Monday, January 31, 2011

T___T Pengsan sekejap T___T

Assalamualaikum,

Tolong tolong.. I need bantuan pernafasan. Somebody please help me! Hero tamil saye mana??

Aku sesak napas sekejap melihat gambar-gambar di laman web berikut:

PHOTOAURA

Oh my my, the brides and grooms are all gojes mojes. Photographs taken also cun melecun, creative tak hengat, juling bijik mata tengok. Jealous jealous..

Nak hire dorang boleh tak? Ce tengok rege yang ditawarkan:

PHOTOAURA PACKAGE


IF YOU WANT TO HIRE ME FOR YOUR OCCASION

PACKAGE A RM2,499

UNLIMITED PICTURE
120 PIECES 4R PRINTS
1 STICKY ALBUM
10×15 PHOTO STORYBOOK (HOT PRESS HARD COVER)
DVD COPY FOR ALL PHOTOS

PAKAGE B RM1,699

UNLIMITED PICTURE
90 PIECES 4R PRINTS
1 STICKY ALBUM
8×12 PHOTO STORYBOOK (HOT PRESS HARD COVER)
DVD COPY FOR ALL PHOTOS

PAKAGE C RM899

60 PIECES 4R PRINTS
1 STICKY ALBUM
4 PIECES 8RW PHOTO PRINTS FOR FRAMING
DVD COPY FOR ALL PHOTOS


0___o


Okay..saya nak pengsan sekali lagi.
Huwaaaaaaaa~
 
Berangan sajalah alwaniamalini.
 
Ke ada yang nak sponsor saye???
Please please pleaseeeeee.. pwetty pleaseee
 

Sunday, January 30, 2011

What's Up with my January Planning?

Assalamualaikum,

Awal Januari hari tu aku ada buat entry pasal January Planning. Aku list down benda-benda yang aku dah plan nak buat on January ni. Let's see, plan aku tu berjaya tak dilaksanakan dalam bulan Januari yang dah nak sampai ke penghujung ni...
  1. Renew roadtax & insurans Cik Bibab. Expiry date yang tertera pada roadtax ialah 11 Januari 2011. Cik Bibab dah berusia 2 tahunla! Insyaallah akan ke Maybank untuk uruskan semua ni pada 5 Jan 2011. - DONE! Aku pergi settle awal-awal sebelum ke Sabah lagi sebab tak nak serabut-serabut kepala. And roadtax pun dapat sehari sebelum aku pergi Sabah. Lagi tak serabut kepala :D Cumanya, aku tak terus lekatkan dekat kereta. Seminggu balik dari Sabah barulaa aku lekat huhu.. Nasib baik JPJ/polis tak buat road block ngeeeee~
  2. Bercuti bersama geng PCD di Kota Kinabalu, Sabah! Flight kami dari KL ialah pada 7 Jan 2011 jam 9.30 malam. Seriously can't wait! :) Ini maybe percutian terakhir sebelum beberapa orang daripada kami menamatkan zaman bujang pada tahun ni. Termasuk aku kah?? We'll see. Asyik we'll see jek, jadinye tidak ahahaha :P - DONE! It was a super awesome hols. Seronok dapat habiskan masa dengan kawan-kawan. I've post part by part entry on this vacay. Ada kat tepi tuh, Hoye-Hoye di Sabah. Memang hoye hoye betullah! Oh, Sabah syok sebab seafood murah :)
  3. Nak servis Cik Bibab. Sepatutnya bulan Disember. Tapi sebab gaji Disember aku amik untuk bayar roadtax & insurance, terpaksa tunda servis. Rasanya Cik Bibab takde ape ape masalah. Sebab hari-hari dok ulang alik Putrajaya-Cyberjaya-Putrajaya je. Mungkin pergi selepas 15 Januari. After gaji masuk :D - POSTPONED! Ya... have to postpone servis Cik Bibab atas sebab-sebab tertentu. Sepatutnya servis pada 28 Jan tapi aku call Perodua Service Putrajaya (after several attempts. Gila susah dorang ni nak pickup phone.grrr..) and change to 19 Feb. Nasibla can still slot in. Tak nak buat hujung-hujung bulan. Pasalnye, hujung bulan poket dah kering. Nak buat macamana, gaji masuk tengah bulan huhuhu.. Cik Bibab please behave ya?
Eh tu je eh planning aku on January? Rasa macam buat banyak benda on January nih... Hmmph cepatnye masa berlalu kan. Rasa macam baru semalam kita celebrate new year. Pejam celik pejam celik  bulan 1 dah nak habis and dah nak masuk bulan 2 dah. Bulan 2 lagila singkat, 28 hari je. Dah nak kena pikir planning February pulak. Ape nak buat on February uols? :)

Saturday, January 29, 2011

Piala Sumbangsih: Kelantan vs Selangor

UPDATED @11.16pm

Keputusan penuh:

Kelantan 2 0 Selangor

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mat Yo (penalti) & Piya (gol cantek gile!)

**********************************************
Assalamualaikum,

Sedang menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor. Keputusan semasa:


Kelantan 1 0 Selangor


Comey pulak tengok jersi baru team Red Warriors. Happy pun dah jadi penaja sekarang. Tersenyum je dia :)

Saturday is Laundry Day

Assalamualaikum,

Happy Saturday everybody.

Hari ni bangun pukul 9.00 pagi. Heaven sungguh rasa dapat tido lama-lama eheh.. Celik je mata tengok laundry basket aku yang dah menggunung. Ada dua basket. Satu meminta-minta untuk dicuci, satu lagi meminta-minta untuk dilipat. Heh seminggu dah tu.. Apela nasib korang dapat tuan macam aku :P Urgh aku memang malas betul nak cuci/lipat baju nih. Padahal cuci dengan mesin bukan handwash. Still, I am so lazy! Baju memang aku basuh once a week hikhik.. Kumpul banyak-banyak dalam basket sampai dia tinggi menggunung. Bukan ape, aku kan idop menumpang. Takkanle aku nak basuh baju guna sabun akak aku hari-hari. Kang ape lak dia cakap (dia takde cakap ape pon sebnanye hihi).. Nak beli sabun sendiri takde duit (ee suka betul guna alasan takde duit. Takde duit betul-betul baru padan muka huhuh).. Kesimpulannya aku malas je (huu anak dara ape canih, lagi berangan nak kawin haish!). Unlike mypumpkin yang aku rasa memang hobi dia la membasuh baju. Every nite mesej, bila tanya buat ape, jawapan dia tak lain tak bukan, "tengah basuh baju." "tengah spin baju." wawawa rajinnye. Oklah, kawin sok biar dia ajelah yang basuh! :P

The day of the week has come.. Saturday is my laundry day. I dumped all the baju busuk-busuk masuk washing machine. Masukkan detergent, tekan tot-tet-tot-tet, berputar-putarlah baju tu kena basuh. Done satu keje laundry. Another one awaits. Baju yang nak dilipat.. Hari ni aura rajin ada maka lipat baju pun kemas gile. Puas hati dengan kerja sendiri :) Sesambil lipat baju tu, aku belek-belekla cari takut ada kain terkoyak ke ape, butang cabut ke ape. Tapi takde, semua baju dalam keadaan sempurna. Good, tak payah beli baju baru :D

By the way, hari ni aku nak share something dengan korang. Penah tak korang belek-belek baju korang yang mahal-mahal tu and tengok dia punya care labels sebelum cuci?


Aku selalu jugakla tengok, but never understand them huhu.. 
Korang paham tak symbol-symbol tu?

Kalau nak baju kita sentiasa nampak baru and tak lusuh, kita kenala ikut instruction care labels ni bila nak basuh. Tapi aku selalu main hentam je, maklumla baju murah-murah. Kalau baju mahal, kena teliti jugakla. Bukan ape, baju dahla mahal pastu tiba-tiba lepas basuh tu baju rosak ke ape, tak ke rasa nak nangis hantuk-hantuk kepala ke dinding?

Aku penah berangan nak bukak kedai dobi (ish ish baju sendiri pun malas nak basuh ada hati nak bukak kedai dobi). Donnola why but I just suka nak bukak kedai dobi ni hehe.. Tapi kalau symbol di care labels ni pun aku tak reti nak baca, macamana nak bukak kedai dobi kan? People send their clothes to laundry sebab mereka percaya dan yakin pekerja dobi tu tahu cara nak mencuci baju dorang ni sebaik-baiknya. And normally baju yang dihantar tu pun mahal-mahal. Tapi disebabkan kita ni kurang pengetahuan, main hentam saja, macam-macam boleh jadi. Baju turun colourla.. baju besar tetiba shrinking jadi kecik ke, carik-carik ke. Huh mau kena maki dengan customer kan? Tak pasal-pasal kena heret ke mahkamah tribunal pengguna. Well customer has their rights kan? So sebelum berangan nak bukak kedai dobi, dan juga untuk pastikan baju kita sentiasa nampak baru, marilah kita fahami care labels ni (sebelum sampai ke point yang nak disampaikan, banyak betul aku membebel ye. Sori!).

BASIC SYMBOLS


Nak faham lebih lanjut pasal basic symbols ni boleh klik sini:

http://www.textileaffairs.com/c-common.htm#wash

So kalau tengok pada contoh care labels dalam gambar first kat atas tu, baju tersebut mestilah dicuci dengan cara berikut:
Satu:

 Dua:

Tiga:

Empat:

Lima:



Selamat mencuci baju dengan betul!
:)

Friday, January 28, 2011

Aku Dah Sedia Ke?

Assalamualaikum,

*Entry love life lagi. Jangan baca kalo tak suke.*

Erm.. siang tadi jenguk blog Ryehannaz: Remember When ni. Well she's a navy wife. And latest entry dia sedih gile huhuhu.. Imagine ko tengah sarat mengandung, encik suami pulak kena pegi belayar sebulan. Masa-masa nilahh dia nak kena pegi ye? Dah tu pulak takleh ada pengecualian. Dah tugas kan? Ape boleh buat. And navy wife, being the toughest job in navy..terpaksalah turutkan saja.

I asked her to be strong.

Lepas tu aku pikir balik. Kalau benda ni jadi kat aku jugak, will be strong enough? Kuat ke aku nanti?
Aku tahula aku ni tak kawin lagi dengan dia and don't know when pun lagi (some time this year, insyaallah) but I have to prepare myself from now on kan?

Sekarang time bercinta pun dah duduk berjauhan, dah belajar erti rindu. Aku rasa aku boleh handle la. Tho awal-awal dulu saangat susah! Sekarang, susah jugak tapi cuba buat-buat senang. Tapi ni time bercinta, dah kawen nanti sure feeling dia lain kan? Kitorang pun planning few months after kawin nanti kitorang duduk separate dulu. Dia di Lumut, aku di Cyberjaya. Tapi, mampu ke aku nanti? Macam tak je huhuhu.......

And kalaulah situasi Ryehanna ni terjadi pada aku jugak, will I be strong enough to handle it? Huuu takutnye!

Tapi orang kata, kalau dah sayang, kalau dah cinta dan kasih, ape-ape dugaan pun kita sanggup hadapi kan? Macam ayat cliche time bercinta, lautan api pun sanggup ku renangi.. I will be strong. Insyaallah....

To Ryehanna and other navy wives yang terpaksa bersendirian apabila suami belayar atau bertugas, kuatkan semangat. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Insyaallah.




p/s fuh fuhh mintak mintakle kapal mypumpkin tak gerak sampai bile bile huhuhuhuh

Thursday, January 27, 2011

Handphone o Handphone

Assalamualaikum,

Handphone aku dah rosak :(
Dah tak boleh on.
Bila on keluar blue screen.
Sedih.

Call my pumpkin guna phone office petang tadi.

Aku: Abg, hp syg... sodaqallahualazimm...
Mypumpkin: Haa?
Aku: Mesej mesej tetiba puff, gelappp.. dah takleh on.
Mypumpkin: Oh, Innalillahiwainnailahirajiun....

Pastu dengar suara-suara kat background, "Kenapa? kenapa? Sape meninggal?"

Mypumpkin: Henpon.... rosakkkk....
Suara background: Oohhhhhh....

Hihi buat lawak plak dia ekk...

Sedih.
SE K530i.
hp pertama yang dibeli dengan duit sendiri dah rosak.
hp yang banyak berjasa.
Yang dah survive pelbagai malapetaka.
Jatuh dalam air (lorat kat dalam laut pun tuan dia ni nak bergambar),
Kena baling ke dinding (mangsa keadaan yang tak bersalah bila aku gaduh dengan mypumpkin),
Jatuh atas lantai (saya seorang yang cemerkap).
Semua dah dialami dan dia selamat.
Tapi kini, tak dapat diselamatkan lagi.
Ke dia merajuk pasal aku nak beli hp buat hantaran? Kuikui..
Jangan merajuk, memain saje. Ingat aku kaya raya ke nak buat hp as hantaran?
Buat towel bentuk hp bolehlah.

Tak dapat nak berkomunikasi dengan keluarga tercinta.
Dengan mypumpkin. Dahla ini satu-satunya source komunikasi aku dan dia. Pasti aku rindu dia :'(
Dengan rakan-rakan. Dahla Facebook dah closed account. (Aku close sendiri, bukan Mark Zuckerberg)

Dah nak kena pikir nak beli hp ape plak.
Paling penting, kena keluarkan duit lagi.
Huwaaaaaaaaaa!~


R.I.P








P/S: baru perasan, previous previous entry banyak bercerita pasal kawen. Ish ish ish.. inilah namanya gedik tak hengat-hengat eheheheh.. Maafla ye andai ada yang rasa menyampoh huhuhu..

The Navy Wife

Assalamualaikum,

Browsing the net last nite, then I found this beautiful poem by a Navy Officer dedicated to his wife.


The Navy Wife 

A Navy Wife is no ordinary woman. Operating for months at a time without the companionship or assistance of her husband, she routinely overcomes challenges that would give the average person a nervous breakdown. 

Part Doctor, part Teacher and part Handyman, she can lavish loving care on a sick toddler, help a teenager with his Algebra homework, and track down a faulty circuit breaker -- all while holding down a full time job. 

With thirty minutes notice, she can serve breakfast, lunch, or dinner to fourteen hungry Sailors, and still somehow balance her family's meager grocery budget. 

She can press a set of dress whites to inspection standards, tie a perfect square knot in a military neckerchief, and pack a seabag in the cold hours before dawn. 

For months at a time, she must settle for letters instead of kisses, emails in place of hugs, and long-distance phone calls in lieu of her husband's touch. 
She manages a smile when her Sailor is at sea for the second Anniversary in a row, and accepts the fact that there's a one-in-three chance that he will have to stand Duty on her Birthday. She has learned to stand on a pier and wave goodbye without tears, even when her heart is breaking. 

To her children, she is Chauffeur, Umpire, Psychologist, Spiritual Advisor, Financial Consultant, part-time Father, Tooth Fairy, Santa Clause, and the Easter Bunny. To her husband, she is Friend, Lover, Partner, Confidant, and Soul-Mate. 

She is a patriot. She is the sort of citizen that all of us should be, but so few of us are. She lives with sacrifice, because she believes in the rights and ideals that her husband defends. Although she wears no uniform, she is a part of that defense -- a vital link in the chain of Freedom. Although she wears no medals and will reap no glory on the field of battle, she is a hero in the truest sense of the word. 

She is a Navy Wife.



© 2005 Jeff Edwards. 
Jeff Edwards is a retired U.S. Navy Chief Petty Officer, and an Anti-Submarine Warfare Specialist. He is currently working as a civilian expert consultant to the Fleet Anti-Submarine Warfare Command, the Navy's think tank for high-tech undersea warfare. His naval career spanned more than two decades and half the globe -- from chasing Soviet nuclear attack submarines during the Cold War, to launching cruise missiles in the Persian Gulf.

Taken from here: http://keluargaandike.multiply.com/journal/item/6


How sweet. Nak jadi Navy Wife macam ni jugak nanti. Insyaallah :)

Wednesday, January 26, 2011

Tanggungjawab Suami Isteri

Assalamualaikum,



Ramai yang nak kawin kan tahun ni.. Aku pon tak terkecuali. Gedik gedik nak kawin nih muahaha.. So semalam saje saje google tanggungjawab isteri ke atas suami dan tanggungjawab suami ke atas isteri. Rata-rata artikel yang aku jumpa, sama sajelah isinya. Maybe masa kursus pra perkahwinan pun ada bincang hal ni kan? Aku belum pergi jadi tidak tahu :D

Bagi aku, sebelum kawin, kita memang kena betul-betul paham tentang tanggungjawab ni. Sebab bila dah kawin, benda ni la yang akan menjamin keutuhan hubungan kita. Aku rasala, kebanyakan keretakan rumah tangga terjadi sebab rata-rata orang kita tak betul-betul mendalami perkara ni. Kalo dorang betul-betul paham, I am very sure, takkan ada suami yang curang, takkan ada isteri yang nusyuz, takkan ada yang turun naik mahkamah, takkan ada keluarga yang berpecah belah. Tapi wallahualam, kadang-kadang benda kalau nak jadi kita memang tak boleh nak buat ape. Allah yang menentukan segalanya. Ape-ape pun, kita kenala berusaha, cari jalan untuk elak daripada terjadinya benda ni.

Untuk panduan bersama, here's a list of tanggungjawab suami isteri:

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami
  1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana  suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
  3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
  4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
  5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
  6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
  7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
  8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
  9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri

  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
  4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
  5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
  6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
  7.  Memenuhi keperluan nafkah batin
  8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
  9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri. 

Info taken from here: http://jomkahwin.wordpress.com/category/tanggungjawab-suami-isteri/

Sape-sape yang ada masalah rumah tangga tuh, pikirla semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk berpisah ke ape. Memang berpisah tu cara paling mudah, paling senang nak lari dari masalah, tapi pikirkan kesan sampingannya. Nak bercerai berai nih pakai duit banyak tauu.. Nak bukak fail kat mahkamah, nak upah lawyer. Tu baru cerai, kang nak tuntut nafkah harta sepencarianlah, tuntut nafkah anakla. Hish, banyak gile duit nak kena keluarkan. Baik guna duit tu buat pegi holiday huhuhu.. Lagi satu, kalau ada anak, kasihanilah anak-anak. Jangan jadikan mereka mangsa. Kesian kat anak-anak yang tak dapat nak merasai kasih sayang mak dengan ayah sepenuhnya. Yela, kebiasaannya selepas bercerai mak yang akan jaga anak. Dengan ayah, cuti panjang baru bleh jumpa. Tak ke kesian tu? Dah besar nanti pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada dorang. Mungkin ada yang tak nak kawin sebab takut sejarah antara mak dan ayah akan berlaku kepada dia juga. Tak adil kan untuk mereka?

 Lagipun perceraian ni kan satu perkara yang halal tapi amat dibenci Allah. Teliti kembali hak dan tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri, mudah mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan sentiasa memperoleh kebahagiaan.

Tuesday, January 25, 2011

Mari Mencuba Nasib: CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Assalamualaikum,

Terima kasih Cik Dilah kita yang mengetag saya untuk join contest hitam putih ini. Gigihla ha saya mencari gambar ala ala zaman dolu dolu nih. Cool ke tak, tak tau la, terpulang pada cik pengadil kita yang bermata coklat comey ni buat keputusan (ayat bodek tak tahan ahahaha)...

Anda anda marilah join ini contest. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :D


1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
Follow sudah!


2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
Letak already and it has been linked. Try tekan kalo tak caye ;)

3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*

contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !

So here's my black and white photo ;)

Photos taken after lunch dekat Putrajaya Lake Club.
Semua kekenyangan lalu tersadai di tepi tasik. Dah macam boye daa......

Cik pengadil yang cantek manisss (bodek lagi kuikui),
Kalau saya menang, saya nak guna RM100 tu buat beli kasut dan bag baru! yihaaaaaa~

4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !


Silalah cari gambar hitam putih anda yang paling cool. Mana tau rezeki anda dapat RM100?
Kalo dapat, share ngn aku ye? fifty fifty :P

5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011
Lambat lagi neh..

Kata-kata akhir,
Moga-moga menang. Fuhhhhh fuhhhhh

Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan

Assalamualaikum,




TEMERLOH: Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, di sini, gempar dengan tindakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cuba terjun dari tingkat dua bangunan dipercayai diserang histeria kira-kira jam 8.30 pagi semalam.


Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit tiba-tiba menjerit lalu melompat keluar melalui tingkap kelasnya ke koridor tingkat dua bangunan sekolah itu.
 
Pelajar terbabit juga dikatakan berlari-lari sepanjang koridor terbabit sebelum berdiri di hujung bangunan setinggi 10 meter sambil mendepakan tangan seolah-olah mahu terjun. Keadaan bertambah cemas apabila pelajar terbabit turut menarik cermin tingkap nako lalu membalingnya ke bawah bangunan.


Seorang guru yang enggan dikenali berkata, tindakan pelajar itu bagaimanapun menyebabkan tangannya luka dan dia dikatakan menjilat darah yang mengalir keluar dari tapak tangannya.

“Pelajar berkenaan semakin agresif apabila membuka tudung lalu membalingnya ke bawah dan keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya berjengket memijak lantai,” katanya di sini, semalam.

Suasana kecoh di perkarangan sekolah terbabit menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.

Beliau berkata, pengurusan sekolah turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar terbabit. Kita dan pengurusan sekolah bersyukur kerana tidak ada kejadian tidak diingini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang pantas mengambil tindakan,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria pernah berlaku beberapa kali di sekolah terbabit namun kejadian semalam paling mencemaskan.

Berita Harian difahamkan, selepas pelajar terbabit dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), beberapa pelajar lain kemudian terkena histeria namun keadaan terkawal.

News taken from: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahgemparpelajarhisteriamahuterjun/Article

Hokay, agak seram dan mengerikan berita ini. Macam-macam boleh jadi apabila diri dikuasai syaitan iblis yang direjam Allah ni. Mintak-mintak jauhla daripada benda-benda macam ni. Lengkapkan diri dengan ilmu agama yang kuat. Sentiasa ingat Allah!

Cara-Cara Mengelak Dari Terkena Sihir atau Gangguan Syaitan:

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasadikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:

"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"

(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"

Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.

(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.

(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

Diambil dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8722.0

Waiting For The End - Linkin Park



This is not the end
This is not the beginning
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone

And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something emptys within em


We say yeah


With fists flying up in the air
Like we’re holding onto something that’s invisible there
Cuz we’re living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it forget it
Let it all disappear


Waiting for the end to come
Wishing I had strenght to stand
This is not what I had planned
It’s out of my control


Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It’s hard to let you go


I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven’t got


Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn’t so


What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it’s like moving on


And I don’t even know what kind of things I said
My mouth kept moving and my mind went dead
Picking up those pieces now where to begin
The hardest part of ending is starting again


All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven’t got


This is not the end
This is not the beginning
Just a voice like a riot


Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something emptys within em


We say yeah


With fists flying up in the air
Like we’re holding onto something that’s invisible there
Cuz we’re living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it forget it
Let it all disappear



Can't get this out of my head:

This is not the end
This is not the beginning

Monday, January 24, 2011

Takde cerita best

Assalamualaikum,

Hari ni macam takde ape cite menarik. Dah puas pikir. Buntu.

Bosan pun ada gak nih. My pumpkin keluar dengan member. Takleh mesej mesej. Ape nak buat?

Blogwalking lah jum!

Tunggu.. saya akan terjah blog anda! :)

Sunday, January 23, 2011

Ramai Betul Yang Nak Kahwin Tahun Ni!

Assalamualaikum,




Ye ramai betulla member member aku yang nak kawin tahun ni. Berderet-deret lak tuu..

Februari - Dina
April - Tini
May - Chan Chan
June - Cousin aku, Yati.

Wah wah sape lagi yang nak kawin tahun ni? Sila bagitau aku, aku nak masukkan dalam list aku nih. Kengkawan blogger pun ada gak ni kan? Cepat-cepat bagitau aku!


Haih seronoknye nak kawin! :) Tapi harus diingat, kawin bukanla perkara mudah. Saat cincin disarungkan di jari manis, bermulalah hidup yang baru. Dah kawin nanti banyak dugaan dan cabaran yang datang. People said setahun pertama memang tahun yang sukar. Yela sebab masa ni lah kita baru nak kenal pasangan masing-masing. Masa bercinta memang manis, dah kawin, dah duduk sebumbung, dah tido sekatil, sebantal, baru kita tau their true colours. Masa nila sebarang keburukan pasangan kita tu kita harus terima dan belajar memahami dorang. Orang kata terimalah pasangan kita tu seadanya. Lagipun, dah jadi pasangan hidup kita dah pun kan. Kita kawin bukan sehari je, tapi untuk seumur hidup kita, insyaallah....

Tahniah buat rakan-rakan aku yang bakal mengakhiri zaman bujang tahun ni. Bakal mengalami peralihan dalam hidup, daripada cik kepada puan, then to mummy.. wah wah so comel! :) Pasti semua tengah sibuk buat persiapan ni. Selamat bersiap-siap dan semoga majlis yang bakal diadakan nanti sempurna dan berjalan lancar. Aku pun nak siap-siap gak ni. Siap-siap pikir nak bagi hadiah ape laa kat korang nanti huahuahua..



Anyway, aku pon dah stat baca blog bride to be. Ape kes?? muehehehehehe...

Friday, January 21, 2011

Cuti Macam Tak Cuti

Assalamualaikum,

Hari ni aku cuti. Nak menghabiskan cuti tahunan tahun lepas sebelum Mac.

Orang biasanya kalau cuti pergi berjalan, pergi makan angin..Memang aku ada niat nak pegi Lumut jumpa my pumpkin tapi semalam mak call, mak pesan, "weekend ni dok umah je. jangan dok berjalan! jangan pegi mana-mana!" Oh okay, mak tercinta dah sound. Tak bolehla pegi huhuhu...

Tapi hari ni aku takdela lepak kat rumah membuta je. Aku sibuk gile hari ni! Kalah keje. Sampai uncle jiran sebelah rumah ni pun tego, "bz u hari ni...." Heh yela uncle, saya busy. Jadik drebar. Ke sana dan ke mari.

Awal pagi, hantar Hanin & Khalis sekolah. Pastu ke Cyberjaya hantar kakak aku pegi ofis. Lepas tu aku plan nak bawak Cik Bibab pegi car wash biasa dekat Streetmall tu. Tapi tak bukak lagi time tu. 8.30 pagi baru bukak. Masa tu baru 8 pagi. Aku pegila breakfast kat Terminal tu sorang-sorang dulu. Dah siap makan, baru 8.15 pagi. Aku pegi bank dulu kejap, pastu isi minyak penoh penoh. By then dah pukul 8.30 pagi. Aku pegi balik car wash tu tapi tak bukak-bukak jugak lagi. Hadui, kecewa.

Plan lepas tu nak balik rumah je. Tetiba terlintas nak pergi service centre Perodua kat Precint 14. Gamble je pegi padahal tahu kereta sure banyak nak servis. Pegi-pegi memang btulla. Hari ni dah penuh dah kete. Bukan aku tak book awal-awal, aku dah call tapi dorang yang tak pickup phone. Aku call semalam, semalam kan cuti! Memangle takde orang angkat phone! Hadei... So, aku book servis Sabtu depan.

Tengok kat situ ada car wash, terus masuk.. Yela, alang-alang dah kat situ and memang dah niat nak basuh Cik Bibab ni. Comot gila weh!



Wash plus vacuum, harganya RM10. Sama jugakla charge dekat car wash Streetmall tu. Tapi kan..aku rasa yang kat Precint 14 ni tak ok sangatla cara dia basuh huhuh.. Cepat memang cepat tapi tak bersih sangat. Aku ni bukannla jenis orang yang nak kecoh-kecoh kat situ, nak bising-bising ke ape.Aku diamkan jela. Bayar aje. At least dorang dah cuci kete aku walaupun tak okay sangat. Tapi kalau aku dah tak puas hati, aku mungkin tak pegi lagila kat tempat tu. Unless dah takde choice kan?

Then, aku balik rumah. Sampai je depan gate rumah (tipu. rumah Putrajaya mana ada gate) akak aku call. Mintak tolong aku pegi bayar cukai tanah dengan cukai pintu kat Pejabat Tanah &  Perbadanan Putrajaya. Memandangkan aku dah cuti ni bolehla tolong bayarkan. Kalau tak, susah pulak dia nak amik cuti.

Cukai pintu dan cukai tanah 2011 korang dah boleh pegi bayar walaupun bil belum sampai kat rumah. Baik bayar awal-awal, tak serabut kepala. Jadilah rakyat yang baik ehe (mentang-mentang dah bayar).


Buat pengetahuan orang-orang Putrajaya, cukai pintu boleh dibayar di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Perbadanan Putrajaya dekat depan Palace of Justice, sebelah Maybank.


Cukai tanah pulak boleh dibayar di Pejabat Tanah yang terletak di blok C & D.. Orang tak ramai so tak lama menunggu.

Siap membayar cukai, aku balik rumah, basuh baju sket, blogwalking kejap. Pukul 12.15 tengahari pergi amik Hanin & Khalis dekat sekolah then hantar dorang pegi day care. Sampai dekat day care Khalis cakap lunch box dia tertinggal kat sekolah, Hadoiii, aku patah balik pegi sekolah amik. Pastu terus balik rumah, terbongkang! Penat!

4.15 petang, pegi amik akak aku kat ofis, amik Hanin & Khalis kat day care,pegi makan, then balik rumah. Phewwww penat! Seriously penat!

Itulah aktiviti saya pada hari cuti ini. Haih macam tak cuti! Lepas ni kalau cuti, aku nak betul-betul bercuti!!!

21 01 2011 - Selamat Pengantin Baru Abang Saya :)

Assalamualaikum,

Jam 6.01 petang tadi, aku terima sms ni daripada adik aku,

"Wani.. selesai sudah akad nikah abe. Akhirnya kak Intan n abe sah bergelar suami dan isteri."

Alhamdulillah :)

Akhirnya abang aku selamat kahwin. Abang aku tu umur dah banyak. Banyak ke? Tahun ni baru umur 35 tahun  ehehe..Dulu kalau cakap pasal kawin endah tak endah je. Tup tup dia bagitau nak kawin. Memang mak aku happy sangat. Mak pun dah lama tak buat kenduri kat rumah ni. Orang tua, kalau anak dia nak kawin, of course dia excited kan? Ayah aku lagila. Dia memang nak anak dia ni berumah tangga cepat-cepat kalau dah ada yang berkenan. Dengan aku pun dia dah bising. No worries ayah, Wani pon tak lama dah ni. Ayah prepare jela duit nak wat kenduri ye? opssss... ahahaha...

Akak ipar aku orang Sik, Kedah. Tak dapatla aku nak pergi. Tunggu adik aku mms gambar jelah nanti. Oh, I bought my brother butang baju melayu yang mutiara tu masa gi Sabah the other day. Aku suruh dia pakai time akad nikah. Dia pakai tak huhuhu... Harap-harapnye pakaila :) Kenduri kat rumah aku pulak on 11 02 2011. Insyaallah aku balik. Tiket dah beli dah pon. Confirm balik! Lagipun, ada projek lain bulan 2 nih ehem ehem..... :P

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru abang saya :) Dan Kak Intan, selamat datang ke keluarga kami. Buatlah macam keluarga sendiri eehehehhe...

My sister mms this pic. 
Hehe comelnye abe, pink pink gitu. 
Ehh abe macam pakai je butang yang aku belikan tu ehehe... 
Sweet!!

TAHNIAH!!!!

:)

Khurafat - Perjanjian Syaitan

Assalamualaikum,

Semalam tengok Khurafat bersama teman-teman sejati, Nor, Yana, Rosie, Shida & Chan Chan di TGV The Mines.



Heh menakutkan jugak cerita ni. Ke sebab aku ni penakut sangat? hihih.. Aku rasa aku ni penakut kot. Huu jenis yang cepat terkejut tapi aku takdela menjerit okkay. Takut yang bersopan santun, sekadar menutup muka dengan tangan je hehe.. Part part nak keluar hantu tu aku tengok melalui celah-celah jari je ahaha..



Bagi yang penakut macam aku, filem ni dah cukup seram. Tapi tak seseram cerita hantu siam, jepun atau korea. Filem ni tak berapa sama dengan cerita hantu melayu lain sebab kurang adegan menjerit ehehe.. almaklumla, yang dihantui tu lelaki. Takdela jerit jerit. Kalo lelaki pun menjerit tak tahula aku ehehehe... Berlakon dalam gelap tu normal untuk cerita hantu. Tapi kalo dalam pejabat pon gelap gila, macam tak logiklah tu. Banyak sangat lah scene dalam gelap nihhh..


Hantu muncul pada waktu orang tak expect pun dia akan muncul. So bila dah muncul tu memang satu panggung menjerit (aku tak jerit tau). Jalan cerita memang bestla. Cerita yang unsangkarable last last tu. Aku suka cerita yang macam ni, yang buat aku berkata, "Ooooo..patutlaaaaa....."


Pelakon-pelakon okay-okay jugakla. Syamsul Yusoff, kacak, tapi suara mendatar. Marah pun macam bercakap biasa ehehe.. Sedih pun sama. Tah lah, dah dia memang suara macho camtu kot ehehe.. Liyana Jasmay pon ayu je bertudung. Tapi dia jadi isteri Syamsul? Er macam tak seswai di situ. Sebab nampak dia macam budak-budak je lagi. Macam budak sekolah pun ada. Tetiba jadi isteri. Huu mungkin sebab aku tak pernah lagi tengok dia berlakon jadi seorang isteri dan wanita? Dats why aku rasa macam tu..

Aaa ada satu scene, scene awal-awal, Syamsul imamkan solat. Er aku terperasan masa duduk tahiyyat akhir tu dia tak angkat jari telunjuk dia. Macam duduk antara dua sujud biasa je..Errrr ke aku yang salah tengok? huhuhu

Overall, cerita ni ok. Tak membazir harga tiket. Tak macam Lembing Awang Pulang Ke Dayang tu. Gross!!!


Jadi, pergila tengok Khurafat ni ye. Amik pengajaran daripada cerita ni. Tok sah la dok berdamping dengan setan jin nih. Khurafat sume tuh!!!!!

Thursday, January 20, 2011

Hari Ini Saya Bekerja. Anda?

Assalamualaikum,

Hari ini Thaipusam - Johor, N9, Perak, Penang, KL, Putrajaya & Selangor cuti.

Eh Cyberjaya bukan dalam Selangor ke???? Nape aku keje jugak?? Huu sebabnye company tempat aku mencari rezeki halal ni bukan akuuu yang punyaaa.. HR cakap dorang tak observed Thaipusam as holiday. So cannot cutilah. Kena kerjalah. Nasibla keje prebet ni kan. Ape boleh buat labuuuu... Selamat bercutilah pada yang cuti tu. Sesungguhnya saya sangat jeles dengan kamu! Tapi takpe, esok saya amik cuti sendiri... Yah0oo0oo long weekend! :P

Semalam tengok The Tourist with my sister.


Okay, orang sangat ramai! Maklumla Wednesday night and malam public holiday pulak kan. Beratur panjang gakla nak membeli tiket tu. At first nak tengok pukul 9pm. Tapi penuh. So  kitorang amik yang pukul 11.15mlm. Johnny Depp punya pasal, tak kesahlah! Erm ok jugakla cerita tu. Ada time bosan, ada time funny, Johnny Depp you knowla dia macamana kan. Macam selamba-selamba bodoh gitu hihihih.. Ada time suspense jugak. Best best. Sape tak tengok lagi, silalah tengok sebelum filem ni habis ditayangkan. Angelina Jolie gojes abes. Bibir maintain berjuih. Moncong. Body, mak aihh.. tak macam ada 6 orang anak! (6 orang eh anak dia? ke lebih?). Pinggang cam kerengga. Bila dia jalan, lenggang lenggok tuh, aih aku pon cair. Lelaki? Tak tau nak cakapla hehehe..

So tomorrow cuti. Ape nak buat? Planning to service Cik Bibab sebab dah lebih dari 3 bulan. Last service September. Pastu nak bawak dia mandi. Huh last mandi pon September gak haha.. Sian dia, comot-comot busuk masam dah. Nasibla dapat owner cam aku. Busy memanjang! (padahal malass).

Chow dulu.. mahu keluar lunch. Take care folks! :)

Wednesday, January 19, 2011

My Weight Loss Progress

Assalamualaikum,

Just to share dengan korang....


Target is 55kg.

Started at 72.7kg and current weight is 65.3kg.

Week 13 tu timbang after balik dari Sabah. Mendadak naik hehe
Makan tak hengat donia punya pasal.

Sunday, January 16, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part V

Assalamualaikum,


Next destination is Desa Cattle Farm. Ladang lembu tenusu. 

Sampai kat sini, bila keluar dari van, tarik nafas panjang-panjang, anda bisa pengsan! ahaha.. sebabnya bau taik lembu sangat kuat! Namanye lagi ladang lembu kan ehehehehe... Jadi janganla tarik nafas terlalu panjang di sini ye...

Ladang lembu dia besarla jugak. Kitorang bernasib baik sebab masa sampai tu dorang tengah perah susu lembu. So bolehla tengok dengan mata kepala sendiri macamana susu diperah.

Lembu-lembu melepak sebelum tiba giliran susu diperah. 
Heh kat sini la dorang kencing berak ape sume


 Beratur. See, lembu pon pandai beratur

 Erk. kotor gila kan puting susu dia tu. Tapi jangan risau, sebelum diperah, pekerja ladang bersihkan dulu puting tu ;)


Susu diperah menggunakan mesin bukan secara manual macam tengok dalam cite omputih. Mungkin lambat kot kan. Lembu ni sambil susu diperah, sambil makan. Yumm yumm

Dan inilah produknye 

Dan ini orang-orang yang telah mencuba susu Desa ni dan mereka sangat berpuas hati ehehe.. Aku pon ada beli 2 kotak. Satu coklat dan satu lagi susu biasa. Susu coklat kalau tak silap RM2.70 sekotak. Susu biasa pulak RM2.50. Tapi tak sure sangatla. lupa dah ehehe.. Not bad la susunya. Macam susu lain-lain jugak :D

Pemandangan kat sini juga sangatlah lawa! Bagaikan berada di New Zealand gitu. Berlatar belakangkan Mount Kinabalu. Huh, memang cantik!



Kat belakang tu Gunung Kinabalu. Tapi masa tu ditutupi kabus tebal. So tak nampak..

You guys boleh lawati blog Desa Cattle ni kalau nak tau lebih lanjut pasal tempat ni: http://desacattle.blogspot.com/



To be continued........


p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

Saturday, January 15, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part IV

Assalamualaikum,

**WARNING: Entry sarat dengan gambar. Harap maklum.

Dah lepas bermandi peluh kat Poring Hot Spring, kitorang ke Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. 






Korang penah buat fish spa tak? Ala kalo kat Jusco ke, shopping complex selalu ada tempat yang bleh celup-celup kaki and pastu ada ikan datang gigit-gigit kaki korang. Tapi ikan-ikan tu kecik je kan? Kalo dekat Tagal Sungai Moroli ni, the main attraction is the fish spa, but..... the fish are big!!! Seriously big.


Aku teringin sangat-sangat nak try berendam dengan ikan-ikan ni. Orang kata memang best and ikan-ikan pun jinak. Tapi malangnya, hari kitorang pergi tu, Tagal ni ditutup. Tak sure kenapa. 10hb Januari baru bukak balik. 10hb kitorang pun dah nak balik KL. Huu kecewa jugak tak boleh try sebab sebelum pergi Sabah aku ada tengok Sabah Tourism punye website and nampak best je tempat ni. Apa bleh buat, takde rezeki huhuhu.. By the way tagal means "no fishing".


See see besar kan ikan dia... [http://tagalsungailuanti.blogspot.com/2009/08/fish-massage.html]


Since this place closed kitorang pun pergila ke tempat lain. Masa tu kalau tak silap aku dah pun pukul 1 tengahari... So kitorang pergi makan dekat Pekan Ranau lepas tu off to Kundasang. First place yang kitorang pergi kat Kundasang ni ialah Mesilau Nature Resort

Mesilau ni actually part of Kinabalu park jugak. Dia ada jungle trail and sape-sape yang suka masuk hutan bolehla stay kat lodge yang ada kat sini. Nak naik Mount Kinabalu pun boleh juga kalo dari sini. Resort ni berada atas bukit. Nak naik ke bukit ni memang huh, mencabar! Takut gakla.. takut kalo kalo van kitorang tu tak larat naik ehehe.. But no worries, Viva pun berjaya naik tau.. Pemandangan kat atas tak payah cakapla, awesome! The air is fresh, sejuk dan memang best! 



On the way up to Mesilau Nature Resort

Pemandangan sebelum sampai di Mesilau Nature Resort. It's actually a golf course - Kinabalu Golf Resort



A small stream yang ada dekat Mesilau Nature Resort. So beautiful kan?

 Bergambar in front of Mesilau Nature Centre. Kat dalam tu takde ape sangat pun. Just posters haiwan-haiwan and tumbuh-tumbuhan yang ada di Sabah. Erm, the place is not really well maintained and takde sorang pun staff kat dalam tu...

 Suka gambar ni. Tetiba ada mypumpkin menyelit ehehe...



Dekat Mesilau ni kitorang banyak bergambar jela. Sebab view cantik kan. Hmm dah terbayang-bayang nak honeymoon kat sini. ahaha oke gedik lagi.




Ouh, line telefon kureng ye di sini. Tho ada satellite disc Maxis kat situ, line 2 bar je kot. Hampeh kan? hehe.. But then okla, if you really want to get out from your hectic life, pergila sini ye :)




Next station is Desa Cow Farm.


To be continued...........




p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...