Saturday, November 19, 2011

Entry Sepantas Kilat

Assalamualaikum,

Entry pantas sebab line Maxis BB adalah sangat slow di Tuaran! wuhuhu.. GPRS sahaja *__* Ini pun aku type dulu kat notepad, tunggu nak copy paste je.

Aku, mak, ayah, kakak & dua orang anak beliau selamat tiba di Sabah Negeri Di Bawah Bayu tengah malam Selasa lepas, 15 Nov or by right 16 Nov la kan? Penerbangan dari KL ke KK was ok.. Cuma delay selama 30 minit. Sudahnya, kami tiba di KK jam 1 pagi, then sampai di Tuaran, rumah baru aku, jam 2 pagi.. Dah nak Subuh dah masa tu..

Kami dah almost 4 days kat sini. So far so good. Aku sihat Alhamdulillah. Cuma mak & kakak aku je yang tak berapa sihat. Down with flu.. Maybe perubahan cuaca kot? Tempat baru kan..

Berjalan pun sakan jugak dah.. Semalam baru balik dari Kundasang. Syok! Dapat tengok Gunung Kinabalu dari jarak dekat.. Next time la aku post gambar.

Hari ni pulak my pumpkin bawak jalan-jalan dalam base Navy di Teluk Sepangar. Dapatla tengok submarines yang dua bijik tu.. Tengok dari jauh je. Pegi opis my pumpkin, tapi kat luar je..

Esok mungkin pegi Pasar Tamu di Tuaran ni je.. atau kalo rajin, pergi jauh sket.. Pasar Tamu di Kota Belud..

So far ni je aktiviti aku kat Sabah.. Next time cerita lagi ye :)

Adios!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...