Saturday, January 15, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part IV

Assalamualaikum,

**WARNING: Entry sarat dengan gambar. Harap maklum.

Dah lepas bermandi peluh kat Poring Hot Spring, kitorang ke Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. 






Korang penah buat fish spa tak? Ala kalo kat Jusco ke, shopping complex selalu ada tempat yang bleh celup-celup kaki and pastu ada ikan datang gigit-gigit kaki korang. Tapi ikan-ikan tu kecik je kan? Kalo dekat Tagal Sungai Moroli ni, the main attraction is the fish spa, but..... the fish are big!!! Seriously big.


Aku teringin sangat-sangat nak try berendam dengan ikan-ikan ni. Orang kata memang best and ikan-ikan pun jinak. Tapi malangnya, hari kitorang pergi tu, Tagal ni ditutup. Tak sure kenapa. 10hb Januari baru bukak balik. 10hb kitorang pun dah nak balik KL. Huu kecewa jugak tak boleh try sebab sebelum pergi Sabah aku ada tengok Sabah Tourism punye website and nampak best je tempat ni. Apa bleh buat, takde rezeki huhuhu.. By the way tagal means "no fishing".


See see besar kan ikan dia... [http://tagalsungailuanti.blogspot.com/2009/08/fish-massage.html]


Since this place closed kitorang pun pergila ke tempat lain. Masa tu kalau tak silap aku dah pun pukul 1 tengahari... So kitorang pergi makan dekat Pekan Ranau lepas tu off to Kundasang. First place yang kitorang pergi kat Kundasang ni ialah Mesilau Nature Resort

Mesilau ni actually part of Kinabalu park jugak. Dia ada jungle trail and sape-sape yang suka masuk hutan bolehla stay kat lodge yang ada kat sini. Nak naik Mount Kinabalu pun boleh juga kalo dari sini. Resort ni berada atas bukit. Nak naik ke bukit ni memang huh, mencabar! Takut gakla.. takut kalo kalo van kitorang tu tak larat naik ehehe.. But no worries, Viva pun berjaya naik tau.. Pemandangan kat atas tak payah cakapla, awesome! The air is fresh, sejuk dan memang best! 



On the way up to Mesilau Nature Resort

Pemandangan sebelum sampai di Mesilau Nature Resort. It's actually a golf course - Kinabalu Golf Resort



A small stream yang ada dekat Mesilau Nature Resort. So beautiful kan?

 Bergambar in front of Mesilau Nature Centre. Kat dalam tu takde ape sangat pun. Just posters haiwan-haiwan and tumbuh-tumbuhan yang ada di Sabah. Erm, the place is not really well maintained and takde sorang pun staff kat dalam tu...

 Suka gambar ni. Tetiba ada mypumpkin menyelit ehehe...



Dekat Mesilau ni kitorang banyak bergambar jela. Sebab view cantik kan. Hmm dah terbayang-bayang nak honeymoon kat sini. ahaha oke gedik lagi.




Ouh, line telefon kureng ye di sini. Tho ada satellite disc Maxis kat situ, line 2 bar je kot. Hampeh kan? hehe.. But then okla, if you really want to get out from your hectic life, pergila sini ye :)




Next station is Desa Cow Farm.


To be continued...........




p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...