Monday, January 3, 2011

Harga Minyak Masak Tak Akan Naik Dalam Masa Terdekat - KPDNKK

Assalamualaikum,


PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. 

Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.


Baca lagi berita kat sini.


Kita tengok sedekat mana. heh. 
Serik dengan kes minyak petrol yang naik aritu. 
Cakap tak naik tak naik. tuptup naik jugak. 
Kuciwa!

2 comments:

  1. ye ke tue wani...dulu petrol pun cm tue jugak...

    ReplyDelete
  2. xtaula tu zura. bukan leh caye dorang ni. hari ni kata x naik. esok tiba-tiba naik....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...