Friday, December 31, 2010

au revoir 2010, bienvenue 2011

Assalamualaikum,

Sudah hampir tiba masanya untuk kita ucapkan selamat tinggal pada 2010.. Pantasnye masa berlalu kan? Rasa macam baru je semalam aku dok pikir ape aku nak buat untuk tahun 2010. Sekarang dah nak kena pikir 2011 nak buat ape. Nak capai ape.

Memula sekali, aku nak panjatkan kesyukuran aku pada Allah SWT sebab masih beri peluang pada aku untuk meneruskan hidup di bumi milik Dia ni. Alhamdulillah, aku masih ada kudrat nak laksanakan kerja-kerja aku di dunia ni dan juga untuk sentiasa mengingati-Nya. Paling syukur, aku masih punya seluruh ahli keluarga aku. Jatuh bangun 2010 ni, dorang ada bersama aku. Ayah, Mak, Kak Ayu, Kak Anum, Abe Azim, Dili, Kak Mas, Dila. Anak buah aku, Alia, Hafiy, Alissa, Hanin, Khalis, Luqman, Imran. Alhamdulillah, aku syukur. Walau sederhana, kami bahagia :)

Pasti juga aku syukur, hubungan aku dengan my pumpkin is standing very strong. Dah masuk 2 tahun dah kami berpacaran (gile puitis ayat ahaha). Alhamdulillah, kami berjaya tempuhi banyak dugaan. Yela, duduk jauh-jauh kan. Rasanya 2010 ni tak banyak kot kitorang gaduh ehehe.. Ke banyak tapi aku tak amik pot sangat? Yelah, penatla nak gaduh-gaduh. Dah tak kose ehehe.. Erm tahun 2010 ni, aku bawak my pumpkin balik rumah, jumpa parents aku. Alhamdulillah, penerimaan dorang baik. Tho ayah cam layan tak layan ahaha.. I know ayah ayah ni memang macam tu kan. Depan depan jual mahal tapi belakang aku banyak jugak dia bertanya dengan mak pasal my pumpkin hihih..

Ape-ape pun, aku syukur, 2010 is not a bad year at all...

What happened in 2010? Nothing much really. Ada orang tahun 2010 ni bertunang, kahwin, dapat anak, and macam-macam lagi benda bes. Aku belum merasai lagi tuh ehehe...

April: Tukar profesion keje, tapi masih di company yang sama. Sebelumnya as Admin Assistant, selepasnya dan hingga kini as Supply Chain Assistant. Orang kata aku ni dinaikkan pangkat but I dont think of it that way. Kenapa tukar profesion? Entahla, dah orang tak nak aku keje as Admin ehehe.. Hmm aku pikir mungkin sebab aku lebih mahir buat keje Supply Chain ni daripada Admin. Nak jadi Admin, ko kena bijak membuat keputusan, pantas bertindak jika berlaku apa-apa, very very independent and polite and firm with the staff. Aku tak bleh. Aku tak pandai. Jadi ada bagusnya aku tukar profesion. Thanks pada company saya yang tak buang saya keje sebaliknya bagi keje lain yang lebih sesuai. Saya memang beruntung dapat keje di company tu :)

September: Banyak sangat benda berlaku. My sister accident. Kete habis remuk tapi alhamdulillah dia tak de ape ape. Cuak tak payah cakap. Aku yang urus semuanya. Penat jiwa penat segalanya. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. I bet my sister lagi penat. Saya respek dia. Dia sangat tabah. Things happened for a reason. We never know.

Err itu je kot? Seriously nothing much. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Nothing extraordinary. Simple

Azam pulak. Apa azam tahun ni? Seblom tu, lets see my resolution last year. Aku ada mention 3 benda dalam my entry on new year's eve last year [http://amalini.blogspot.com/2009/12/adios-2009-hola-2010.html].

Tercapai ke tak eh azam aku tuh? heheh

Satu -- on July, I'll turn 25!  - Wait, this is not resolution! hehe.. Memang tercapai dah ni. Aku sekarang pun dah berusia 25 tahun 5 bulan :D 


Dua -- aku nak uruskan kewangan aku dengan lebih baik tahun ni. Hmmm.. jadi ke tak eh? I think tahun ni, aku urus kewangan aku jauh lebih baik dari 2009 la. 2009 tu baru-baru keje, baru nak start dapat duit sendiri. Memang kureng retila nak urus duit. 2010 ni betterla. Dah ada simpanan bulan-bulan. Tapi aku belum puas hatila. Sebab kadang-kadang pon kering jugak poket nih. Tak taula mana tak kena. Nak kata aku kuat shopping mopping tak kot. Baju baru, kasut baru dah lama tak beli. Entahla. 2011 kena figure out and do something!


Tiga -- kurus kurus kurus.. Hahaha yang ni, dah hujung-hujung tahun baru ada kesedaran nak betul-betul kurus. Itupun spontaneously. Tetiba jek. Cik Hani yang bagi aku link budak nih. Terus aku bersemangat nak follow. So, starting October hingga sekarang, aku cuba untuk menguruskan badan. I started with 72.7kg and now I weighed 67kg (timbang last Wednesday). Bukan aku tak syukur dengan keadaan aku sekarang. Ini untuk masa depan jugak. BMI aku sekarang overweight. So i have to do something. Tak nak nanti dah tahap obesiti baru aku nak mula. Tahap tu mungkin dah agak payah. kan? Lagipun aku masih muda. Tak nak dihinggapi penyakit  yang kronik. Oh, ada yang kata aku diet nak kurus ni sebab nak kawin. haha.. pandai pandai je ye ehehe.. Tapi okla tu, dah kurus pastu kawin. Bonusla untuk aku. Nanti senang fit baju kan kan kan :P


Itu 3 perkara yang aku expect will happen in 2010. What about 2011? Apa yang aku nak?


Satu -- Aku nak cari keje area Lumut or mana-mana area dekat dengan Lumut (ini kalo bos tahu ni, mati!)


Dua -- Aku nak kawin dengan mypumpkin! Ini memang kehendak sokmo-sokmo nih ehehe.. Insyallah, planningnye 2011 la, tapi bulannye tah bila. Doa-doakan aje ye ;) This is why aku nak cari keje di Lumut :)


Tiga -- Pastinye nak urus kewangan dengan lebih baik. Nak kumpul duit banyak-banyak lagi. Hujung tahun bleh beli rumah, yeah! :D


Empat -- Nak lebih istiqamah dalam membayar hutang PTPTN. Hutang wajib dibayar. Tahun ni aku ada la cilok-cilok tak bayar. Bukan ape, duit tak cukup ma. Apa bleh buat? Tahun 2011 ni insyaallah la, ada rezeki lebih, aku bayarla lebih ye incik PTPTN??


Lima -- Turunkan berat badan lagi! Aku aim nak turun sampai 57kg. 10kg je lagi. Targetnye pertengahan tahun 2011. Kita tengok jadi ke tak jadi :)


Cukupla lima. 


Apa-apa pun, kita hanya merancang, Tuhan lah yang menentukan segala-galanya. Aku harap 2011 akan jadi tahun yang lebih baik, banyak lagi peristiwa manis dan semoga aku sentiasa mendapat keredhaan-Nya. Insyallah.


Selamat Tahun Baru semua! Wish you all the best in 2011!



Ada Lagi ke Abg Jamil ni kat Bukit Bintang?

Assalamualaikum,

Kawan sekerja aku tahu aku minat gila gila dengan kucing. Dia share video kat bawah ni dengan aku.

Video ni mengisahkan Abg Jamil yang suke kutip kucing di jalanan pastu dia bela, dia jaga dengan baik. Lepas tu dari rumah dia, dia bawak kucing-kucing ni naik skooter pergi Bukit Bintang. Di depan sebuah kedai dia buat pameran kucing-kucing tu. Public boleh datang amik gambar, main-main dengan kucing dia. Serius jinak kucing-kucing tu. Comey comey lak. Adeh geram je. Masa dia bawak naik skooter tuh, aku yang ngeri. Bukan ape, dibuatnya kucing tu terjun atas jalan ke kan. Huh.. tapi, kucing dia relax jek atas skooter... Selamba je amik angin. Cayalah ehehe

Aku respeklah kat Abang Jamil nih. Bersungguh-sungguh dia amik kucing kat tepi jalan tu, jaga elok-elok. Dari kucing kurap boleh tukar jadi kucing yang tercantek.. Good job! :)


Sape penah jumpa Abg Jamil & kucing-kucing dia ni? Dia ada lagi tak kat Bukit Bintang? 
Aku teringin nak jumpe :)

Cuti Peristiwa

Assalamualaikum,

Saya CUTI hari ni! Anda cuti tak? Kalo tak cuti mintak triple pay tau dari bos korang :D Tapi kalo management kata bleh amik cuti tu di lain hari ok jugak ;)


Workers are entitled to public holiday rate


KUALA LUMPUR: Employers must pay workers the rate for public holidays if they work today, said Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam.
He said it was up to the employers if they want to work on New Year’s eve, however the government has clearly declared today a public holiday.
“It is the right of each worker to be paid the public holiday rate if he is required to work on a public holiday,” he said at a press conference during an attempt by two girls to set records in weightlifting and sit-ups for the Malaysia Book of Records at MIC headquarters here yesterday.
Dr Subramaniam was responding to the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who declared Dec 31 a public holiday to celebrate Malaysia’s first-ever win in the Asean Football Federation (AFF) Suzuki Cup championship.
He said workers could lodge complaints with the Manpower Department if their employers fail to give them a holiday or pay them extra.
However, Malaysian Employers Federation executive director Shamsuddin Bardan said under the Employment Act, bosses have the discretion to grant their workers the public holiday or substitute it with another day.
“It is understandable if employers expect their workers to work today because it is not a pre-planned public holiday,” he said.


Macam company aku, huh lama tol aku tunggu announcement dari HR semalam. HR pon sure bz menjawab soalan orang. Cuti tak? Cuti tak? Almaklumle, company prebet, tak buleh cuti cuti sesuka hati.

Tapi semalam alhamdulillah HR bagi good news. Dapat cuti yihaaaa~ And sape-sape yang nak masuk keje jugak hari ni pun bleh and boleh amik cuti tu di lain hari....

So as for me, hari ni... hari golek-golek atas katil jelaaa ehehe.. Actually banyak keje kat ofis. Lebih-lebih lagi hari ni closing day. Banyak report nak kena buat. Tapi semalam dah bertungkus lumus siapkan dengan my boss. Balik pukul 8 malam kot semalam? Dapatla siapkan separuh.... Oklah tu, daripada masuk keje arini kan hihih gile malas!

Baru perasan, minggu ni aku keje 2 hari jah. Heaven! :)

Thursday, December 30, 2010

Cerita Bola lagi :D

Assalamualaikum,

hehehehehe cerita bola tak habis lagi. Rasanya semalam mesti ramai yang tido dalam senyuman kan? hihih.. termasuk akula tuh... After bola habis, bukak facebook ramaila yang dok wish kat team kita. Bukak blog pun sama. Rata-rata post entry pasal bola.

Cayalah Malaysia... saya sukeee anda menang. Tak sia-sia saya beli aerial tv yang kunun kunun ada booster tapi still blur jugak yang berharga RM39 tuh.. At least saya nampak jugakla muka-muka pemain ehehe..

Huish tengok bola semalam macam tengok cite antu! Tutup tutup muka dengan bantal, menjerit-jerit tak hengat donia, terketar ketar tangan.. Takut wooo.. Tapi alhamdulillah, player kita bagos bagos. 4 thumbs up to all of them! Tahniah juga buat jurulatih K. Rajagobal. Rasanya aritu masa Malaysia kalah pada Indonesia 5-1 ramai yang nak suruh dia letak jawatan sebagai jurulatih. Ni dah menang ni ramaila pulak yang puja. Yang suruh letak jawatan hari tu mana pegi? ehehe.. Ape ape pon tahniah :) Hebatnye pemain kita ni, sampaikan nak masuk stadium pun kena guna kete kebal. Tak pernah dibuat orang tuu..

Ehem pastinya tumpuan lebih pada Safee Sali penjaring gol terbanyak and Khairul Fahmi si goalie yang hensem tu kan? hehehe hati-hati, Apek dah ada awekkk hihih.. Good job lah Apek!

Source


Source

Bila Khairul Fahmi save penalty kick tuh, whoaaaaa, terpegun aku. Melompat-lompat atas kerusi. Terus hilang sopan santun aku semalam ehehe.. Pengulas pun baaaanyak puji dia. Well yes, dia memang bagus. Since main dengan Kelate pun, wah wah nak sebut jugok Kelate tuh ahahaa.. Bagus bagus ore kapong sayo. Sayo banggo hikhik.. Semalam sempatla jugak jenguk blog GF Apek ehehe.. Aku rasa semua orang pon dah serbu blog dia kan? Dah ada awek rupanya Apek nih. Melepasla korang ahaha.. Gigit jari jela ek. Tula sape suruh korang takde jejari runcing ahaha.. Gurau gurau aje ye :P


Anyway, sukee baca cerita-cerita dia. Esp yang part Apek baru balik umrah and imamkan solat tuh. Wah wah sejuk ati dgr :D Dorang ni memang shweet smeweet mweetnye lahh hehehe.. GF dia pun buleh tahan gorgeous. Orang kata secocokla.. Semoga kalian dipanjangkan jodoh :) 

Haa esok cuti kan??? PM dah announce kan?? Tapi tapi.. company aku nih tak taula cuti ke tak. Almaklumla, aku keje prebet huhu.. Nak kena tunggu announcement dari HR dlu. Hopefully cutila. Kalo cuti, blehla skip buat report month end! hahaha.. Suke suke.. oh oh, doakanlah saya cuti yep?? :)


Source: http://www.theborneopost.com/?p=83000

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 Milik Malaysia!

Assalamualaikum,

Malaysia 1 2 Indonesia
Agregat
Malaysia 4 2 Indonesia

Sumber: http://www.facebook.com/fa.kelantan

Tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak Malaysia!

Tuesday, December 28, 2010

Kembali ke Sekolah!

Assalamualaikum,

Aktiviti pada hari Selasa yang mulia ini ialah membalut buku sekolah! Bukan buku aku, aku dah laaaama abes sekolah ehehe.. Tapi buku sekolah anak buah aku yang sorang ni, Khaleeda Hanin.. Tahun depan dia masuk darjah 3.

Hanin or Hunin as what I always love to call her ehehe

Memandangkan Macik Wani dia ni cuti lagi hari ni, aku pun volunteer la balut buku sekolah dia. Sesambil nak show off la kat dia, Macik Wani pandai balut buku tau ahaha..

Almost 14 bijik buku dibalut. Hebatlah Macik Wani ahahaha


Erm minggu depan dah sekolah nak dibuka. Korang yang ada anak tu dah prepare belum semua benda? Baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, huish banyak jugak tu kan belanja. Bayangkan lak zaman anak aku sekolah nanti. Tah tah dah tak pakai buku. Pakai laptop pulak ke kan. Tak pon ipad. Hoh budak-budak bawak ipad gi sekolah tuuu.. Gile ahh.. eh asal aku berangan lebih-lebih nih..... Ape-ape pon, tak salah kalau kita berbelanja lebih untuk anak-anak. Untuk kesenangan dorang jugak. Tapi dalam nak memberi kesenangan tu, ajar-ajala jugak dorang ni bersederhana. Jangan ajar anak anda hidup terlalu mewah, takut nanti, esok esok pijak kepala! " Daddy saya nak tu! Daddy saya nak ni! Daddy kenapa orang tu ada saya takde. Saya nak jugak!" Hish...bahaya tuh... Terbayang cite Anakku Sazali...........

Aku ada sorang lagi anak buah yang nak bersekolah tahun depan. Darjah satu. Si noty Khalis Haikal. Ni lagi sorang, petah sangat bila bercakap. Moga-moga kat sekolah nanti dia jadi student yang baik. Tak noty noty macam kat rumah huhuh... Tak boleh bayangkan macamana first day dia kat sekolah nanti. Kan selalu tengok dalam berita budak-budak nangis bila masuk kelas. Mula-mula je kot macam tu kan. Dah ada kawan, dah suka dengan environment sekolah insyaallah perlahan-lahan dia akan suka. It will take some time. Parents kena sabar. Cikgu laagila kena sabar. Jadi cikgu sekolah rendah ni memang banyak dugaan. Respect sama mereka! :)

Khalis ialah budak lelaki di sebelah kanan. Tengok muka dia, noty gile! Hish~


Selamat kembali ke sekolah kiddos!!
 :)



p/s Alamak, sok aku kembali bekerja. Huwaaaaaaa :'(

Award from Fellow Blogger - Masyeh!


Assalamualaikum!~ :)

Got this award from a blogger yang datang menjenguk blog aku tempoh hari. Maseyh masyeh Umar Cute (heh, cute kerrr?? :P)..  Best ke blog aku neh? Terbaik kah? Takdenye aku rasa. Tah ape ape aje blog aku nih. Menulis bila ada cerita je. And cerita pun merapu punye cerita. Tak macam blogger lain. Hebat gile bila menulis sesuatu entry tuh. Ape-ape pon, aku menulis hanya untuk menghilangkan rasa bosan dan aku berblogging cara aku sendiri. Sebarang persamaan watak hanyalah kebetulan sahaja.......

Thanks again Umar. Yours one is nicer than mine lah! Keep on blogging! :D

Silalah jenguk blog beliau! :)

Beware: Putrajaya Banyak Penghisap Darah!

Assalamualaikum,

Hari ni aku cuti. Begitu juga esok. Heavennye dok rumah! Boleh bangun tido lewat. Itu yang paling penting ehehe.. Kenapa cuti? Well aku isytihar cuti sendiri sebab Malaysia menang dengan Indonesia semalam hikhik.. Nak mampos? Ingat company tu bapakkk ko punye? Hohoho.. Mimpi jela kan. Aku cuti pasal nak menghabiskan cuti nih sebelum tahun baru. Kalo tak, cuti tu hangus terbakar begitu sahaja. Sape rugi? Akuuu jugak..

Ok jugakla cuti hari ni. Dapat temankan mak aku kat rumah. Takdela dia bosan je melayan si Hanin and Khalis anak buah busuk aku tu. Itupun si Khalis pelik je tengok aku tak pergi keje. Macam tak percaya pulak dia.. Dok sebok tanya, "kenapa Macik Wani tak pegi work arini?" Geram je nak jawab, "ehhh suke ati macik arr.." Tapi aku kan macik yang baik, kenala jawab dengan berhemah. Aku jawab, "macik nak kawan ngn Khalis laa.. Dats why macik Wani tak pegi workk.." Ayat kelentong gile muahaha.. Tak kose aku nak berkawan dengan dia. Berlawan ada la... Harini penat dengan marah budak-budak ni je. Gaya mak tiri pon ada ehehehe.. Tu baru jaga anak orang. Cuba bayangkan bila jaga anak sendiri lak. Haish, macamanalaaa...

Petang tadi after akak aku balik dari kerja bawakla budak-budak ni pegi taman jap. Sambil bawak mak aku jalan-jalan. Pergi park kat Putrajaya ni, satu je aku nak ingatkan korang, TOLONG BAWAK UBAT NYAMUK. Tak pon sapula kat badan tu losen losen ke krim ke ape, supaya tak digigit nyamuk. Banyak betul nyamuk kat sini weh! Agaknye sebab Putrajaya ni banyak sangat tasik kot eh? Patutla every day ada je orang datang mengasap aka fogging rumah. Tapi aku still rasa nyamuk kat sini banyak. Hmmmphhh...jangan kena denggi sudahlah! Nauzubillah, mintak jauh!!~

Esok nak buat ape lak eh? Niat di hati nak gi jogging. Dah laaaaame gila tak joging. Peha ni pon rasa macam dah kembali membesar. Mana taknye, asek makan tido je kan. Marilah bersenam dan nyahkan lomak tak guna itu! Doakanla aku tak buat-buat telajak tido sok ye ehehehe..

Dah dah pi tido. Korang keje. Aku takpe! :P

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Harimau Malaya!!!

Assalamualaikum,

Malaysia 3 0 Indonesia

Syabas Harimau Malaya!



Aku tengok dengan tv dalam keadaan begini

TV blur seblurnya. Kesnya, astro kat rumah ni decoder dah rosak. Akak aku pon malas nak panggil orang dia baiki ke ape so senang-senang discontinue jela. Bagi mengelakkan rasa bosan, kitorang belila aerial baper hengget tah kat carrefour. Pasang-pasang cam hampeh jek. Tak jadi gak. Teruk betul reception kat sini. Penat dah aku buat macam-macam dengan aerial tu. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap tarik panjang, sekejap tolak jadi pendek, still the same. Blur jugak. Kalo ikut hati nak give up je. Tapi semangat nak tengok bola nih, aku tahan jela mata. Tengok je dengan blur camtu.

And it's worth watching :)

Seriously for me, pemain Malaysia bermain dengan sangat sangat sangat baik. Tak sangka. Memang hebat lah. Dari bahagian tengah, penyerang, pertahanan, sayap tepi, penjaga gol, semua hebat! This is what we want. Semoga pemain Malaysia mengekalkan prestasi bermain dengan baik ni di Indonesia pada final kedua, 29 Disember nanti. All the best!

Suka dengan permainan Shahrul Idlan Talaha aka Mat Yo. Semangat pengantin baru kot? hehehe.. Selamat Pengantin Baru buat beliau! :)

Dulu Kecik Sekarang Dah Besar :)

Assalamualaikum,

Tah ape ape kan tajuk. Memangla lepas kecik besarla. Takkan nak kecik forever and ever? Jangan jadi macam anak buah aku si Khalis yang noty tu. Kalo cakap pasal sekolah (dia darjah satu tahun depan) mulala dia cakap, "Khalis tak nak jadi big. Big not fun. Khalis nak jadi six years old forever!" Wah wah sedap je dia bercakap ehehe..

Nak tunjuk kucing aku ni sebenarnye. Dulu adik aku tunjuk gambar time baby. Kecikkk je lagi. Pastu tunjuk lagi sekali gambar dah besar dah sket. Sekali semalam adik aku tunjuk gambar latest kucing-kucing tu. Ish dah besar! Dah lain dah muka ehehe... Dulu comot, sekarang hensem sikit.



Ini masa baby lagi. Muka bulat bulat, gebu gebu lagi time ni..


Ni dah besar sikit. Tengah menyusu mak dia, Motam :)

Kat bawah ni gambar latest aku dapat dari adik aku. Dorang dah besar! See see duduk dalam sangkar kecik macam dah penuh sangat. Dah tak muat ehehe.. Muka masing-masing dah lonjong, bujur. Dulu bulat-bulat...



Yang hitam ni, compare dengan dia masa baby tu lain sangat kan. Kaler mata pun lain... Comey! :)

Paling obvious berbeza yang kaler oren kat bawah ni. Sila bandingkan gambar atas dan bawah:

                                                                                                        

Atas gambar masa kecik, bawah gambar latest :) Perangai masih sama, still suka duduk dalam bekas makanan. Tak senonoh betul hehe.. Tapi comel kan dia? Kecik-kecik tak cute sangat. Dah membesar bagai johan ni cute pulak dia... Pastu suka mencapap, tahu je orang amik gambar dia. Terus posing ehehe..



Hehe comelnye! Geram nak peluk cium!! 
Sorile sangkar kotor yang amat. Ni gambar pagi-pagi sebelum bawak dorang kuar and bersihkan sangkar :)


LOVE THEM TO THE MAX!!!



More photos of them masa kecik-kecik in my previous entry: Yang Berbulu Itu Kegemaran Saya!

Saturday, December 25, 2010

Semoga Allah Sentiasa Memberkati Anda!

Assalamualaikum,

Today is Saturday, 25 Dec.. Cuti krismas hari ni. Selamat menyambut krismas lah pada yang menyambutnya. Selamat bergembira hari ni.

Of course jugak ramai yang kawin hari ni kan?? Wah wah syioknyee... kalo kawin hari ni, mesti anniversary nanti cuti. Lehla pegi candlelight dinner ke ape.. Bes jugak kawen on public holiday nih ehehe..

Oh my good friend Cik Hani bertunang hari ni. Oh yeah, so happy for you dear! Selamat bertunang :) Dia ada ajak aku pergi ke rumah dia hari ni kat Seremban but so sorry Hani aku tak dapat pergi.

I dedicate lagu daripada Maher Zain ni buat semua yang melangsungkan perkahwinan hari ni dan juga yang bertunang. Semoga Allah sentiasa memberkati ikatan yang dijalin. :)



We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Friday, December 24, 2010

Lagi Kes Buang Kucing

Assalamualaikum,

Orang kampung aku ni kan.. Tak taula nak cakap. Takde rasa perikemanusiaan kot. Kalo bukan orang kampung aku pun, orang yang buang kucing ni. Tolonglaaa.. kalo nak buang ke ape ke, letakla kucing-kucing ni kat tempat selamat. Kat pasar ke.. bawah bangsal ke.. atas bangsal ke. Sekarang ni kan musim hujann.... Yang pergi buang dekat tong sampah besar tu kenapa? Sampah ke kucing-kucing ni? Ada rupa sampah ke? Jahat betulla kau! Ai geramlah aku!!

Ayah aku jumpa lagi anak kucing yang dibuang di tong sampah. Kali ni dengan ibu ibunye sekali kena buang. Sekor ibu kaler kelabu asap. Sekor lagi campo2 kaler, aku bese panggil kucing camni kucing cindai (dunno where it comes from anyway).



Ibu kelabu asap dan 3 anaknya. Sepatutnya ada 4 tapi sekor mati dah. Mungkin sebab kesejukan.



Ini ibu cindai tu. Anak 2 ekor. Kata adik aku manja sangat sangat ibu ni. Sayang sangat kat anak dia. Anak dia tu masih kecil. Kalo tak silap, masa ayah aku jumpa tu belum bukak mata lagi. Alhamdulillah umur dia masih panjang. Nasib baik jugak ibu dia ada. Kalo tak, memang tak boleh nak survive. Adik aku cakap ibu ni bisu kot huhhu sebab setakat ni tak penah dengar lagi dia mengiau. Adik aku cakap lagi, ibu ni selalu je senyum. Hahaha pelik gak kan, macamana adik aku tau dia tgh senyum eheh.. But if you really love cats, sometimes korang boleh tahu bila dia tersenyum, bila dia marah, bila dia sedih. Seriously! :)


 Semoga panjanglah umur kucing-kucing ni. Mereka tak berdosa! Janganlah aniayai kucing-kucing tak bersalah ni.....

Mati Bila-bila pun Boleh Datang Menjemput

Assalamualaikum,

Hari ni berkesempatan baca berita di Berita Harian Online. Rata-rata tengah bercerita mengenai keputusan PMR yang diumumkan semalam. Khabarnya keputusan tahun ni keputusan terbaik selepas 4 tahun. Bagusla. Tandanya cikgu kita mengajar anak didik mereka dengan baik dan adik-adik kita ni pun dah bijak pandai dah sekarang. Bagus bagus...

Tapi ada satu berita ni yang buat aku sedih dan terkilan. Berita ni ada je kan yang sedih huhu.. Kisah kemalangan di Kg Kok Lanas, Kelantan yang mengorbankan 2 beranak, seorang ibu, Aziza Musa, 42 dan anak, Siti Aisyah Zakaria, 15. Yang sedihnya, mangsa baru je lepas amik result PMR kat sekolah. Alhamdulillah, keputusan pun agak baik, 4A 1B dan 2C. Tapi malangnya, usia tak panjang. Tak sempat nak tunjuk dekat ayah keputusan tu. Tak sempat nak sambung pelajaran, tak sempat nak buat macam-macam. Sedih! Paling sedih, cara kematian pun sangat tragis. Mangsa dihempap lori yang membawa muatan pasir menyebabkan si ibu tercampak ke jalan raya, anak pulak dihempap lori berat tu. Aduh.... sakit! Tak boleh aku bayangkan. Kedua-duanya mati kerana cedera parah di badan dan kepala. Cuba bayangkan pulak perasaan si ayah dan suami melihat mayat isteri dan anak ni. Tabahlah! Sudah tiba masanya.......

Berita lanjut boleh baca kat sini

Memang betullah, mati ni bila-bila boleh menjemput. Tidak kira usia, tua atau muda, tidak kira waktu dan hari.

2 hari yang lepas kawan my pumpkin meninggal. Tiba-tiba je. Kata my pumpkin, arwah pagi tu elok-elok je datang bekerja. Tak ada tanda-tanda sakit. Mana tahu petang tu, pulang dari kerja, rebah depan rumah dan terus meninggal. Sebab musababnya wallahualam, hanya Tuhan yang tahu. Tapi yang pasti, masa dia sudah sampai.

Beberapa bulan yang lepas, cerita mak aku, adik ipar pada sepupu aku, meninggal dalam tidur. Sehari sebelumnya elok-elok je. Pergi kerja, balik kerja. Macam biasa. Malamnya tidur, esok tak bangun-bangun. Tak keluar-keluar dari bilik. Bila sepupu aku masuk jenguk, dia dah terbaring kaku.

Mati mengejut bagi aku amat menyedihkan. Bukan sahaja pada si mati malahan pada keluarga juga. Terpaksa menerima berita kematian tanpa ada persediaan. Yelah, kalau dah memang sakit, lainla. Sekurang-kurangnya kita tahu dan bersedia untuk menerima kematiannya. Tapi kalau dah mengejut macam ni? Tabahlah wahai hati......

Mati memang pasti. Yang berbeza hanyalah caranya. Kubur takkan tunggu kita tua untuk memanggil kita. Bila-bila masa pun boleh. Jadi, persiapkanlah diri kita selengkapnya.. Sama-samalah kita beringat!

Thursday, December 23, 2010

Sedangkan bayi pun orang buang, inikan pula kucing..

Assalamualaikum,

Alkisahnye, ada 5 ekor anak kucing yang mak aku jumpa dekat tong sampah besar dekat rumah aku. Orang tu letak dalam kotak, tutup and letak tepi tong. Tunggu masa lori sampah datang, orang dia kutip, buang dalam lori pastu lenyek sampai lumat. Kejam!!!! Sakitnye hati bila terfikir. Nasib baik tergerak naluri mak aku nak bukak kotak tu. Cerita mak bila dah bukak tu, alangkah terkejutnye bila ada 5 anak kecik terdongak melihat mak aku. Berkelip-kelip mata.. Aku boleh bayangkan wajah tu. Wajah tak bersalah....

Kejamnye orang ni. Dahle anak -anak ni kecik lagi. Tak lepas lagi menyusu dengan ibu dia. Ibu pun entah ke mana. Memangla, ini kucing je. Tapi kucing pun ada nyawa.. Kalo tak suka kucing sekalipun, letakla kat pasar. Sekurang-kurangnya boleh jugak dia cari makan sendiri tanpa menyusahkan orang. Ini kalo dah buang kat tong sampah, aku yakinla, orang ni memang berniat nak bunuh kucing tu. Dahle letak dalam kotak tertutup elok, kalo takde orang tengok memang mati kena lenyek dengan lori sampah la kucing-kucing ni semua.

Ni bukan kes pertama. Dah banyak kali dah kes buang kucing kat rumah aku ni. Semuanya buang kat tong sampah. Nasib baik mak ayah aku terjumpa. Bawak dorang balik rumah and bagi makan. Hmm kucing ni pun ada nyawa. Ciptaan Allah, makhluk Allah. Even hadis nabi pun ada berbicara mengenai kucing.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi."
(Bukhari - Muslim) 





Kalau kita mampu, jagalah kucing-kucing ni dengan baik. Kalau kita tak mampu janganla ambil jalan mudah dengan membunuhnya. Bertimbang rasa sikit okay? Tak suka bagi pada yang suka... Aku cukup suka dengan usaha Si Tedi yang rajin mengambil kucing di jalanan, bagi makan, bagi ubat kalau sakit. Dah besar, cantik, open for adoption. Satu usaha yang sangat murni. Good job Tedi! :)

By the way, 5 ekor anak kucing ni dah mati sebenarnye. A few weeks lepas jumpa tu. Mungkin kekurangan zat. Yelah, masih kecik kan. Sepatutnya kena menyusu lagi tapi dah ibunye pun tak tahu kat mana. Hmm ape boleh buat usia tak panjang. Takpelah, yang penting, dia tidak mati terseksa. Dan yang pasti, kelima-lima anak kucing ni bahagia di syurga.. Bergembiralah korang di sana! :)

P/S aku sebenarnye nak upload video anak kucing ni. Tapi paham-paham ajelah, dah pakai broadband, line pun boleh tahan slow so upload pun incomplete. Dah ok nanti I'll try to upload again k :)

These are not the cats. Yang ni sihat walafiat di rumah. Gemok gemok :D

Tuesday, December 21, 2010

Assalamualaikum,

Apa kabar korang semua? Aku ok ok aje. Tapi sebenarnye takdela berapa sihat sangat. Dah 2 minggu selesema and batuk-batuk. Sekarang dah kurang dah sket tapi suara still sengau-sengau. Teruk betul masalah sinus aku ni kan? Kena lak aku ni jenis yang liat sket nak jumpa doktor. Biar jela dia hilang and sembuh sendiri.. Oh teringat haritu ada jumpa doktor kes aku ada jerawat dalam hidung tu. Boleh pulak doktor tu gelakkan aku siap cakap saya pun tak tahula nak bagi ubat apa kat awak ni. Dah suluh lobang hidung aku dia gelak-gelak lagi. Banyak sangat  ke bulu hidung aku? Tahi hidung aku dok berjoget-joget ke yang dia terhibur sangat tu. Hangin jugak rasanya. Tapi aku ni kan jenis penyabar. Takpela doktor, ko gelakla suka-suka hati. Hari ni hari kau, esok lusa hari aku (wah wah bunyi cam berdendam je). Ape-apepun, alhamdulillah jerawat tu hilang dah. Aku pon dah serik dah nak pegi klinik tu. Nasib baik swipe medical card jek. Kalo kena bayar, mahu aku maki hamun doktor tuh ehehehe..

Erm, aku berseorangan jek kat opis neh. Department lain ada la staffnye, department aku, tinggal aku sorang je. Sorang dah cuti untuk krismas sampai next year (bunyi cam jauh je next year, padahal 2 minggu je lagi). Bos pulak half day harini. Khamis, Jumaat dia cuti. Isnin ngan Selasa, aku pulak cuti. Weehuuu.. seronok! Mak ada kat sini, lehla bermanja-manjaan :D Adik aku Rabu ni nak balik Kelantan dah after sebulan lebih dia kat sini. Huu dah takde kawan. Sedih. Aku memang close dengan dia. Although gap jauh, 6 tahun! Tapi ape-ape masalah aku memang selalu kongsi dengan dia. Pendek kata sume rahsia aku yang dalam kain mahupun luar kain adik aku tahu. Dia penah cakap, bila aku dah kawin nanti dia nak duduk dengan aku. Macam cite omputih Hope & Faith tu (sape-sape penah tengok?). It's a story of sisters staying together. Sorang dah kawin and sorang lagi belum. Yang belum tula selalu bikin masalah. Sampai pening akak yang dah kawin ni. Abg ipar laaagila pening ehehe.. Laling, nak duduk dengan I buleh, tapi jangan sampai Incik Din pening ye ehehehe..

Gonna miss you sis! :)

Erm 2,3 hari ni baca surat khabar, banyaknyela berita yang tak menyenangkan hati. Haritu pasal yang kena tikam 19 kali tu sampai anak dalam kandungan mati. Pastu Imam kat Sarawak yang kena baham dengan buaya. Pastu cerita gadis berusia 16 tahun yang dibunuh rakan sendiri. Hari ni pulak baca berita kemalangan maut bas 2 tingkat di Simpang Pulai. Aduhhhh... ni yang malas nak baca surat khabar ni. Tapi kalo tak baca orang kata aku katak bawah tempurung pulak kan. Berita macam-macam. Dari berita politik yang makin mengarut, berita jenayah yang makin menjad-jadi dan terlampau kejam. Ish.. seriusla, baca berita memang membahayakan kesihatan. Boleh lemah jantung aku nanti sebab terkejut dengan berita-berita sadis ni. Ape-ape pun, sama-samala kita berdoa supaya diri kita, ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa dilindungi Allah dan dijauhkan daripada benda-benda macam ni. Nauzubillahiminzalik. Kepada keluarga mangsa yang terlibat, takziah.. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Oklah, sampai sini dlu. Later ada cite aku update lagi. Take care all :)

Saturday, December 18, 2010

Bila Manusia Kehilangan Akal dan Berperangai Seperti Binatang





ULU TIRAM: Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.





Sedih. Sedih sebab yang melakukan perkara kejam lagi terkutuk ni adalah dari bangsa aku sendiri. 
Wahai manusia, tolonglah jadi manusia, jangan jadi binatang!!

Friday, December 17, 2010

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum,

Harini masuk keje balik after 2 days off. Mak aih malasnye tak payah cakapla. Tapi nasib baik kerja tak banyak. No products, er tak, got one book tapi bukan aku yang clear. Procurement kat Sydney yang handle. Aku just update page count dalam database. So basically harini takdela busy sangat. Starting next week pun dah tak busy sangat cos printer starting 22nd dah close. January 2011 baru bukak. So kitorang pun 2 minggu takde products. Nak cuti sekali tak bleh plak. Tak bleh tinggal department kosong camtu je. Karang ada ape-ape issue, penat nak menjawab.

By the way, I still have few days of leaves to clear. Dah apply dengan bos nak cuti on 27 & 28 Dec and bos approved. Tq bos! :) So long weekend la nanti. Nak pergi mana ye? Jom ke Lumut! Lumut lagi kan. Sorila, kesayangan aku kat sana. Harusla ke sana sokmo. Ish ish macam ni la orang bercinta tak ingat dunia kan? Kat mak ayah tak ingat lak eh huhuhuh... Jarang-jarang jumpa my pumpkin tu. Ape bleh buat.. Kawen nanti takmola dok jauh camni dah.. Lagi seksa kot eh?

Speaking about mak ayah, esok dorang datang sini :)

Ahad nanti nak pergi wedding member ofis kat Damansara. Dah nak kawen dah member aku ni. Jeles! haha ok, gedik! Kitorang pakat-pakat beli microwave oven bagi dia. Bleh guna kat umah baru nanti. Selamat Pengantin Baru Izat & Echa :)

Erm lama-lama kan rasa macam blog ni cam dah boring gila je kan? Aku pon tak tau dah nak citer pasal ape ehehe.. Life aku pun so-so jek, takdela happening sangat. Pening ada la. Tapi takpela, I'll keep blogging. Cite jela mende mende pon kan. Thanks to YOU yang masih sudi menziarah.

Take care all! :)

Wednesday, December 15, 2010

Mari Berhoye-hoye!

Assalamualaikum,

Saya nak announce, hari ni saya CUTI!!! Begitu juga ESOK!!!  

hahaha gila gedik kan. Macam tak pernah cuti. Ish bukan senang ni nak cuti ehehe.. Aku cuti pon sebab nak clear leaves. Banyak sangat cuti tak terambik. Rugi rugi.. Ingat masa keje admin dulu, huh lagi banyak cuti burn camtu jek. This time around, tak nak pisang berbuah dua kali. TQ bos, bagi saya cuti :)

Apa program harini? Nak berhoye-hoye dengan 5 orang anak buah tercinta! Woohoo!~ Alia, Hafiy, Alissa Hanin & Khalis under one roof. Huh meriahla rumah akak aku ni. Meriah dengan suara kanak-kanak menjerit, meraung, menangis, melalak. Pegi jalan-jalan pun penuh Cik Bibab dengan kanak-kanak ribena ni. Nasib baik Cik Bibab gagah perkasa memikul budak-budak kurus ni sume.

see see penuh Cik Bibab

Pukul 12 tengahari karang nak tengok movie - Narnia. Bawak budak-budak 5 orang ni. Aku tengok cite tu PG 13. Boleh ke budak-budak hingusan ni sume tengok eh? Takde scene pelik-pelik kan huhuh... Malam ni pulak nak tengok Ngangkung. Kali ni budak-budak tinggal. Pergi dengan mak budak plak. Yeah, ni kali kedua aku tengok Ngangkung. Haritu tengok kat JJ Balakong dengan Rosie, Dina & Nor after Chan Chan's engagement. Panggung penuh! And for the first time ever, aku duduk seat second row from the screen. Waaa gile ah.. Nak tengok Ngangkung punya pasal. Ada orang cakap ngan aku, Ngangkung ni dah pecah panggung. Tapi tak hebat macam filem 2 Alam. Pecah punggung! Hahaha gile jahat. Bukan aku yang cakap tu. Orang lain ehehe...

Hmmm dalam seronok-seronok nak berhoye-hoye ni kan, ada gak rasa down neh. Pagi tadi after hantar akak aku pergi ofis, singgah jap Petronas dekat rumah ni nak cucuk duit. Yela, harini kan 15hb, gaji masuk harini. Sekali bila tekan pertanyaan baki tuh, terbeliak haaa bijik mata hitam aku nih. GAJI BELUM MASUK WEY!!!!! Serentak dengan itu jugak rasa macam nak terguling-guling kat situ. Adoii, macamana nak seronok-seronok? Kat situ jugak terbantut segala perasaan keterujaan nak bergumbira. Nasib baiklaaaa tiket wayang akak aku bayarkan hihihih.. Duit dalam purse ada RM7 je ni. Cukupla tu kan buat beli caramel popcorm regular huhuhuh.. Sedih!

Harini my pumpkin turun KL. Niat di hati nak bertemu mata dengan dia. Apakan daya, banyak sangat halangannya huhu.. Sedih!~ Takpe, nanti kita jumpa eh? :) macamla dia baca blog aku ni kan. Kalo baca, hai sayang! ehehe

Oh here's gambar kitorang amik dengan Chan Chan and tunang beliau. Amik kat facebook dia. Congrats dear! :)

Semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin :)

Oklah, mahu bersiram kemudian bersiap-siap nak keluar. Doakan gaji aku cepat masuk. Tipon pon dah takde kredit. RM0.00 sobsob.. *asal aku bunyi cam papa kedana sangat ni? ish ish ish*

Take care all! :D

Monday, December 13, 2010

Entry Bergambar - Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Takde mood nak bercerita. Perut lapar, jiwa kacau, hati sakit. Jadi layan ajela gambar-gambar ni..

Kenduri kahwin kakak Shida (gadis manis berbaju hijau) di dewan masjid UNITEN

Makan malam di rumah Dina.
Menu: Nasik putih, ikan singgang, daging masak merah, sayur campur, budu

Posing sebelum ke rumah Chan Chan.
L-R: Dina, Rosie & Me
Me & Noris yang manis.
Rosie cakap kitorang nampak macam cikgu-cikgu hihih


Bersama orang yang diraikan, Chan Chan in the middle.
Tahniah dear! :)
Saye nampak gemok kan? Blame the fan! Angin kuat sangat!
(marah angin..padahal memang gemok pon hihi)

Me & sweet soon-to-get-married Dina

Along & Usu - tidak boleh dipisahkan

Saturday, December 11, 2010

Program Sabtu dan Ahad Ini

Assalamualaikum,

Esok Sabtu, 11 Dec 2010. Programnye nak ke majlis kahwin kakak member. Terpaksa menyusahkan Dina amik aku sebab kereta aku kena tinggal kat umah. Pasainye akak aku baru smpai dari Kelantan. Nanti dia nak gi jalan-jalan kan.... Sorry Dina terpaksa menyusahkan anda!

Kemudian lusa, Ahad, 12 Dec 2010, good friend of mine, Chan Chan nak bertunang. Wah wah I'm so0o happy for her! Tak sangka, nak tunang dah kawan aku nih. Geng kitorang 9 orang, and she's the first one to get engaged :) Tahniah Chan! Tak sabar ni nak tunggu Ahad ni!

I'll post pics later if my phone didn't fail me huhuh.. HP ni dah nazak ni. Bateri sempot sempot. Nak tukar bateri ke, tukar HP  terus ekkkk?

Wednesday, December 8, 2010

Gambar: Perut Ibu Mengandung Anak Kembar 3

Assalamualaikum,




A friend posted this in Facebook.

Macam ni rupenye keadaan perut seorang ibu semasa mengandungkan anak kembar tiga (triplets) dan selepas melahirkan mereka. Boleh bayangkan betapa susahnya keadaan ibu tu kan. Nak bergerak, nak berjalan, nak buat aktiviti seharian. Mana nak masak untuk husband lagi. Kemas rumah lagi. Imagine kalau dia ada anak lain. Nak jaga lagi kan. Dengan perut memboyot macam ni. Aduh, besarnye pengorbanan seorang ibu. Bayangkan kesakitan masa nak melahirkan tu pulak. Aku tak pernah bersalin, tak boleh nak bayangkan. Tapi ada jugakla baca pengalaman orang. Perit! Baca je pun dah boleh rasa keperitan, kesengsaraan tu.

Keadaan perut lepas bersalin tu tak jadi masalah, sume tu boleh dibetulkan, teknologi perubatan sekarang dah canggih kan?

Kaum lelaki, para suami, jagala isteri korang yang tengah mengandung tu elok-elok. Bukan senang tau nak mengandung, nak jaga baby dalam perut, nak lahirkan lagi, bertarung nyawa dalam bilik bersalin, dah keluar, nak besarkan lagi. Bagi susu... Sume tu tak mudah. So, be with your wife, support her through all the process.

Buat anak-anak, hargailah ibu anda! Jangan jadi anak derhaka. Cuba bayangkan susah payah ibu anda mengandungkan anda selama 9 bulan 10 hari, melahirkan anda dan membesarkan anda.
It's not with a snap of finger ok?

Tengok gambar ni terus rasa insaf. Terus ingat mak kat kampung.
Terus rasa cam nak ada baby sendiri :D
Nak rasai pengalaman ni jugak..
Insyaallah, doakan aku ye :)

All mother-to-be, all the best!
 Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan anak yang dikandung.
Insyaallah.
:)

Baca lagi kisah mengandung anak kembar di entry ini :)

Tuesday, December 7, 2010

Photos: MyCats 2010

Assalamualaikum,

Here's some photos during my visit to the Malaysia Cat Show di PICC last Sunday. Banyak gambar tapi not so good one. Aku takde camera mahal cuma guna camera henpon murah adik aku hihihi

Mulakan gambar dengan wajah tuanrumah dan adik dulu.
Oh tu bukan nak bagi penumbuk, tu saje nak tunjuk gelang pemberian bos yang dibeli di Bali eheh :D


Model tak berbayar.
Ape?? Model ni tak cantekk?

Ok ok ni model cantek :P


Salah sekor kucen yang menjadi kegemaran judge pada hari tu. Ini rasanya judge di ring no 5 kot.
Kucing ni memang sangatla comel. Besar gile! Gebu! Tapi pemalas gile hihi

Kucing ni tak sure lak dapat award tak. Tapi sian je dia.. muka cam sedih huhu

Antara awards yang diberikan kepada kucing-kucing yang bertanding haritu

Here's one thr judge tengah judging the cat. Dia bagitaula ciri-ciri kucing tu yang dia suka. Comel kan? Ekor gebu!

Yang ni ekor kontot

Judging criteria

Budak kiut ni nama dia Gerrard. Aktif! He's open for adoption that day.

Tengok kucing ni, malas je nampak ahaha.. kiut gila kaki. sopan eheh

arhhh gebus!

Aku tak sure lak kucing mana yang menang best cat haritu sebab stay sampai pukul 1 lebih je. Result maybe pukul 7 kot baru announce. Ape-apepon kucing-kucing kat sana meman kiut miut. Their owners really take good care of them. Yela, ni bukan sebarang kucing kan. Kucing yang join show ni of course kucing mahal-mahal, high maintenance punya kucing.



Sape-sape yang tak berkesempatan nak pergi, no worries, pasti ada lagi show macam ni nanti ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...