Tuesday, January 25, 2011

Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan

Assalamualaikum,




TEMERLOH: Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, di sini, gempar dengan tindakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cuba terjun dari tingkat dua bangunan dipercayai diserang histeria kira-kira jam 8.30 pagi semalam.


Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit tiba-tiba menjerit lalu melompat keluar melalui tingkap kelasnya ke koridor tingkat dua bangunan sekolah itu.
 
Pelajar terbabit juga dikatakan berlari-lari sepanjang koridor terbabit sebelum berdiri di hujung bangunan setinggi 10 meter sambil mendepakan tangan seolah-olah mahu terjun. Keadaan bertambah cemas apabila pelajar terbabit turut menarik cermin tingkap nako lalu membalingnya ke bawah bangunan.


Seorang guru yang enggan dikenali berkata, tindakan pelajar itu bagaimanapun menyebabkan tangannya luka dan dia dikatakan menjilat darah yang mengalir keluar dari tapak tangannya.

“Pelajar berkenaan semakin agresif apabila membuka tudung lalu membalingnya ke bawah dan keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya berjengket memijak lantai,” katanya di sini, semalam.

Suasana kecoh di perkarangan sekolah terbabit menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.

Beliau berkata, pengurusan sekolah turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar terbabit. Kita dan pengurusan sekolah bersyukur kerana tidak ada kejadian tidak diingini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang pantas mengambil tindakan,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria pernah berlaku beberapa kali di sekolah terbabit namun kejadian semalam paling mencemaskan.

Berita Harian difahamkan, selepas pelajar terbabit dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), beberapa pelajar lain kemudian terkena histeria namun keadaan terkawal.

News taken from: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahgemparpelajarhisteriamahuterjun/Article

Hokay, agak seram dan mengerikan berita ini. Macam-macam boleh jadi apabila diri dikuasai syaitan iblis yang direjam Allah ni. Mintak-mintak jauhla daripada benda-benda macam ni. Lengkapkan diri dengan ilmu agama yang kuat. Sentiasa ingat Allah!

Cara-Cara Mengelak Dari Terkena Sihir atau Gangguan Syaitan:

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasadikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:

"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"

(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"

Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.

(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.

(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

Diambil dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8722.0

3 comments:

  1. amalkan membaca ayat Kursi bila2 dan di mana2...
    bina kekuatan dlm diri...

    seram gak kalu ada kejadian camni. huhu

    ReplyDelete
  2. sbelum tido ayt kursi dan 3 qul. :)

    ReplyDelete
  3. l.r,
    huu seram kan? sama2 kita bina benteng dalam diri.

    asybedazzle,
    betul2, mudah dan easy ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...