Tuesday, November 8, 2011

Dokumen Perjalanan Terhad Siap Dalam Masa Sejam!

Assalamualaikum,

Harini pepagi hari pergi kedai gambar dulu, amik gambar passport. 4 keping RM10. Kalo nak simpan CD, kena tambah RM2. Peh mahal jugak kot? Ke standard? Entahle. Sudahnye, aku suruh dia masukkan je gambar tu dalam pen drive adik aku. Bawak pen drive sebab aku nak cuci gambar kawin sekali. Dapat harga 35 sen sekeping. Gambar saiz 4R. Aku print 215 keping. Lusa baru amik..

Erm right after amik gambar passport, ayah aku bawak pergi Jalan Gajah Mati, kat KB. Ayah cakap Pejabat Imigresen kat situ. Kat bangunan MAS. Tapi sebenarnya kat situ Bahagian Penguatkuasa je. Pejabat nak buat passport nih kat Wisma Persekutuan, dekat dengan Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Bergerakla kitorang ke sana. Nasib baik ayah yang drive, kalo tak, aku memang tak tau jalan! hihi.. Almaklumle, dah lama tak balik Kelate. Kalau balik pun malas betul nak ke bandar. Sesak!

Jabatan Imigresen berada di Tingkat 2. Peh ramai betul orang! Kebanyakkannya nak buat passport, aku rasa la..

Antara pelanggan di Jabatan Imigresen. Belakang aku lagi ramai.
Dahla tempatnye kecik je. Sesak jugakla.


Ni adik aku yang terpaksa berdiri sebab takde tempat duduk.
Thanks sis for accompanying me! :)


Memula kena isi borang dulu. Then dia akan bagi nombor. Alhamdulillah angka giliran aku takdela banyak sangat. Selang 8 je. Pastu cepat jugak dia panggil. Sebab aku rasa tak ramai yang buat Dokumen Perjalanan Terhad ni..

Ini borangnye. Tak banyak pun yang perlu diisi.
Kena ada gambar passport 2 keping. Dan juga IC.
Oh, bayar RM5.


Bila nombor dah dipanggil, serahkan kepada petugas di kaunter. Dia akan tampalkan gambar di borang dan amik cop jari kita. Lepas tu, dia suruh tunggu. DPT nih akan siap dalam masa sejam. Masa tu pukul 12.30 tengahari, so dia suruh aku pegi minum-minum dulu, pukul 1.30 baru datang balik. Oh ye, IC, dia pegang.

Luckily kat Ground floor Wisma Persekutuan ni ada kedai runcit kecik. Ada jual keropok, kacang, air dan macam-macam lagila. Adik aku belila keropok, buat makan sementara menunggu. Nak pergi tempat lain macam payah sebabnya bukan senang nak dapat parking. Haa ni yang susah sket kat Wisma ni. Takde parking untuk pelawat. Kalau ada pun, sikit je kat luar tu. Sedangkan yang datang nak berurusan ramai. Macam-macam pejabat ada kat Wisma ni. Tadi pon, ayah aku kena tunggu dalam kereta je sebab takde parking punye pasal. Tunggula kat tepi jalan macam tu je. Dah terpaksa menyumbang pada kesesakan lalu lintas kat situ huuhu.. Alangkah baiknya kalau ada parking area untuk pelawat hmmmm....

Tepat sejam, aku pon naik balik ke Jabatan Imigresen. Terus pergi ke kaunter 2, kaunter Dokumen Perjalanan Terhad dan bagitau nak amik. Dah memang ready dah pun DPT aku tu... Aku tanya orang kat kaunter, kenapa kena buat benda ni. Dia cakap ni memang dari zaman British dulu lagi ehehe... So kena ikut jela kan.. Aih kita kan dah lama merdeka, nape tak ubah je? Orang luar senang-senang je masuk, orang sendiri, macam-macam prosedur pulak :P *Just sharing my 2 cents*

Inilah rupanya Dokumen Perjalanan Terhad tu....
Pekerjaan aku sekarang ialah suri rumah okkay! kekeke


Dah settle segala urusan di Jabatan Imigresen, kitorang pun gerak balik rumah. Masing-masing dah lapar ehehe..

Petang tadi plan nak pergi kenduri kawen kawan sekolah dulu. Tapi aku tak larat sangat-sangat. Kaki membengkak dengan hebatnye. Nak solat pun sakit! Especially masa duduk antara dua sujud.Aduh, dugaan sungguh! Tapi takpela, kena hadap jugak walau apa pun. Buat kawan aku tu, sori tak dapat pergi. Semoga kalian berdua bahagia selalu! :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...