Friday, January 21, 2011

Cuti Macam Tak Cuti

Assalamualaikum,

Hari ni aku cuti. Nak menghabiskan cuti tahunan tahun lepas sebelum Mac.

Orang biasanya kalau cuti pergi berjalan, pergi makan angin..Memang aku ada niat nak pegi Lumut jumpa my pumpkin tapi semalam mak call, mak pesan, "weekend ni dok umah je. jangan dok berjalan! jangan pegi mana-mana!" Oh okay, mak tercinta dah sound. Tak bolehla pegi huhuhu...

Tapi hari ni aku takdela lepak kat rumah membuta je. Aku sibuk gile hari ni! Kalah keje. Sampai uncle jiran sebelah rumah ni pun tego, "bz u hari ni...." Heh yela uncle, saya busy. Jadik drebar. Ke sana dan ke mari.

Awal pagi, hantar Hanin & Khalis sekolah. Pastu ke Cyberjaya hantar kakak aku pegi ofis. Lepas tu aku plan nak bawak Cik Bibab pegi car wash biasa dekat Streetmall tu. Tapi tak bukak lagi time tu. 8.30 pagi baru bukak. Masa tu baru 8 pagi. Aku pegila breakfast kat Terminal tu sorang-sorang dulu. Dah siap makan, baru 8.15 pagi. Aku pegi bank dulu kejap, pastu isi minyak penoh penoh. By then dah pukul 8.30 pagi. Aku pegi balik car wash tu tapi tak bukak-bukak jugak lagi. Hadui, kecewa.

Plan lepas tu nak balik rumah je. Tetiba terlintas nak pergi service centre Perodua kat Precint 14. Gamble je pegi padahal tahu kereta sure banyak nak servis. Pegi-pegi memang btulla. Hari ni dah penuh dah kete. Bukan aku tak book awal-awal, aku dah call tapi dorang yang tak pickup phone. Aku call semalam, semalam kan cuti! Memangle takde orang angkat phone! Hadei... So, aku book servis Sabtu depan.

Tengok kat situ ada car wash, terus masuk.. Yela, alang-alang dah kat situ and memang dah niat nak basuh Cik Bibab ni. Comot gila weh!



Wash plus vacuum, harganya RM10. Sama jugakla charge dekat car wash Streetmall tu. Tapi kan..aku rasa yang kat Precint 14 ni tak ok sangatla cara dia basuh huhuh.. Cepat memang cepat tapi tak bersih sangat. Aku ni bukannla jenis orang yang nak kecoh-kecoh kat situ, nak bising-bising ke ape.Aku diamkan jela. Bayar aje. At least dorang dah cuci kete aku walaupun tak okay sangat. Tapi kalau aku dah tak puas hati, aku mungkin tak pegi lagila kat tempat tu. Unless dah takde choice kan?

Then, aku balik rumah. Sampai je depan gate rumah (tipu. rumah Putrajaya mana ada gate) akak aku call. Mintak tolong aku pegi bayar cukai tanah dengan cukai pintu kat Pejabat Tanah &  Perbadanan Putrajaya. Memandangkan aku dah cuti ni bolehla tolong bayarkan. Kalau tak, susah pulak dia nak amik cuti.

Cukai pintu dan cukai tanah 2011 korang dah boleh pegi bayar walaupun bil belum sampai kat rumah. Baik bayar awal-awal, tak serabut kepala. Jadilah rakyat yang baik ehe (mentang-mentang dah bayar).


Buat pengetahuan orang-orang Putrajaya, cukai pintu boleh dibayar di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Perbadanan Putrajaya dekat depan Palace of Justice, sebelah Maybank.


Cukai tanah pulak boleh dibayar di Pejabat Tanah yang terletak di blok C & D.. Orang tak ramai so tak lama menunggu.

Siap membayar cukai, aku balik rumah, basuh baju sket, blogwalking kejap. Pukul 12.15 tengahari pergi amik Hanin & Khalis dekat sekolah then hantar dorang pegi day care. Sampai dekat day care Khalis cakap lunch box dia tertinggal kat sekolah, Hadoiii, aku patah balik pegi sekolah amik. Pastu terus balik rumah, terbongkang! Penat!

4.15 petang, pegi amik akak aku kat ofis, amik Hanin & Khalis kat day care,pegi makan, then balik rumah. Phewwww penat! Seriously penat!

Itulah aktiviti saya pada hari cuti ini. Haih macam tak cuti! Lepas ni kalau cuti, aku nak betul-betul bercuti!!!

3 comments:

  1. wahhh... latihan suri umah tangga sepenuh masa! hihi tahniah!!!~

    ReplyDelete
  2. hehhe.kdg2 cuti tu means cuti dari dtg keje je..hahha

    ReplyDelete
  3. yana,
    suri rumah ke bibik?? hahaha

    tika leh,
    hak ah la.. betul jugak tu. cuti dari x dtg keje je sebnanye. adeila

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...