Thursday, June 16, 2011

Hadiah Kawin

Assalamualaikum,

First of all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan aku 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, dengan adanya tetamu ni majlis aku yang simple mimple je pon jadi sangat meriah. Tak putus-putus orang datang. Dari start majlis pukul 12 tengahari sampaila ke pukul 7 petang ada lagi yang datang. Tu lah bezanya kenduri kawin di kampung aku ni dengan kenduri di KL. Besenye kalau kat KL, pukul 4 dah tutup kedai dah. Dah takde orang datang. Tapi kalau kat kampung, 2 hari lepas majlis pun ada lagi yang datang hehehe..

Yang paling best of coursela sebab tetamu-tetamu ni tak datang dengan tangan kosong. Mengikut apa yang aku paham, kalau di Kelantan, ada 2 jenis kenduri kawin. Pertama, Walimatul Urus dan kedua ialah Majlis Kesyukuran. Bezanya ialah, kalau walimatul urus, tetamu yang hadir kena bagi duit kat pengantin. Kalau majlis kesyukuran pulak, pengantin dan keluarga tak akan terima duit. Kenduri hanya diadakan untuk menunjukkan rasa syukur dan menjamu rakan-rakan dan orang kampung makan. Tapi biasanya tetamu akan datang dengan membawa hadiah just to make sure they do not come empty handed. Adat datang rumah orang kan. Bawakla something betul tak? Tak kisahla nak bagi apa pun, gula, susu, kain batik, kain tuala, pengantin dan keluarga terima dengan hati yang terbuka. 

Kenduri kat rumah aku baru-baru ni ialah kenduri majlis kesyukuran. And yeszaa, aku dapat banyak hadiah!

Er I don't have the pictures to show it here. I know adik busuk aku ada amik gambar. Tapi dia transfer dalam laptop dia la.. Lupe lak nak copy dengan dia. And poor me takde kamera. Hp dah lama dah dok guna hp cabok takde kamera. Sigh sigh.. Takpelah, korang imagine aje ye, ada satu meja. Sebesar meja makan. Kat atas meja tuh ada setimbun hadiah! Dari sekecik-kecik kotak ke sebesar-besar kotak... Bleh bayang tak niii?

Hadiah tu kitorang bukak pada sebelah malam. Dah jadi acara tahunan dah tu kalo ada kenduri kawen, malam tu mesti malam bukak baju hadiah. Yang paling seronok pastinya kanak-kanak ribena dekat rumah. Macam pesta ape je dorang bukak hadiah. Kita nih punyela slow-slow bukak, sayang wrapping paper punye pasal. Sekali dapat kat budak-budak ni, brukkkk brakkkk... prekkk prakkkk. Itu bukan bunyi kentut, tu bunyi kertas kena koyak ehe.. Dasyat tol sound effectnye. Suka hatilah anak-anak, asalkan korang happy ehehe..

List of hadiah I received:

1. Set pinggan - Ada 2 kotak. 

2. Set gelas/tumblers - Uncountable. Banyak!

3. Periuk nasik - 5 ketul! Ok, ini nak perli aku suka makan nasik banyak ke ape nih eheheheh.. But I love it! Senang kalo nak wat jamuan kat rumah ke ape, boleh masak nasik banyak-banyak dalam masa yang sama.

4. Kain sarung batik/kain pelikat & sejadah - Banyak jugak!

5. Kain tuala - Juga banyak :)

6. Set gelas & jug - 2

7. Kipas angin - 1

8. Iron - 1

9. Tudung syria - haa this one very rare. Terima kasih kepada sape yang bagi tu ehehe.. Saya dok pakai yang tu je masa kat umah in law. Senang!

10. Cadar - erm adala dalam 4 kot?

11. Selimut - 1. Macam tau-tau je my pumpkin takde selimut haha..

12. Sandwich maker - 1. I'm loving it! :)

13. Set cawan & teko - 2 kot? Lupe dah.

14. Microwave oven - 1

15. Toto - 1. Dah guna dah pun :)

16. Kain pasang - 1

17. Cermin - 1

18. Set periuk - sangat-sangatla berguna! Sayang gile nak pakai huhuh.. Basuh pastu dah tercalar-calar then bising kat my pumpkin. Terus kena perli, "kalo tak nak calar, jangan guneee.." hehehe... Tak gune kalu, nak masak dalam ape lak kannn... 

19. Gula, susu - banyak jugak :)

20. Duit - ada jugak kawan-kawan yang kirim duit. Actually takleh amik pun sebab knduri aku bukan walimatul urus, but people insisted. Amik sajelahhh ehehe.. Mak pesan, kumpul duit tu pastu belila something. 

21. Voucher Jusco RM300 - nak beli ape tah ni...

22. Set tupperware - haa ni pun best. tupperware bukan sebarang tupperware, ini tupperware betul!

23. Frame ayat-ayat suci Al Quran - 2

24. Ada lagi kot hadiah lain yang aku dah lupe...... 

Alhamdulillah, murah rezeki aku dapat banyak hadiah. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang sangat pemurah. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki mereka!

Sume hadiah aku tinggal kat kampung. Bawak ke Lumut certain things je macam set pinggan, set cawan, sandwich maker, set periuk & microwave oven.

Itu hadiah kawin, satu lagi adat kalau di Kelantan bila dah kawin ni ialah kena bawak menantu kenal-kenal saudara. Kena pergi umahla. Time nak balik nanti, saudara tu akan bagi hadiah kat menantu. Kalau untuk lelaki biasanya orang akan bagi kain pelikat. Untuk perempuan pulak biasanya kain batik. Pemurah sungguhla ore ore Kelate ni kan ehehehe...

Ahamdulillah, I felt truly blessed to have wonderful family and friends!

2 comments:

  1. banyaknye dpt hadiah..alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  2. zura
    tula pasal. hepi sangat :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...