Thursday, June 23, 2011

Kata-kata Hikmah Suami #1

Assalamualaikum,

Pagi-pagi sebelum pegi keje, aku dapat kata-kata hikmah daripada suami tersayang. Ini gara-gara aku tensen dengan orang yang asyik bertanya, "dah ada baby belom?!" Eh please, aku baru kawin 3 minggu. 3 minggu okay!

Aku tahu memang lumrah orang akan bertanya soalan tu. Itulah dia salah satu soalan cepu cemas kan?

Masa single, soalannya begini, "Bila nak ada boyfriend?"
Masa dah ada boyfriend, soalannya begini, "Bila nak tunang?"
Masa dah tunang, soalannya begini, "Bila nak kawin?"
Masa dah kawin, soalannya begini, "Bila nak dapat anak?"
Masa dah ada anak sorang, soalannya begini, "Bila nak tambah anak lagi?"

The never ending question...

And so aku stress lalu mengadu pada suami.. Suami bagi kata-kata hikmah berikut:

"Kuatkan mental jika orang bertanya. Persiapan dan persediaan untuk kahwin adalah kekuatan mental. Jangan pedulikan orang. Yang penting sayang ada abang, abang ada sayang. Juga yang penting kehidupan kita berdua."

Oh oh.. terus hilang stress :D

Terima kasih abang! You are my strength! If you're not with me, then I'll be very weak!

Dah.. takmo tanya-tanya lagi eh? Kalau ada, saya khaborkan nanti, insyaallah. Doa-doakanla saya dapat anak cepat. Umo suami saya dah banyak kuikuikui..

p/s: Terima kasih kepada orang yang bagi buku Aku Terima Nikahnya as a wedding gift to us. My husband loves it. Katanya, ada banyak ilmu tentang rumahtangga dalam buku tu. Note that kahwin bukan perkara yang mudah.... We just have to keep learning and learning...

6 comments:

  1. deabran menjadi pengantin nie semua org akan rasa dik :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! selamat pengantin baru! feeling bunga2 cinta sampai hujung nyawa ya! =)

    ReplyDelete
  3. sabarlah...mmg style org kite cam tu kan...
    akak ni dah anak 2 pun stil kepoh nak tanya...bile nak tambah lagi? huhuu
    apa2 je diorang ni...

    btw, i folo u :)

    ReplyDelete
  4. betul tu.banyak lagi ilmu yang kena kita belajar.

    ReplyDelete
  5. Kita sama2 bersabar ye.. MJ pun faham perasaan tu.. MJ nie dah mangli ngan pertanyaan anak tu sebab kami dah kawen setahun lebih tp blom rezeki..

    InsyaAllah akan ada untuk kami nanti :>)

    ReplyDelete
  6. kak ieda
    sebelum kawin berdebar, dah lepas kawin pun bedebar jugak hehe

    ije
    terima kasih ije! insyaallah doakan kami :)

    noriz
    huu itulah kan. org concern sebenarnye tu sebab tu org ty eheh

    solehah
    sama2 lah kita belajar :)

    myra jay
    biarlah org nak ty. yg lebih tahu kita sendiri. insyaallah ada la rezeki nanti :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...