Friday, January 21, 2011

21 01 2011 - Selamat Pengantin Baru Abang Saya :)

Assalamualaikum,

Jam 6.01 petang tadi, aku terima sms ni daripada adik aku,

"Wani.. selesai sudah akad nikah abe. Akhirnya kak Intan n abe sah bergelar suami dan isteri."

Alhamdulillah :)

Akhirnya abang aku selamat kahwin. Abang aku tu umur dah banyak. Banyak ke? Tahun ni baru umur 35 tahun  ehehe..Dulu kalau cakap pasal kawin endah tak endah je. Tup tup dia bagitau nak kawin. Memang mak aku happy sangat. Mak pun dah lama tak buat kenduri kat rumah ni. Orang tua, kalau anak dia nak kawin, of course dia excited kan? Ayah aku lagila. Dia memang nak anak dia ni berumah tangga cepat-cepat kalau dah ada yang berkenan. Dengan aku pun dia dah bising. No worries ayah, Wani pon tak lama dah ni. Ayah prepare jela duit nak wat kenduri ye? opssss... ahahaha...

Akak ipar aku orang Sik, Kedah. Tak dapatla aku nak pergi. Tunggu adik aku mms gambar jelah nanti. Oh, I bought my brother butang baju melayu yang mutiara tu masa gi Sabah the other day. Aku suruh dia pakai time akad nikah. Dia pakai tak huhuhu... Harap-harapnye pakaila :) Kenduri kat rumah aku pulak on 11 02 2011. Insyaallah aku balik. Tiket dah beli dah pon. Confirm balik! Lagipun, ada projek lain bulan 2 nih ehem ehem..... :P

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru abang saya :) Dan Kak Intan, selamat datang ke keluarga kami. Buatlah macam keluarga sendiri eehehehhe...

My sister mms this pic. 
Hehe comelnye abe, pink pink gitu. 
Ehh abe macam pakai je butang yang aku belikan tu ehehe... 
Sweet!!

TAHNIAH!!!!

:)

3 comments:

  1. wani!!! 11 12 2011 ke 11022011??? huhu

    ReplyDelete
  2. eh lupa lak!!! tahniah abe wani!!!~ semoga berkekalan hendaknya... \(^__^)/

    ReplyDelete
  3. yana!
    hahaha sori sori. typo. dah betulkan dah ehehe.. terima kasih kerana memberitahu!

    tq yana.. jemputla ke rumah 11 feb nih ehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...