Monday, February 28, 2011

What's Up With My February Planning?

Assalamualaikum,

Esok dah 1 Mac. Dah 3 bulan dah tahun 2011 ni! Pantas kan masa berlalu?

Awal bulan Februari haritu aku senaraikan planning aku untuk bulan ni. Tercapai atau tidak plan tersebut?


  1. 3rd to 6th Feb - Chinese New Year hols plus weekend. Erm tak sure lagi ape nak buat. Most probably lepak kat rumah je or maybe keluar with my sis n family. Normally pergi Alamanda atau Jusco Equine je. D'oh boring! Or maybe ajak colleagues pegi PKNS Shah Alam. Jalan-jalan cari baju glemer for my brother's wedding and my ..... day! :P - Okay, saya duduk rumah aje. Boring!
  2. 9th to 13th Feb - Balik kampung!! Yayy, after so long tak balik. Kalau tak silap last balik was during Raya Puasa last year. Balik sempena kenduri menyambut menantu abg aku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar :) - Alhamdulillah, majlis menyambut menantu abang aku berjalan dengan lancar. Tho penat gile okay! Aku siap terlentok lagi tido kat ruang tamu. Letih punye pasal. Alhamdulillah juga majlis merisik aku berjalan lancar. First time jumpa keluarga my pumpkin. Berdebar tau ihihi... Part 1 dah selesai. Next part pulak akan menyusul nanti. Insyaallah.. doa-doakan ye :) 
  3. 19th Feb - Servis Cik Bibab. Kali ni biarlah jadi. Janganla postpone lagi. Kesian Cik Bibab! - Dah selesai juga. Melayang RM250! huhu..Takpela, yang penting kereta tu berada dalam keadaan baik. Barula confident nak drive kan. 
  4. 26th & 27th Feb - Insyaallah akan menghadiri kursus pra perkahwinan di Putrajaya :) - Settle juga. Awal-awal dulu aku nak pergi kursus kat JAKIM Putrajaya. Tapi, entahla..layanan staf tak berapa baik dari awal lagi. So, aku tukar pergi kursus kahwin dekat Precint 9 ni. Layanan baik, siap ada makan minum lagi time kursus. Sedap lak tuh hehe.. Paling penting dekat dengan rumah aku. 

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan baik. 

Mac ape cite pulak?

2 Berita Mengejutkan

Assalamualaikum,

Hari ni aku terima 2 berita mengejutkan dan menyedihkan.

Satu,

Mak aku kena ragut depan rumah. Ya Allah, bagai nak luruh jantung aku bila dapat berita dari abang aku pagi tadi. Peragut jahanam datang dari belakang mak, ragut rantai yang mak pakai.. Celaka punye peragut. Orang tua ko berani la ragut kan. Aku memang takkan maafkan sampai bila-bila la budak yang ragut mak aku ni. Inilah orang yang kecik-kecik dulu tak nak mampos. Maafkan kekasaran bahasa aku. I just can't tolerate with this people. Kalau polis dapat tangkap, sumbat dia dalam lokap, sebat dia cukup-cukup. Biar dia tahu betapa sakitnye mak aku bila kena ragut tu. Akhirat nanti, biarlah Allah jatuhkan hukuman paling berat buat dia. Fuh lega dapat luahkan rasa marah.

Ape-ape pun, Alhamdulillah, mak tak mengalami kecederaan yang teruk. Mak terjatuh mungkin, jadi kaki luka and bahu terseliuh dan masih dalam keadaan terkejut. Aku risau sebab mak ada darah tinggi. Semoga Allah sentiasa melindungi mak.

Dua,

Seorang rakan sekerja aku meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi. Aku dapat berita lepas pulang dari bank tengahari tadi. Sangat-sangat terkejut. Yelah, minggu lepas jumpa dia sihat walafiat. Macam biasa saja gayanya. Who knows, on the way datang ke tempat kerja pagi tadi beliau accident. Benarlah orang kata, mati akan menjemput bila-bila masa saja. Tak tunggu kita ready atau tak. Semalam ada seorang ustaz bagitau, malaikat maut akan menziarahi kita selang 4 minit dalam sehari. Dalam masa tersebut bila-bila masa saja dia boleh tarik nyawa kita. Ya Allah takutnye!!

Hmm..ape-apepun, may his soul rest in peace.

p/s Kawan saya ini bukan muslim.



Semalam kita bergembira, hari ini pula kita berduka, hari esok belum tentu lagi ceritanya bagaimana...

My Busy Weekend

Assalamualaikum,

Oh oh lamanye saya meninggalkan blog.

Sabtu dan Ahad busy menghadiri kursus pra perkahwinan. Seronok! Informative! Sape-sape yang belum pergi tu silakanlah pergi. Lambat lagi nak kawin pun takpe. Pergi kutip-kutip ilmu. By the way, ada yang kata kursus kawin ni akan dipanjangkan pada 3 hari 2 malam nanti (wallahualam aku pun tak tau) and kemungkinan besar harga pun akan naik. Sekarang di Wilayah, Lembah Kelang, yuran kursus kahwin ni hanyalah RM80. Berpatutanla dengan kursus setengah hari ni kan. Dan ada penganjur yang amik inisiatif sediakan makan minum untuk peserta. So okla tu, berbaloi-baloi bayar RM80 :)

Later lah aku cerita pasal kursus kahwin aku tu ye...

Take care!

Friday, February 25, 2011

Pagi-pagi Dah Memecut

Assalamualaikum,

Driver Malaysia ni memangla ada darah pelumba kereta/moto semuanya. Pagi-pagi, celik mata dah memecut dah atas jalan raya.

Dekat Putrajaya yang permai ni pun ada yang suke benarrr memecut pepagi hari. Depan sekolah memecut (tak reti ke speed limit dekat sekolah 30km/j je??), atas jalan bese pun memecut, dah nampak dah depan tu traffic light merah, kenapa perlu memecut memotong orang? Last-last stop jugak kat traffic light. Haa kalo dah laju, dah tak sabar-sabar sangat, rempuh ajela lampu merah tuuuu... Tengok berani atau tidak.

Yang tak paham, dekat exit pun nak high beam high beam orang. Ape ke tak sabar sangat ko nih. Dahla kete kecik, kancil je pownnn.. ada hati nak speeding. Siap masuk fast lane lagi. Haa datang kete cc bagak besar dari ko kat belakang, kasi high beam high beam kat ko jugak, baru ko sedar diri nak masuk middle lane. Pigi dah. (Ini sebenarnye peristiwa yang terjadi kepada saya pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Hangin je!)

Satu jela kesimpulan aku boleh buat, orang Malaysia ni sume bagos-bagos. Pekerja berdedikasi. Pepagi dah memecut. Tak sabar-sabar dia nak masuk kerja. Bagos betul!!!!!!!!

Heh..ape-ape ponnnn.....

Thursday, February 24, 2011

Alalala Latok, Jangan Saman!

Assalamualaikum,

On the way datang keje pagi tadi, aku follow belakang sebuah Grand Livina putih. Masa stop kat traffic light, terbaca satu ayat power ni kat sticker kereta dia.

Bowok laju tok sohor.
Kalu mati tok dea ngucap.


Translate:

Bawak laju tak hebat pon.
Kalau mati tak sempat mengucap.


Makanya.. tak yahla dok laju-laju atas jalan tu ye. Ikut je speed limit yang dah ditetapkan. Kalau laju sampai ke destinasi tu nanti selamat, sihat walafiat takpela jugak. Ini kalau dibuatnya kemalangan ke ape, tak ke ada patah riuk ke nanti.. Jadi, sayangilah nyawa anda ye! Nasib baik Livina tadi tak bawak laju. Kalo bawak laju jugak, meh aku amik sticker tu letak atas dahi huhuhu..



Cepat-cepat bayar saman!


Wednesday, February 23, 2011

It's The Day Of The Month

Assalamualaikum,

What day of the month? Bukan datang bulan yeeee ehehe..

It's closing day! Dan aku pun mulala busy. Nak ber hu ha hu ha pun takde masa.

Apa yang aku buat during closing day?

Report report report dan report lagi. Kena mengadap PC tak berkelip-kelip. Tak berkelip tu bukan tengok dvd porno ke hape. Tapi tengok numerous of figures. Arghhh.. boleh jadik bingung sekejap. Kena make sure figures figures tu correct.. Tally dengan last month punye figures. Kalo tak tally pun tak boleh lari jauh sangat. Adoiyai, itulah yang menyakitkan kepala....

Closing je mulala badan rasa lemah lembik. Rasa macam nak amik MC jek.

Tapi.. aku sedar tanggungjawab yang aku pikul. Dah namanya kerja. You cannot run from it.

Satu ayat dari my ex boss yang aku sanjung. Team aku sentiasa berpegang pada ayat-ayat dia ni.


Die Die Must Do!

Die laaaa....

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh

Tuesday, February 22, 2011

Tak Tahu Nak Kata Apa Dah

Assalamualaikum,

Orang kata kerana mulut badan boleh binasa.

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (or should I say tulis or taip?) buruk padahnya.

Saya mintak ampon dan maaf sangat-sangat kepada seorang sahabat yang saya dah calarkan hatinya. Saya akui salah saya. Saya mintak maaf sebab never think of your feelings. Never think of what you feel sebelum saya menaip sesuatu dalam blog ni. Saya lupa ada mata-mata yang membaca. Serius, saya mintak maaf. Saya tidak sengaja.........

From now on...

I'll zip up my mouth.


Angah,
Ateh mintak maaf.

:(

Monday, February 21, 2011

Gambar & Video Azizulhasni Awang Cedera - Betis Tertusuk Kayu

Assalamualaikum,

Anda kenal siapa Azizulhasni Awang? Masakan tak kenal.. He's our national and professional track cyclist. Baca kisah dia dekat Wkipedia ni [http://en.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang]. He's born in year 1988! Muda lagi mamat nihhh... muda dari aku toww and he's married! Goshhh (jeles ahaha)..

Anyway, semalam tengok Buletin 1.30. Azizul cedera selepas terlibat dengan kemalangan di Manchester. Serpihan kayu veledrom sepanjang lapan ke sembilan inci tertusuk betis dia. Ok. ngeri. ngilu. sakit.

Yang membanggakan aku, despite of the injury, Azizul bangkit untuk meneruskan perlumbaan dan dia berjaya merangkul pingat gangsa. Isn't that great? Hebat gile tow! Ko boleh buat ke camtu? Wa saspek sama lu Azizul! :)

Alhamdulillah, dia selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang serpihan kayu tu dan dijadualkan pulang ke tanah air hari ni. Alhamdulillah, kecederaan tak teruk sangat dan dia cuma perlu berehat beberapa hari. Yang sedihnye, dia terpaksa melepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac ni. Kata isteri Azizul, dah memang jadi impian Azizul nak join kejohanan dunia. Tapi bila dah jadi macam ni sure susahla dia nak terima. Takpela Azizul, yang penting kecederaan tak serius. Dah cukup rehat and injury pun dah sembuh, bolehla masuk lagi. You have made us Malaysian proud with your high enthusiasm. Bravo Azizul!

Ni gambar Azizul yang aku amik from few websites












Korang boleh baca berita mengenai Azizulhasni in below links:

Awang injury masks mixed fortunes of Chris Hoy and Victoria Pendleton
Azizulhasni Awang to have 20cm splinter surgically removed after crash
Cyclist finishes race with splinter through leg
Cycling: "Put Me Back on My Bike" - Is This the Toughest Man in Sports? (Video)
Crash put paid to Azizul’s plans to set the world on fire
Shard removed from Awang's leg after Manchester crash
BIG SPLINTER FOR CYCLIST SPRINTER
Azizul selamat dibedah
Terlepas Kejohanan Dunia
Athiyah pasrah
'Pahlawan Manchester'
Cedera Azizul tak serius


Ni video kemalangan yang menimpa Azizulhasni:



Tahniah Azizul
You are truly a hero!
&
Get well soon!!
=)
  
p/s: Dalam Harian Metro kata dia dah kawen sebab ada kenyataan dari isteri dia, tapi I read in one of the news dalam website kat atas tu (tak ingat pulak link mana satu) katanya Azizul April ni baru nak kawin. So which one is correct? Ada sape-sape tahu boleh tolong clarify? Tq...


[25 Feb 2011] Clarification on Azizul's status: Dia dah kawen dah dengan his lovely wife last year, 30 January 2010. Tahun ni genap setahun. April ni mungkin majlis resepsi nya pulak. Mungkin masa tu nikah dulu belum ada kesempatan nak buat kenduri kan? Read Azizulhasni's personal blog http://thepocketrocketman.blogspot.com as well as his wife's http://tyailyana.blogspot.com for more stories about them. Thanks Mai & Ahmad Nadzri for clarifying and sharing! =)

Sunday, February 20, 2011

Something Is Bothering Me

Assalamualaikum,



Ada sesuatu yang menganggu aku.
Erm, hati ni sedikit terasa.
Sedikit sensitif.


Kenapa nak terasa? Kenapa sensitif?
Mungkin sebab aku terlalu mengharap.
Macam ni lah jadinye bila harapan tak dipenuhi.
Lain kali jangan berharap! Berhenti berharap!


Mungkin, ada alasan yang munasabah di sebalik semua ini.
Aku tak nak fikir. Aku tak nak amik tahu.



Perasaan buruk sangka, 
tolonglah pergi main jauh-jauh.
Jangan kacau aku!!

Rear View Girls - See what happen at your back when you are walking down the road

Assalamualaikum,

Ada terbaca pasal Rear View Girls ni yang upload video di You Tube and their video has been viewed by millions of people. Dorang ni actually from New Zealand.

So aku searchla dekat You Tube, nak tengok ape sangatla yang menarik kan... Rupa-rupanye dorang ni letak kamera kat belakang dorang and dalam video tu boleh tengokla lelaki-lelaki mata keranjang dok tengok dorang walaupun dah ada awek kat sebelah! Ish ish ishhhhh.. :P

Tak payah cakap banyak, korang tengokla sendiri video yang dah cecah 3,415,611 viewers (ni bilangan masa aku tengok tengah malam semalam. Now i donno lah!)




erm.. rasa macam takdela spesel sangat video nih.
macam orang-orang tu tau je ada camera kat punggung pompuan-pompuan ni.
pehal tah dapat hits juta juta.
buang masa! video takde pekdah.
takde pekdah pun aku tengok jugak ahahaha

Tengok Melodi Tadi?

Peace no war
Takde pitis gadai seluor


ekekeke Zizan lawok

Ahad: Teringatkan Seseorang

Assalamualaikum,



Tiba-tiba bangun  pagi ni teringatkan seseorang yang aku kenal masa sekolah rendah dulu.

16 Feb hari lahir dia. I always remember her birthday. Tiap-tiap tahun aku wish. Tapi this year aku tak wish pun. Facebook ada tapi aku kan dah deactivate account Facebok aku. Godek-godek hp, thank God I still have her number. Gamble aje send message "Happy Belated Birthday." Tak tau kalau dia masih guna nombor tu lagi atau tidak.

At first tiada balasan... So I assumed she no longer using that number. Then suddenly one message came in. "Sape ni?" Oh...... dah terhantar kat orang lain ke. I asked "Ni Aishah ke? Ni Wani.. Alwani..." Then I got a reply, "Oh ok, tq. Sorry aku hilang no ko!" Senyum lebar je aku. Alhamdulillah, I can still keep in touch with her. Tak terputus lagi persahabatan aku dengan dia.

She's my classmate di ZS 2 dulu. Tahun 1992-1997. Betul-betul close dengan dia masa darjah 5 dengan 6 kot. Selalu hang out together. Selalu buat nakal. We used to have this funny nicknames. I'm Killer and she's Robber. Another one of our friends is Burglar. Heh.. funny nye zaman sekolah. 

Dulu kalau ada kelas tambahan petang atau malam, aku either stayback dekat sekolah ataupun lepak kat rumah dia. Then nanti arwah Tok Mummy (her late grandma will send us to school). Aku mandi kat rumah dia, makan kat rumah dia. Lepak-lepak dengan dia. Aaa teringat dulu, she really loves Abba. Lagu-lagu Abba tu sume dia hafal. Aku kenal lagu Dancing Queen tu dari dia la ehehe.. Another thing I remember is, dia darjah 6 dah terer drive kereta manual. Believe it or not, kitorang penah buat jahat,  bawak kancil arwah Tok Mummy round-round area rumah dia. Takdela pegi jauh-jauh, sedar takde lesen kan. Kang kena saman naye, dah la bawah umo! hihhi... Yang tu aku memang respeklah. Cos aku until now tak reti drive manual car! huhu.. And then, kitorang selalu fight and compete with each other in studies. Esp subjek English. But of course la she's far more brilliant than me. 

Habis primary school, kitorang split. Since then memang dah lost contact. Terjumpa balik dengan dia pun a few years back. At that time she was studying at USM Kubang Kerian. Sekarang dia jauh di Sarawak. She's a doctor now. Insyaallah Shah, kita jumpa lagi nanti k :)

She told me this morning, "tak sangka after all these years ko ingat lagi birthday aku."

Every year aku ingat. Maybe because I cherished our friendship a lot. Anything of it, I can still remember.

Semoga jalinan persahabatan kami akan sentiasa utuh. 

Miss u Robber! :)

Google Celebrating Constantin Brancusi


Constantin who?

Aku pun tatau ahaha

Read this:

Saturday, February 19, 2011

2 Tahun Bersama!

Assalamualaikum,

Selamat sore semuanya! Dah minum petang? Pepetang nak hujan, mendung, awan gelap berarak, syok jugak kalau dapat minum teh o panas-panas pastu cicah kuih bahulu. Pehhhh.. sedap! Teringat kuih bahulu yang my pumpkin bawak masa merisik haritu. Sekejap je habis. Laku! ehehe (eee nak gak selit cite my pumpkin dia, nyampoh!)

Monolog diri dengki lagi. Abaikan dia pls!

Erm, pagi tadi pergi servis Cik Bibab. Kata service consultant supposedly kena buat major service dah kalo ikut mileage tu. Er.. aku tanya dia, "kalo buat major service berapa ratus kena nih?" "Dalam RM300++ cik", jawabnye. Huwaa... terkedu sebentar. Tanya dia lagi, "kalau tak buat sekarang boleh ke???" Nasib baekla dia jawab, "boleh je cik".. Aku bukan ape, lari bajet! Huhu... bulan ni macam banyak sangat nak pakai duit kan. Dah dia kata leh buat next service takpela. Mungkin by that time dah ada duit lebih sikit. Lagipun Cik Bibab ni bukan jalan jauh pun. Alih-alih Putrajaya-Cyberjaya-Putrajaya je. Paling jauh, pergi Serdang (jauh kerrr?) ehehe...

Btw, servis tadi kena dalam RM250. Benci! huhuhu... 

Erm ada kawan-kawan yang suruh aku servis kat bengkel biasa je. Katanya kalau kat bengkel biasa takdela mahal sangat. Tapi, entahla.. Ada a few reasons la kenapa aku tak hantar Cik Bibab pergi bengkel biasa. 

Satunye sebab aku tak tahu bengkel mana yang sesuai. Takut nanti ditipunya aku. Aku nih kan perempuan yang reti bawak kereta je..hal-hal dalaman kereta memang aku totally tak tau ape. So orang pun senangla nak tipu kan?? 

Duanya sebab aku meragui spare parts yang digunakan. Entah ori entah tidak.. Lagi sekali sebab aku ni perempuan yang tak reti ape-ape pasal hal dalaman kereta, maka aku risau kalau aku ditipu.

So, takpela...aku hantarla dulu ke Perodua Service Centre ni walaupun mahal sobsob.. And Perodua, jangan tipu saye! Kang saya heret pi Tribunal Pengguna *tetibe*

Ini bergambar dengan Cik Bibab tahun bile tah.
Rasa macam masa awal-awal dapat Cik Bibab, tu yang gaya macam sayang gile tuh.
eheheh Cik Bibab jangan marah noo...
Sekarang pun masih sayangggg :D

Saturday, What To Do?

Assalamualaikum,

Sabtu, 19 Feb 2011. As planned earlier this month, aku nak gi servis Cik Bibab. Perodua, tolong jangan kaut duit saya banyak sangat ye. Kang saya nak kawin esok takde duit pulak wuwuwu..

Then, nak pergi jalan-jalan cari part time! You know where should I go?

Cehs, dah betul-betul nak kawin baru terdesak nak cari duit.

Padan muka I!

T_____T

Kamu, kamu, kamu dan kamu,

Happy Saturday!!!!!

Friday, February 18, 2011

Piala FA - Kelantan lwn T Team

Fuh fuh fuhhhh....

Mintak-mintakla Kelate menang!!!!!!

Erk..berdebar-debar jantungkuuuu...

*********************************************************************************

Yaho0o0oooo0ooooooooooo!!!!!!

Kelantan menang!!!!!!!!!!! 

Kelantan menang penalti 6-5. Kira betul-betul sengitla game dorang. Nasibla T Team takleh sumbat penalti last tu. Tersalah aim kot hihi.. Please try again later ya! :D

Huahuahua punyela berdebar-debar menunggu keputusan akhir. Masyeh my pumpkin tolong update.

Okeh, malam ni boleh tido sambil tersenyum lebar hikhikhihki..

Marah Bapak, Bawak Lari Kereta

Dah bawak lari, accident, patah kaki. Rasakan! Derhaka lagi. Kan Tuhan dah bayar cash atas bumi ni lagi.

Source: Berita Harian - Marah bapa, larikan kereta


Remaja perempuan patah kaki selepas rempuh dua kenderaan, pokok
 
 


KODIANG: Akibat berselisih faham dengan keluarganya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sini bukan setakat bertindak melarikan kereta bapanya, malah turut terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh kurang lima minit membabitkan jarak satu kilometer, pagi semalam.

Tindakan nekad remaja masih bersekolah melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu bagaimanapun membawa padah apabila dia patah kaki kanan selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 9.15 pagi semalam, remaja yang sepatutnya bersekolah dan melarikan kereta Proton Wira milik bapanya itu, merempuh motosikal ditunggangi seorang warga emas berusia 66 tahun di Kampung Batu Empat, Jalan Kodiang-Changlun.

Remaja terbabit bagaimanapun tidak menghentikan kenderaannya selepas merempuh motosikal terbabit menyebabkan warga emas berkenaan cedera ringan.

Tidak lama selepas itu dia melanggar sebuah kereta Perodua Kancil dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an sebelum kereta pelajar terbabit hilang kawalan dan berpusing, serta merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kampung Batu Lima, Jalan Kodiang-Changlun.

Kemalangan itu menyebabkan pelajar tingkatan dua terbabit patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata pelajar perempuan tingkatan dua dan tidak mempunyai lesen memandu itu, dikatakan berselisih faham dengan keluarganya petang kelmarin sebelum bertindak keluar rumah dengan memandu kereta bapanya tanpa diketahui hala tujunya.

Katanya, selepas menyedari kehilangan kereta berkenaan dan anaknya itu tidak pulang, ibunya membuat laporan di Balai Polis Tunjang petang kelmarin.

Beliau berkata, berdasarkan keupayaan pelajar terbabit memandu keretanya agak jauh, polis percaya dia sudah beberapa kali memandu kereta walaupun belum memiliki lesen memandu.

"Pelajar itu kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangardan polis akan mengambil keterangannya selepas keadaannya stabil," katanya di sini, semalam sambil berkata polis sedang menyiasat punca kejadian berkenaan dan perselisihan yang dikatakan berlaku antara dia dengan keluarganya.

Sawaludin berkata, berdasarkan keadaan kereta yang remuk teruk, polis percaya pelajar terbabit memandu laju menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan serta terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh hanya beberapa minit.

Katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kereta terbabit kerana membenarkan ia dipandu remaja yang belum memiliki lesen memandu.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan yang mendatangkan kecederaan,” katanya.

*****************************************************************************

Tahu menyusahkan orang tua je! Nasib baik takde yang mati. Kalo tak, sabit kesalahan membunuh pulak. Hishhh.... ni lah jadinye bila terlalu ikut emosi. Umo baru 14. Agaknye tengah period kot kan, emosi tak stabil hohoho..

Tak pasal-pasal kena dakwa memandu dengan cuai. Kompaun RM300 tau! Mak bapak jugak yang kena tanggung... Haih....

Adik, dengan mak bapak jangan tunjuk lagak. Ape-ape masalah bawak berbincangla ye. Jangan terlalu ikut emosi. Kelak sendiri yang rugi!

Kahwin Awal - 2 benda kena pening-pening pikir

Satu

Pening pikir belanja kahwin

atau

Dua

Pening pikir dosa yang ditanggung kalau tak kahwin awal

Yang mana lebih penting untuk difikir-fikirkan?

Thursday, February 17, 2011

Ally Iskandar Dah Tunang!

Assalamualaikum,

Ally 35 tahun, Aishah 26 tahun
cececece excited pulak Ally Iskandar dah tunang. Minat dia kerrrr?!

Takdela sangat actually eheh.. Terexcited sebab dia kan selalu menjadi tumpuan ramai kalau bab bab kawin ni. Yela, jarang ada gosip pasal dia ni. Kalo ada gosip dia keluar dengan perempuan mesti orang sibuk-sibuk nak tahu dia dating dengan sape, bercinta dengan sape. Tapi semuanya dinafikan. Pastu senyap macam tu jelaa..

Tiba-tiba tahun ni, takde ribut, takde angin, Ally announce dia dah bertunang. Wah wah ehehe.. Dengan siapakah? Korang sure dah tau kan. Mesti tahu lagi pantas dari aku. Aku dah lama tak bukak Beautiful Nara, Oh Bulan, dan ape lagi website gosip? Lagipon partner gosip aku pun dah keje malam, takleh nak update gosip yang terbaru (Cik Hani, aku ngumpat ko ni. Jangan tersedak!). Tahu pasal Ally ni pon bila jenguk Harian Metro Online tadi.

Ally bertunang bukan dengan Farah Fauzana atau Fasha Sandha yee... tapi dengan gadis bernama Nur Aishah Zainal peserta Gadis Melayu musim pertama. Dorang tunang pada 11 Februari haritu. Ish sama plak tarikh kita ye Ally. Macam berpakat jeh hikhik..Ermm honestly aku tak kenal pun sape tunang dia ni ehehe.. Almaklumle, tak layan Gadis Melayu nih. Donno why, I just don't like it huhuhu.. So, tak tahula dia macamana. Katanya masa Gadis Melayu bertudung, tetiba tunang tak pakai tudung. Err ape ape pun, sapela aku nak judge dia kan?? Semestinya dia orang baik-baik, kalo tak, masakan la Ally berkenan. Ally pun cakap dia ni jenis cerewet memilih pasangan (patutla sekarang baru nak kawin muehehe) so bila dia dah jumpa ni, maknanye dia dah jumpa orang yang betul-betul dia suka. Good good. Moga-moga berkekalan lah Ally oii... hingga ke jinjang pelamin dan kemudian sampai beranak pinak, bercucu cicit insyaallah!


Tahniah Ally Iskandar! :)


Aku tulis entry ni macam Ally Iskandar ni sedara aku jek hikhikhik..

Sapele yang menyebarkannya ye? (Aku pun tergolong sekali hoho ampon Ally!) 
Bawak bersabarlah Ally. 
Anda celebrity, takleh nye nak nyorok-nyorok!

Suami Belasah Isteri Sesuka Hati

Sumber: Harian Metro - Dibelasah suami depan 2 anak



KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.

Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.

Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.

“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.

“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.

Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

********************************************************************************
 
Oh okay, hangatttt je hati baca berita-berita macam ni. Inilah contoh-contoh lelaki yang kawin tapi tak reti erti sebenar perkahwinan. Dia ingat bini dia tu ape suka-suka hati nak pukul. Kurang ajar betul. Nak marah bini tak bagi duit kat dia. Kalau guna duit untuk benda elok takpela jugak. Ini nak buat beli dadah. Polis, dah tangkap laki durjana ni, tolongla pukul dia balik sama macam dia pukul bini dia. Pastu tanya dia, apa dia rasa. Sakit tak. Ish geram!!!!!

Ehem, lepas ni ramaila yang buat spekulasi, sape agaknye adik lelaki durjana ni. Tak pasal-pasal adik dapat nama buruk.....

Wednesday, February 16, 2011

Petua Menghilangkan Bau Bawang Di Tangan

Assalamualaikum,


Remember that day aku cerita tangan aku berbau bawang? Buat pengetahuan korang, tangan aku masih berbau bawang until today! Adoiyaiii, lama betul bau ni melekat kat tangan yang mulus ni. Seriously, aku dah guna macam-macam sabun dah buat basuh tangan. Awal-awal memang takdela bau bawang, melekat bau sabun. Lama-lama bau sabun hilang, bau bawang datang balik. Huhu benci!

Jadi, balik dari keje tadi, terus bukak google, taip, "How to get rid of onion smell on hand." Bahasa oram putis tu, gedik! ehehe.. Dalam banyak-banyak list website yang keluar aku berkenan dengan yang satu ni, http://www.wikihow.com/Remove-Onion-Smell-From-Hands.

Jom ikut petua-petua yang diberikan!

Satu, Take a tablespoon or more of everyday table salt in the palm of your hands


Amik garam sket, letak atas tapak tangan yang berbau tu, campur dengan air sikit. Nanti dia jadi macam paste, melekit-leikt camtu. Gosok-gosok, basuh dengan air pastu keringkan. Selain menghilangkan bau bawang, garam ni boleh buat tangan korang menjadi lembut! Wah wah sukeee! :D Kalau takde garam dekat rumah, boleh try guna bikarbonat soda ataupun gula. Kalau guna gula, takkan ada rasa pedih-pedih kalau ada luka dkat tangan.


Dua, Dip your hands in tomato juice for at least five minutes


Dah lepas rendam tu, basuh tangan dengan sabun dan air sejuk. Make sure jus tomato yang korang guna tu belum expired ye..... Jus tomato, bukan sos tomato tau huhuhu


Tiga, Rub your hands against stainless steel metal (a kitchen sink works well) under cold running water for about a minute; rubbing with a large metal spoon works, too


Di bawah air yang mengalir, korang gosok-gosok tangan dekat paip tu. Katanya steel ni akan meneutralizekan bau bawang tu. 


Empat, Squeeze some lemon juice into a bowl


Squeeze squeeze lemon dalam mangkuk pastu rendamkan tangan dalam 3 minit camtu. Lepas tu basuh. Tangan akan berbau lemoneseee gitu :D Kalau takde lemon, boleh guna cuka atau mouthwash!


Lima, Rub your hands in peanut butter


Lumurkan tangan korang tu dengan peanut butter. Nanti akan ada rasa berminyak sikit tapi bau boleh hilang. Kalo takde peanut butter kat rumah, boleh guna ubat gigi jugak.
Kalau satu badan korang berbau bawang, bolehla buat macam ni hikhikhik..


Enam, Peel a large orange, cut into it, or break the outer skin


Amik isi oren ni, gosok-gosok kat tangan selama 2 minit. Lepas tu basuh.
Tangan takkan ada bau bawang lagi dah lepas tu, akan bau orangey pulak :D
Haa korang cuba la ye tips-tips yang diberikan ni. Salah satunya pasti menjadi. Aku nak try tips nombor satu tu. Sambil hilangkan bau bawang, sambil lembutkan tangan. Hikhik.. Selamat mencuba!!

Korang juga bleh tengok website ni, 

Jurulatih Payung Terjun Jatuh Lalu Patah Pinggang - Ades!

Assalamualaikum,

Children, don't do this at home.


ALOR SETAR: Seorang jurulatih kanan payung terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami patah di bahagian pinggang akibat terhempas ketika mendarat dalam latihan penerjunan bagi persiapan penganugerahan sayap kepada pelatih penerjunan yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Padang Terap, Ahad lalu.


Berita Harian dimaklumkan, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Mejar Syakirien Yusoff, 35 dari Kem Sungai Udang, Melaka melakukan penerjunan di pusat latihan peperangan kursus zon gugur berhampiran ladang tebu, Padang Terap.

Difahamkan, ketika mangsa hampir mendarat iaitu pada jarak kira-kira 15 meter, angin bertiup kencang hingga payung terjun yang digunakannya tersimpul menyebabkannya hilang kawalan dan jatuh terduduk. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah pinggang, manakala beberapa bahagian tulang belakangnya retak dan kini terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.


Mangsa yang berasal dari Alor Setar mempunyai seorang isteri dan tiga anak.


Sumber memberitahu, ketika kejadian itu, mangsa masih sedarkan diri tetapi tidak mampu bangkit akibat kecederaan sebelum dibawa dengan ambulans tentera ke HSB.


Beliau berkata, penerjunan itu adalah persiapan bagi menyempurnakan upacara penganugerahan sayap kepada pelatih penerjunan yang turut disertai Khairy pada Khamis ini.


Katanya, mengikut program, Khairy akan melakukan penerjunan tamat latihan asas penerjunan dan akan disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Mangsa masih dirawat di HSB dan kini semakin stabil selepas tiga hari menerima rawatan. Kita berharap beliau cepat pulih dan mampu kembali bertugas seperti biasa.

“Selain itu, Syakirien juga dijadual menerima kunjungan Abdullah dan Khariy, Khamis ini,” katanya.


Adeh! Membaca kecederaan yang dialami tu dah cukup buat aku rasa ngeri dan ngilu. Itu aku yang membaca je, bayangkan yang mengalami tu pulak. Adui dui.. berganda-ganda la rasa ngeri dan ngilu tu kan.
Semoga Mejar Syakirien Yusoff segera sembuh dan semuanya baik-baik je. Muda lagi kan, dahla ada anak bini lagi. Hmmmm...

Baca kes-kes macam ni terus teringat mypumpkin. Sorry ye, nak selit gak cite pasal dia ehehe.. Erm dia memang minat gile gile dengan sky dive ni. Aku pun tak paham. Keje navy tapi minat sky dive. Kalo dah minat sangat kenapa tak join airforce je huhu.. Macam-macam lah angan-angan dia. Nak join orang terjun dari kapal terbang la, dari menara la ape la.. Aku support je tapiii.. dalam hati Tuhan je yang tau. Takut! Tak nak benda-benda macam berita kat atas ni terjadi pada dia. Aku memang dah cakap dengan dia aku tak benarkan huhuh.. Dia pernah cakap, masa kawin nanti dia nak terjun kat rumah aku dari helikopter (wah wah angan-angan yang kelas gitu!). But of course la aku tak bagi kan! Kang terjun, tak pasal-pasal jatuh terjelepok depan aku. Arghhh mau menangis tak berlagu. Abang, simpan jele angan-angan tu ye. Datang dengan kete je. Tak jauh pun rumah kita huhuhu..

Risky gile keje terjun payung ni kan.. Ape keje Navy ni tak cukup risky ke? Huuuuu.....

Tuesday, February 15, 2011

11 02 2011 - Babak Pertama

Assalamualaikum,



Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. 

xxxxxxx

Alhamdulillah.

 Our love has been sealed dengan sebentuk cincin belah rotan.


:)

Cincin sudah disarungkan di jari manis.
Tandanya hati ini benar-benar sudah dimiliki orang.

Tunggu babak seterusnya ;)

Aksi konon-konon tak percaya dah ada cincin tersarung di jari manis
Tolong abaikan kegedikan gadis di atas dan kegemukan jari beliau kuikui

Selamat Menyambut Maulidurasul



Maher Zain - The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Monday, February 14, 2011

Tangan Berbau Bawang!

Assalamualaikum,

Bukan bau shampoo bawang Jackie Chan

Tapi bau bawang ni:


Ini gara-gara rajin berada di dapur masa kenduri hari Jumaat lepas.

Sampai ke hari ni lekat bau bawang di tangan nih. Dah abes sabun dah gune. Shower gel, shower cream, sabun buku, semua tak berhasil. Losyen pun habis losyen dah sapu. Masih ada bau bawang!

Macamana nak hilangkan bau bawang di tangan?

Anda ada tips?

Sunday, February 13, 2011

1500hrs: KBR-KUL

Assalamualaikum,

Selamat tinggal Kelantan.
Selamat tinggal Kampung Kota.

Selamat tinggal mak, ayah, cik, kakak, abang, kakak ipar, adik dan anak buah tersayang.
Selamat tinggal keluarga mertua (ececece) yang dikasihi.

Selamat tinggal kucing-kucing berbulu.

Selamat tinggal!

Jumpa lagi nanti, Insyaallah.....bulan 3 saya coti lagi! :D



Salam sayang daripada saya yang berada jauh di perantauan (bluweks),
Amal

Saturday, February 12, 2011

11 02 11 - Alhamdulillah :)

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, 11 02 11 kenduri menyambut menantu abang aku berjalan dengan lancar walaupun agak kelam kabut dengan rumah takde air (Kelantan Water please do something!). 

Alhamdulillah, 11 02 11, is a special day in my calendar as well :)

Alhamdulillah, 11 02 11, Along aka Nor aka Noris, my best friend menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 25. Wah wah along, kita dah sebaya! hihih.. Semoga panjang umur dan cepat-cepat bertemu jodoh, insyaallah :)



And, I slept at 2am last nite baking muffin yang kureng menjadi wuwuwu tho ayah, Dila, my sis, Hafiy, kawan-kawan mak puji sedap hihih.. Rasa sedap, lembut elok tapi aku tak puas hati dengan bentuk dia erk.. Nanti saya buat lagi ye. Terima kasih Puan Ain for the recipe :D


Terima kasih pada anda yang masih datang menjenguk blog walaupun tak berupdate. :)

Ciao, mau tido!

Wednesday, February 9, 2011

1600 hours: KUL-KBR

Assalamualaikum,

Tata uols.
Ahkak balik kampung dulu.
Jangan rindu-rindu ahkak ye.
Senang-senang nanti ahkak pau laptop adik ahkak, ahkak update blog vusyuk ni.


Pelok cium korang ketat-ketat!
(Macam agak lucah plak gambar nih kan? hikhik)


Karnival WOW! Putrajaya - 1 Dekad Kecemerlangan

Assalamualaikum,

Tadi ada dengar iklan dalam TV mengenai Karnival WOW ni. Dengar je, tak tengok sebab masa tu dalam bilik. 

Aku terus bukak laman web Perbadanan Putrajaya sebab nak tahu lebih lanjut pasal ni. Yela, duduk di Putrajaya kan, kenala amik tahu pasal event event yang diadakan kat sini. Ada masa boleh pergi. 

Karnival WOW! Putrajaya ni diadakan sempena sambutan 10 tahun pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Dah 10 tahun dah?? Oh oh.. aku rasa macam baru je Putrajaya ni ada. Mungkin sebab sekarang aku nampak banyak bangunan-bangunan baru naik tu yang rasa macam baru je. Padahalnya dah 10 tahun dah ye... Paling obvious aku rasa, bila Alamanda penuh dengan orang. Kalau dulu yang shopping di Alamanda mungkin pekerja-pekerja kerajaan atau yang tinggal di Putrajaya je. Tapi sekarang, yang duduk jauh-jauh pun dah datang ke Alamanda. Mungkin jugak sebab dah ada GSC kan? Tu yang tarik ramai orang ke sini..

By the way, macam-macam aktiviti akan diadakan sempena Karnival WOW ni dari 11 hingga 13 Februari. Karnival akan diadakan di Tapak Pasar Tani Presint 2. Dekat dengan Jambatan Wawasan... Tak susah pun nak cari. 

Ramai-ramaila meriahkan karnival ni.
Pasti gempak.
Look for more events here.


Teringat suatu hari, aku terjumpa seorang pakcik di Putrajaya Sentral. Peramah sangat pakcik tu. Dia dengan bangga bagitau aku, dia dalah seorang penduduk awal Putrajaya. Dia kata dulu Putrajaya ni takde ape-ape. Sekarang dah maju, macam-macam ada! Dia siap tunjuk lagi kat aku IC dia yang beralamatkan alamat rumah dia di Putrajaya. Dia kata dia letak alamat Putrajaya sebab dia bangga jadi penduduk Putrajaya. Dia nak tunjuk kat cucu cicit dia, dia tinggal di Putrajaya. Aku tersenyum je dengar celoteh pakcik tu.

Anda warga Putrajaya, bangga tak? :)

Tuesday, February 8, 2011

Siapa Cari Saya?

Assalamualaikum,

This week:



Last week:



Last month:



Tetiba rasa glamour macam Fasha Sandha muehehehe..

Siapa anda? Stalker kah? eee takot!

Ape-ape pun, you are welcome here. Thanks for coming. Semoga anda jumpa apa yang dicari tentang saya ya? :D

Cat Show for Cat Lovers

Assalamualaikum,

Anda peminat kucing binatang berbulu yang sangat comel itu?  Anda ada kucing yang comel-comel dan gebu-gebu? Jom jom join Cat Show ni nanti :D

MCFA-TICA 18 ring International Cat Show di Tropicana City Mall
8, 9, 10 April 2011
For more info,
Click: http://www.mcfa.com.my

Another show is this one.. Boleh cuba-cuba jugak :)


3rd HHP Malaysia Cat Show
27 March 2011
South City Plaza, Seri Kembangan
For more info,
Click: http://forums.petfinder.my/showthread.php?p=93022


Kucing-kucing aku banyak kat kampung. Kat sini tak boleh bela kucing, tak sempat nak jaga! Tak pernah la pulak bawak dorang join cat show macam ni. Hish, dorang kucing kampong je! Ada yang dikutip di jalanan dan di tong-tong sampah saja. Tak padan nak masuk Cat Show. Biasa yang masuk ni kucing-kucing gebu je.. So, kalo pegi cat show pegi tengok jela, admiring and adoring kucing orang ehehe..

Jom pergi beramai-ramai nanti! :)

Hari Ini Saya Sebok!

Assalamualaikum,

Sebagaimana tajuk di atas, saya sebok gile nih hari ni! Gile pon tak sebok macam ni.

Starting tomorrow onwards aku amik cuti dan balik kampung!!! yayy yayyy!!
Kat kampung, paling tak sabar untuk

  • tengok kucing yang berbelas-belas ekor. Nak pelok-pelok! Itupun kalau dia tak sombong dengan aku.
  • shopping! Yeah right lah, poket pun dah kempis nak shopping apenye.
  • main masak-masak! yeah... tengah berangan nak buat muffin untuk....... eheheh.. harap-harap menjadi. Nanti nak pergi beli barang kat kedai Barang Kita ;)

Jadi sebelum pulang bercuti dengan seronoknya, kena bereskan kerja-kerja ni dulu

  • Reports! (Proj Align Monthly & Weekly)
  • Job orders untuk product clearing tomorrow until Friday


That's it. Nampak macam sikit je kan. Tapi hakikatnya banyak nak kena buat! Mahu sejam dua jam dok mengadap pc. Jadi,

Ini bukan gambar orang busy main game.
Ini gambar orang busy buat report.
Cuba tengok betul-betul.

Monday, February 7, 2011

Mengandung Anak Kembar - Bagaimana Rupanya?

Assalamualaikum,

Eh tidak tidak.. Saya tak mengandung! Kahwin pun belum lagi niiii.. Insyaallah lepas bulan 9 nanti baru aku mengandung (erk? :P). 

Ape cite pasal mengandung kembar ni? Actually, semenjak dua tiga menjak ni blog aku menjadi tumpuan pelawat-pelawat maya yang menaip keyword seperti di bawah





Ini semua gara-gara post aku yang ini.

http://amalini.blogspot.com/2010/12/gambar-perut-ibu-mengandung-anak-kembar.html

Ramai jugak yang baca post tu. Maybe mereka bakal menimang cahaya mata kembar dan nak sangat tahu macamana rupanya mengandung kembar ni.

Aku ada google and terjumpa satu website ni, memang bagos untuk bakal ibu. Ada dia tunjukkan fetal development for twins week by week. Meh aku share. Sila bawak bersabar kalo gambar lambat nak load. Salahkan internet provider anda!!!! :D


3 weeks pregnant 

4 weeks pregnant

8 weeks pregnant

12 weeks pregnant

16 weeks pregnant

20 weeks pregnant

24 weeks pregnant

28 weeks pregnant

32 weeks pregnant
36 weeks pregnant

Hebat kan ciptaan Allah? Kadang-kadang tak terjangkau dek akal kita macamana baby tu boleh duduk dalam perut yang sempit. Sorang atau dua tu macam biasa lagi. Cuba kalau kembar tiga? Kembar empat? Kembar lapan?! Huh...... tak boleh nak bayang!

Wanita yang mengandungkan anak kembar ni memang bertuah. Allah bagi rezeki berganda-ganda buat dia. Ini bukan sebarang rezeki. Tak semua orang dapat. Allah bagi kerana Allah tahu dia mampu untuk jaga lebih daripada seorang anak tak seperti orang lain.

Haih teringin jugak nak dapat anak kembar. Orang kata nak anak kembar kena make sure generasi kembar ada dalam keluarga. Dalam family aku ada 2 pasang sepupu kembar. Boleh tak agak-agaknya aku pulak pregnant kembar nanti? heheeh *gedikkkkkk*

Bakal ibu boleh lawati website ni untuk dapatkan lebih banyak info tentang dunia pregnancy dan baby :D


Nak tengok gambar-gambar real perut ibu yang mengandung anak kembar macam kat bawah ni? Boleh klik kat bawah gambar tu ye :D



I found another website yang super cool!! Dia tunjuk real pics of  week by week baby development dalam perut through ultrasound scan and 4D Scan. Super duper cool kan? And lagi dia share jugak apa yang ibu-ibu akan alami setiap minggu tu. So, ibu-ibu yang mengandung kembar dua atau tiga, bolehla salin nota macam kat sekolah dulu ehehe.. Lawati laman web berikut:

Twin pregnancy:

Triplet pregnancy: 


Oh ada lagi laman web yang comel! Meet Cherry Menlove yang sangat beautiful ni! Dalam website dia ni ada diari masa dia pregnantkan twins dia yang dah pun selamat dilahirkan dan cute gile! Alala geram je tengok. Jeles tau. Mari jeles sama-sama! :D


Sori, aku takkan letak video saat-saat baby kembar dilahirkan. Sebabnya aku tak suka nak tengok! Ngeri! Karang dah tengok, jadi takut pulak nak beranak..Biarla nanti aku rasa sendiri ye. Nak rasa sakit je, takmo tengok keadaan kat bawah tu yang koyak rabak. Erkkkk... Kalau korang nak tengok, silala cari sendiri di You Tube. Bersepah-sepah video beranak. Okay!

Selamat mengutip ilmu! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...