Wednesday, January 5, 2011

Oh, Sit! Minyak Naik Lagi!!

Assalamualaikum,

Bukan minyak masak ye naik. Setakat ni kementerian masih berpegang pada janji.

Tapi............ minyak petrol yang naik ye tuan tuan dan puan puan.

Petrol RON97, minyak tanah naik 10 sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.


Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PetrolRON97_minyaktanahnaik10sen/Article/index_html

Gerenti RON95 pun naik jugak kan nanti? Mana leh tak naik, kang nanti besar lak jurang perbezaannya dengan RON97. kan kan kan kan??

Nak naik beskal jela pegi keje nanti.....

2 comments:

  1. saya masih pakai minyak ron95. tapi nak beli kete baru nnt, nak pakai minyak ron97. takpe la, dunia makin maju. kena terima hakikat harga barang makin naik. nasib pegi keje naik bas. wee ~

    ReplyDelete
  2. chan,
    wah..nak beli kete baru ke? nk pakai kete ape lak? ehehe..
    hmm sy gaji x besar mampu guna ron95 je. alhamdulillah so far xde masalah. tpnye tula, bajet untuk myk bulan2 pun dah bertambahla kalo naik ni huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...