Wednesday, July 6, 2011

Entry Luahan Perasaan: Sensitif, Malas & Takde Mood

Assalamualaikum,

Hmm semenjak dua menjak ni kan memangla aku sangat malas dan sangat moody. Jiwa yang memang sedia ada sensitif ni jadi makin menjadi-jadi pulak sensitifnya. Orang tego sket nak nangis. Orang marah sket nak nangis. Buat keje tak kena sket nak nangis. Ahh nak nangis jela keje aku.

Pastu malas. Kat opis dulu kini dan selamanya malas. Cuma sekarang macam makin teruk je level kemalasan tuh. Lebih-lebih lagi this week after dapat tahu kena pindah tingkat atas. FYI aku sekarang kat Level 3, kena pindah naik Level 4. Eh malasla nak pindah-pindah. Ingat barang aku sikit ke. Ni binder-binder, buku-buku yang berat mengalahkan guni beras ni sape nak angkut? Aku lah tu. Malas nak unplug wire komputer ni pastu angkut naik atas then pasang balik. Ish malasla! Dahle ada satu printer bagak jugak kat bawah meja nih. Aku jugak tu nak mengangkut. Dah tu bila dah dok cubicle baru nak kena setup balik. Mana nak letak notes, mana nak letak gambar ngan husband (nak letak jugak tu), mana nak letak bunga-bunga plastik, mana nak letak bekas pensel.. Eh banyakla nak kena buat. Malasnye akuuuuuuuuuuuuuu....

Lagi malas dan benci kan, Friday ni kena present kat General Assembly. Depan all the staff. Oh watehek. Saya sangat bencis okkay. Malas nak bercakap omputih depan staff nih. Yela, kompem bahasa Omputih aku tunggang langgang. Kang kena bantai gelak je ngan dorang yang pandai cakap bahasa Omputih ni. Tak bantai gelak depan aku, gelak lam perut pun jadila. Haihh malas malas malassss... Nak benti keje buleh? Tak boleh! Cik Bibab sape nak bayar?? wuwuwuwuwuwu..


Aku sekarang memang makin malas la nak keje. Macam dah takde inspirasi dan motivasi nak bekerja. Why ar? Aku saspek hormon rajin aku dah kurang terembes manakala hormon malas yang bermaharajalela. Oh whyla whyla.. Macam-macam dok pikir dalam kepala otak nih. Aku banyak pikir tentang jarak antara aku dan husband. Tak tahan dah ke nak duduk berjauhan ni? Boleh tahan tapi entahla.... Aku nak berhenti keje kat sini then pindah duduk Lumut. Tapi bila dah kat sana nak kerja apa? Tak kerja memang tak bolehla. Banyak nak pakai duit. Haihh ni jela yang aku dok pikir hari-hari. Tuhan, berikan aku kekuatan! :(

Takde mood. Takde mood nak mengadap kerenah orang. Nak melayan ragam orang yang pelbagai. Takde mood nak menjaga hati orang. Takde mood nak senyum. Takde mood nak gelak. Takde mood nak buat semua benda!

Donnolah. Takde mood dah nak menaip..

4 comments:

  1. adakah ini simptom2 anda sedang berbadan 2?????...hehehe

    ReplyDelete
  2. azrin_zelina
    hahaha no komen!

    zura
    huu mmg sensitif. semenjak 2 menjak ni makin menjadi2

    sweetie siti
    huu ape nak buat eh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...