Wednesday, June 22, 2011

#1: Pelamin & Persalinan Majlis Pertunangan & Pernikahan

Assalamualaikum,

4 June hari tu ada 2 peristiwa bersejarah berlaku dalam hidup aku. Pertama majlis pertunangan dan kedua majlis akad nikah. Tunang kejap je, dalam sejam lebih eheh.. Kalau ikut hati takmo tunang-tunang pun, nak kawin je terus. Tapi, kenalah ikut kata orang tua kan. Kata dorang tak elok kalau takde sesi meminang tu. Macam tak lengkap. So buatle jugak walaupun dalam masa sejam hehe..

Tunang dan akad nikah diadakan di rumah mak ayah aku. Kalau ikut kata orang tua jugak, tak perlu special special, simple-simple aje. Tak perlu nak buat pelamin whatsoever. Tapi aku ni kan gedik. Rasa macam nak jugak ada tempat yang cantik untuk pengantin duduk. Pengaruh orang la ni! huhuhu.. *pang pipi sendiri sedas*

Nak sewa menyewa memanglah tiada kemampuan. Lagipun plan nak sewa pelamin time reception je. Akad nikah simple-simple dahle. So aku tryla google google gambar mini pelamin yang orang selalu buat time tunang or akad nikah. Konon-konon nak cilok sket  idea orang ehehe.. Aku ni tak kreatif dan inovatif so bab-bab deco mendeco nih memang bengap sikit huhuh.. Tapi bila aku tengok gambar orang tu aku rasa down pulak. Yelah, orang pakai banyak bunga. Mana aku nak cari bunga. Nak kena belila kan. Manade duit nak beli wuwuwu.. Then ada yang pakai stage, sape yang nak buat stage tu pulak. Kayu mana nak cari? Lepas tu lagi kalo takde stage orang duduk bersila atas kapet bulu-bulu yang tebal gile. Pijak je kaki tenggelam. Import dari Turki ke hape. Tak pon duduk atas kusyen yang cantik tuh. Mana aku nak cari sume tu haaa??

Terus down wuwuwuwuwuw.. Down sampaile ke last-last minute. Sebab seminggu sebelum majlis tu satu benda pon tak buat lagi. Tapi still gedik nak ada mini pelamin jugak. Macamana tuh?

Alhamdulillahhh... I have my sister! She's my saviour. Entah bilela dia mintak tolong kawan dia tolong design kan satu mini pelamin. Simple-simple ajelah kawan dia draw. Malas nak pikir panjang, kitorang decoratela lebih kurang design kawan dia bagi tu.....

Dan inilah hasilnye....

eh eh senget pulak gambar
Simple kan? kihkih..

Langsir putih tu langsir mak saya yang sedia ada. Yang pink pink tu pulak langsir bentuk love sebenarnye. Saya beli kat DIY shop kat Jusco Taman Equine. Harga pun murah aje, RM8.90 :) At first letak langsir putih biasa yang jarang tu je kat belakang. Tapi bila kena cahaya matahari, kaler pink tu tak naik. Tapi yang nampak grill tingkap yang berkarat tuh huhuh.. Then my sister in law suggest letak kain putih yang tebal sikit as background. Masa tu dah down jugakla rasa. Mana la nak cari kain putih tebal lak. Alhamdulillah, mak ada. Lega sangat-sangat. Terus kitorang semat-semat je dengan jarum peniti dekat langsir putih yang jarang tu. Pastu baru letak langsir pink then walahh siaplah background... Eh tak siap lagi. Kitorang letak bunga sket kat atas tu. Supaya tak nampak kosong. Bunga-bunga tu guna bunga plastik mak aku je hehehehe.. Terima kasih mak sebab sanggup korbankan bunga-bunga dalam pasu..

Bunga atas 2 tiang merah tu pulak, akak aku yang sulung sponsor. Masyeh masyeh :)

2 bunga stand dan 2 bunga dalam pasu kat bawah tu pulak, aku pinjam dari cousin aku yang kawin seminggu sebelum aku. Alhamdulillah ada dia yang sudi pinjamkan. Terima kasih banyak-banyak :) Luckily bunga dia tu kena dengan tema aku which is pinky pinky gitu ehehehe

Kerusi tu pulak, kerusi jati mak aku jugak. Hari-hari polish kerusi tu bagi nampak berkilat sikit. Aku rasa sesuaila kerusi tu dengan tema aku. Tak sesuai ke? Pedulilah.. asal ada tempat nak duduk. Kusyen tu pun mak punye.

Itu pelamin mini aku. Guna je apa yang ada kat rumah. Ditambah pula dengan pemberian insan-insan yang sangat baik hati. How lucky I was......

Ok, itu kisah pelamin.. Kisah baju pulak. As you can see pelamin aku macam kaler pink pink sket kan.. This is because kaler baju akad nikah aku ialah lilac or light purple gitu. Masuk je kan 2 kaler nih? hehe..

Aku tahu akad nikah selalunye orang pakai putih or maybe cream or beige. Tapi aku pilih lilac sebab untuk majlis persandingan aku akan pakai putih. Jadi takkanla aku nak pakai putih je kan. Bosan pulak nanti eheh.. Satu lagi sebab aku pilih lilac is because the colour is so beautiful! Lembut je.. Sedap mata memandang ehe.. And saje la, I want to be out of the ordinary.

But choosing this colour means creating 1000 problems! Banyak betul masalah masa nak dapatkan kain kaler ni. Susah gile nak cari kat kedai kain. Atau mungkin aku yang cerewet kot. Dah jumpa kain kaler ala-ala lilac still tak puas hati.. Tak cukup mudala.. terang sangat la.. Macam-macamla. Lepas tu nak cari lace lagi. Banyak kedai yang jual kain satin dengan lace sekali. Tapi masalahnya lace tu untuk baju je. Kain takde lace. Ok, that's not what I want! Aku nak lace untuk baju dan kain. Terpaksala beli yang meter.Tapi susahnye lahh nak cari lace yang cantik kat Kelantan. 2 hari aku jelajah seluruh KB cari kain satin kaler lilac dan juga lace. Nasib baik jumpa jugakla. Kalau tak jumpa memang aku pakai putih jela huhuhuhuh...

Itu problem baju aku. Belum masuk problem baju my pumpkin lagi hahaha.. Masalah masalah.. Masalahnya ialah aku kena cari baju melayu yang dah siap untuk my pumpkin dan baju tu wajiblah kaler lilac and sama dengan kaler baju aku kan? Klu tak sama, macamana nak jadi pasangan pengantin?? Aku tak boleh beli kain je then hantar tailor sebab masa dah terlalu suntuk masa tu. Pastu kain yang aku beli untuk buat baju aku tu memang dah gulungan last dah. So takdela untuk my pumpkin. That's why kena cari yang dah siap. Masa tu aku memang kompiden la baju kaler tu ada. Tapi kann.. payahnya nak cari! Aku redah pasar Wakaf Che Yeh tapi takde pun kedai jual baju Melayu. Then at last aku pegi Pasar Lama Kota Bharu. Ala yang kes masuk berita hari tu.. Penjual meniaga dalam gelap tu ehehe.. Nasib baiklaa. ada baju melayu kaler lilac dijual kat situ.. Kalo tak, mahu menangis tak berlagu aku.

Bila ingat balik memang rasa sakit sangat. Tapi syukurlah Allah bantu kami.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...