Thursday, January 13, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part II

Assalamualaikum,

Sabtu, 8hb Januari 2011, bangun seawal 4.00 pagi supaya tak berebut bilik air. Maklumla, tandas ada 2 je and kitorang serumah 12 orang huhuhu.. Yana bangun paling awal. Cayalah ehehe...

Lepas breakfast ala kadar, pukul 6 pagi kitorang gerak ke Ranau. 6 pagi di Sabah dah cerah dah. Macam pukul 7 pagi kat Semenanjung ni.

First stop ialah Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni terletak 40km dari bandar Tamparuli dan 32km dari Ranau... Kat sini ada banyak gerai.Ada jual buah, barang-barang kraftangan pun ada. Tapi masing-masing tak beli ape-ape pun sebab nak beli souvenir di Pasar Filipin di KK je nanti.

Kedai-kedai di Pekan Nabalu

Dari Pekan Nabalu ni boleh nampak puncak Gunung Kinabalu. Itupun kalau takde kabus tebal la. Kitorang bernasib baik haritu sebab dapat jugakla tengok puncak Gunung Kinabalu tu dengan jelas walaupun dari jauh. Macam tak percaya pun ada sebab dapat tengok depan mata. Err dari jauh takdela nampak tinggi sangat gunung tu eheh belagak gilee....

Puncak Gunung Kinabalu. Indah kan ciptaan Allah?
Kitorang stop tepi jalan untuk amik gambar dengan Mount Kinabalu ni. View memang marvelous. Cantik! Breathtaking! Cuaca pun elok je. Sejuk bagaikan berada di Cameron Highlands...

Bersiap sedia nak posing maut



Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Dah puas bergambar kitorang meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Another famous place in Ranau. Kalau ke Sabah wajib ke sini :)


To be continued....


p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...