Tuesday, November 30, 2010

Short Update

Assalamualaikum,

Harini 30hb November. Esok dah 1 Disember. Wah wah cepatnye masa berlalu. Sekejap je kan hari-hari ni berlalu. Rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2010, sebulan dari sekarang dah nak masuk tahun 2011 pulak. Ishh... masa berlalu dengan terlalu pantas. Aku tak tahu pun ape benda paling berharga aku buat tahun 2010 nih. Ada orang kawin tahun ni, dapat anak tahun ni, dapat kerja baru yang gaji berpuluh-puluh ribu.

Aku?

Aku belum kahwin (tho berangan-angan nak kawin masa umur 25thn) and definitely belum beranak pinak lagi. Kerja? Okla, kerja alhamdulillah, I got promoted and got better pay than before. Tak banyak pon naik gaji tapi alhamdulillah la, cukup untuk bayar hutang piutang and saving juga. Thats it la.. Nothing much happened this year. Bosan kan? Anyay, hoping for a better year next year. Insyaallah......

Tiba-tiba je kan bercerita pasal new year ni kan.. Padahal sebulan lagi..

These few days, I'm so0o busy with work. Buat report, covering for my colleague yang EL and macam-macam kerja lagi. To be honest la kan.. I'm so0 tired of working! Tak taula kenapa. Banyak sangat pikir kot. Pikir what's going to happen to me in the future. Sampai bila nak kerja kat sini. It's not that I don't like this job, this company. Aku cuma bosan. Padahal baru 2 tahun lebih kerja kt situ.And one more thing, I'm thinking of finding other job in Lumut. Insyaallah, murah rezeki dan dipanjangkan jodoh, me n my pumpkin plan to get married next year. So, takkanla kitorang nak duduk separately. Jadi weekend husband and wife. Tak laratla macam tu. Sekarang ni pon dah rasa tak larat duduk berjauhan. Tak nampak batang hidung, tak nampak depan mata. Jumpa sebulan, 2,3 bulan sekali. Seksa! So how? Hmmmphhh....

Kata short update, ni dah jadi long update dah ni ehehe.. Kla, it's past my bed time already. Till next time!

Sunday, November 28, 2010

AD 2010 - Prom Night - Misery to My Life!

Assalamualaikum,


Tema annual dinner company tahun ni ialah, "Prom Night - with a touch of Red & Gold" = PENING!

Tahun lepas, tema Mad Hatters. Memang aku pakai simple gile, beli jek topi koboi, pakai jeans and tshirt. Sempoi abes. Beli belah pon last minute, petang seblom dinner malamnya. Tapi tahun ni tak boleh buat camtu. Sebab aku committee! As committee kena turun ke hotel awal untuk buat preparation and all. So takdenyela nak shopping last minute cam tahun lepas. Tensi gak rasanya ni sebab aku bab bab melaram ni memang sungguh tak retila weh! Ada orang memang tak sabar sabar nak pergi dinner sebab time ni la nak pakai baju vogue de vass, mekap tebal-tebal and cun-cun. Tapi aku? Huhh ni lah time yang paling menyusahkan hidop!

After the theme was announced, my heart start pounding already (macam ape je kan?). Dah risau dah, ape laaaaa nak pakai ni. Prom Night sinonim dengan dress...

ala ala begini
Tapi mana la boleh aku nak pakai macam ni kan??? Gusar-gusar..... aku ni memang buta fesyen la I tell you!

A few friends suggest pakai dress pastu pakai inner kat dalam. Hoh?! Nehi nehi.. Itu lagi aku tak berapa gemar. Nak pakai innr kat dalam ni memang aku tak berapa gemar. Sebabnye lengan aku ni yang besau sangat! Kang pakai ketat-ketat kat lengan tu rasa macam bungkus nangka jek. Oh tidak mahu!

Contoh baju merah ni. hoho bayangkan lengan aku yang besar tu pastu pakai camni.ish, tidak mahu!

Memangle tersangat pening memikirkan baju yang hendak dipakai. As committee jugak kena la pakai baju yang betul-betul menepati tema kan?

Pagi tadi pergi The Mines mencari baju yang sesuai. Akhirnya jumpa jugak. I know my taste is very bad cos aku memang tak pandai nak melaram. Tapi bagi aku, tak kisahla orang nak cakap buruk ke, huduh ke ape pilihan aku tu, yang penting aku selesa memakainya and boleh pakai lagi di masa-masa lain. Takdela rasa membazir kalo beli pakai sekali je kan? Unless aku makin gemok, tak muat lagi dah memakai baju saiz 40 tuh hohoho...

Aku beli baju kurung jek. Nak jadi muslimah yang bergaya di prom night nanti hohoho.. Pedulik ape orang nak kata!!! :D And baju tu ingat nak pakai time majlis merisik nanti! Wah wah sengaja announce pulak. Gediknye saya! :P Cari publisiti sungguh eheh..

Baju dah jumpa, misi seterusnya ialah mencari aksesori colour gold bling bling. Nak yang celup-celup aje, yang original gold tak mampu nak beli! Nak merompak kedai emas pun tak terdaya :P

Hmmm I know this theme ni cam stail kebaratan sket kan. Pasti ada dance floor ape sume (uh benci!). Tapi ape boleh buat la labuuu... dah keje ngn company omputis nih... Committee lak tuh ek? Ape-ape pon, lepas makan terus chow! And please please please mintak-mintakle dapat lucky draw. Hadiah bes bes! :D


p/s:Annual Dinner is on Saturday, 4th December 2010 di Hotel Nikko, Kuala Lumpur.

Saturday, November 27, 2010

Rapunzel (Tangled) BEST! ^___^

Assalamualaikum,


 Semalam bawak kiddos tengok movie ni, Tangled aka Rapunzel. Cerita dongeng klasik tentang seorang puteri raja yang memiliki rambut yang panjang mengurai dan ada kuasa ajaib!

This movie is really worth watching. Jalan cerita memang terbaik. Kelakar! Memang ramai yang ketawa lebih-lebih lagi dengan gelagat Flynn Ryder, penyamun yatim piatu yang hemsem ehehe.. Aku suka Maximus! Kuda jantan yang gagah gila body. I like! hahaha..

Sape-sape yang berniat, berhajat nak pergi tengok cerita ni, silakan! Anda pasti tak menyesal :)


Mandy Moore as Rapunzel & Zachary Levi as Flynn Rider. Tak sangka lak mamat Chuck ni yang jadi Flynn. Cute! hihi


Maximus body gagah!

Pascal teman baik Rapunzel :)

Friday, November 26, 2010

Malam Ini Tengok Rapunzel

Assalamualaikum,


Ape tengok-tengok? Lempang kang!~
 Bawak budak-budak tengok movie. Macik dia pon dah macam budak-budak. Well, kecik-kecik dulu penah berangan nak ada rambut panjangggg macam Rapunzel. Tapi berangan je la kan. Takdenye nak simpan rambut panjang sampai mencecah tanah. Yang ada sekarang ni pon tak terjaga. Ingat senang ke nak jaga rambut ni? Orang laki senang je la kan.. Tak sikat pon takpe. Sekadar letak gel, pacak-pacak sket, siapp.. Perempuan nih macam-macam! Yang tak pakai tudung tu lagila, nak kena buat macam-macam style. Cam  yang bertudung nih, sonang! Nak keluar dating, tak sempat nak sikat rambut pon takpelah, terus pakai tudung je hahahaha. So, moral of the story, pakailah tudung ehehehe...

Haa tapi tapi.. sesiapa yang dah kawen mawen tu, kat rumah janganla pulak biarkan rambut tu berserabut serabai. Kang laki anda terkejut, ingat orang tak siuman mana la masuk umah nih huhuh.. Walau sesibuk mana pun anda menguruskan rumah tangga dan anak-anak, penampilan kena jaga. Bukan setakat pakaian, rambut juga :) Sikat elok-elok, ikat kemas-kemas, sanggul comel-comel. Barula laki tengok pun sejukkk je hati ehehehe.. Pastu kenala harum senantiasa. Rajin-rajin basuh and shampoo rambut. Laki dok sebelah pun suke je dia nak main-main rambut korang, sebab wangi mangi ehehe.. Betul tak lelaki-lelaki di luar sana? :D

Later I'll share tips penjagaan rambut ye? Ish rasa banyak dah hutang ni. Aritu janji nak bagi tips kempiskan perut kan? Sori sangat, very busy these days. Kat rumah pun jarang online cos internet very slow! (Maxis why???!!).. Bila dah ada kesempatan, aku akan share with you all.

Take care! :)

amal: Tetiba je bercerita pasal rambut ehehe

Thursday, November 25, 2010

Keserabutan Di Tempat Kerja

Assalamualaikum,





Segeralah kesibukan ini berakhir! 

(sebenar-benarnye saje nak show off my messy workstation  hekhek *gediks*)

Wednesday, November 24, 2010

The Basikal & The Seluar

Assalamualaikum,

2 days ago, pergi Serdang beli basikal kat kedai apek. Jauhhhhnye pergi kan? Takdela jauh sangat actually. Kedai tu dekat dengan UPM je, and Cik Hani yang rekemen. Dia baru je beli basikal kat situ. Unlike Rodalink, kedai apek ni lagi banyak choice basikal. And takdela mahal melambung-lambung.

See see Khalis try naik basikal baru :D

Mencari basikal untuk budak-budak ni sebenarnye. After tawar menawar, kitorang beli 2 bikes for kids, dengan harga RM480. Mahal jugak tu huhu cos it's bike for budak-budak kan. Tapi cheaper than bikes kat Rodalink. Kat sana R480 tu harga satu basikal huhu... Mula-mula ingat nak suruh apek tu deliver pergi Putrajaya, yela, cane nak angkut 2 basikal masuk Cik Bibab. Sekali apek tu cakap, "no hal la... boleh masuk itu kereta.." Haa dia sumbat la 2 basikal kat seat belakang tu. Hebat gak Cik Bibab, leh muat 2 basikal ehehe..

Malam tu, si kecik Khalis dok sebok mengajak pergi ke "Seluar". Aku mula-mula dengar tu dok terpikir jugakla. Ape la si Khalis ni. Seluar ape plak kan. Sekali mama dia cakap, "seluar" tu yang kat depan Istana Kehakiman tu... Aku pon bawakla budak-budak ni pergi malam tu. Bawak basikal sekali, excited sangat nak main basikal baru.. Sampai sana, he showed this to me and say, " haa ni la "Seluar"!!"

Adoiyaiiii.. tapi memang nampak macam seluar pon dari jauh ahaha

Hanin with her new bike :) Khalis macam bese susah gile nak capture gambar dia.

Dalam Fikiran Saya Sekarang.....

Assalamualaikum,



ialah:
  1. Update Production Database - 62 actuals pending to update. urgh.
  2. Align Weekly Reports - inbox penuh dengan clearance notif.
  3. NZ Budget 2011 - T_____T
  4. Annual Dinner 2010 - belum cari baju! :(
  5. Annual Dinner 2010 - sponsorship. Not getting enough. Hate calling people and beg for sponsors :(
  6. How to fit into jeans size 33? Dang!
  7. Achieving target 57kg - macam tak ter'achieve' je
  8. Trip to Sabah 2011 - Duit? Nak pau ngan sape eh? huuuuu~
  9. Annual leave - Takleh clear then burn? Hmmph
  10. FUTURE - *headache headache* 
  11. And the list goes on
  12. and on
  13. and on
  14. and on
  15. and on - sila sambung sendiri kat bawah

See how a lot of nonsense this WOMAN thinks?

Sunday, November 21, 2010

Dari Sakit Kepala, Basikal ke Kereta - Cerita Hari Ahad

Assalamualaikum,


Salam hari Ahad. Ape korang buat hari ni?


Macam biasa, hari Ahad, aku pegi senam robik kat padang Pusat Kejiranan Precint 9 ni. FOC kan, rugi tak pergi. Sekali seminggu pon jadila, asalkan keluar segala peluh. Nak harapkan keluar titik peluh bekerja agak susah, sebab kerja lam aircond :P Aku kerah adik aku jugak. Dah pesan siap-siap kat dia sebelum dia datang dari Kelantan haritu, "bawak kasut sukan!!!"


Menapakla kitorang ke sana. Minggu ni tak ramai yang join, maybe sebab belum balik dari bercuti raya kan. Bersenam macam biasa, berpeluh pun macam biasa. Cuma yang luar biasanya, dekat hujung-hujung, tengah cooling down tu, tetiba aku rasa macam darah tak sampai ke kepala. Muka rasa kebas, kepala start rasa pening-pening, pusing-pusing. Nak muntah.. sume ade la...






Aku pon terus keluar dari group tu, pergi duduk kat belakang. Huh.... tak taula kenapa tetiba rasa macam tu. Rasa macam nak pitam pon ada. Nak kata tak makan, 2,3 minggu lepas pon aku sekadar minum air je sebelum bersenam tu. Takdela plak rasa pening-pening..


Google causes of hadaches during exercise: [http://ezinearticles.com/?Why-Do-I-Get-Headaches-During-Intense-Exercise?&id=2631345]




Here is a list of factors that might cause a headache to happen:
o Dehydration - ermm aku ada minum air seblom exercise tadi. maybe not enough?
o Imbalance of electrolytes or other minerals.(ex: potassium and sodium) - er mungkin juga, with the diet yang aku tengah amalkan sekarang ni. hmmph. 
o Intake of too much salty foods and diuretic type drinks like coffee  - dah lama tak minum coffee
o Lack of sleep - semalam tido kul 12 lebih kot? Normal hour tu..
o Chronic stress  - err xde stress ape pon. Except for when I'm thinking of work huu
o Lack of blood flow or muscle spasms - haa lack of blood flow maybela..cos tgh period rite now


Hmmm not sure which one is the cause to my headache this morning. Ape-ape pon have to do somethingla.. Kena minum air banyak-banyak, kurangkan salty food (I admit aku suke salty food huu) and have enough sleep (7-8 hrs). Tadi, balik-balik je dari bersenam, breakfast (boiled eggs + mayo + sausage), terus tidoooo ahahaha.. Baik tak yah bersenam kan. I pening okkay, amponkanla saya :P


Tengaharinya aku ke Precint Diplomatik. Pergi ke kedai basikal Rodalink yang baruuuu je dibuka dalam sebulan lebih kot. Rodalink aku rasa cam famous amos jugakla kedai ni. Banyak branches kan.


Branch Putrajaya - Precint Dilomatik


Erm ni first time la aku masuk kedai ni. Ape yang aku tengok, stok tak banyak. I can understand maybe kdai ni baru bukak kan. So tak banyak lagi basikal. Lagipon kedai tu takdela besar sangat.


See see very the crowded


Em then, basikal-basikal yang ado tu pon, huh mak aiiii mahal! Stok-stok basikal lumba tuh. Cam haku nak cari basikal ada bakul kat depan, ada loceng kring kringg tu memang nan ado laaaaa... Telan air liur aku tengok harga basikal tuh sume. RM8K, RM14K..




Tengokla basikal dia tu. Tuh basikal cam Azizulhasni ngn Josiah Ng je guna tu hihi


Orang-orang yang memang minat berlumba basikal and tak kisah keluarkan duit ribu-ribu bolehla ke sini. Orang macam aku yang hanya perlukan basikal untuk ke pasar, bolehla ke kedai apek bese je ehehe... Source pics Rodalink: [here]

Dah lepas tengok basikal, pergi branch Perodua kat Precint 9 pulak. Teringat mula-mula masuk situ, beli Cik Bibab setahun yang lepas. Sekarang takde dah Viva versi Cik Bibab, sekarang ada Viva yang dah ditacap-tacap dah. Jeles Cik Bibab huu.. Takpe-takpe, Cik Bibab is my first car, yang aku beli dengan duit aku sendiri, jadi aku sayang dia sangat-sangat! :) Abes ape motip masuk Perodua lagi nih? Nak curang ngan Cik Bibab jugak ke? Takde takde.. Aku masuk teman akak aku tengok Alza. Tengah berkira-kira nak beli. Akak aku kan accident aritu. Tengah mencari kereta baru. Dah banyak kereta gak dok survey ni. Perodua Alza, Nissan Grand Livina, Naza (Kia) Forte, Toyota Vios, Honda City.. Which one is the best?

Alza, 2.99% interest, Livina 2.88% interest + RM4K rebate (but still mahal than Alza), Forte very nice bod (gagah!) and review pun sangat bagus (murah dari Livina tapi lagi mahal dari Alza), Vios minyak jimat, maintenance murah tapi not spacey. City very the expensive! Tapi memang lawa la..... So, which one? Rasa cam Alza je ehehe.. Later nak test drive. Nak kena biasakan diri dengan 



gear kat tengah, and 

foot brake 




That's basically my day today. Penat! Tapi suke :)

Esok dah Monday. Malasnye nak pegi keje!!!!

Saturday, November 20, 2010

20112010 - Membebel Tak Tentu Hala

Assalamualaikum,

Howdy uols.. How's ur Saturday? Sesape yang dari kampung nak balik ke tempat mencari rezeki setelah bercuti tu, semoga perjalanan korang selamat. Pandu cermat jiwa selamat ye? Trailer-trailer, lori-lori besar bagak tu janganla tunjuk hero atas jalan. Hormati kenderaan yang kecik-kecik ni.. Sedih dok baca berita 2,3 hari ni. Banyak je accident kereta dengan trailer/lori isk.. Jadi berhati-hati la ye? Juga buat mypumpkin yang dalam perjalanan pulang ke Lumut sekarang ni. No speeding please! Speed trap yang sedia ada ni pon tak terbayar lagi ehehehe..

Nothing much to say actually. Takde ape-ape cite yang menarik.

Cuma.. saya lapar. Itu saje.

Sekian terima kasih.

Friday, November 19, 2010

Kadar Caruman KWSP - 8% to 11%

Assalamualaikum,

Harini bukak website KWSP, nak update address. Tengok kat homepage ada la berita pasal kadar caruman ni. Dah naik balik dah. Dulu (tahun 2009 kot?) employee ada option nak pilih 11% atau 8%. Aku stick to 11%. Takpela  banyak sket gaji bulan-bulan kena potong. Asalkan simpanan untuk hari tua tu ada huhuh.. Kesian orang keje prebet cam aku nih kan? (Bila gomen nak amik aku keje niii :P)




Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.

Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

(NIK AFFENDI JAAFAR)

Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 18 November 2010


News source:
[http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3410]

Thursday, November 18, 2010

Bekerjalah Kita Sekuatnya

Assalamualaikum,



sebijik cam keadaan saya sekarang

Huu, tepat jam 9.15 malam..... saya masih setia di ofis! Busy sungguh hari ini. Pelbagai kerja perlu disiapkan, seolah-olah tiada hari esok.................. Esok masih ada, cumanya esok dalam department aku, tinggal aku seorang. Yela, department aku pon 3 orang je pon huu.. Bos belum pulang dari bercuti (sakan ye bos pegi Bali, jeles I! ehe), another colleague plak annual leave esok, balik Penang. Wah wah.. padan muka I, tinggal sorang. Terpaksa buat keje 3 orang huuu~ Tapi takpe, semangat kerja berpasukan tu perlu ada kan. Masa aku takde, dorang cover aku. Masa dorang takde, aku lak cover dorang kan. Tolak ansur sket. Kata nak kerja sama-sama :)

Anyway, tadi gigih buat report. Pening gak weh main dengan excel neh. Ambo lak tok brapo nak cerdik (pehal tiba2 kecek Kelate nih? eheh).. Nasib ada my other colleague tu. Kalo tak, overnite la aku kat opis neh memikirkan caranya. Kerja penting dah settle. Tinggal nak wt kerja tak penting je. Nak balik, nak kena tunggu akak aku datang amik. Almaklumla, kereta seketul ke sekarang. Dok berebut yang tu jelaaaa.. Tadi call katanya tengah makan kat McD Alamanda. Wah wah serta merta perut I berkriuk kriuk... Lapau! Sabar sabar.. Cukupla dengan minum air masak ni. Ini pon dah kira sodap dah neh!!!

Okla, cukupla saya membebel tak tentu hala. Nak sambung buat keje. Berdedikasi kan saya kerja sampai lewat malam.. Syarikat-syarikat kat Lumut tak nak ke hire saya yang rajin berdedikasi ni?muehehehe 

Wednesday, November 17, 2010

Prince William & Kate Middleton is Engaged!

Assalamualaikum,

Wah wah kenapa aku yang teruja sangat ni? Bukannya Prince William bertunang ngan aku kan? ehehe..

Masa aku kecik-kecik dulu, aku memang ada hati kat Prince William neh ahaha.. Kecik-kecik dah pandai crush crush nih. Serius dia comel!

William and his late mummy, Princess Diana. Aww isnt he cute? Look at his chubby cheeks!

William at the back. In front is Harry. So cute la they! he he he *gedik*


Sapela yang tak pernah berangan nak kawen ngan putera raja ni kan. Tapi ko berangan jela, realitinye sure tak dapat hahahahahaha (gelak kat diri sndiri :P).

Anyway, semalam dapat berita yang Prince William yang hensem lagi gagah ni (walopon rambut takde sangat tetap hemsem di matakuu..) dah pon bertunang dengan his long time gf, Kate Middleton. Lama jugak dah dorang ni bersama kan? Since college time I guess..

alalala sukenye dia! eheheh


He popped the question on last October and sealed it with his late mother's engagement ring..

Besarnye batu!!!!!!!! Kalo aku dapat nih, takmo tanggalkan dari jari dah ahaha..
Oh so sweet!! :)


The couple plan to get married next year. Yayyy! Can't wait to see her wedding gown ehehehe..


Sukenye tengok dia in uniform. oopss mypumpkin jangan jeles. Anda pon hensem sangat-sangat in uniform! Especially bila pakai baju istiadat tuh. Tak berkelip I pandang! hahahaha.. Wear it during our wedding eh nanti? *winkwink*

News & pics source:
[http://news.yahoo.com/s/afp/20101116/ts_afp/britainroyalsmarriage_20101116183119]

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum,


Selamat menyambut Hari Raya Haji buat seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia dan serata dunia. Semoga bergembira bersama keluarga! :)

Raya haji aku tahun ni, sama jugak macam tahun lepas. Aku tak pulang ke kampung halaman. Cuti hanya sehari. Sedih memang sedih sebab rindu sangat kat mak dan ayah. Tapi ape boleh buat kan? Nasib dorang memahami.  Ape-ape pon korang yang dapat balik ke kampung tu, gunakan masa ni sepenuhnya untuk bersama ahli keluarga tercinta ye? :)

Haa.. makan daging tu jangan banyak-banyak sangat. Darah tinggi kang ehehe.. Sederhana tu penting!

Take care all :)

Tuesday, November 16, 2010

Orang Melayu dah Tak Ada Rasa Malu?

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni, dok membelek-belek internet (belek ke?) macam-macam ceritala pasal orang Melayu kita nih.

Satu pasal video bercium yang dah femes, tersebar dengan pesatnya dalam Facebook. Aku ingatkan yang tak tahu malu bercium di khalayak ramai tu bukan orang Melayu. Aku tak tengok video tu, jadi tak tahu. Tapi bila kawan aku bagitau yang melakukannya ialah orang Melayu, yang sebangsa dengan aku, dan yang pastinya Islam juga (Islam kah kalo sudah beraksi begini?) aku terkedu jugak sejenak. Terkejut. Dah takde rasa malu ke dorang ni?

Dua, kisah Uncle Seekers pencari hantu yang sebok dok mengaibkan diri sendiri dan bekas permaisuri Selangor dulu. Aduhai... Kalaulah benar ape yang dicanang-canangkan, please, keep it to yourself. Selesaikan sendiri. Usah diceritakan aib tu kepada orang ramai.

Tiga, AC Mizal dan gelang tungstennya. Sedang bedebat dengan blogger Addib Muaddib yang dah mendedahkan pelbagai cerita yang aku pikir ada benarnya. Tapi wallahualam lah. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu. Aku sendiri memang tidak setuju dengan bisnes MLM nih. Tidak pernah berminat. Bagi aku, untuk memperolehi kesenangan, biarlah ia datang dari usaha dan titik peluh kita sendiri. Ni kalo setakat bermulut manis, menjual barang yang entah baik atau tidak, lebih baik tak payahla.. Hidup biar sederhana, tak usah mengejar kekayaan. Kita kat dunia ni sekejap je......

Rasa insaf sejenak.. Ya, Allah, bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan yang benar. Jauhi aku, lindungi aku dari terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan dunia ini. Pada-Mu saja Ya Allah aku berserah...Amin...

Sunday, November 14, 2010

Hujan oh Hujan

Lebat woooo...


Masuk Putrajaya barula hujan reda sket. Dah tak terlalu lebat.

Moral of the entry: Don't drive and amik gambar (eh?) ehehe..

Jangan jadi cam aku ye.. Aksi berani mati amik gambar time hujan lebat gile-gile dengan kereta yang banyak di atas jalan. Ish ishh.. semuanya semata-mata nak share kat blog. Oh gediknye saye ehehehe...

Gambar diambil ketika dalam perjalanan dari Cheras Selatan -Putrajaya petang tadi.

Saturday, November 13, 2010

Hero Tamil Kesayangan Saya

Assalamualaikum,


Saya rindu Hero Tamil saya ni. Agak-agak dia rindu saya ke tidak?


Maafla ye. Tengah-tengah malam buta camni mulala saya meroyan mahukan Hero Tamil saya. Huwaaa~




p/s: Kenapa Hero Tamil? Sebab dia suke tengok cite Tamil sangat-sangat sampai satu tahap saya pon tak dipedulikan ehehe.. Ouh, I miss him so!

Saturday Update - A so-so Day

Assalamualaikum,

Happy Saturday eberibadeh! How's your day today? Fun? Not fun? Boring? Not boring? Whatever it is, besyukurlah anda masih berpeluang menghirup udara segar, menarik nafas panjang di atas bumi Allah ni :)

As for me, my day started quite late today. Bangun pukul 9 lebih okkay... Lama dah tak bangun lewat camni. Kalo kat kampong dah lama dah kena marah ngan mak ni. Mak mesti cakap, "Wani bangunnnn!! Jadila orang hiduppp... Tido ni umpama mati tau tak???" Huhuhu.. btul cakap mak. Kalo tido melebihi masa memang umpama mati dahla. Seelok-eloknya bangun pagi. Sebab pagi-pagi tula pintu rezeki dibuka kan? So, esok, bangun pagi!!! *REMINDER untuk diri sendiri*

Disebabkan saya bangun lambat, tak dapat keluar bersenam. Bersenam dalam rumah jela. Senaman saya hari ini ialah, menyental lantai bilik air!! hehehe.. Gigihla tadi I menyental uols. Sakit pinggang. Berpeluh jugak. Jadi ah tu hihihih... Takdela rasa guilty tak exercise :D

Petang tadi ke Jusco Equine. Makan di Secret Recipe. Tak snap gambar. Malas. Makan ikan ape tah... Akak aku makan tom yam koong. Aduh meleleh air liur. Sedapnye... Kalo boleh nak order je, tapi ada mi. Takleh makan huuuu.. sabar-sabar....... After makan, window shopping jap, kul 5 lebih balik umah. Planning nak tengok movie malamnye. Bukak GSC Online nak beli e-ticket maybank2u plak problem. Takleh nak bayar online. Huuu... So, duduk jela kat rumah...

Tengok bola tadi. Malaysia vs China for the Asia Games. Aduhhh sedih tengok game tu. Bukan sedih tengok Malaysia main ke ape, tapi sedih tengok Malaysia macam dianaktirikan by the referee. Pengadil memang tak adil langsung! 3 pemain Malaysia dilayangkan kad merah. And we ended up playing wit only 8 players. Hmmm.. memang ridiculous. Tapi Malaysia bermain dengan baik walaupon hanya 8 orang pemain atas padang dan kalah 3-0. Kudos Malaysian players! Next round lawan Iran. Do the best! :)

Sukan Asia ke-16 dah pon bermula.. Malaysia sekarang di tangga ke-13.. Yang mendahului pasti negara tuan rumah China. Malaysia memperolehi 2 gangsa. Satu dari acara menembak dan satu lagi wushu.

The latest medal standings. Boleh tengok kat sini ye? :D


That's all for today folks. Take care! :)

lol, lmfao, roflmao, muah, myob - wth? *Famous Abbreviations*

Assalamualaikum,


Biasa dengar short forms kat atas tu? Famous kan tu.. Tapi walaupon famous aku tak tau pon maksudnya hahaha.. Selalu je dengar. Baca. But tak pernah tahu maksud hohoh.. Semalam google perkataan RSVP. Punyela tak tau ape maksud, men guna je hahaha.. BTW, RSVP is a French abbreviation. Stands for "répondez s'il vous plaît" yang bermaksud, "please respond." Now I know~ Tau sebut je seblom ni ahahaha.

lol - laugh out loud

lmfao - laughing my freaking a** off

roflmao - rolling on the floor, laughing my a** off

muah - multiple unsuccessful attempts (at/to) humor (aku ingat muah kis dah ahaha.. for kiss, the abbreviation used is MWAH :)

myob - mind your own business

wth - what the hell?

sdmb - sweet dreams my baby

Macam-macamla chat or text messaging abbreviations ni. Suka gak membacanya. Mat Saleh memang selalula guna. Kita tak sangat kot.. Kalo yang kuat chatting tu maybe tahula kan?

Saje nak share ngan korang. Tambah information. Padahalnya, tah-tah aku sorang je yang tak tau maksud sume benda nih ahaha

Click here for more text messaging & chat abbreviations:

http://www.webopedia.com/quick_ref/textmessageabbreviations.asp
or
http://www.abbreviations.com/acronyms/CHAT/5
or
http://www.netlingo.com/


L8R & B4N!

lolo,
Amal <33

Friday, November 12, 2010

Saya curang! Hukumlah saye :(

Assalamualaikum,

Howdy all? :)

Update on my losing weight programme - I lost another 0.5kg. Rabu lepas timbang. Alhamdulillah turun. Err tapi rasa cam dah naik balik kot huuu.. Sebab Rabu tu jugak aku pegi makan kat Cyberview Lodge. A friend's treat. I ate Rosemary Lamb with Asparagus and Potatoes. Huu supposed potatoes tu takleh makan sangat. Tapi aku bedal jugakla. Dah orang belanja kan. Luckily not buffet dinner. Kalo tak, sure berganda-ganda lagi berat aku naik kan? Huuu...~

Harini pulak last lunch with my ex boss before dia left Malaysia for good  - migrate to Sydney, Australia. Working at our regional office there. Kitorang bawak dia makan kat Kitchen Village, Cyberjaya ni.

Kitchen Village :)

 Last time pergi masa celebrate birthday dia 1 year ago, I think. This year farewell lunch lak. Huu sedih-sedih~

But anyway, lunch tadi, dorang ni sume order set lunch for 3-4 persons. Banyak jugakla lauknye.

Sebahagian daripada lauk,.
Lauk pauk tu pulak of course la makan dengan nasik kan. Aku telan air liur gakla tengok nasik yang membukit. Huuu... bukan terliur ke ape (actually memang terliur pon hahaha) tapi sebab rasa cam serba salah nak makan. Aku kan on diet tak makan nasik huu.. So bila dorang ni sume makan nasik seriously rasa out of place. Jadi aku amik jugakla nasik. Arghhhh saya curang!

Banyak ni je nasik yang aku amik. After 3 weeks++ tak makan. Cam banyak gak nih ahahaha...

Hasilnye..licin ;) I know aku takleh makan kari kari ni sume (curang lagi). Tapi.... makan jela ahaha..

Balik rumah after work tadi, rasa guilty sangat-sangat. Yela sebab dah banyak kali curang neh. Mentang-mentang la berat dah turun sket mulala tak control makan kan. Belagak ar konon-konon huhuh.. Padahalnya berat badan ni lagi senang bertambah daripada berkurang. Orang kata, naik senangggg je, nak turun tu sengsara sangat. Ermm, so aku kuar la jap tadi round round taman. Buat syarat ehehe.. Kuarkan peluh sket, mengah mengah sket.

Bukan mudah nak capai apa yang kita impikan. Tapi kalau kita berusaha, komited, kuatkan semangat pasti berjaya kan? Yang penting, jaga kesihatan! :)

Me n my ex boss :) Dia tak perasan pon tengah amik gmbar. Sebok belek menu eheh.. Gonna miss u so much boss! Dia actually encourage me to lose weight as well. Sebab masa dia ada dlu, dia organize Biggest Loser among our team. I didnt take it seriously and I ended up gaining weight masa final weighing tu. While others really lose weight. Malu tau. Malu sangat sebab orang lain sume turun, aku je bertambah. Ish.. nampak sangat aku xde disiplin and I never care. So kali ni, I dont want that to happen. I told people that I'm going to lose weight so I want to prove to them, that I can. Yes, I can! :)

I still have 10.9kg more!! Wish me luck ;)

Thursday, November 11, 2010

Masih Gigih Bekerja...

di samping boss hehehehe..

Assalamualaikum,

Yeee, aku masih belum pulang ke rumah! Kereta merah belum datang menjemput.. Eh salah, kereta biru. Cik Bibab blom tukar kulit :D

Bos ada kat sebelah nih. Dia tengah sebok buat keje dia. Aku lak buat-buat sebok buat keje hahaha.. Takde takde, aku pon busy neh. Harini kepala rasa cam nak malatop! Terlalu banyak kerja sampai tak tau mana satu nak sentuh. Aduh saya memang tak pandai nak  organize kerja dengan baik T_T

Budget 2011, Reports, Annual Dinner (yes, soon!), kerja-kerja harian. Aduhh pening pening. Semua makan masa. Kalo la semua kerja ni boleh diselesaikan with just a snap of a finger kan syiok! Takdela pulang lewat camni :(

Ofis pon sunyi sepi jek nih. Huu ngeri~ Nasib ada bos :D

Baiklah, balik karang I'll update more. Baaaaanyak cerita :)

Take care all, tata! :)

Lambatnye esok T__T

BUSY!!!!!!!!

Blog will be updated later..

Huuu busy yang sangat-sangat!

Tuesday, November 9, 2010

25 Perkara Membosankan Tentang Saya:

Assalamualaikum,

Nak melangsaikan hutang tag dari rakan blogger baru, Dillah :)

25 facts you really don't need to know about me:

1. seorang perempuan tulen.
2. belum berkahwin, tapi sudah berpunya.
3. berusia 25 tahun 4 bulan.
4. anak jati Kelantan.
5. tinggal di Putrajaya.
6. bekerja dengan syarikat swasta di Cyberjaya.
7. gila kucing.
8. geli dan takut dengan tikus.serius.
9. pernah pakai braces selama 4 tahun lebih.
10. takde gigi sebatang di hujung. kena cabut sebab gigi rosak. dentist cakap doc yg first cabut gigi untuk pakai braces tu tersalah cabut yang elok dan ditinggalkannya yang rosak. rasa macam nak saman je. tapi takde duit nak upah lawyer.
11. ada 6 orang adik beradik.
12. anak kelima.
13. ada 7 orang anak buah yang comel-comel macam aku.
14. jarang-jarang menonton tv.
15. jarang-jarang selak surat khabar.
16. tak suka politik Malaysia. membahayakan kesihatan.
17. dah 3 minggu lebih tak jamah nasik.
18. saiz kasut 5 atau 6.
19. saiz bra.... takyah cakapla. wat malu.haha.
20. ada lesen memandu kereta. tapi reti drive auto je. das auto.
21. kuat nangis.
22. ada teddy bear nama Uncle Din.
23. guna handphone SE K530i.
24. ada laptop yang dah berusia 3 tahun lebih tapi masih mantop.
25. nak kawin. tapi duit tak cukup. tolong derma, bleh?


Oh, one additional fact, saya memakai cermin mata (saje nak tunjuk gambar tuan rumah sebenarnye. haha)



-sekian, terima kaseh-

Yang Berbulu Itu Kegemaran Saya!

Motam and her 4 babies :) Motam ni umo dah menjangkau 7 tahun. Kalo tak silap, dia lahir pada Oktober 2003. Dah lama kan. Anak dia tak tau berapa ekor. Berpuluh-puluh dah kot.Semuanya dia jaga dengan baik. Dia memang mummy yang mithali. Motam - our loving cat!

Hoho motam nampak ganas di situ. Memang ganas pn dia. Garang! Orang pegang sket, gosok-gosok sket mesti marah. Bukan marah gigit, marah mulut huuu.. Bising betul bila dia mengiau!
Bluweeekkk :P


4 ekor terjuntai. Sekor je ekor pendek hihi

Muka baru bangun tido hahahah

Yang ni pulak namanye Cutie Power. Anak buah aku, Hafiy & Khalis yang bagi nama tu. Katanya cutie ni ada power. haha kids. their imagination n all. Cutie ni sangat manja! Suka berbelit-belit kat kaki org :)

Ooo... isnt he cuteee

Yang ni tak tau nama hahaha.. Banyak sangat kucing kat rumah sampai tak tau dah nak bagi nama ape. Yang ni pon manja. Asalnye dia duduk kat umah abang aku. Lepas mak dia mati, ayah aku amik dia bawak balik umah. Membesar la dia dengan sihat dan kuat. Suka mata dia yang orangey tu :D

Gebu!

Hahahaha... ini namanye Spark. Gemokkkk.. Bulu kembang. Betina ni, tapi muka nampak cam jantan kan? Hoho.. Ni tengah tensen ni tak dapat keluar sangkar. Padan muka. Dia ni memang patut dikurung sebab suka sangat merayap. Last time balik dari mrayap, perut dia terbelah. Tak tau nape. Masukla spital 2,3 hari. Dahle masa tu dia tengah pregnant. Sian Sparky.... Baca kisah perut Spark terbelah.

Muka tension lagi ehehe.. Aku baru notice la.. Kucing aku banyak yang kaler oren. Tengok kat belakang tu :D
P/s: pics credit to my sis, Milin :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...