Friday, November 4, 2011

Anugerah Skrin 2011

Assalamualaikum,

Malam ni ada Anugerah Skrin kan kat TV3? Rasanya ramai nak tengok sebab Rozita Che Wan yang jadi pengacara kan kan kan.. Aku takde napsu nak tengok. Sebabbb, aku dah lama gila tak tengok tv. Kat Putrajaya tv memang takde. Eh, tv ada tapi boleh tengok CD je.. Kat rumah mak ni pulak, tv ada, tapi TV3 tak menjadi ngaaaa... Astro ada tapi bapakku tak bayar, kenal putun.. Melangok la hari-hari tengok TV1, TV2 je.. buhsan buhsan...

Jadi, itula sebabnya aku tak tengok Anugerah Skrin ni. Teringin gak nak tengok pesen-pesen baju yang dipakai artis kita. Tapi takpela, esok aku bukakla Oh Bulan ke Beautiful Nara ke.. Sure ada baaaanyak gambar artis posing dengan baju yang dorang pakai..

Tadi msg my pumpkin,

Aku: Buat ape?
Dia: Tengok tv. Tapi boring. Tamil ada tapi dah penah tengok.
Aku: Tengokla Anugerah Skrin huahuahuahuahuah.. Ni mesti dah buat muka ni haha..
Dia: Hahahah tahu takpe, memang dah buat muka dah pun..
Aku: Tengoklaaa.. ramai artis seksi...
Dia: Wekkkkkk. artis Melayu koya je lebih..
Aku: Hahaha.. kalo sayang ada kat sana, sayang nak tengok.
Dia: Tengokla... abang jeling je..
Aku: Jeling sambil kutuk kannn haha..
Dia: Hahahaha memang ponn....

That is my pumpkin. Dia memang anti sket cerita melayu nih. Kalo aku tengok mesti dia buat muka. Ingat lagi dulu tengok cerita Nora Elena. Bersungguh-sungguh dia kutuk haha.. Sabar jela hubby tersayang nih. Tamil minat pulak diaaa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...