me?

Nak kata dia tak kenal sape aku, aku guna ID nama penuh aku sendiri. Profile pic pun gambar aku sendiri. Mutual friends? We have 38 mutual friends!

Dia dah lupakan aku ke? Kenapa senang sangat dia lupakan aku sedangkan kitorang pernah berkawan dari kecik lagi..........

Obviously dia tak maafkan aku lagi. Terlalu besar kot kesalahan aku pada dia. I thought now that she is married, she is matured enough to let go of the stupid fight that we had. Tapi aku silap......

Aku kena ingat.. aku tak boleh expect orang akan fikir benda yang sama aku fikir. Lain orang lain ragam kan? Dan kawan aku ni, begini ragamnya. Bila datang rasa geram, aku tak sangka jugakla, orang sealim dia, sewarak dia tak boleh nak maafkan kesalahan aku tu. Tak boleh nak lupakan persengketaan lama tu. Thought that this kind of people should be more forgiving rather than keeping grudge. Betul tak? Ikut rasa geram, memang aku aku hilang rasa hormat pada dia. Tapi aku cuba pikir positif. Tak nak buruk sangka. Mungkin dia ada alasan tersendiri. Mungkin dia masih perlukan masa untuk berkawan semula dengan aku. Mungkin dia benar-benar dah lupakan aku..

Takpelah..... ape-apepun, aku doakan kebahagiaan dia. Semoga berbahagia dengan suami, dan peroleh anak-anak yang comel nanti. Aku doakan, pintu hati dia terbuka untuk berkawan semula dengan aku. Aku tak nak persahabatan kami putus macam tu je. I miss the moment when we're together. Hope that she will forgive me someday....Insyaallah......



Tuesday, March 29, 2011

Kekurangan Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Aku suke betol guna ayat kat atas tu everytime my pumpkin is not around. Bila cakap macam tu dengan dia, huh sure kena bantai dengan dia. He will say, "parok parok.. berat cik mek nih.. macamana nak jadi bini navy.." haha.. ok, padan muka saya.

Anyway, my pumpkin ada kursus seminggu ni. Starting 28 Mac hingga 3 April. Kursus kat Lumut tu jugak. Bukan pergi jauh dalam hutan belantara mahupun di tengah lautan. Still contactable.

Yang susahnye aku la. Yelah mana pernah nak berenggang. Mesej 24/7. Bila dah kursus sampai ke malam ni takdenyela wei nak mesej mesej 24/7. Itulah yang aku namakan kekurangan kasih sayang. Okey, saya ngaku saya memang gediks tak hengat. Dah nak buat macamana kan. Dah pesen aku macam ni. Susah nak berjauhan dengan dia. Dahla dah jauh. Takleh nak mesej-mesej contact pulak. Aduh lagi seksa!

Nak kena kuatkan semangat lagi ni. Semangat datanglah kau padakuuuuu huhuhuhu..

Anyway nak marah n a v y sket ni. My pumpkin nak cuti end of this month, dah bagitau ada hal kat kampung ape sume, sekali dia kena panggil kawad pulak. Adehhh hangin je rasa...... Dah tak cukup orang sangat ke? huhu.. Kalau amik cuti saje-saje tak kisahla, tapi ni memang amik cuti sebab ada hal peribadi yang terpaksa diuruskan... Takleh ke bagi pelepasan sikit? Huuuu.....

Dah kena change plan.

Sabar jelah!!!!!!!

*mode geram*

Just For Laughs: Don't Take It Seriously :D

**Saya tidak berpihak pada mana-mana parti politik in fact I am sick of what happening in the country now. And I don't give a damn lah isu liwat ke, video seks ke ape.. Just sharing this video to release stress hihihi**



Kelakar gile hokay.
Berdekah-dekah aku gelak.
Memang kreatif abesla sape yang create video nih hehehe


Another joke for today is:




KUALA LUMPUR: Popular film director and producer Yusry Abdul Halim may be roped in to ascertain the authenticity of the sex video that showed a man resembling Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a foreign prostitute.


Royal Malaysian Police secretary Deputy Comm Datuk Ghazali Md Amin said police might call Yusry to help analyse the video.

“As far as we are concerned, we can call anyone to help in the investigation and that in-cludes Yusry,” said DCP Ghazali yesterday. However, he said, police were still studying the evidence and had yet to decide if they would call the film maker or other experts on the matter.

Yusry, who directed the recent box office hit Hikayat Merong Mahawangsa, was reported to have said that it would be difficult to doctor a 20-minute long video.

“Still pictures or short videos can be forged but if it is 20 minutes long, it's almost impossible,” he said.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali said the party believed in the integrity and professionalism of the police in investigating the sex video.

Mustafa said the party would wait for the outcome of the investigation as they did not want to jump the gun without conclusive evidence. “We will wait for the findings,” he said yesterday.

Mustafa also said it was not necessary to engage foreign experts to ascertain the authenticity of the video and identity of the man in it, as suggested by PAS central committee member Mohamad Sabu.

The “Datuk T” trio, comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Perkasa treasurer-general Datuk Shuaib Lazim and former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik had exposed the existence of the video last Monday.

The next day Anwar lodged a police report saying he was not the man in the sex video.


So funny leh!
Nape tak panggil je Steven Spielberg or James Cameron or other top top Hollywood directors?

Lelaki Misteri Simbah Asid Tanpa Motif di KL

Assalamualaikum,

A friend shared this shock news in Facebook. Aku dah lama tak belek surat khabar, dah lama tak tengok berita. Sebab muak dan jelik dengan cerita-cerita politik di Malaysia.

Tak sangka pulak ada cerita lagi dasyat daripada cerita video seks bodoh tuh..

Wanita-wanita di luar sana, sila berhati-hati ye. Serius, aku jadi takut bila baca berita ni. Dah rasa tak selamat nak keluar rumah. Dah tak rasa secure. Ya Allah, lindungilah aku, keluargaku, kawan-kawanku daripada terkena perbuatan jahat ini...


More acid attack victims

KUALA LUMPUR: Three women have fallen victim to the acid splashers who have been terrorising the Klang Valley since early last month.

The trio , two marketing executives and a teacher, were splashed with a hazardous liquid during separate attacks on Thursday and Friday.

The attacks took place at Jalan Tun Sambanthan and Jalan Sultan Abdul Samad – the first time they occurred outside Bangsar.

On Thursday at about 5.30pm, marketing executive Ruhainah Husin, 30, and her colleague were on their way home near Jalan Tun Sambanthan when they were splashed.

“We were walking towards my car when we heard a motorcycle pull up behind us.

“In a split second, I felt something on my face,” she said.

Ruhainah said she could feel a severe burning sensation and smelled smoke.

“Luckily my eyes were saved because I was wearing glasses,” she said.

Her colleague, who escaped with minor injuries, and a bystander helped to send Ruhaina to the University Malaya Medical Centre for treatment.

Ruhaina suffered severe burns on parts of her face and shoulder.

It is believed that the liquid used by the attacker was a type of alkaline.

Another attack the next day, took place outside a primary school near Jalan Sultan Abdul Samad at 7am.

The victim, a teacher who wished to remain anonymous, said she noticed two men on a motorcycle speeding away after she was splashed.

Along with Ruhaina and her colleague, a total of fifteen people, including eight pupils, two teachers, a parent and her two children, have fallen victim to the attacks so far.

Brickfields OCPD Asst Comm Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid urged anyone with information to contact the nearest police station immediately.

****

Here's other link to the news:

http://insanidaily.blogspot.com/2011/03/lelaki-misteri-bermotosikal-simbah-asid.html

Mangsa

Kawan-kawan saya, berhati-hatilah bila keluar dari rumah. Baca Bismillah sebelum melangkah keluar. Semoga Allah sentiasa melindungi kita.

Harap-harapnye polis akan segera menangkap penjenayah ni......

Monday, March 28, 2011

Budak Hitam

Assalamualaikum,



Ok.
Saya tak sabar nak balik kampung!

Another Monday

Assalamualaikum,

We have reached another Monday today and it is the last week of March. How time flies.... Cepat kan? Rasa macam baruuu je masuk March haritu. Dah nak masuk April pulak.  Dah 4 bulan dalam tahun baru.

And so0o many things dah berlaku. Antaranya:

To the world
- Earthquake in New Zealand & Myanmar
- Earthquake and tsunami in Japan

To the country
- Pilihan raya, pilihan raya dan pilihan raya lagi
- Skandal video seks yang memualkan dan menjijikkan dan memalukan
- Fasha Sandha dinobatkan sebagai artis paling seksi oleh Harian Metro
- Ape lagi?

To myself
- Now wearing sebentuk cincin belah rotan
- Lost few kgs and gain a few kgs jugak (haih)
- Dapat STIP after 2 years keje


The days may pass, but let's not forget the memories.


Happy Monday everyone and let's look forward to a brighter April!


Cheers!
XOXO

Sunday, March 27, 2011

Rango

Assalamualaikum,


Korang semua dah tengok cerita pasal cicak warna hijau bernama Rango nih? Aku baru tengok semalam. Tengok sebabnya akak aku belanja (lagi). Sebabnye dia minat gile dengan Johnny Depp ehehe..

Ceritanye pasal sekor lizard nih yang asalnye duduk dengan manusia. Lepas tu masa manusia tuh tengah travel nak pegi mana tah, terbabas sebab nak mengelak daripada sekor armadillo yang melintas jalan. Akibat terbabas tu la si Rango yang duduk kat tempat barang kat belakang terjatuh kat tepi jalan di Gurun Mojave. Ditinggalkan manusia yang tak sedar pun dia dah jatuh...

Tak tahu mana hala tuju, dia ke Dirt Town.. Pekan yang didiami binatang ape tah hihih. Aku pun tak sure..macam tikus or maybe moles sebab dia leh korek tanah. Rango ni pun sebenarnye tengah cari identiti sendiri. Dia tak tau pun dia ni sape sebenarnye. Disebabkan khayalannya tingkat tinggi, dia reka identiti sendiri. Konon dia hero yang bernama Rango. Nama Rango tu dari jenama jus kaktus yang dia minum kat sebuah salun di Dirt Town. Penduduk pekan percaya cerita dia dan jadikan dia sebagai sherif.

Er takmo cerita lebih-lebih. I am bad in writing synopsis hehehe... Korang tengokla sendiri cerita ni kat pawagam ye?

Here's the trailer...

Saturday, March 26, 2011

Ada Orang Lain Sama Seksi Dengan Meira Liyana

Assalamualaikum,

Aktiviti hujung minggu yang sangat tidak berfaedah - terjah blog gosip!

Hot story sekarang ialah pasal si budak baru lepas amik result SPM the so called Miera Liyana. Who is she ah? Dia berlakon cerita ape ye? Sori, macik tak kenal sangat. Or maybe penah tengok dia berlakon but never noticed? 

Whatever it is dia sangatla famous amos sekarang for wearing a sexy dress during Malam Rafflesia ABPBH. Dan juga famous dengan kenyataan yang dia keluarkan regarding her appearance that night.. Ape-ape jelah. 

Seksi kerr.. Seksila bagi orang Melayu/Islam yang sewajibnya memakai pakaian yang menutup aurat.
One thing yang menjadi tanda tanya pada saya ye, apakah benda yang terkeluar sikit dari baju dia tu (bulatan merah)?
Adakah itu breast pad? Hoho ingat ibu yang breast feed baby je pakai breast pad ehehe..
Jangan marah noo.
Saya tak reti dunia pesen sekarang :D

Jalan-jalan lagi dalam laman gosip tu.. terjumpa pula entry with pictures other celebrities yang turut memeriahkan malam gila gala tu. Humangaih.. ada sorang lagi yang seksi tak hengat. Kenapa dia tak jadi limelight pulak kan? Ke pada pandangan orang lain dia tak seksi? Pada pandangan aku je dia nampak seksi? Anda judge la sendiri...

Yang kat bawah mungkin tertutup. Tapi yang kat atas tuuuuuu..
Tak seksi eh camni?


Donno lah. Saya orang kampung. Saya tak reti fesyen orang bandar.....



Sumber gambar seksi: http://beautifulnara.com

Friday, March 25, 2011

Anak Motam Dah Besar. Geram Nak Penyek!

Assalamualaikum,

Masih ingat gambar Motam dengan anaknya ni?

http://amalini.blogspot.com/2011/03/motam-her-tak-tau-babies-yang-keberapa.html 

Ini gambar masa baru lahir. Now the kittens dah besar sket. Dah almost 1 month old. 

Here's the latest pics of them. Comel! Geram nak penyek penyek jadi kucing penyek huhuhu...






Thursday, March 24, 2011

Google Celebrating Harry Houdini

Assalamualaikum,

Ada sape-sape perasan Google tukar header hari ni? Header? Or whatever u call it lah...


Who is Harry Houdini? A famous magician! Tu je yang aku tahu hehehe..

Read more in [http://en.wikipedia.org/wiki/Harry_Houdini]



Wednesday, March 23, 2011

I Don't Know What My Future Holds

Assalamualaikum,

These few days, I've been thinking what will happen after I got married.

Planning to stay separately for 6 months (or maybe longer). Jadi weekend husband and wife. PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh.

Reasons for staying separately is because of my job. Kerja sekarang selesa, tak stress, working environment very good and of course because my salary is quite good - hard to find any other job that can pay as what I'm getting now. Lagi-lagi dekat Lumut tu. Aku bukan ada sijil yang cantik, bukan ada experience yang banyak nak dapatkan keje yang really high pay. Memang sayang nak tinggalkan keje sekarang. Sekurang-kurangnya dengan gaji yang ada ni, bila dah combine dengan my pumpkin's salary, selesa sikitla hidup kami nanti, insyaallah..

Bukan nak mengejar kekayaan ataupun kemewahan. I'm lucky to know someone yang very modest, and very good in managing his finance. Dunia sekarang dunia wang. Semua benda perlu dibayar. Tinggal sorang pun perlukan duit, apatah lagi bila berdua, bertiga, berempat? Lagi banyak duit yang diperlukan. Tempat tinggal, makan pakai anak, pendidikan anak, kesihatan anak. Saving untuk masa depan, untuk hari tua. Banyak banyak banyak. Aku tak mahu anak-anak aku hidup susah dan aku tak mahu susahkan anak-anak bila aku dah tua nanti. Tak nak bergantung pada mereka. (Yes, aku berfikir sejauh ini).

But after thinking and thinking and thinking, macam tak sanggup. Terdetik dalam hati, ape gunanya aku kawin kalau aku tak dapat bersama dia. Tak dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kepada dia, si suami.

Tapi orang kata dalam hidup kena banyak berkorban. Aku tak pasti sama ada aku sudah bersedia ke belum untuk berkorban? Aku masih mencari kekuatan itu.......

Hati gundah gulana.....................................

Tuesday, March 22, 2011

Gambar: Jepun Seminggu Selepas Dilanda Tsunami

Assalamualaikum,

Sebak rasa tengok gambar-gambar di website totallycoolpix.com ni. This time the pix are not cool. It is devastating!





Lihat sendiri di sini

http://totallycoolpix.com/2011/03/japan-disaster-zone-one-week-on/

Monday, March 21, 2011

Found This In The Drive

Merahnye mak ngahhhhh :P

*Annual Dinner 2010 @Nikko Hotel, Kuala Lumpur*

2 months 2 weeks

dan jantungku mula berdegup kencang.............

Friday, March 18, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum,


Lewat malam semalam aku and kakak aku tengok cerita ni di GSC Alamanda. Thanks my kakak belanja me hihihi.. Beruntung betul jadi adik beliau lalalala..

Bukan selalu tengok local movies dengan akak aku nih. Selalu tengok cerita omputih je. Tapi semalam, in support of our local films kan, pegila tengok. Lagipun review pun agak bagus. Ada yang puji melambung-lambung, ada yang kata biasa-biasa, ada yang kata not worth watching.

Itu kata orang. Kata aku? Hmmm.. aku join orang yang cakap biasa-biasa tu hehe.. Skrip memang aku suka, sastera gitu. Zaman dulu kala kan. Harusla sastera. Antara dialog yang sentiasa disebut-sebut:

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama".



Gambar pulak, ermm.. macam kelam, gelap.. Well mungkin nak amik mood cerita purbakala. Memang macam tu kot kan? Kalau tengok cerita yang mat saleh buat pun lebih kurang camtu jugak colour nye. So takpela, boleh diterima. Jalan cerita menarik jugakla, although ending macam tiba-tiba je. Bila keluar dari panggung tu, satu je benda yang buat aku tertanya-tanya: What happen to Ying Ying, mak inang Tuan Puteri? hehe.. Sampai sudah ke dia pura-pura mati? :P Kostum, props, semuanya awesome. Tak sangka jugakla anak watan kita boleh hasilkan filem macam ni. Bagus bagus :) Penggambaran banyak diadakan pesisir pantai di Besut, Terengganu.

Scene lawan-lawan memang haibat. Berdarah sana berdarah sini. Terpaksala aku pertikaikan di sini, macamana cerita ni boleh dapat rating U - Umum? Pendapat aku la kan, cerita ni patutnya rating dia 18PG. Sebab banyak jugak unsur-unsur ganas masa scene pertempuran tu. Tikam perut, tikam dada, potong kepala, darah memercik sana sini. Aku yang dewasa nih pun ngeri melihatnya. Ape pulak perasaan anak-anak kecik yang parents dia bawak tengok cerita ni? Terlebih-lebih ngeri la kot. And it may bring bad influence la bagi kanak-kanak hingusan yang masih tak paham ape-ape ni. Tak gitu? That's my 2 cents on the rating of the movie..

Pelakon.. ok jela kot hihih.. Tak reti nak komen. Watak antagonis, Kemawas lakonan Khir Rahman menjadi jugakla. Memang macam mawas la ganasnye haha.. Antara dialog Kamawas yang menarik perhatian aku, "Empangan kalau dah dibuka, masakan boleh ditahan airnya". Tersirat sungguh maksudnya hehe..Stephen Rahman Hughes, sasa badannya hihihi.. Bila cakap Melayu, kekadang ok.. kekadang ada pelat-pelatnye. Tapi takpelah, dah memang bahasa rasmi dia bukan bahasa Melayu kan.

Overall, I enjoy the movie. Tahniah buat KRU sebab berjaya menghasilkan filem yang bermutu tinggi macam ni. Heard that it will be shown internationally jugak.


Tapi kenapa guna tajuk The Malay Chronicles: Bloodlines ye? Kenapa tak kekalkan saja Hikayat Merong Mahawangsa. Macam cerita-cerita Perancis atau Sepanyol yang masuk ke negara kita, dorang still kekalkan tajuk asal filem tu dalam bahasa masing-masing kan? Another 2 cents of my thought :)

Selamat menonton! Tak rugi bayar tiket RM10 :) Dan silalah lawati Facebook Hikayat Merong Mahawangsa. Ada gambar-gambar behind the scenes yang osom posom :)

Wednesday, March 16, 2011

Cerita Semasa Saya

Assalamualaikum,

Oh lamanye tak update blog!
Takde masa plus malas. Kat rumah internet slow gile. Benci! Dah bayar bil pun still slow. Tak paham quota tu pegi mana padahal aku jarang guna. Hmpphh.. Kat ofis pulak dah tak bleh blogging/facebooking/surfing sangat sebab dah ada orang komplen kat bos aku. hohoho. part ni memang hangin. Tapi takpelaaaa..... so terpaksala aku bataskan masa untuk mengupdate blog di ofis.

Erm last weekend balik kampung. Jenguk mak plus settle kan keje-keje kawin ni. Ops kantoi ehe..

Mak alhamdulillah dah beransur pulih. Tangan dah boleh slowly angkat. Ada biru-biru lebam lagi kat lengan. So funny my niece, Alissa, siap suruh mak aku pegi mandi lagi sebab nak hilangkan biru di lengan tu. Tak dapat hilang dengan mandi, dia pakaikan bedak kat lengan mak hehehe.. So cute la she. Yesterday mak pergi X Ray. Alhamdulillah doktor kata retak tu dah ok sket. Tinggal nak kena buat fisio bagi kuat balik tangan. Ubat pun dah bertambah. Hmm sedih jugak tengok dia sakit macam tu. Doakan mak aku segera sembuh ye?

Keje kawin... err tak tau nak cakap ahaha.. Balik sekejap je so settlekan yang mana sempat.

Photographer - Booked (dah bayar deposit)
Bridal (Pelamin, wedding dress, makeup) - Booked (dah bayar deposit)
Baju Akad Nikah - Kain dah beli dan dah bagi tukang jahit.

Tu jela yang sempat buat balik kampung 2 hari. Banyak benda lagi nak settle! Dan saya dah mula pening *__* Betulla orang kata. Kawin memang best, tapi nak settlekan keje kawin tu yang tak best. Ape-ape pun terima kasih kepada kakak-kakak saya, adik saya dan juga kakak ipar saya yang banyak menolong dan memberi panduan :)
Balik haritu jugak sempat ke rumah bakal mertua. First time pergi ke sana dan first time juga berjumpa dengan bakal ipar duai. Layanan memang sangat baik. Can't wait to be a part of the family :)

Cuti sekolah Mac ni ramai betul kawan-kawan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Kawan-kawan di MMP, SMK KL, UPM.. Tahniah buat mereka semua. Pada yang menjemput, saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat hadir. Yang tak jemput, takpelah.. Saya kecik hati sket sket je muahahaha (tak bahek betol kan?!). Ape-ape pun, Selamat Pengantin Baru. Selamat melayari alam baru. Semoga sentiasa berbahagia bersama suami tercinta dan cepat-cepat dapat baby yang comel-comel :)

Oh speaking about baby comel, salah sorang blogger yang blognya aku selalu ziarah dah pun selamat melahirkan baby boy yang comey lote. Tahniah buat Ana dan suami :) [Read: http://ryehannazz.blogspot.com/]

Semalam makan kat Secret Recipe, welcoming our newest team member. Aku makan ape eh semalam, oh, chicken courdon bleu (haha dunno how to spell actually).


Ok, makan kena berpada-pada sekarang ye. Cos pegi fitting baju sume tak muat! haha.. Either tang peha or bontot or dada. Cehs... Tang tu la yang payah nak mengecik tuhhh.. How la? :( Kakak dan adik saya, terima kasih teman saya pegi fitting baju. At least korang terhibur gakla dengan gelagat aku takleh bukak baju yang di 'try' gara-gara ketat muahahaha.. Cehs memalukan!



Ape-ape pun, kita senyum jelaaaa...

Senyum pasrah kuikuikui


Oh takziah buat rakyat Jepun atas bencana alam yang menimpa mereka. Semoga mereka semua selamat dari bencana-bencana lain esp the nuclear blast. So scary okay! Let's hope for the best..

Kat Facebook ramai orang dok share cerita pasal kaitan bencana di Jepun dengan hari kiamat. Ada kebetulan-kebetulan yang munasabah. Kiamat itu memang pasti, kita sebagai manusia biasa memang tak tahu bila ia akan berlaku. Semuanya perancangan Allah SWT. Yang penting, kita kena sentiasa mengingatinya.

Whatever it is, take care all!

Wednesday, March 9, 2011

Saya...

 Malas update blog.
Update blog malas.

Sekian,
Terima kasih.

Monday, March 7, 2011

If I Die Young - The Band Perry



If I die young, bury me in satin

Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song


Uh oh, uh oh


Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain't always what you think it ought to be, no
Ain't even grey, but she buries her baby


The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time


If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song


The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time


And I'll be wearing white, when I come into your kingdom
I'm as green as the ring on my little, cold finger, I've
Never known the lovin' of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand, there's a
Boy here in town who says he'll love me forever,
Who would have thought forever could be severed by


The sharp knife of a short life, well,
I've had, just enough time


So put on your best boys and I'll wear my pearls
What I never did is done

A penny for my thoughts, oh no, I'll sell them for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'


If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song


Uh oh (uh, oh)

The ballad of a dove (uh, oh)
Go with peace and love
Gather up your tears, keep 'em in your pocket
Save them for a time when you're really gonna need them, oh


The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time


So put on your best boys and I'll wear my pearls


Dalam kenangan,

Allahyarham Faizul - sahabat ketika bersekolah di SMK KL, tingkatan 5. Arwah meninggal kerana lemas pada hari raya pertama tahun bila aku dah lupe.

Allahyarhamah Serina - jiran dan rakan sepermainan ketika kecil. Meninggal kerana sakit jantung pada tahun 1998.

Ini antara sahabat aku yang meninggal ketika usia masih muda. Anda punya kawan atau keluarga yang pergi mengadap Ilahi ketika usia muda juga? Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. Insyaallah. Al Fatihah buat mereka...


Sunday, March 6, 2011

127 Hours - Based on a true story

Amaran: Filem ini banyak memaparkan scene yang menggelikan anak tekak. Harap maklum.

Sebelum start cerita pasal movie nih, aku nak tego GSC Alamanda ehem..  Sila pastikan staff anda buat keje ye. Semalam, movie dah nak start tapi lampu tak tutup-tutup sampaikan penonton yang kena bangun pegi bagitau. Dah habis movie pulak, lampu tak dibukak-bukak. Berjalanlah orang dalam kegelapan. Nasib baik takde yang jatuh tergolek. Mana pergi staff yang jaga suis lampu nih? Hope this won't happen again ya? Terima kasih :)

127 Hours - Kisah benar yang dialami oleh seorang pendaki gunung bernama Aron Ralston. Cerita ni diolah dari buku yang Aron tulis untuk menceritakan pengalaman peritnya iaitu Between A Rock and A Hard Place.

The cover of the book
Alkisahnya, Aron ni pergi mendaki kat sebuah canyon ni. Nasib tak baik, dia terjatuh kat celah-celah canyon tu and sebijik batu besar menghimpit lengan dia... 

Tengok tengok tangan dia kena himpit dengan batu

Ini gambar real Aron masa dia stuck tu.
Banyak hari jugakla dia terperangkap. Dah puas jerit mintak tolong tapi sapela nak dengar. Dia duduk betul-betul celah batu. Tempat orang tak penah pegi pulak tu kan. Dia je yang cari penyakit aku rasa huhuhu.. 

James Franco - menjadi betul lakonan dia. Mantop!
So for few days tu dia buat vlog menceritakan keadaan dia. Dari hari ke hari keadaan dia memang makin teruk. Bayangkan la kau ada satu tangan je, tangan satu lagi kena himpit dengan batu. And you cannot do anything to move it. Tapi Aron tak give up. Macam-macam cara dia buat. Until dia pun dah tak larat campur dengan dia delusional lagi. Macam-macam bayangan mengarut datang. Yelah, emosi dah tak stabil kan. He was so strong and very determined that he don't want to die di celah-celah batu tu, so he did something which is out of our thinking. He amputate his own arm!

Ok, this part is very gross. Bravo Danny Boyle & his team for making it so real. Nak muntah oi tengok. James Franco pun memang jadila menjiwai watak. Terkesan dalam hati. Sampai sekarang scene potong tangan tu aku dok ingat-ingat lagi. Nampak-nampak lagi depan mata ni huhu.. Part dia nak potong nerve tuh.. Aduiiii..sakit! Ngilu! You have to watch it yourself for you to feel the pain.. Another part yang gross ialah part dia minum air kencing sendiri sebab air dia dah habis. Ok, aku almost puke. Seriously! Hekhek uwekkk.. Bukan aku je yang nak muntah tau. According to Wikipedia:

During the screenings at Telluride Film Festival, two people required medical attention. At the first screening, an audience member suffered from light-headedness and was taken out of the screening on a gurney. During a subsequent screening, another viewer suffered a panic attack.

Dasyat penangan movie ni ye. Ending dia happy ending la. After dah cut his arm, dia pun free from the boulder. Dia keluar dari celah-celah batu tu, berjalan jauh lagi and luckily dia jumpa 1 family ni. Family tu la yang selamatkan dia, panggil rescuer ape sume. And today, Aron Ralston is still alive & kicking eheh - he's a true survivor!

Aron Ralston & James Franco

Silalah menonton filem ini di panggung berdekatan anda ye ;) 
It is a truly an inspiring movie



Watch the trailer. Awesome!


Ini video the real Aron Ralston bercerita mengenai detik-detik dia nak potong tangan dia tu

Aron Ralston describes the amputation



Moral of the story: Simple. NEVER GIVE UP!

Motam & Her tak-tau-babies-yang-keberapa

Assalamualaikum,

5 Mac 2011, Motam, ibu kucing paling mithali dalam keluarga aku selamat melahirkan anak yang keberapa aku pun tak tahu. Dah banyak sangat dah anak dia. Kitorang tak pernah halang dia beranak pun sebab Motam ni memang mummy mithali. Dia jaga anak dia dari kecik sampai besar elok-elok. Sayang betul dia dengan anak dia. Kalau anak dia mati pon, anak dia yang tak reti jaga diri, selalu mati kena langgar kete huhuhu..

So here's Motam and her newborn

Friday, March 4, 2011

Thinking Of.....

taking pictures with my adorable cats during my wedding nanti
 :D

Comel kan? kan? kan? Ni baru sikit. Ada sebatalion lagi.

Ala konon-konon nak buat macam Ayu Raudhah & Zakuan Adha la - bawak munki!



Cats better kan? Lagi kiut miut. 
Tapi behavior dorangla susah nak control huhuhu.. 
Kena tabur makanan kucing kat sekeliling aku dulu kot baru dorang dok diam hihihih...

Ouh, verangans!

Random Stories

Assalamualaikum,

Aduiyai lama jugak tinggal blog nih tak berupdate. Sibuk sangat. Maklumlah baru habis month end closing. Awal-awal bulan pulak sibuk nak submit report. Campur pulak products pun banyak jugak seminggu dua ni. Jadi, tak sempatle nak curi-curi masa update blog di ofis (opss kantoi eheh..).. Then kat rumah pulak, line macam... siput bambis. Geram! Slow gile! Gile pun tak slow macam ni. Hangin jugak dengan Maxis BB ni sometimes. Rasa macam tak worth it dok membayar bil bulan-bulan tapi line slow teramat sangat. Nak loading satu page pun take time. Aku bukannye duduk di ceruk hutan simpan. Duduknye di Putrajaya cemerlang gemilang terbilang. Macamana tuh? Sabar ajelah...... :(

Ape cer eh awal-awal bulan 3 ni?

Oh ye, mak aku dah beransur sihat. Haritu pegi x ray, tulang kat bahu kanan retak sket (celaka punye peragut!). Doktor pakaikan anduh and bagi ubat. Mudah-mudahan cepatla sembuh. Awal-awal haritu, mak lemah jugakla. Alhamdulillah sekarang dah ok sket. Tapi masih trauma duduk rumah sorang-sorang. Erm, Ya Allah, Kau lindungilah ibu, bapa dan semua ahli keluargaku daripada perkara-perkara yang tidak baik. Amin!~

Malam ni Kelantan vs Johor FC. Sape menang agak-agaknye? :)


Wednesday, March 2, 2011

Kelantan vs Negeri Sembilan

Assalamualaikum,

Sape pegi tengok dua musuh tradisi ni bertarung semalam?

Alhamdulillah, Kelantan tanah tumpah darahku yang menang :)


Kelantan 3 0 Negeri Sembilan.

Gol dari S. Chanturu & Norshahrul Idlan Talaha.



Stadium Sultan Mohamed Ke IV sentiasa penuh!


Jom tengok gambar-gambar perlawanan 2 pasukan hebat ni di

Tuesday, March 1, 2011

Goodbye & May Your Soul Rest In Peace



Enggan lepas mayat adik


Penulis Maut Tercampak


Penulis Karya Universal mati tercampak dari kereta





p/s Bila pulak company aku tukar nama jadi Karya Universal neh? And bila masa pulak office aku terletak di Putrajaya huhuhu..

March 2011 Planning




  1. 11-14 Mac insyaallah balik kampung. Seriously tak sabar nak balik especially selepas apa yang terjadi kepada mak. Insyaallah juga balik kali ni untuk bertandang ke rumah bakal mertua dan berkenalan dengan bakal ipar duai (ok, ayat gedik gile haha)..
  2. 18-21 Mac planning to take leaves again. Menghabiskan annual leave last year. Balik kampung again, maybe?
  3. Bulan berapa biasa shopping complex ada sale eh? Bulan 3 ni ada tak? Kalau ada, nak start survey-survey harga barang & kalau affordable and according to budget boleh terus beli.
Macam ada banyak lagi planning dalam kepala. Nantilah bagitau.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...