Sunday, January 30, 2011

What's Up with my January Planning?

Assalamualaikum,

Awal Januari hari tu aku ada buat entry pasal January Planning. Aku list down benda-benda yang aku dah plan nak buat on January ni. Let's see, plan aku tu berjaya tak dilaksanakan dalam bulan Januari yang dah nak sampai ke penghujung ni...
  1. Renew roadtax & insurans Cik Bibab. Expiry date yang tertera pada roadtax ialah 11 Januari 2011. Cik Bibab dah berusia 2 tahunla! Insyaallah akan ke Maybank untuk uruskan semua ni pada 5 Jan 2011. - DONE! Aku pergi settle awal-awal sebelum ke Sabah lagi sebab tak nak serabut-serabut kepala. And roadtax pun dapat sehari sebelum aku pergi Sabah. Lagi tak serabut kepala :D Cumanya, aku tak terus lekatkan dekat kereta. Seminggu balik dari Sabah barulaa aku lekat huhu.. Nasib baik JPJ/polis tak buat road block ngeeeee~
  2. Bercuti bersama geng PCD di Kota Kinabalu, Sabah! Flight kami dari KL ialah pada 7 Jan 2011 jam 9.30 malam. Seriously can't wait! :) Ini maybe percutian terakhir sebelum beberapa orang daripada kami menamatkan zaman bujang pada tahun ni. Termasuk aku kah?? We'll see. Asyik we'll see jek, jadinye tidak ahahaha :P - DONE! It was a super awesome hols. Seronok dapat habiskan masa dengan kawan-kawan. I've post part by part entry on this vacay. Ada kat tepi tuh, Hoye-Hoye di Sabah. Memang hoye hoye betullah! Oh, Sabah syok sebab seafood murah :)
  3. Nak servis Cik Bibab. Sepatutnya bulan Disember. Tapi sebab gaji Disember aku amik untuk bayar roadtax & insurance, terpaksa tunda servis. Rasanya Cik Bibab takde ape ape masalah. Sebab hari-hari dok ulang alik Putrajaya-Cyberjaya-Putrajaya je. Mungkin pergi selepas 15 Januari. After gaji masuk :D - POSTPONED! Ya... have to postpone servis Cik Bibab atas sebab-sebab tertentu. Sepatutnya servis pada 28 Jan tapi aku call Perodua Service Putrajaya (after several attempts. Gila susah dorang ni nak pickup phone.grrr..) and change to 19 Feb. Nasibla can still slot in. Tak nak buat hujung-hujung bulan. Pasalnye, hujung bulan poket dah kering. Nak buat macamana, gaji masuk tengah bulan huhuhu.. Cik Bibab please behave ya?
Eh tu je eh planning aku on January? Rasa macam buat banyak benda on January nih... Hmmph cepatnye masa berlalu kan. Rasa macam baru semalam kita celebrate new year. Pejam celik pejam celik  bulan 1 dah nak habis and dah nak masuk bulan 2 dah. Bulan 2 lagila singkat, 28 hari je. Dah nak kena pikir planning February pulak. Ape nak buat on February uols? :)

3 comments:

  1. pasal kete kenalah kite berhabis duit..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. zura,
    huu btul2.. renew roadtax n insurans dah brp ratus dah kat situ. servis lagi. haihh.....

    ReplyDelete
  3. bagus la ada aim utk setiap bln cmtu..bagus..bagus..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...