Friday, January 21, 2011

Khurafat - Perjanjian Syaitan

Assalamualaikum,

Semalam tengok Khurafat bersama teman-teman sejati, Nor, Yana, Rosie, Shida & Chan Chan di TGV The Mines.



Heh menakutkan jugak cerita ni. Ke sebab aku ni penakut sangat? hihih.. Aku rasa aku ni penakut kot. Huu jenis yang cepat terkejut tapi aku takdela menjerit okkay. Takut yang bersopan santun, sekadar menutup muka dengan tangan je hehe.. Part part nak keluar hantu tu aku tengok melalui celah-celah jari je ahaha..



Bagi yang penakut macam aku, filem ni dah cukup seram. Tapi tak seseram cerita hantu siam, jepun atau korea. Filem ni tak berapa sama dengan cerita hantu melayu lain sebab kurang adegan menjerit ehehe.. almaklumla, yang dihantui tu lelaki. Takdela jerit jerit. Kalo lelaki pun menjerit tak tahula aku ehehehe... Berlakon dalam gelap tu normal untuk cerita hantu. Tapi kalo dalam pejabat pon gelap gila, macam tak logiklah tu. Banyak sangat lah scene dalam gelap nihhh..


Hantu muncul pada waktu orang tak expect pun dia akan muncul. So bila dah muncul tu memang satu panggung menjerit (aku tak jerit tau). Jalan cerita memang bestla. Cerita yang unsangkarable last last tu. Aku suka cerita yang macam ni, yang buat aku berkata, "Ooooo..patutlaaaaa....."


Pelakon-pelakon okay-okay jugakla. Syamsul Yusoff, kacak, tapi suara mendatar. Marah pun macam bercakap biasa ehehe.. Sedih pun sama. Tah lah, dah dia memang suara macho camtu kot ehehe.. Liyana Jasmay pon ayu je bertudung. Tapi dia jadi isteri Syamsul? Er macam tak seswai di situ. Sebab nampak dia macam budak-budak je lagi. Macam budak sekolah pun ada. Tetiba jadi isteri. Huu mungkin sebab aku tak pernah lagi tengok dia berlakon jadi seorang isteri dan wanita? Dats why aku rasa macam tu..

Aaa ada satu scene, scene awal-awal, Syamsul imamkan solat. Er aku terperasan masa duduk tahiyyat akhir tu dia tak angkat jari telunjuk dia. Macam duduk antara dua sujud biasa je..Errrr ke aku yang salah tengok? huhuhu

Overall, cerita ni ok. Tak membazir harga tiket. Tak macam Lembing Awang Pulang Ke Dayang tu. Gross!!!


Jadi, pergila tengok Khurafat ni ye. Amik pengajaran daripada cerita ni. Tok sah la dok berdamping dengan setan jin nih. Khurafat sume tuh!!!!!

4 comments:

  1. hehe...takut...ala kita pun cm tue jgak..tgk di celah2an jari je...tp mmg bestlah cite nie...

    ReplyDelete
  2. betul3... janggal rasanya liyana jasmay bw watak isteri... sbb dia mmg bdk2... haha [mcm la kte ni dah besar! huahaha]

    ReplyDelete
  3. orang lemah semangat boleh tgk x cite ni?

    ReplyDelete
  4. zura,
    haha kita serupa rupa2nya. celah jari pon bleh!! :P

    yana,
    haha kita ni dah layak jadi isteri ngn mak dahhh..

    solehah,
    err tak digalakkan kot. tp kalo tgk celah2 jari cam saya buat blehla eheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...