Sunday, January 2, 2011

Menangis itu Memenatkan dan Berangan Itu Memang Best

Assalamualaikum,

Tak buat-buat ape-ape harini. Semalam tido dengan linangan air mata. Bangun solat Subuh tengok mata lebam gile. Selepas solat, sambung tido dengan air mata berlinangan lagi. Tersedar pukul 10 pagi. Dah bangun mandi manda, makan apa yang patut, sambung berendam air mata lagi. Sampaila ke Asar. Dok berair je mata nih, sampai bengkak-bengkak. Haih, macam ni la aku. Sensitip... Yes, aku ni sensitif orangnye. Sape kata aku tough? Tough tough tu mamat yang main dalam WWE jeh...

Sobsob.. tengok gambar ni lagi buat aku nak menangis :'(

Bila dah penat menangis tu, kepala sakitla pulak. Berdenyut-denyut. Padan muka kan. Tapi menangis ni ada baiknya tau. Ada haritu aku baca kat blog si SK neh, 7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis.. Cuba korang baca. Mesti korang nak nangis je keje hehehe...

Kenapa aku menangis? Biar aku jela yang tahu. Pastinya benda tu memang sedih gila buat aku. Menangis ni penat woo! Siap ada sedu sedan lagi. Adeh, penat......

Anyway, masalah dah selesai and I'm back to normal. Aku tak nak lagi dah sedih-sedih macam ni. Semoga ni la yang last aku menangis macam ni. Lepas ni nak gembira-gembira je. Nak ceria-ceria je. Nak bayangkan benda best-best je. Macam.......


  • Aku selim melim macam model, boleh pakai sume jenis baju yang aku nak
  • Kawin dengan mypumpkin tengah tahun ni. aaaaa itulah yang paling best (hahaha gedis)
  • Dah kawen, dapat plak anak yang hidungnya ikut aku, mulut ikut mypumpkin (hahahah ni lagi gila gedis)
  • Ada duit puluh-puluh ratus-ratus ribu dalam bank. So that aku pon tak susah hati hari-hari pikir duit ada lagi tak dalam akaun huhuhuh..
  • Cukup-cukuple tu berangan.

p/s: Esok sekolah dah start. Good luck to my nephew Khalis yang masuk darjah 1! Semoga esok dia eja nama dia, dia tak lupa huruf 'H' tu. Alkisahnye masa orientasi aritu dia cakap ngan aku, "Khalis write name Khalis, tapi Khalis forgot H!"

p/s: 5 hari lagi nak ke Sabah, 4 hari lagi nak jumpa mypumpkin :D

p/s: Esok kerja weh. Jom iron baju!

2 comments:

  1. kenapa sedih ni? adakah sebab tu ur fb takleh access? T__T susah senang kongsi bersama ye wani.

    ReplyDelete
  2. chan,
    huhuh ada la something something huhu..

    deactivate fb.malas nak serabut ;D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...