Monday, November 28, 2011

Hari Ni Kita Tolong Orang, Insyaallah Esok Orang Tolong Kita Pulak, kan?

Assalamualaikum,

Hah panjang tajuk kali ni. Aku tengah geram ni. Geram bila ada yang dok bising-bising aku laki bini tolong orang..  Tolong bagi tempat tinggal, tolong bagi pinjam kereta.. Dah kemudahan tu dah ada, biarlah.. Hubby pegi keje dengan moto, kereta tak pakai jugak. Daripada orang tu sewa kereta RM80 sehari baik pakai je kereta hubby aku tuh.. Sekurang-kurangnya bergerak jugak kereta tu.. Minyak isi sendiri la..

Cuba bayangkan kalau kita yang perlukan bantuan? Mestila kita nakkkkk sangat orang tolong, betul tak??

Aku tak pahamla.. Apa masalahnya aku tolong orang?

Aku cuma pegang pada satu ayat ni je, hari ni aku tolong orang, esok bila aku susah, insyaallah ada orang akan tolong aku. Betul tak?

Macam masa aku mula-mula sampai Sabah dengan hubby dulu. Apa pon takde dalam umah ni. Nak makan takde makanan.. Nak pegi mana-mana takde kereta.. Syukur alhamdulillah ada jiran yang baik hati, bagi pinjam kereta, bagi pinjam moto.. ajak kitorang makan. Seminggu lebih pulak tu.... Kes aku ni sama dengan kes orang yang aku tolong ni... Aku paham macamana keadaan dorang. Takde sape-sape kat sini nak mintak tolong. Dah aku mampu nak tolong, aku tolongla..

Gerammmmmmmmmm.....

Cubala letakkan diri kira kat tempat orang yang perlukan bantuan tu....

2 comments:

  1. erk..sape ni mal..? sibuk2 pulak die nak masuk campur hal orang..tolong orang pun kena bising ke..? adoi~ orang macam tu pun ade ek..huhu..

    takpe, abaikan jek..orang bercakap, memang senang..bila dah terkena batang hidung sendiri, baru die tahu macam mana sakitnye!

    ReplyDelete
  2. sabar sajalah amal. biarlah org nk kata apa pun. yg penting amal ikhlas nk tolong org yg tgh susah kan. agknya yg dok mengata tu jeles sbb xdpt tolong yg susah kot. hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...