Wednesday, November 2, 2011

Ahh Home Sweet Home!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selamat touch down di bumi indah permai Kelantan Darul Naim jam 11.15 pagi tadi. 5 minit awal daripada masa sebenar. 

Aku mulakan perjalanan dengan menaiki train dari Putrajaya Sentral ke stesen Salak Tinggi. Masa tunggu train tu bersembang dengan sorang makcik yang sangat baik! Dia nak ke KLIA, nak pegi Kuantan. Ada keje. Cerita dia, dia actually dah retired tapi re employed. Kerja dengan Tribunal Pengguna. Keje ni menuntut dia untuk travel merata-rata tempat. Twice a week dia cakap. Huh, kalo aku tak larat dah tu, tapi bes jugak kan dapat travel ni. Yang penting tiket free! hihi.. Anak makcik tu pon dah besar-besar semuanya, so takpela dia banyak travel. Kalo anak kecik susahla.. Lama jugak kami bersembang. Dah masuk train sambung lagi ehe.. Aku cite kat dia aku ada masalah low-lying placenta. Dia kata dia pon penah kena. Tadi dia ajar aku macamana nak naikkan balik placenta tu ehehehe.. We'll try it out one day. Anyway,  Makcik Faridah, nice meeting you! :)

Sampai di stesen Salak Tinggi, naik shuttle bas ke LCCT. Sampai di LCCT jam 8.15 pagi. Boarding time, 9.40 pagi. Peh lama saya menunggu... Makan-makan jap, then around 9.20am, aku masuk departure hall. Gate bukak dalam pukul 9.40pg tu..

Dalam flight, masa tengah letak beg kat tempat letak barang, sorang PRAMUGARA YANG SANGAT HENSEM tego aku. "Maaf cik tanya, cik mengandung ke? "

Err.. terkedu sekejap aku  haha.. Ceh, dia tengok perut aku ke??? :P 

Aku jawabla ye. Then dia tanyala aku ada surat doktor tak. Aku cakap takde sebab baru lagi kan, 4 months plus. Aku ingat sarat-sarat baru kena ada surat doktor kalo nak fly. Then dia tanya, ada isi ape-ape borang kat bawah tadi? Takde jugak jawab aku.. Then dia blah, jumpa dengan head flight attendant. Pastu dorang mintak boarding pass aku. Cam kalut jugak tadi haha.. Aku punye pasal. Nasib baik orang dalam flight tak ramai. And kalut-kalut pon takdela sampai delay flight. Melampau la terrr hehehe.. Dorang suruh aku sign satu agreement ni.. Aku pun sign jelaaaa....

Dah memang rules dorang, kalo nak fly, below 28 weeks kena sign surat dorang tu sebelum fly. 28 weeks to 35 weeks kot, must have letter from doctor saying that we are fit to fly. 36 weeks above, dah tak bleh fly dah...

Flight was smooth. Ada la gegar gegar sket bila masuk dalam awan tu. Alhamdulillah cuaca kat Kelantan pun clear je. Aku dok risau takut hujan. Yela, sekarang kan dah masuk musim tengkujuh. Tapi tadi memang tak hujan langsung sampaila ke petang. Alhamdulillah...

Mak, ayah & my darling sister Dila datang amik kat airport tadi. Naik Cik Bibab! Waa terubat rindu ehehehe...

Oh ye, my mum really made my day today. Sampai tadi, peluk-peluk, cium-cium mak. Then mak cakap, "ehh tak gemok ponnn.. Mak ingat gemuk.." hahahaha.. Mak, thank you! Statement paling bes abad ni ahaha.. Tak gemok, tapi buncit kat perut je kan kan hehehe...

Erm sampai rumah, makan makan of course. Mak buat gulai daging, makan dengan roti. Yummy yummy.. Then petang sket, makan lagi, kali ni dengan nasik pulak. Plus ikan kering! Wahh.. bau pun dah menusuk lobang hidung ehe.. Heaven nye weh dok kampong!

Petang tadi pegi rumah abang aku. Jumpa little Ady Imran. Diammmmmm je dia. Geram geram. Anak mama dalam perut ni, bila dah keluar, dah besar nanti good good macam abang Imran eh hehehehe..

Itu cerita harini. Esok pagi-pagi mak suruh pergi Pasar Borong Wakaf Che Yeh dengan ayah.. Beli ape je nak makan ehehehe.. Insyaallah kalo bangun awal haha boleh gitu?

Apa-apa pun, balik kampung memangla sangat bes. This is where I belong. Home sweet home. Teringat ayat Dorothy dalam The Wizard of Oz, "there's no place like home..." 

Indeed, there's no place like home y'all! :)

1 comment:

  1. mmg syok balik kg kan?...sue baru hari isnin lepas balik dari klantan...terbaiklah tempat shopping n makan huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...