Friday, January 14, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part III

Assalamualaikum,

**WARNING: This part will be very long and full with photos (style malas nak bercerita, tempek gambar je)

Lepas lepak-lepak amik gambar di tepi jalan kat Pekan Nabalu tu, kitorang gerak menuju ke Poring Hot Spring. Apa ada kat sini? Dah namanye hot spring maka kat sini ada kolam air panas. Perjalanan ke Poring tu agak mencabar jugak. Naik bukit tinggiiii.. Bagaikan berada di awangan.

Pemandangan dari dalam van ketika dalam perjalanan ke Poring. Cantik kan? Yang berkepul-kepul tu awan :D
Lama jugakla perjalanan nak ke Poring tu. Orang-orang kat belakang seronok je sembang-sembang, aku duduk depan tido je ahah.. Tak taula nape, masuk je dalam van terus krohs krohs tertido.

Sampai di Poring kena bayar entrance fee. RM3.00 seorang.

Sebelum masuk harusla bergambar dulu. Hapeeee, my pumpkin curang?????
Majuk ahhhhhh~ :P
Kat sini kolam air panas dia open gitu. Rasanya semua hot spring pun macam ni kan? Kalau nak tutup tutup pergi saja ke spa & sauna tu ye. Banyak jugakla kolam-kolam kecik tapi masa kitorang pergi tu kebanyakannya dah ramai yang dok berendam. Rasa tak selesa la pulak kan nak berendam sama dengan orang lain yang tah sape-sape. Oh mat saleh ramai. Bdan merah-merah rupa udang kena bakar dorang ni. Aku bawak je baju nak salin tapi tahla, takde selera sangat nak berendam huhu..




Antara kolam air panas yang ada di Poring Hot Spring

Walaupun kitorang decided tak nak mandi, kitorang nak jugak rasa panas macamana la air dekat Poring ni kan. So kitorang pergi ke kolam rendam kaki je hehe.. Rendam kaki pon jadilah! But, i tell you, the water is really hot! Huh, celup sikit pon dah tak tahan. Ada yang mampu celup hujung jari kaki je. Kalau lama sangat berendam boleh rasa kebas-kebas. Kaki pun bertukar jadi merah-merah. Serius panas! Bayangkan kalo berendam the whole body? 0__0 No wonder mat saleh sume badan bertukar jadi merah-merah ehehe


Muka-muka tengah tahan panas hahahaha


Kalau korang tak nak mandi jugak, dekat hot spring ni ada tempat lain yang korang boleh pergi.


Korang boleh pergi tempat-tempat ni. Tapi ada bayaran. Ye, tiada yang free ye kat sini. Bayaran takdela mahal sangat. Macam canopy walk tu kalau nak naik, bayar RM3. Kamera takleh bawak tapi kalau nak jugak bayar RM5. Video camera RM30 kalau tak silap aku kalau nak bawak naik canopy walk tu. Kitorang naik canopy walk. Tempat lain tak pegi sebab........ nanti aku cite. Kita tengok dulu gambar-gambar naik jambatan atas pokok ni.

Sila klik pada gambar ye untuk melihat dengan lebih jelas.

Jambatan atas pokok ni ada 5 stesen dan dalam satu masa 6 orang je boleh naik. Kang naik ramai-ramai runtuh lak kan. Huu aku takmo, tak kawen lagi ni! Dahle tinggi. Sape-sape yang gayat tu, pikirla dua tiga kali sebelum naik ye eheheh.. Tapi sebenarnye taklah setinggi canopy walk di Taman Negara, Pahang.


Ini kaunter masuk. Korang mesti ingat keluar dari pintu masuk tu terus naik jambatan tu kan? Tidak tidak... Anda jangan tertipu macam kami kena tipu huhuh.. Sebenarnye, bila keluar dari pintu kat belakang tu, korang kena jungle trekking lak tau nak ke jambatan gantung tu. Huh dahla masuk hutan, panjat bukit plak. Nasib kitorangla masa tu track pon basah sebab mungkin baru lepas hujan. Track bukan track bata ye, ni track tanah punyeee... 

Gigih memanjat bukit nak naik jambatan pokok. Sesambil tu sempat lagi posing hahaha
Huh, semput jugakle aku. Aku kalo dah bab panjat memanjat nih memang lemah sikit. Tapi dah bayar takkanla aku tak nak naik kan. Termengah-mengah, tercungap-cungap. Dah sampai kat first station tu, masing -masing dah tak larat. Nak langkah naik tangga pun kaki dah terketar-ketar huhu.. 10 minit jugak kot jungle trekking tu. Berpeluh!~

@first station. Tengah tunggu turn nak naik canopy walk. Masa ni mengah pun tak hilang lagi.
The canopy walk
Kontrol macho. Padahalnye takot!
View bawah jambatan pokok tu. Ngeri weh!

Now you know why we didn't go to other places kan? Sebab dah letih! Dah abes naik canopy walk, kena turun bawah pulak. Hadoi memang ketar-ketar lutut aku. 

Tu jela aktiviti kitorang kat Poring. Bermandi peluh, bukan bermandi air panas huhu.. Siap member aku cakap, kita ni datang Sabah bukan bercuti, tapi bersenam! haha betul betul.. Whatever it is, it's good for our health kan? :P

Next stop was Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Tapi............


To be continued........


p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

7 comments:

  1. wani... ada gmbr dari din ke?? nak tgok... dah upload kat fb??

    ReplyDelete
  2. yana!! ade... kat profile dia. album travel 2 sabah. add je dia kalo xleh tgk. nnt wani suh dia approve ASAP

    ReplyDelete
  3. mmg best gile tengok gambar2 korang ni.

    ReplyDelete
  4. solehah,

    trip ke sabah tu mmg awesome! more parts coming ehehehe...

    ReplyDelete
  5. haha ok!!! kte check!!! thanx!!! =)

    ReplyDelete
  6. wani... suh din approve erk. gmbr private...xleh tgok. huhu trimasss!!~

    ReplyDelete
  7. hokay yana. hari ni dia meniaga. malam karang dia balik dia approve ek

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...