Monday, November 7, 2011

Hari Raya Haji 2011

Assalamualaikum,

Raya haji pertama as a wife tapi.... tak beraya bersama suami. Sedih tak?? Wuwuwuwu.. sedih sedih.. Pagi tadi pun hubby call.. Ucap selamat hari raya, mintak ampun maaf, sayu je rasa hati. Nak nangis jugak tapi control control. Don't want to cry anymore!

Tapi mak pandai amik hati.. Mak cakap kat hubby, "tahun ni raya sendiri. Tahun depan insyaallah raya sama-sama plus anak lagi!" Hehehe.. yela, betul mak cakap. Tahun depan pasti lebih bermakna. Kitorang bukan saja berdua, malahan bertiga. Or maybe berempat? Hahaha... Insyaallah, things will get better in time :)

Kali ni raya haji dapat balik kampung. Previous years, raya kat Putrajaya je since cuti raya haji selalunye sehari je. Tahun ni je 2 hari sebab raya falls on Sunday. Tapi kali ni, aku dapat beraya berhari-hari heh.. Sebabnye, aku dah berhenti keje la kan. Dah tak terikat dengan apa-apa dah. Boleh cuti sesuka sesuki hati saya. 

Raya dimulakan dengan bangun pagi-pagi hari. After solat subuh tak tido, kebiasaannya sambung tertonggeng atas katil hihi.. Bangun pagi, sediakan makan pagi sebelum pegi solat sunat raya di masjid. Menu kami pagi tadi hanyalah nasi impit dan kuah kacang serta sambal ikan.  Then my sister bawak naik nasik putih dengan ayam masak merah. Banyak jugak aku makan, bertambah-tambah hihi...

Dah selesai solat sunat, siap-siap, pakai baju raya. Welll.. bukan baju raya pun sebenarnye. Baju kurung lama-lama, yang dah lama tak dipakai ehe.. At first aku pakai baju dinner last year. 

Me - December 2010
Zaman kekurusan sedikit daripada biasa ekekeke

Aiyarkkk sekarang perasan kurus la pulak kan nak pakai baju tuh. Sendat belakang depan weh ahaha.. Perut aku obvious gile nampak. Tambah pulak pagi tadi makan banyak *__* Macam seksi sangat pakai baju nih. Kalo ayah aku tengok pun sure dia ngucap panjang haha.. So aku tukar. Pakai baju lain yang agak besar tapi masih sendat di perut. Haihh.. kena sedar diri la ek, sekarang tengah mengandung 5 bulan. Dah tak boleh pakai baju-baju yang biasa dipakai. Kakak aku suruh pakai maternity maxi yang dia bagi. Aku yang takmo. Sebab rasa macam perut masih kecik padahal.........................

Dah siap-siap, turun pegi umah abang aku. Sembelih lembu kat umah dia. Tahun ni hanya mak & abang aku yang korban. Amik 2 bahagian. Katanya satu bahagian RM320 dan setiap sorang dapat lebih kurang 6kg daging. Lembu tak besar sangat. Daging pun ok ok je. Tapi alhamdulillah, terlaksana juga aktiviti korban mak dan abang aku. Aku tak korban ke?? Ermm tahun ni belum lagilah. Insyaallah, panjang umur, tahun depan, berminat jugak ni nak amik satu bahagian. Insyaallah...

Kat rumah abang aku, akak ipar aku & adik beradik dia yang datang dari Kedah masak laksa. Finally dapat makan laksa pure orang kedah yang buat ehe.. Marvellous! Sedap gile weh. Aku makan bertambah-tambah tak tau berapa kali. Memang kena dengan selera. 

Menjelang tengahari, abang aku bawak balik daging yang dah siap dipotong-potong. Mak aku amik tulang temulang, buat sup sikit untuk makan tengahari. Makan lagi hihihi.. Akak ipar aku pulak masak nasik daging. Salah satu resepi dari keluarga dia. Dia ada jemput kawan-kawan dia datang rumah. Tu yang buat macam-macam makanan tu.

Petangnya, kitorang gerak ke rumah mak sedara di Tanah Merah. Pergi sana sebab nenek aku beraya dengan mak sedara aku tahun ni. Lama jugak perjalanan. Maghrib baru sampai. Riuh rendah rumah mak sedara aku dengan gelagat anak-anak kecik. Ramai weh ehe.. Reminding me of my childhood memories. Dulu-dulu pun masa kecik, aku dengan sepupu-sepupu aku pon macam tu la.. Main kejar-kejar dalam rumah, main itu, main ini... Now it's their turn, my niece & nephew and my cousins' children...

Kat rumah mak sedara aku makan lagi. Haha heaven sungguh! Hari ni ialah hari makan sedunia. Aku rasa baby dalam perut pun suka. Macam-macam dia makan harini ye ehehe... My aunty masak nasik minyak, makan dengan ayam masak merah. Ada gulai daging, ikan masin, sambal. Yumm yummm.. Sedap tak hengat! 

Seterusnya ke rumah makcik aku sorang lagi. Juga di Tanah Merah. Kat rumah dia pun sama. Ramai kanak-kanak! Gegak gempita jugakla keadaan dalam rumah dengan jeritan kanak-kanak ni. Dorang ni kalo main takleh ke kalo tak menjerit? Huhu.. Kat rumah makcik yang ni makan jugak, tapi makan ringan-ringan je. Sekadar minum teh dengan kuih muih. Ada tapai beras, oh my fave! Tapi aku tak berani nak makan banyak. Takut tajam. Aku amik satu sudu kecik je untuk rasa. Then selebihnya my daddy yang abeskan. Dia memang suka tapai ni, tak kira la tapai ubi atau beras hehehe...

Bertolak balik ke rumah tadi dah lewat dah pun. Almost 11pm. Sampai rumah dah pukul 12am dah... Masa dalam kereta tak mengantuk sangat. Dok membebel mengarut dengan my sis ehe... Saje borak-borak, tak nak bagi ayah aku mengantuk.. Bukan dekat tu Tanah Merah ke Kota Bharu.. Dengan jalan yang gelap yang takde lampu jalan, memang kena drive betul-betul...

Now, dah 1.36am. Whoaa dah lewat! Hmm a friend once told me, kalau tak nak anak meragam waktu malam, masa mengandung ni mak kena tido awal. Haa ni awal mende macam ni nih ehe.. Aku pun dah rasa baby quickening tadi. Baby marah mama tak tido-tido kot? Hihi ok darling baby, I'll go to sleep now! :)

Oh ya, esok, nak ke Besut. Rumah mother & father in law :) Dorang nak buat solat hajat untuk aku. Sempena my pregnancy and pemergian aku  ke Sabah middle of this month. Terharu jugak rasa.. I'm still new in this family, yet they already organising kenduri doa selamat & solat hajat for me. Terima kasih mak, cik :)

Nyte all! :)

1 comment:

  1. Sabar ye...abg ipar aku pon army so aku paham sgt. Lps pantang terus abg ipar aku kna hntr ke Lubnan smpai skrg...so tabah ye...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...