Monday, June 20, 2011

First Day At Work

Assalamualaikum,

ecece.. tajuk macam aku baru lapor diri kat tempat keje baru je kan. No no no.. Aku masih bekerja di company lama. Setia gila aku nih. Sayang opis ehe.. 

Hari ni merupakan hari pertama aku keje setelah bercuti secara tak hengat selama 3 minggu. Habis licin semua cuti up until June huahua.. Raya dah takleh cuti panjang dah. Kepadanan kemukaan kesayaan. Ahh tapi takpe. 3 minggu tu merupakan cuti yang sangat berbaloi-baloi. Seminggu pertama untuk settlekan perkara-perkara yang tak settle menjelang majlis kawin. Seminggu kedua ialah minggu kawin-kawin. Di rumah aku dan di rumah my pumpkin. Seminggu ketiga ialah minggu berhoye-hoye, berhoneyhornymoon with my pumpkin at Lumut hohoho.. But actually takdela honeymoon sangat. My pumpkin dah keje dah pun. Duduklah aku jadik housewife selama seminggu. Bosan weh duduk rumah saje-saje!! Baik keje, dapat jugak income hehehehe... Unless ada anak la.. Ada jugak mainan nak digomo-gomo haha.. 

Ermmm.. berbalik kepada kisah aku baru masuk keje after cuti lama tuh, huish, tak semangat langsung nak gi keje! Ni sindrom malas dah datang menyerang. Semalam sebelum tido, kunci jam pukul 5.45 pagi. Sebabnya baju belum iron. Niat di hati nak bangun awal nak iron baju lah. Tetapi apakan daya, niat pun hilang ke mana tah, pukul 6.40pg baru aku sedar. Kelam kabut haaaa... Dah janji dengan akak aku nak turun kul 7pg. Mandi pon ala kadar, solat pun cepat-cepat. Aku capai je baju kurung yang tak perlu iron and bleh pakai dengan tudung hitam aku yang aku dah pakai untuk berapa hari tah hahaha.. Tak senon kan??? Ye saya akui, saya memang budak comot lagi tak senonoh. Peduliklah labu, ahkak dah liwat! Pukul 7 tepat aku siap. Bagus kan saya, menepati masa dan janji *big grin*

Sampai ofis pukul 7.45pg. Keluar dari kete aku tepok dahi. Aisehhh, aku tak bawak tag nak masuk opis and I even can't remember mana aku dah campak benda alah tu. Seingat aku, aku keluarkan benda tu dari beg sebelum balik Kelate 3 weeks ago. Walau bagaimanapun, nasib baiklahhh akak aku tolong simpankan ehehhe.. Kalau tak, nanges nak kena bayar RM20 to replace a new tag. 

Masuk opis, duduk depan PC..Aku tepok dahi lagi. Aiseh.. lupa password PC! Cemane nih nak log in hahhaha.. My password is alphanumeric. Yang alphabet tu aku ingat, nombor kat belakang tu je aku dah lupa berapa. Sebabnya everytime password expired aku akan tukar nombor tu ascendingly. Tapi aku lupa dah apa nombor last aku letak dulu haha.. Dasyat dasyat. So aku main teka tekuk jela. Luckily first try dah betul. Kalau 3 kali enter salah, abes PC kena lock. Satu hal plak nak tunggu IT masuk untuk resetkan password..

Macam-macam betul la.. Ni baru cuti kawin 3 minggu. Cuti beranak 2 bulan esok cemana lah agaknye ye?

1 comment:

  1. haha. cuti bsalin 2 bulan nt tulis sume password n letak tag dlm kotak siap2. kang naya kalu lupa. cuti bsalin tahun 2012 la kan? *wink. ehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...