Wednesday, June 15, 2011

Entry Lepas Gian

Assalamualaikum,

Husband on duty malam ni. First time dia pegi duty secara live depan aku. Selalunya dia bagitau aku dia duty dalam hp je. Respons aku pon "OK" je. Tapi bila dah depan-depan mata ni nak pegi duty memalam, huwaa sedihnye rasa. Terus respons jadi "KO." Tapi apa boleh buat, tahi kambing bulat, kenala lepaskan dia pergi duty kan. Ceh ngengada anak kuda la Wani ni kan. Baru pegi duty, bukan pegi sailing lelama ponnn.. Eee makin lama makin menyampah dengan diri sendiri hahaha... Manja tak hengat kan! Harap korang pahamla. Saya pengantin baru. Makanya bila ditinggalkan memalam sorang diri, tido pulak sorang-sorang, isk tak best la! ehehe... Haritu gelabah tak tau nak tido cane, sekarang takleh tido sorang-sorang plak. Uihh gedik! :P

Dah dah.. tutup cerita dalam kelambu ehehehe..

Ermm, malam ni makan lauk semalam je. Tengahari tadi pon sama. Husband duty kan, tak balik umah makanla. Aku nak jugak masak untuk dia harini, tapi dia lak macam tak nak susahkan aku masak. Ke sebab aku masak tak sedap ni? Er haritu buat singgang ikan, terlupa bubuh lengkuas. Actually bukan lupa, memang tak tahu pun kena letak lengkuas haha.. Mak cakap barula aku tau. Tapi my pumpkin dah makan dah pon and dia dah puji cakap sedap. So doesn't matterla takde lengkuas ke takde ehe.. Kalo dia saje nak amik hati aku, tak tahulah tuhhh...

Siang tadi tiba-tiba pulak extension kat dapo rosak. So aku amik peluang pegi shopping kat Pernama dalam base ni. Saje je nak jenjalan kenal tempat. Nanti kalau orang tanya dah pegi Pernama ke belum aku bolehla bagitau aku dah pegi kannn ehe.. Takdela banyak sangat kedai dalam tu. Ke sebab aku tak abes pusing? Entahla, malas nak jalan lama-lama sebab sorang diri. Segan jugak rasa. Sampai je terus cari kedai jual extension. Mahal gak rasa huhuh.. Tapi beli ajelah. Tak beli karang, abes cair air batu dalam fridge. 

Esok plan nak pegi Giant. Since my gaji dah masuk bolehla beli barang rumah sikit. Tapiiii.. cane tah nak pegi Giant? huhu.. Kalo tak ke Giant, pegi Tesco jelah senang. Saje-saje jugak nak jalan-jalan sebelum balik Putrajaya Jumaat ni (huuu takmo balik bleh tak?!). Haritu my pumpkin bawak aku ke Taman Paya Bakau aka Taman Monyet kata my pumpkin sebab kat situ banyak monyet. Masa aku pegi tu takde pon lagi. Dah nak balik petang sikit barula ada monyet datang kat tempat parking. Adala yang baik-hati-tak-takut-kena-gigit- ngan-monyet bagi makan kacang. At first my pumpkin macam tak nak bawak aku pegi situ sebab takut aku terkejut tengok beruk-beruk mat yeh bergantungan dan agresif jugak kekadang. Tapi nasib baikla munki-munki tu sume behave. Dia tak kacau pon masa kitorang tengah jalan-jalan atas jambatan kat taman tu. 

My pumpkin takut sangat aku terkejut tu sebabnya hari kitorang nak gerak balik Lumut hari Ahad lepas, kitorang singgah Rantau Panjang kejap. Nak dijadikan cerita, masa kitorang tengah syok-syok tengok jersi Red Warriors, tetiba tuan kedai cakap, "Weii loh, besarnye tikus dok kat kaki diaaa..."  Aku tunduk tengok kat kaki, Ya Amponnnnnnn tikus besar gileeeee kat kaki akuuuuu! (Menaip sambil rasa ngeri-ngeri).. Aku nih memang sejak azali geli dengan tikus and my pumpkin pon tahu. Cepat-cepat dia tarik aku ke belakang. Masa tu aku memang dah terkejut gile dah. Terkejut sampai nak jerit pun tak keluar suara. Lebih dramatik lagi, tikus bengong tu ikut sekali!!! Aaaaaa masa tu memang aku rasa macam nak melompat dah. Boleh rasa my pumpkin pon angkat aku (Sian dia, sure sakit pinggang angkat aku yang berat haha). Dah terbayang dalam kepala tikus tu nanti naik merayap kat badan aku huwaaa... Dan-dan tu lah air mata ni keluar. Nangis cam budak kecik. Dan-dan tu jugakla aku peluk my pumpkin erat-erat. Depan orang ramai pon tak kisahla, eh dia laki aku, ada aku kesah?? eheh.. Amik kesempatan jugak tu sebenarnye ekekeke...  But seriously aku terkejut gile laa.. Disebabkan tulah my pumpkin macam a bit reluctant nak bawak aku taman monyet tu. But because I insisted, dia turutkan jugakla ehehe.. Terima kasih sayang. Esok orang tanya honeymoon kat mana, blehla syg jawab kita honeymoon kat taman monyet hihihihih...

Dah panjang membebel. Orang lain buat entry Wordless Wednesday. Aku nih Wordmore Wednesday dah ni hihihih.. Lepas gian update blog panjang-panjang sementara hubby takde.

It's windy here now! Sejuk! Tak bestnye tido sorangggg huahuahua..

Nyte all :D

3 comments:

  1. eamy milea
    a'ahhh.. geli gile2 dngan tikus huhuhu

    ReplyDelete
  2. haha..haha..klakar la kak wani ni..but anyway..it is sweet..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...