Friday, November 4, 2011

Puasa Sunat 9 Zulhijjah - Puasa Pada Hari Arafah

Assalamualaikum,

Hmmm takde mood. Bukak Facebook, bosan. Banyak promo on cloth diapers. Takleh tengok lama-lama, kang terbeli huahuahua.. Cukopla, after baby dah kuar baru beli lagi insyaallah, kalo ada duit :P

Then, tak taula nape, rasa macam ati ni kicikkkkkk je.... Kicik dengan someone, something bila bukak Facebook tu. Geram je rasa nak deactivate, malas dah nak mengadap. Tapi tak bleh. Dah janji dengan kawan-kawan nak keep in touch thru FB. Hmmm thinking off to remove friends (waaa sampai camtu sekali!). Tapi entahla. tak sampai macam tu sekali kot... Hopefully rasa kicik hati ni akan berlalu pergi bersama angin lalu ececece..

Haih... forget about this silly emotional heart problem.

***********

Esok Sabtu, 9 Zulhijjah. Jom pakat pakat puasa sunat. Aku ingat nak puasa jugak. Tapi tengokla kalo larat. Hopefully laratla! Banyak kebaikan puasa 9 Zulhijjah ni..

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

 "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." 

(Hadis riwayat Muslim). 

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”


(Riwayat Imam Muslim)

Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ


“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. 

(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahua'alam. Aku amik ni dari website halaqah.net.

Kalau berkemampuan, jom puasa esok :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...