Wednesday, January 26, 2011

Tanggungjawab Suami Isteri

Assalamualaikum,



Ramai yang nak kawin kan tahun ni.. Aku pon tak terkecuali. Gedik gedik nak kawin nih muahaha.. So semalam saje saje google tanggungjawab isteri ke atas suami dan tanggungjawab suami ke atas isteri. Rata-rata artikel yang aku jumpa, sama sajelah isinya. Maybe masa kursus pra perkahwinan pun ada bincang hal ni kan? Aku belum pergi jadi tidak tahu :D

Bagi aku, sebelum kawin, kita memang kena betul-betul paham tentang tanggungjawab ni. Sebab bila dah kawin, benda ni la yang akan menjamin keutuhan hubungan kita. Aku rasala, kebanyakan keretakan rumah tangga terjadi sebab rata-rata orang kita tak betul-betul mendalami perkara ni. Kalo dorang betul-betul paham, I am very sure, takkan ada suami yang curang, takkan ada isteri yang nusyuz, takkan ada yang turun naik mahkamah, takkan ada keluarga yang berpecah belah. Tapi wallahualam, kadang-kadang benda kalau nak jadi kita memang tak boleh nak buat ape. Allah yang menentukan segalanya. Ape-ape pun, kita kenala berusaha, cari jalan untuk elak daripada terjadinya benda ni.

Untuk panduan bersama, here's a list of tanggungjawab suami isteri:

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami
  1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana  suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
  3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
  4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
  5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
  6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
  7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
  8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
  9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri

  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
  4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
  5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
  6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
  7.  Memenuhi keperluan nafkah batin
  8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
  9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri. 

Info taken from here: http://jomkahwin.wordpress.com/category/tanggungjawab-suami-isteri/

Sape-sape yang ada masalah rumah tangga tuh, pikirla semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk berpisah ke ape. Memang berpisah tu cara paling mudah, paling senang nak lari dari masalah, tapi pikirkan kesan sampingannya. Nak bercerai berai nih pakai duit banyak tauu.. Nak bukak fail kat mahkamah, nak upah lawyer. Tu baru cerai, kang nak tuntut nafkah harta sepencarianlah, tuntut nafkah anakla. Hish, banyak gile duit nak kena keluarkan. Baik guna duit tu buat pegi holiday huhuhu.. Lagi satu, kalau ada anak, kasihanilah anak-anak. Jangan jadikan mereka mangsa. Kesian kat anak-anak yang tak dapat nak merasai kasih sayang mak dengan ayah sepenuhnya. Yela, kebiasaannya selepas bercerai mak yang akan jaga anak. Dengan ayah, cuti panjang baru bleh jumpa. Tak ke kesian tu? Dah besar nanti pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada dorang. Mungkin ada yang tak nak kawin sebab takut sejarah antara mak dan ayah akan berlaku kepada dia juga. Tak adil kan untuk mereka?

 Lagipun perceraian ni kan satu perkara yang halal tapi amat dibenci Allah. Teliti kembali hak dan tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri, mudah mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan sentiasa memperoleh kebahagiaan.

2 comments:

  1. "suami adalah pakaian bagi isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami..."

    ReplyDelete
  2. l.r,
    yes setuju! sama2lah kita ingat tanggungjawab ni sume..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...