Thursday, June 23, 2011

Pembantu Bekalan Rantai

Assalamualaikum,

Aku kan.. cukup tak suka mengisi borang dalam bahasa Melayu seperti borang nikah haritu, borang keje gomen dan pelbagai borang lagilah yang dalam bahasa Melayu. Bukan aku tak suka dengan bahasa ibunda sendiri (tolong jangan salah tafsir), tapi aku selalu rasa sukar bila nak isi ruang PEKERJAAN. 

Kenapa?

Sebab nama jawatan aku ialah, SUPPLY CHAIN ASSISTANT.

Kesukarannya ialah.. aku tak tahu apa dia supply chain assistant ni dipanggil dalam bahasa Melayu? huahuahua..

Bila nak isi borang tu berpuluh-puluh kali aku pikir nak isi ape laa kat ruang keje nih. Kang tulis je supply chain assistant tu macam pelik pulak. Ruang lain elok je jawab dalam BM, alih-alih pekerjaan dalam bahasa omputih. Macam tak kena pulak kan?

Jantina: Perempuan
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Status: Berkahwin
Pendidikan: Ijazah
Pekerjaan: Supply Chain Assistant

Huahua aku rasa sedikit kelakar di situ. Macam tiba-tiba ada orang putih sesat di celah-celah orang Melayu.

Disebabkan itulah aku selalu menipu bila isi borang nih. Bukan menipu ape pon, menipu sunat je nih. Saya tak tahu Supply Chain Assistant dipanggil apa dalam BM, jadi selalunye dalam ruang pekerjaan, saya akan tulis, PEGAWAI TADBIR atau PEMBANTU TADBIR atau KERANI. Sebab aku rasa itulah keje yang terdekat dengan keje yang aku buat sekarang. Kira sewaktu dengannya. 

Mungkin sebab aku letak keje yang salahla kot aku tak dapat-dapat nak keje gomen sampai ke harini. Tapi aku tak bersalah dalam hal ini!!! Saya tidak tahu tuan! huhuhu

Baiklah, lepas ni aku tulis PEMBANTU BEKALAN RANTAI jelah. Direct translation eheh..


U guys tahu ke dalam BM apa nama keje nih? Tolong bagitau aku sebelum aku bagitau sendiri......

5 comments:

  1. sama la pendapat kita. kalau translate bulat-bulat, macam tu la jadinya.

    ReplyDelete
  2. kak wani..hahaha..btol ke?igtkan pembekal barang kemas td..XD

    ReplyDelete
  3. solehah
    tu lah.. sampai sudah tak jumpa apa dia supply chain dalam BM huhuh

    tati
    haha buleh jugak tu..

    ReplyDelete
  4. Cik wani,
    sy rasa lebih sesuai Pembantu Bekalan Rangkaian...

    sebab kat sini 'chain' maksudnya rangkaian.. not necessary rantai ;p

    ReplyDelete
  5. shida
    kihkih betul2.. tapi still rasa tak kena dengan JD heheh.. apekah itu Pembantu Bekalan Rangkaian? huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...