Wednesday, January 12, 2011

Hoye Hoye di Sabah - Part I

Assalamualaikum,

Pengembaraan bermula pada 7 Januari 2011. Aku bertolak dengan mypumpkin dari Putrajaya ke LCCT dengan menaiki KLIA Transit hingga ke Salak Tinggi kemudian dari stesen Salak Tinggi tu naik shuttle bus ke LCCT. Tambang tak mahal, RM5.50 je seorang. Senang naik train + shuttle bus ni. Tak perlu keluarkan duit lebih. Kalau naik teksi rasanya berpuluh-puluh ringgit dia charge. For more info, sila tengok sini [KLIA Transit to LCCT]. Perjalanan pun tak makan masa yang lama. Dari Putrajaya ke Salak Tinggi 15 minit dan Salak Tinggi ke LCCT pun 15 minit. Sekejap jek. Kalo dah check in online awal-awal xdela rushing :)

Aku sampai kat LCCT dalam pukul 7pm. Flight pukul 9.45pm so lepak-lepak dulu dekat McDonald sementara menunggu yang lain sampai.

Before boarding. Oh sit! I look fat bila berdiri sebelah mypumpkin kan yang kurus tu kan? huhu

9.45pm kapal terbang on time take off to Sabah. Penerbangan smooth je. Tak banyak turbulence. Kalau ada pun tak teruk sangat. Bergegar sikit-sikit je. Oh by the way, this is my second time naik kapal terbang and it's my pumpkin's first time eheheh.. Agak cuak jugak dia hahaha.. Alhamdulillah okay, so it's not really a bad experience for him. 

Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. Dalam flight nak tido tak boleh sebab bising! Ada la budak 2 orang yang excited gila naik kapal terbang. Dok menyanyi-nyanyi, dok bergurau senda. Haih, takpela.. budak kan...

Kitorang selamat sampai di Terminal 2 lapangan terbang Kota Kinabalu tepat jam 12am. Sampai je kat sana tuan rumah homestay yang kami sewa datang amik. Kitorang sewa Nissan Urvan 14-seater untuk digunakan selama 3 hari kat sana..

Rumah yang kami sewa selama 3 malam. RM160 semalaman. Terletak di Karamunsing.
Van yang kami sewa. RM300 sehari.

Sampai rumah sewa dalam pukul 1 pagi. Masa tu masing-masing dah kepenatan. Terus tido sebab esoknya, Sabtu nak ke Ranau. Cadang bertolak pukul 6 pagi. So harusla tido awal kan.. 

To be continued......



p/s gambar-gambar adalah milik rakan-rakan saya. bukan hak milik saya yang mutlak. saya hanya meminjam daripada mereka. terima kasih.

3 comments:

  1. rasa lain ble xde kamera... knp la rosak kamera tu... huhu

    p/s: selsema makin teruk laa... penat mamam ubat... huhu tdo pun penat dah... huhu

    ReplyDelete
  2. salam, boleh tak sya dapatkan num tel homestay d karamunsing? Nurul, Sabah

    ReplyDelete
  3. nurul
    wsalam nurul. minta maaf sangat2, saya dah tak simpan no tel homestay tu. tp seingat sy, sy search dalam mudah.my. dalam tu ada banyak iklan homestay di sabah. nurul boleh cuba cari dalam web tu ya. maaf tak dpt membantu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...