Sunday, November 13, 2011

Sape Call Dulu?

Assalamualaikum,

Post semalam:

Seorang teman wanita dan seorang isteri telah menghantar SMS berikut kepada teman lelaki dan suami masing-masing dalam masa yang sama:
"Abang, call kejap,boleh?"
Cuba teka.. sape yang call dulu. Teman lelaki atau suami??
Ce teka ce teka.. Sape dapat teka tak dapat hadiah :P


Manjeamusyuk teka:


Ye manjeamusyuk, anda betul!
Teman lelaki yang call dulu :D
Takde hadiah untuk anda ekekeke...
Aku suka ayat dia yang seterusnya tuh, kalo gf suami yang msj barula suami call dulu.
Haha bernas!


Actually situasi yang kat atas tu terjadi pada aku dan adik aku ehe.. 


Alkisahnya, aku dan keluarga pegi Terengganu weekend lepas. Aku dengan adik kebetulan pulakla henpon takde kredit. Aku nak suruh my pumpkin call sebab nak bagitau dia aku nak keluar. Adik pun sebok gak nak mesej pakwe dia suruh call jugak :P So kitorang guna henpon akak ipar dan hantar mesej yang sama pada waktu yang sama...


Dan.... macam manjeamusyuk cakap, boipren adik aku yang call dulu! Huwaaa.. Sejurus lepas hantar mesej tuh, terus henpon adik aku bunyi.. Aku punye pulakkk.. sunyi sepi. Cehs!


Dalam hati aku masa tuh, huh, nampak sangat haa beza boipren dengan suami... Masa bercinta bagai nak rak kan, kalo suh call cepat-cepat call, ni dah jadi bini, suruh call pun bo layan je wuwuwu *emosi ibu mengandung memangla over*


5 minit kemudian barula henpon aku membunyikan lagu "Ku mencintaimu... lebih dari apa punnnnnn....." Cecece ringtone Kekasih Gelapku tak tahan tuu ekekek...


Laki aku dah call! Ingat nak merajuk, tapi tak bahekla kannn... But still aku interrogate dia.


"Abangg, nape sekarang baru call? Tadi gi mana? Solat ke? Ke dalam bilik air?"


Nak tau apa jawapan dia?


"Ohhh sori yanggg.. Abang ralit tengok Tamil tadi. Bes pulak Tamil malam ni yangg.. Ada lawan lawan. Kelakar pun ye jugak.. Mapley mapley! Mama mama! Best yang. Abang dah nak call dah tadi, dah pegang dah henpon tapi ralit sangat......"


*_____________________*


Oh suamiku...


Tak jadi haa aku nak marah. Nak tergelak pun ada. Adoiiii.... 


Suamiku dan Tamil, memang takleh dipisahkan...

1 comment:

  1. hhhahahaha...biasela tue...masa bercinta sume indah..xleh lambat sikit nti merajuk...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...