Thursday, November 24, 2011

Ikan Kelah Jinak Di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Sabah

Assalamualaikum,

Heheh mak ayah jadi model :)

Akhirnya, dapat jugak pergi ke Tagal Sg Moroli ni. Masa pergi Sabah awal tahun hari tu Tagal ni tutup. Kali ni alhamdulillah bukak. Rezeki mak ayah untuk tengok sendiri keajaiban kerja Tuhan ni. Macamana ikan-ikan sungai boleh jadi jinak dengan orang...

Bayaran masuk ialah RM3.00. Er kalau tak silap aku la. Dah lupa dah sebab my pumpkin yang bayar hehe.. Ada limit time jugak. Bila masa kita dah tamat dia akan announce. Nak bawa masuk kamera kena bayar RM3. Tapi haritu kitorang bleh bawak masuk for free sebab air sungai tu keruh. Pakcik yang jaga tu cakap kalo air jernih memang dorang akan caj...

Dalam banyak banyak ikan kelah ni sesat sekor ikan keli. Aku tengok pun gerun. Ikan keli kan berbisa. Tapi pakcik jaga tu cakap ikan keli tu dah jinak dengan orang. Dia tak sengat.. Huh tapi tetap gerun. Besar weh! 

Dorang jual jugak makanan ikan. Sepeket 20 sen. Cara nak bagi makan, letak dalam genggaman tangan, masukkan dalam air. Nanti ikan-ikan tu datang hisap. Tu kalo tengok video ni boleh dengar bunyi srottt srott ehehe...


Anak buah aku buat-buat berani masuk dalam air jugak

my pumpkin tengah bagi makan :)
banyak gile ikan tu kan??

Air sungai keruh

Khalis takut dengan ikan keli ada sekor sesat hihihi

Overall memang puas hati la. Aku try jugak masukkan kaki sekejap. Huh geli! Lebih geli daripada fish spa yang kat shopping complex tu. Ikan-ikan ni kan jauh lagi besar... Menakjubkan sungguhla. Macamana ikan sungai ni bleh jadi jinak dengan orang.. Kalau ikan bela lain la kan.. Kerja Allah SWT...

Sape-sape yang nak melancong ke Sabah tu blehla ke sini.. Seronok! Lepas tu bleh pergi Ladang Teh Sabah. Kat sebelah je :)

2 comments:

  1. waaahhh..sis..bestnye!! nanti dila gi sabah, kita gi eh sini pulok..hehe

    ReplyDelete
  2. dila milin
    ehehe berehsss.. nati kita g

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...