Tuesday, November 8, 2011

Raya Haji 2011 - 2nd Day

Assalamualaikum,


Harini agenda kami sekeluarga ialah ke Besut, Terengganu, keluarga suami saya, mertua saya la kan ehe.. Family sana buat solat hajat untuk saya. Sempena saya pregnant anak pertama dan sempena pemergian saya ke Sabah tengah bulan ni. Juga untuk suami saya la kan.. Semoga dia selamat kat sana..


Eh eh bersaye saye pulekk ekeke..


Kami turun dalam pukul 11 pagi. Actually nak turun awal lagi, tapi masa nak turun tu, kawan ayah pulak datang beraya. Terpaksala layan tetamu dulu.. Dia dah balik barula kitorang gerak. Perjalanan dari KB-Besut amik masa lebih kurang sejam. Pukul 12 kitorang sampai. Sampai-sampai je dah makan dah haha.. MIL hidang pulut kuning dengan ayam gulai. Sedap sedap. Aku ingat nak tambah-tambah jugak makan tapi pikir lepas Zohor nanti nak makan nasik lagi, so berpada-pada jela makan pulut tu ehehehe..


After Zohor, datangla 2,3 orang yang dijemput untuk mengadakan solat hajat tu. Tak panggil ramai pun. Dah siap solat, acara makan-makan lah. SIL masak daging singgang, kacang goreng, ikan goreng, ikan kering, budu, ulam petai dan jering. Peh selera beb makan haha.. If only my husband was here, sure he'll love it too. Favourite dia tu! 


Nak balik tu dapatla sebotol air penawar untuk aku. MIL bagi macam-macam suruh bawak balik, pucuk paku, buah mangga, petai jeruk sebotol ehehe dan macam-macamla. Terima kasih mak! :)


Balik dalam pukul 3 petang dan sampai jam 6 petang. Perjalanan amik masa sebab hujan lebat dan ditambah pulak dengan jalan jam. Hadeii...


Program esok pulak ialah, aku nak ke Jabatan Imigresen. Nak buat Dokumen Perjalanan Terhad. Apa itu Dokumen Perjalanan Terhad??


Here's the info: http://www.imi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=63&Itemid=160&lang=bm



Dokumen Perjalanan Terhad


Tujuan
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
Tempoh Sah laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi
Syarat-Syarat Am
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)   bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  • Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
Bayaran
RM 5.00

Kadang-kadang rasa pelik jugak kenapa nak tinggal di Sabah atau Sarawak kena ada Dokumen yang serupa macam passport ni. Padahal, my kad kan dah ada. Apa yang membezakan ia dengan negeri-negeri lain. Tak pulak perlukan dokumen ni. Anyone knows why? Tolong bagitau kat aku yang tak tau pape nih ehehehe...
Then, aku ada jemputan kenduri kahwin kawan masa sekolah dulu. Insyaallah, ada kesempatan, aku akan pergi :)
Esok update lagi k. Nyte all :)

4 comments:

  1. nak kena ada passport sbb tu salah satu syarat masa sabah sarawak nak join msia. :D ni msti x baca betul2 masa blaja kenegaraan msia ni.hehe..

    ReplyDelete
  2. becca
    hahahahahaha.. oke oke ngaku, selalu tak pay attention masa belajar kenegaraan dulu :P

    ReplyDelete
  3. Patut la saya ada passport ni sebelum pindah Sabah dulu :-) Thanx Teacher Becca.

    ReplyDelete
  4. lina chan
    wajib ada benda ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...