Thursday, October 28, 2010

Kena Simbah Cuka Akibat Tolak Cinta

Assalamualaikum,

Nak berkongsi berita di Berita Harian harini..


KEADAAN Ain yang melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, di bilik rawatan Hospital Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam di depan rumah nenek wanita itu di Taman Cenderwasih, Seberang Prai Selatan, baru-baru ini.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 21, melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. Mangsa merancang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya selepas sambutan Aidiladha bulan depan, buntu memikirkan masa depannya berikutan kecederaan dialaminya. Ain berkata, beliau tidak menyangka lelaki itu sanggup menyimbah asid kerana mahu membalas dendam akibat cinta tidak berbalas.

“Saya kecewa dengan perbuatannya dan berharap dia dikenakan tindakan sewajarnya, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya.

Mengimbau kejadian itu, Ain berkata, kejadian berlaku jam 11 malam pada 17 Oktober lalu di depan rumah neneknya ketika beliau bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, ketika tiba di depan pagar rumah, beliau dihampiri motosikal suspek sebelum disimbah cuka getah ke muka sambil suspek mengejek ‘padan muka hang’ dan berlalu pergi.

"Saya tersentak dengan muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas dan seluruh kulit bertukar menjadi hitam dan terbakar dan membengkak. Suasana ketika itu sukar digambarkan kerana kesakitan yang amat sangat. Saya berlari ke rumah untuk meminta bantuan," katanya.

Katanya, beliau dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata suspek yang bekerja sebagai kelindan lori ditahan pada 20 Oktober lalu di rumahnya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana cintanya tidak berbalas.


Kurang ajar punye lelaki. Apa yang dia dapat dari perbuatan dia ni? Kepuasan? Orang tak nak, kenapa nak balas dendam pulak? Ramai lagi perempuan kat luar sana. Ape susah? Orang ni memang psycho punye orang nih.. Paling tak tahan kata-kata dia lepas simbah tu, "Padan muka hang!" Meh aku nak cakap kat ko plak,  "PADAN MUKA HANG!! Masuk jel! Meringkuk la kat situ lelama.."

Wednesday, October 27, 2010

12.4kg More To Go!

Assalamualaikum,

Aku actually bawak balik keje opis nak buat kat rumah. Tapi seblom tu, kita blogging dulu! Muehehehe..

Harini nak bercerita pasal losing weight! Aku nih, dulu kini dan selamanya dok cakap nak kurus nak kurus nak kurus. Almaklumla badan agak gempal sedikit. Bukan sedikit tapi banyak gak ar huuu... BMI tu dah capai overweight dah. Huu sedih sedih.. Gambar gemok aku tak boleh dikongsi di sini. Malu! :P

Semenjak dua menjak ni aku rasa berat badan aku makin bertambah. Aku sendiri leh rasa la.. Perut makin buncit (kalah orang anak lima), lengan makin besar, langkah makin perlahan (jalan sket dah mengah), tumit pecah-pecah dan sakit bila berdiri lama, perut penuh dengan angin (rasa bloated gila gila ah), period makin lambat dan 1st day flow sikitttt sangat. Normally 1st day dah heavy flow dah. So tula simptom simptom berat badan dan bertambah.

Lagi satu simptom yang menyedarkan saya ialah, teguran masyarakat. Makin menjadi-jadi! Dulu tego manja-manja je. "Eh Wanii.. nampak sihatla sekaranggg..mesti tengah bahagia nihhh..." Tu kira manja lagi tuh.. Tapi sekarang dah bertukar ganas. Lebih-lebih dari mulut mak tercinta lepas jumpa mypumpkin aritu, "Wani, nak kawen ngan orang kurus n fit, Wani pon kenala kurus and fit jugak..." Huwaa pedas sindiran tuh. (Padan muka, sape suruh main main cinta ngan Navy Officer?) Then, paling tak tahan, mypumpkin the so called Navy Officer tuh bukak mulut menegur. Adoiyaiiii.... pilu hati. After sebulan tak jumpa, "Abang tengok sayang makin berisi laa..." After 2 bulan tak jumpa, "ish makin sihat je sayang abang nih. Makan pon kemain berselera. Akak tuh lagi slim. Dia anak 2 dah. Tak rasa tercabar ke?" Huwaaaa..menyirap darah.... Sadis tegurannya! Terasa tapi wat bodo jelaa.....

Makanya atas reason reason yang telah dinyatakan di atas, aku pon nekadla.... nekad nak menurunkan berat badan. Aku pn terfikir jugak, geuk ni takde kebaikan pun. Lebih-lebih lagi kalo dah overweight cam aku nih. Dahle mak aku ada history diabetes masa pregnant kan aku. Tak mustahil aku pon leh dapat kalo aku tak control cara pemakanan aku.

Starting last week, aku dah start diet. Aku follow Atkins Diet - low carbo diet. Nak tau lebih lanjut, leh tengok website ni, www.atkins.com , atau follow budak nih, http://taknakgemuk.blogspot.com. Dia follow Atkins Diet dan dia betul-betul berjaya.

As for me, alhamdulillah, berat dah turun 3.3kg. Masa mula-mula start I weighed 72.7kg (huh dahsyat!). After seminggu, turun jadi 69.4kg. My iideal weight for my height is between 47kg-57kg. I aim for 57kg. Setakat harini, I have 12.4kg more to lose. Doakan aku berjaya! Takmau lagi ditegur "gemuk" "berisi" "sihat".

Bencana Alam - Petanda Apakah Ini?

Assalamualaikum,

Buka Berita Harian Online harini, tengok pada berita Dunia. Uish, banyaknye laporan bencana alam. Di Indonesia, gempa bumi dan tsunami. Satu lagi, juga di Indonesia, Gunung Merapi dah meletus. Kita di Malaysia ni nasib baikla tak mengalami semua ni. Bayangkan kalo bencana bencana ni turut berlaku di negara kita. Teringat peristiwa tsunami besar dulu. Gerun jugak bila memikirkannya. Dunia mungkin dah nak sampai ke penghujungnya. Wallahualam. Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Hanya Dia yang tahu apa yang akan berlaku pada kita. Sama-samalah kita beringat, beribadah kepada-Nya seperti esok tiada lagi...

Merapi mula meletus

Penduduk dekat gunung cedera kena debu panas



Source

GUNUNG MERAPI: Gunung berapi yang menunjukkan tanda meletus kuat akhirnya memuntahkan debu panas semalam menyebabkan 20 penduduk cedera. Saintis memberi amaran bahawa tekanan yang terkumpul dalam kawah mungkin menyebabkan letusan terkuat dalam tempoh beberapa dekad lalu. Seorang wartawan AP menyaksikan sehingga 20 orang menerima rawatan akibat kecederaan mereka.

Subandriyo, ketua pakar gunung berapi di kawasan itu berkata, Gunung Merapi mula meletus jam 5.02 petang waktu tempatan diikuti, kedua pada jam 5.19 petang waktu tempatan dan ketiga jam 5.34 waktu tempatan. Ia menggelodak dan mengaum selama beberapa jam.

“Bunyi kuat di gunung itu berlaku agak lama, mungkin 15 minit. Selepas itu, kepulan debu panas mula melonjak ke udara,” kata Sukamto, petani yang belum meninggalkan kediamannya di lereng gunung berkenaan.

Saintis memberi amaran tekanan yang terbina di bawah kawah lahar merapi mungkin mencetuskan letupan paling berkuasa sejak beberapa tahun lalu.

“Kekuatan tekanan semakin meningkat. Kami harap ia dapat dilepaskan perlahan-lahan. Jika tidak, letusan kali ini mungkin paling kuat sejak bertahun-tahun lalu,” kata pakar gunung berapi, Surono.

Ribuan penduduk di cerun gunung sudah dipindahkan. Namun, kebanyakan yang berpindah ialah orang tua dan kanak-kanak sementara dewasa tinggal untuk menjaga rumah dan ladang.

Pada 2006, muntahan gas dan batu panas di lereng gunung Merapi menyebabkan dua kematian. Letusan pada 1994 pula membunuh 60 orang manakala 1,300 terkorban dalam letusan pada 1930.

Agensi berita Antara melaporkan, dua mangsa debu panas sudah dirawat di Rumah Sakit Panti Nugroho, Pakem. – AP/Agensi


Ombak tsunami landa Mentawai


Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia



Source

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai. Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan. Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.

“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya.

“Kami menerima laporan daripada penduduk bahawa mereka gagal menyelamatkan anak masing-masing kerana pukulan ombak terlalu kuat. Kebanyakan penduduk yang ditemui dalam tangisan mengenang kehilangan sanak saudara mereka.”

Hardimansyah berkata, 80 peratus dari rumah di kampung itu musnah dan bekalan makanan hampir kehabisan.

Seorang pegawai badan bukan kerajaan Yayasan Citra Mandiri Mentawai, Rachmadi, berkata sejumlah kampung di di pantai barat Pulau Pagai Selatan rata dipukul ombak.

Polis di Mentawai berkata, pihaknya bersama sukarelawan sedang mencari mereka yang hilang. Pos bantuan bencana juga sudah didirikan bagi menyalurkan bantuan.

“Kami menjangka ramai penduduk akan memerlukan makanan dan tempat berlindung. Hujan sudah mula turun lebat dan angin sangat kencang di sini,” kata Ronald, pegawai polis di daerah Sikakap.

Ketua pusat menangani krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiharto berkata ombak tsunami yang melanda kepulauan Mentawai itu adalah setinggi tiga meter.

“Kebanyakan kawasan terbabit tidak mempunyai ramai penduduk. Namun pihak kami menyediakan 200 beg mayat.”

Gempa bumi lewat kelmarin yang mencetuskan tsunami berkenaan berukuran 7.7 skala Richter dan berpusat di dasar laut 78 kilometer di barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai.

Gempa bumi itu berlaku di garis gelincir sama dengan gempa bumi 9.1 skala Richter di Aceh yang mencetuskan tsunami besar di lautan Hindi pada 2004 hingga meragut 230,000 nyawa di berpuluh negara.

Kepulauan Mentawai yang dapat perhatian mendadak berikutan tsunami terbaru ini sudah lama menarik pelancong tetapi sudah mula dilupai.

“Pulaunya dengan pasir putih, sangat indah tetapi sepi. Pengunjung di sana seolah-olah memiliki pulau itu,” kata seorang pelancong yang baru kembali dari bercuti di kepulauan berkenaan.

Keindahan Kepulauan Mentawai memang dianggap luar biasa. Pasir putih menghampar, laut biru berhiaskan terumbu karang. Sementara kesenian penduduknya terutama suku Mentawai dikenali di seluruh dunia.

Pulau utama di kepulauan Mentawai ialah Pulau Siberut. Feri dari Padang boleh menghantar pengunjung ke sana dalam masa 10 jam. – Agensi/Reuters

Tuesday, October 26, 2010

More Kolam Pics

Assalamualaikum,

Takde ape-ape cerita menarik lagi harini. So buat masa sekarang wanna share with you the Kolam made last Friday by all the teams in my company. Cantik menarik memang da bomb lah. Leh jadikan inspirasi untuk buat kolam kat umah during Deepavali next week :D















Monday, October 25, 2010

Marah pun Tak Guna - Bukan Aku Dapat Duit. Kan?

Assalamualaikum,

Cerita kartun stupidos tu.. huh, masa mula-mula baca memang menyirappp darah. Menggelegak sampai ke otak. Aku nak marah sangat sebab kartunis Khazim tuh, kutuk orang Kelantan terang-terangan. Aku orang Kelantan, sah-sahla marah. Lagi pulak, benda dah basi. Isu baling-baling mercun tuh dah seminggu lebih dah berlalu. Kenapa baru sekarang nak buat kartun tu? Dah takde idea ke? Kalau la kartun tu dah lama dilukis tapi baru minggu ni diterbitkan, kenapa perlu ada kartun macam tu? Atas niat ape? Nak berlawak jenaka? Tu bukan lawak tu kalo dah menghina rakyat sesebuah negeri. Dahla ayat yang digunakan pun kurang ajar bagi aku. "Macam zaman belum merdeka.." Apa hina sangat ke kami? Mundur sangat ke kami orang Kelantan nih? Lagi satu, macamla yang buat onar di stadium tu penyokong Kelantan je. Macamana dengan penyokong negeri lain? Ada je yang baling bata, baling batu, baling botol. Kenapa tak lukis kartun dengan bendera negeri mereka? Kenapa penyokong Kelantan jugak yang dikutuk, dicaci, dimaki?

Aku tak paham dengan media di luar sana tuh.. Selalu sangat berat sebelah dengan orang Kelantan. Ada je berita tak elok yang disampaikan. Au tak nafikan dan aku pun mengutuk orang yang takde tatasusila, membuat kacau di khalayak ramai. Memang perkara salah. Tapi biarlah orang-orang ni saje yang dihukum. Rakyat Kelantan yang lain janganla dipandang serong. Memangla kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi kita sekarang di ZAMAN YANG SUDAH MERDEKA. MERDEKAkanlah minda tu... Jangan terlampau berfikiran negatif. Benda-benda negatif ni la yang boleh menyebabkan pecah belah antara kita.

Aku tak nak bercerita panjang pasal ni. Cukupla aku meluahkan isi hati. Aku memang sedih bila orang tak habis-habis bersangka buruk pada orang Kelantan. Tak habis-habis nak menimbulkan provokasi pada kami. Jangan ingat kami ni takde hati dan perasaan. Kami ni manusia biasa juga. Kalo ditikam, darah merah jugak yang mengalir....

Apa Motif Kartunis Bernama Khazim Ini?

Assalamualaikum, 
Kartun dalam Pancaindera, Utusan Malaysia, 24/10/2010.



Sekali baca terus menyirap darah aku.
Kenapa?
Next post aku berleter panjang.

Darah tengah panassssssss

Saturday, October 23, 2010

Deepowraya!

Assalamualaikum,

Semalam opis aku buat event yang dipanggil Deepowraya. Apa maksudnya? Tahla aku pon tak tau hohoh.. Padahalnye aku one of the committee. Leh lak tak tau eh. Seingat aku dalam meeting, presiden tersalah tulis Deeparaya as Deepowraya. Terus sume orang cakap, that's awesome! That's uniqlo (tetiba)! Terus melekat la Deepowraya. Ada yang buat tafsiran sendiri, Deepowraya means Deepavali dah pow Raya hohoh.. memandai jek korang ye.

Anyway this event memang untuk celebrate raya & deepavali. Tho raya dah lama habis and deepavali pon lambat lagi. Ada makan-makan & macam bese interesting contest! Kali ni kitorang organize sketch contest & kolam decoration contest. Sketch contest tu, only 2 teams yang berani join. Yang lain sumeee tak reti nak berlakon! Huu.. actually sketch tu, dorang kena lakonkan balik iklan iklan Petronas yang famous amos time Raya & Deepavali. Quite interesting jugakla. Thanks a lot to the teams yg dare to act :)

Kolam Deco lak sume team kena join. Committe provided the coloured rice but just a bit. So teams can used their own items untuk buat kolam tu. Tak guna beras sume pon takpe. Outline boleh dibuat before the event but tabur tabur beras kena buat on the day itself. All teams are given 45 minutes. Kecoh wa cakap sama lu. Group aku simple-simple aje cos kitorang tak cukup bahan. We only used coloured rice given by committee yang sikit tu and also green packets. Team lain sume bawak beras sendiri. Kenapala aku tak terpikir?? Huuu

By the way, here's our kolam:

Our team's kolam. Simple yet cantek jugak kan? ehehe

Us, the Ops team :) *ye saye nampak macam gergasi sedang bertenggek di tepi tingkap*


Semalam memang tak buat kejela aku hihihih... dok buat benda alah ni je..

Okeylah, happy weekend eberibadi. My parents is here. Malam ni nak tengok bola, Kelantan vs Kedah. May the best win, tho of course I'll be supporting Kelantan - tanah tumpah darahku!

Take care all..

p/s: mypumpkin, i miss u, i love u. i promise u no more mecok mecok! ;)

Thursday, October 21, 2010

Broken-hearted Girl


You’re everything I thought you never were
And nothing like I thought you could’ve been
But still you live inside of me
So tell me how is that?
You’re the only one I wish I could forget
The only one I’d love enough to not forgive
And though you break my heart, you’re the only one
And though there are times when I hate you
Cause I can’t erase
The times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
It pains me to say
I know I’ll be there at the end of the day

I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted girl...No...No
No broken-hearted girl
I’m no broken-hearted girl

Something that I feel I need to say
But up to now I’ve always been afraid
That you would never come around
And still I want to put this out
You say you’ve got the most respect for me
But sometimes I feel you’re not deserving me
And still you’re in my heart
But you’re the only one and yes

There are times when I hate you
But I don’t complain
Cause I’ve been afraid that you would've walk away
Oh but now I don’t hate you
I’m happy to say
That I will be there at the end of the day

I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted girl...No…No
No broken-hearted girl

Now I’m at a place I thought I’d never be…Oooo
I’m living in a world that’s all about you and me…yeah
Ain't gotta be afraid my broken heart is free
To spread my wings and fly away
Away With you
yeah yeah yeah, ohh ohh ohh

I don’t wanna be without my baby
I don’t wanna a broken heart
Don’t want to take a breath with out my baby
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way..No..No
I don’t want a broken heart
I don’t wanna play the broken-hearted girl..No..No..
No broken-hearted girl
Broken-hearted girl No…no…
No broken-hearted girl
No broken-hearted girl




Sedang patah hati.
Orang kata kalo patah hati boleh jadi kurus.
Kalo camtu, nak patah hati lama lama la :'(
Sekurang-kurangnya leh kurus.
Kan?

Wednesday, October 20, 2010

2 pencarian. Seeking your help.

Assalamualaikum,

Aku sedang mencari sesiapa yang ada jual second hand books by Nicholas Sparks. Ada tak? Berminat nak beli ni. Sape-sape tau kat mana ada jual tolong bagitau aku ye! :)

Satu lagi, aku sekarang tengah mencari-cari kerja.. Oopps bos aku baca abes nih. Colleagues yang baca blog aku nih, diam-diam eh.. jangan bagitau boss I ehehehe.. Aku nak cari keje di Lumut. Ada sape-sape tau?? Puas mencari dalam Jobstreet, JobsDB, not much and kalo ada pon, tak sesuai dengan kelayakan aku kot...... Yang mana rasa macam sesuai aku dah apply, tapi no good news yet. Tak taula dapat ke tak.. Sape-sape yang tau ada keje kosong kat Lumut tu, tolong tolong bagitau aku ye!


Thank you in advance :)

Saya dah nak kawin..eh bukan..abang saye :D

Assalamualaikum,

My brother is getting married on January! Ho ho ho finally, then takdela aku rasa cam langkah bendul kalo aku tetiba kawen dulu kan oopss ehehehe..

Aku penah wat entry birthday dia last year.. Masa tu dah wish semoga cepat bertemu jodoh. Tahun ni pon sama, sume orang wish semoga cepat bertemu jodoh. Masin mulut orang kot, alhamdulillah termakbul. Dah nak kawen dah dia awal tahun depan.

Gambar raya tahun lepas :D

Congrats abe!

Friday, October 15, 2010

Happy Weekend - Kelantan, Selangor Berbaiklah!





Selamat berhujung minggu.
Have a great quality time with your family and loved ones after a hard week at work.

Malam ni, Kelantan lawan Selangor, suku akhir kedua. Sapela yang menang dan dapat pegi semi ye? Dua-dua pun hebat. Bertarung atas padang dan luar padang. Udah-udahle tu membuat kontroversi, provokasi. Takde pekdah. Kita sesama Melayu, sesama Islam. Takkanla sebab bola yang bulat bergolek-golek tu kita pon nak tergolek sama? Cukup-cukupla kutuk mengutuk. Sedih sangat. Orang lain tengok je kita yang bersaudara ni bergaduh. Janganlah ada anasir-anasir jahat yang cuba mengeruhkan keadaan dengan mempersalahkan sebelah pihak je. Dua-dua pon salah, dua-dua terlalu mengikut emosi. Masalah takkan selesai jugak kalo dok blame blame orang. Akui kesalahan masing-masing, mohon maaf dan berbaikla. Selesai masalah. Cukup-cukupla meniupkan api kemarahan. Make peace, no war.
(Sekadar berkongsi rasa sebab dah terlalu banyak membaca cerita yang tak enak tentang apa yang berlaku tempoh hari)

Cheers all!

Sukan Komanwel 2010 - Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum,

Berakhir sudah Sukan Komanwel ke 19 di New Delhi, India. Aku tak selalu mengikuti perkembangan atlit negara kita beraksi. Sekali-sekala je time anak buah aku tak mengamuk.

Tahniah buat atlit Malaysia yang beraksi cemerlang. Negara kita keseluruhannya berada di kedudukan ketujuh dan berjaya mengutip 35 pingat, 12 emas, 10 perak dan 13 gangsa.



Berikut senarai atlit yang berjaya membawa pulang pingat - for all colours :D

Gold Medals list of Malaysia Players
1 Amirul Hamizan IBRAHIM Men's 56kg Category Weightlifting
2 Aricco JUMITIH Men's 62kg Category Weightlifting
3 Josiah NG Men's Kierin 1 6 Cycling Track
4 Malaysia Mixed Team Event Gold Medal Match Badminton
5 DAVID N Women's Singles Squash
6 Malaysia Women's 10m Air Rifle (Pairs) Shooting
7 Pandelela Rinong PAMG Women's 10m Platform Aquatics Diving
8 Pei Chin Bibiana NG Women's 10m Air Pistol Shooting
9 Malaysia Mixed Doubles Gold Medal Match Badminton
10 Elain Koon - Rhythmic gymnastics 
11 Lee Chong Wei - Badminton Men's Singles
12  Koo Kien Keat/Tan Boon Heong  - Badminton Men's Doubles

Silver Medals list of Malaysia Players


1 Mohd Rizal TISIN Men's 1,000m Time Trial Cycling Track
2 Naharudin MAHAYUDIN Men's 62kg Category Weightlifting
3 Malaysia Men's 25m Rapid Fire Pistol (Pairs) Shooting
4 Malaysia Men's Recurve - Team Gold Medal Match Archery
5 Hasli Izwan AMIR HASAN Men's 25m Rapid Fire Pistol Shooting
6 Pandelela Rinong PAMG Women's 10 M Platform Synchronised Aquatics Diving
7 Nur Ayuni HALIM Women's 10m Air Rifle Shooting
8 Malaysia Women's Pairs Gold Medal Game Lawn Bowls

Bronze Medals list of Malaysia Players


1 Raihan YUSOFF Women's 53kg Category Weightlifting
2 Malaysia Men's Double Trap (Pairs) Shooting
3 NG Pei Chin Bibiana Women's 25m Pistol Shooting
4 Mohd Hafifi MANSOR Men's 69kg Category Weightlifting
5 Malaysia Men's Team Sprint Cycling-Track
6 Malaysia Women's Team Event Bronze Medal Match Table Tennis
7 Nur Suryani MOHAMED TAIBI Women's 10m Air Rifle Shooting
8 Malaysia Men's Pairs Bronze Medal Game Lawn Bowls
9 Bryan Nickson LOMAS Men's 3m Springboard Synchronised Aquatics Diving
10 Bryan Nickson LOMAS Men's 10m Platform Aquatics Diving
11 Elaine KOON Women's Individual All-Around Competition Gymnastics Rhythmic Gymnastics
12 Nicol DAVID , Beng Hee Mixed Doubles Bronze Medal Match Squash

*Rasa macam ada nama yang tertinggal.. Sape-sape tau tu tolong bagitau saye ye, saya tambah :D

Once again, congrats to all our athletes!

Jumpa di Sukan Komanwel ke 20 pada 23 Julai - 3 Ogos 2014 di Glasgow, Scotland :D

Wednesday, October 13, 2010

Piala Malaysia 2010: Kelantan vs Selangor - Ada penyokong yang mati?!

Assalamualaikum,

Semalam berlangsung perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2010 antara musuh tradisi, Kelantan dan Selangor (Kelate ni banyak je musuh tradisi aku rasa ehehe) di Stadium Shah Alam, Selangor. Keputusannya, kedua-dua pasukan seri 0-0. Wah wah rasa macam baca berita sukan jek hihihi.. 

Aku tak tengok perlawanan tu semalam. Kat tv pon tak tunjuk. Rugi rugi.. Kalo tak, mesti rating naik :D Tengok other team main buat aku tertido jah ehehe (jangan marah team team lain tu)..

Anyway, aku dapat berita yang perlawanan semalam memang havoc. Dengan kedua-dua team main 10 orang. Penyokong pulak mengganas, baling-baling mercun. Ish ishh.. Emosional! Main bola je pownnnn... Paling mengejutkan bila pepagi Cik Hani bagitau ada yang meninggal. Hoh,takkan sampai macam tu sekali ganasnye??

Teringat masa aku tengok Kelantan lawan Selangor masa Liga Super few months ago. Kat Stadium Shah Alam jugak. Masa dalam stadium ada jugakla kecoh-kecoh. Tapi masih terkawal. Keluar stadium tu pulak berperang. Ada 2 orang mamat penyokong Selangor sengaja cari nahas masuk kawasan parking penyokong Kelantan. Pastu pulak bawak bendera Selangor. Dahla orang panas dan ganas ko datang wat kacau lak, memang sengaja menempah nahas namanya tuu.. Depan mata aku sendiri aku tengok budak tu kena belasah. Nasib baik ada yang datang meleraikannya. Kalo tak, mau mati jugak ha budak tu kena belasah. Pastu sorang lagi mamat, x serik, sambil lari sambil mengata orang Kelantan. Huii bikin panasssss.... Memang sengaja tuhh.. Aku pun tak suka ganas-ganas, pukul-pukul orang ni. Tapi kalau dah tau pihak lawan ni macamana, janganla sengaja cari pasal. Cuba duduk diam-diam.. Hmmmm macam-macam..

Haa kembali pada tajuk cerita. Aku bukak Berita Harian Online harini, memang ada berita terkini pasal sorang penyokong Kelantan meninggal tapi bukan disebabkan oleh pergaduhan ke ape, tapi sebab sesak nafas.


2010/10/13


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.

"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.

Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek. Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA

 
Ajal maut di tangan Tuhan. Al-Fatihah buat arwah.
 
Ape-apepun penyokong-penyokong bola sepak ni, bertolak ansurla. Jangan gaduh-gaduh. Orang atas padang relax je. Dorang kat luar tu boleh minum kopi, duduk bersembang lagi. Kita pulak nak bermusuhan. Takde faedah langsung. Sakit je yang dapat.
 
Be a professional supporters! 
Majulah sukan untuk negara :)

Tuesday, October 12, 2010

Tragedi 10.10.10 - Kemalangan Ngeri di KM 223

Assalamualaikum,

Sedih sangat baca berita dua hari ni. Dasyat, memang sangat dasyat. Tengok gambar-gambar, video, hati ni rasa pilu sangat. Tak boleh nak bayangkan perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak, adik, abang, kakak mereka dalam kemalangan ngeri ni. Akak aku yang kemalangan sikit haritu pun dah buat hati aku gundah, apatah lagi yang meninggal dunia dalam keadaan macamni. Nauzubillahiminzalik. Memang tak tertanggung sedihnye. Buat ahli keluarga mangsa tragedi ni, takziah dan banyak-banyakla bersabar dan berdoa agar mereka semua tenang di sana. Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:


•R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
•Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
•Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
•Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
•Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
•Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
•Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
•Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
•Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
•Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

•Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
•Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
•Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
•Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Sumber: Berita Harian Online


Gambar-gambar kemalangan korang boleh tengok kat link ni (gambar-gambar agak ngeri, kalo lemah semangat jangan tengok):

http://amazingnara.com/33-lagi-gambar-kemalangan-maut-di-lebuh-raya-plus


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

JADILAH PEMANDU BERHEMAH DEMI KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN.

Thursday, October 7, 2010

Sukan Komanwel New Delhi 2010

Assalamualaikum~

Berita sedih: Maxis dah suspend internet aku! Huwaaaa suspender betul. Baru jek sayang sayang kelmarin, tetiba semalam Maxis dah potong. Hampesssss... Takpe, next week saya bayar yeeee.. Jangan lambat pulak nak activate balik! :D

Semalam serius kebosanan kat rumah. Luckily my nephew demam, kurang bermaya, so dia tak conquer tv. Kalo tak, haremm aku nak tengok tv. Tengok pon terpaksala tengok katun huuuu.. Semalam layan bola, Piala Malaysia. Nak tengok Komanwel, astro rumah akak aku takde sports channel. Sedih~ Semalam pakat ngan mypumpkin, dia update status Komanwel, aku update status bola. Baik punye pakatan ehehehe..

Speaking of Sukan Komanwel, aku actually tak tau pun Komanwel dah start.. Dah lama tak tengok tv kan. Semalam bawak Khalis pegi Klinik Lita Alis kat Precint 8. Sempat tengok live telecast acara berbasikal yang Azizul mula-mula dapat emas then suddenly kena batal sebab ada himpitan. Huu frustnye. Takpe takpe masih ada banyak kategori :)

Anyway, best of luck for all the athletes. Play for our country, not for money! :P [ada baca status sorang kawan kat FB yang tanya, atlit kita ni semangat untuk negara ke untuk dapat duit].

Nak tau latest updates on Sukan Komanwel New Delhi 2010, boleh click sini:

http://www.cwgdelhi2010.org/

Sini pun bleh click kalo nak tengok latest medal yang dipungut oleh semua negara. Updated every hour i think. Boleh tekan refresh kalo nak tau latest :D

http://results.cwgdelhi2010.org/en/Root.mvc/Medals




As of today, for overall medals collection, Malaysia is at number 5 out of 15 countries. Keep it up! :)

Tuesday, October 5, 2010

Maxis Broadband - Jangan Potong!

Assalamualaikum,

Huuuu.. ayat menagih simpati kepada Maxis. Tolong jangan disconnect line bb saye neh. Saya bukan sengaja tak bayar woooo...

Alkisahnye, seblom sblom ni (aku dah guna Maxis BB neh, erm dah setahun lebih kot?) aku selalu dapat bil via email. Aku memang tak nak bil dihantar thru post. Satu sebab kena charge RM5, duanya sebab post box umah aku nih stupidos. Kalo hujan jek mesti abes air masuk dalam tu. Surat-surat pun basahla. So, I prefer the bill to be sent to my email.

On my birthday last July, aku pegi Alamanda. Tengok ada promotion Maxis Broadband kat depan Mc'D Alamanda tu. First time lalu, wat donno jek masa promoter dorang offer. Dengan angkuhnya aku berkata, "never mind, I already have one.." ececece gile belagak kan. Second time lalu promoter lain pulak tego, "Akak akak free Maxis Broadband modem kakk.." Cehs dahla panggil aku akak kan, so aku belagak lagi. "Saya dah ada la. Masyeh jela.." Then dia tanya aku, "akak pakai tu pakej mana?" Pakej yg RM138 sebulan tu ha.." cece belagak tak hengat. Pastu mulala dia bersyarah bagitau pakej tu mahal sangat. 6GB data ape tah bla bla bla.. Rugila akak amik yang tu. Skang dah ada yang murah..Akak pakai sampai 6GB ke blablabla..

Hohh aku terkedu sejenak. Memikirkan kebenaran kata-kata dia tu. Aku bayar mahal-mahal aku bukan pakai sampai 6GB pon huuu.. Dia cakap ngan aku, akak tukarla plan, amik yang RM68/sebulan je. Aku dah pelik. Seingat-ingat aku, aku penah pegi Maxis kat Alamanda tu jugak, tanya nak tukar plan. Dorang kata tak boleh. So aku pon tak tukarla. Bila aku bagitau promoter tu dia cakap ngn aku, dealer besela kak. Dorang tak nak buat benda for free. Sebab kalo customer nak tukar plan, dorang tak dapat komisyen. Kalo customer beli pakej mana-mana baru masyukk...Cehsss gitu lak ehhh.. Masa nih aku dah duduk duduk kat booth dia dah ahahaahaha.. Buat malu jek. Tadi punyela jual mahal ngan first promoter tuh. Nak bertentang mata dengan dia pon I malu you huhuhuhu..

2nd promoter ni bagos. Dia tolong check data usage aku every month. Padahal aku leh je check sendiri every month kan. Aku sendiri je yang malas. Perlu ke check? Huhu..Bila dah check, rupa-rupanya usage aku monthly tak sampai 6GB pun. Paling tinggi pun dalam 4GB je.. Huu yela, aku tenet ni bukan buat ape sangat pon. Facebook, Facebook, Facebook lagi.. Itu jelaa. Blogging jarang-jarang. Tengok movie online pun jarang-jarang. Download lagu pun jarang. Memangle tak sampai 6GB. So dia tanya aku, nak tukar tak? Pikir punya pikir, ye jugak kan. Buat apela aku bayar mahal mahal. Padahal aku bukan guna sangat. Last last aku amik keputusan, tukar sajalahhh.. Jadi, tukarla plan dari RM138/sebulan ke RM68/sebulan. Jimatla RM50, bleh simpan wat kawen (wah wah gedik)..

After dah tukar, aku ada dapat satu bil yang dihantar ke email aku. Amount: RM0.00. Tapi tu bil untuk previous package yang RM138. Dah tak payah bayar sebab line dah kena suspend. Tinggal aku kena pegi ke Maxis Centre je untuk return balik modem and terminate line within 3 months. Dah pegi Maxis Centre kat Gardens haritu. Haa kepada customer service Maxis sila take note, Maxis Centre bukannye di midvalley ye, tapi di Gardens, sebelah Midvalley. Beza tuhh.. Wat penat aku pegi Maxis kat Midvalley, padahal yang tu dealer jek. Nasibla tak jauh nak kena menapak pegi Gardens.

Aa berbalik pada cerita tadi. Dah dapat bil tu aku wat donno jela. Macam biasa, tunggu bil the next month dihantar ke email. Tiba-tiba, kat rumah pun ada satu bil sampai (dia tak reti bahasa kot, aku dah uncheck yang send bill via post tu, tp dia tetap hantar. Nasib baik tak charge RM5 tu). Kebetulan haritu hujan and basah kuyupla surat tu. Aku kalo dah basah camtu memang biar je dulu. Tunggu kering baru bukak. Tapi sampai sudah aku tak bukak sebab aku ingat maybe tu bil yang sama sampai ngan email tu.

Itu cerita 2 bulan lepas. Tiba-tiba pada 1 Oktober lepas aku dapat SMS kat Maxis BB neh. Aku wat donno jek sebab kadang-kadang SMS tah pape yang masuk, "Tahniah! Sim Kad anda telah memenangi 1 juta ringgit. Sila hubungi blabla.." Buduh, buang masa aku. So aku bo layan.. Tapi tah macamana semalam  tergerak hatila nak tengok SMS tu. Bukan ape, serabut tengok sampul surat tu blinking blinking. Baca-baca, ini isi kandungannye:


Halamakk.. dah baca terus cuak cuak. Aku tak pernah tak bayar bill on time. Selalu dapat gaji 15hb terus bayar segala hutang piutang. Dah jadi camni terus cuak huuuuu... Aku pelik, aku takde pulak dapat bil lam email. Masa tu teringatla pada bil yang sampai kat rumah tu. Bukak bukak, huhhuhu itula dia bil bulan 8. Aisehhh.. Mana aku tauuu... Tadi sign up my launch pad tuh. Bukak, ada 2 pending invoices. August & September. Total tak bayar lagi RM136. Adehhh...sakit jiwo. Dah kena kuar duit banyak bila gaji masuk minggu depan ni. Sama cam bayar RM138 dulu jugak huuuuuuuuuuu~ Tapi takpe, mujo after this RM68 je. Aku check kat bill delivery options, patutla x dapat email, dekat box send bill via email tu tak tick. And kalo tick pon, email address aku salah. Ada ke dia letak alwani.amalina. Sape tuuu? Tak kenal! Huuu..

Eh eh panjangnye membebel. Pokoknye nak bagitau kat Maxis jangan suspend line saye je ehehe.. Insyaallah, next week, 15hb gaji masuk. Akan saya bayar segera! Sekarang takde duit nemore huhuh..

Sesambil menaip ni riso gak sebenarnye. Takut taip panjang-panjang pastu bila nak publish, line disconnected. Maxis dengki suspend line masa aku tengah syok bercerita huwaaaaaa~ Tapi tidak, Maxis baik, korang dapat baca post ni, bermakna, Maxis BB saya masih bernyawa ehehehehehe.. Saaayang Maxis! (Bodek baeeeek punyeeee muahahaha)

Sunday, October 3, 2010

Perut Buncit? Mari Kempiskan!


Korang ada masalah ni tak? To be honest, aku memang ada masalah perut buncit! Huu... dulu rasa macam takde (perasan slim) tapi sekarang boncet kemain (bukan boncet buatan orang yeee..). Aku makan banyak sangatlah ni hohoho.. And another thing is, aku memang ada masalah angin dalam perut. Susah nak berak, susah nak kentut. Even nak sendawa pon susah! Orang len lepas makan senang jek burppp burpp lepas makan. Tapi aku?? Susah susah.. Sebab tu aku rasa segenap badan ni penuh je dengan angin and paling banyak lam perutla aku rasa.

Harini pegi Midvalley with my sis. Masuk MPH, tertengokla majalah Rapi yg latest (cover Dynas). Ada pulak artikel on amalan pemakanan elak perut buncit. Terus aku beli hahaha.. According to Rapi, here's what you can practice (selain daripada bersenam) untuk mengatasi masalah perut buncit - musuh utama wanita!

1. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gasnya akan berkumpul di dalam perut.

Hohoho nasib baik aku bukan penggemar air gas sangat. Tapi minumla jugak kadang-kadang. Memang after minum air bergas perut pun rasa lain macam. Sekarang kena totally stoplah minum. Huuu~

2. Jangan  makan sambil berjalan atau sedang melakukan pergerakan besar kerana pada masa yang sama anda turut akan menelan udara. Ini boleh menyebabkan masalah perut kembung.

Ini kalo bukan sebab nak perut buncit pun memang kena amalkan. Mana leh makan sambil berjalan. Tak nikmat! Dan juga tak senonoh ehe.. Makanla hanya di meja makan ye.. Atau atas kusi depan tv. Itu bukan pergerakan besar. Tu tak bergerak langsung namanya :P

3. Lupakan sejenak sayur-sayuran seperti kubis dan kubis bunga kerana ia boleh menyebabkan angin dan perut kembung.

Halamak, ini favourite sayur aku nih huuu..Aku makan sayur lain tapi xdela banyak sangat makan. Yang aku selalu dan suka makan, 2 jenis sayur ni. Nak perut kempis ke tak??? Nakkk.. Jadi kenala reduce huhuhu.. Tata kobis. Tata kobis bunga. :'(

4. Cubalah teh pudina, chamomile atau jintan hitam. Ia baik untuk mengatasi masalah perut kembung.

Aku tak pernah minum teh pudina. Google google dapatla resepi buat teh pudina. Tapi blom dapat kebenaran tuan punya blog nak tempek resepi dia kat sini. Dah dapat permission aku tempek ehe.. But actually simple aje, wat air teh '0' atau susu pon bleh pastu letakle daun pudina 2, 3 helai. Tau tak daun pudina camne rupanye? Aku pon tak tau sebenarnye (muahaha kantoi).. Tahu makan je tapi tak tau pon yang aku makan tu daun pudina ehehe

 Ni ha dia daun pudina atau dalam bahasa Inggerisnye, peppermint leaves. Nak senang, korang pegi pasar, tengok tempat jual sayur tu, petik satu-satu pastu hidu. Kalu ada bau bau cam ubat gigi tu, haa itulah yang kita cari! Daun pudina :P

Ini pulak chamomile tea. Bunga chamomile ni tak sure la plak ada tak dijual kat pasar. Tapi aku tengok bunga macamni banyak je kat padang padang huuu.. Korang jangan pegi petik bunga tu pulakkk.. No worries, famous brand BOH  ada jual uncang teh chamomile ni. 
Jadi tak payah susah-susah, pergi je Tesco/Carrefour/Jusco atau mana-mana kedai carila teh ni. Balik rumah, masak air panas pastu celup-celup je :)

Yang ni pulak jintan hitam atau nama arabnye Habbatus Sauda. Baru aku tahu habbatus sauda tu rupa-rupanya jintan hitam (ish ish jahilnye rasa). Menurut satu website ni (http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/shakinah.html), cara untuk mengurangkan perut kembung ialah dengan meminum jintan hitam dengan susu masam. Susu masam I assume yoghurt drink. Mungkin bleh tumbuk-tumbuk jintan hitam ni dan campurkan sekali dalam susu masam tu. Whatever it is, I'll google more and let you guys know the right way ya? :)  

5. Periksalah label sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Produk yang mengandungi 'sorbitol' atau 'mannitol' perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan kesan laksatif atau dalam erti lain menyebabkan angin dalam perut.

Menurut Wikipedia, Sorbitol is a sugar substitute. Atau terjemahannya, bahan pemanis pengganti gula. It is often used in diet foods (including diet drinks and ice cream), mints, cough syrups, and sugar-free chewing gum. Hoh, nasib baik aku tak makan chewing gum (lepas pakai braces sampaila sekarang aku bukan penggemar chewing gum. Selalu rasa macam makan taik gigi sendiri kalo makan chewing gum. Yikes! Sori pada penggemar chewing gum :D ) Sorbitol ni jugak sebenarnye digunakan dalam ubat gigi dan mouth wash. Yang ni takpe, kita bukannye telan ubat gigi and mouth wash tu kan?
Mannitol  is sugar alcohol. In food mannitol is used as a sweetener for people with diabetes, and in chewing gums (lagi). Since mannitol has a positive heat of solution, it is used as a sweetener in "breath-freshening" candies, the cooling effect contributing to the fresh feel. The pleasant taste and mouthfeel of mannitol also makes it a popular excipient for chewable tablets.

Jadi berhati-hatila dengan makanan yang ada 2 jenis gula ni. Macam chewing gum tu, tak salah makan, tapi janganla banyak sangat. Kang penoh angin lam perut tu :)



So that's it. 5 amalan pemakanan untuk elak perut buncit courtesy of Majalah Rapi. Ada banyak cara nak kempiskan perut buncit ni. Before it goes worst, marilah kita elakkan dulu. Later I'll share more tips to get rid of that evil fat in belly.



Pesanan untuk diri sendiri, Buat, jangan cakap je! :P

Friday, October 1, 2010

Sahara+Sabah = Sabahara yang Memeningkan!

Assalamualaikum~

Update blog sementara menunggu maghrib. Lepas maghrib nak ke bilik Yana di UPM.

Apakah itu SAHARA? Sambutan Hari Raya sebenarnye :) Few months ago, aku dengan gatal-gatalnye mengutarakan cadangan nak organize sambutan hari raya dengan ex-coursemates di UPM dulu. Niat aku suci dan murni. Nak berjumpa dengan kawan-kawan lama sambil makan ketupat dan rendang. Lama tak jumpa kannnn... 2 kawan baik menyokong, Yana dan Hani. Maka serta merta dorang dilantik jadi co-organizer muahaha..

Kitorang berusahala nak kumpul sume orang supaya join. Yana post event, post macam-macamla. Tapi sedih tak banyak respon. Sedih! Kalo aku yang post lagi takde orang respon. Agaknye aku nih tak famous di kalangan coursemates dulu. Cuba aku famous cam Siti Nurhaliza ke, kompem 101 orang alumni BSAS dulu akan join. Tapi sayang, dek organizernye kurang femes, yang datang pon bape kerat laa.. Total total 23 orang sahaja out of 101. sobsob..

Ape apepon, terima kasih banyak banyak pada yang  akan hadir esok dan pada yang tak dapat hadir, takpe. Kitorang paham. Jumpa di reunion yang lain. Apa yang pasti aku takmo dah organize! muehehe.. Dah cukup pening. Dengan nak cari tempat makan lagi, bajet lagi uhuhu.. Kalo sume support takde masalah sebenarnye. Everything will be very well arranged. Tapi dah ramai yang tak respon, tak boleh datang, kitorang mampu buat ala kadar sajela.

Sabah pulak kenape? Insyaallah Januari 2011 nanti, aku dan 12 other friends akan bercuti di Sabah. Tiket dah book. Tinggal nak fly je. Jangan kitorang lupa sudah. 3 bulan lagi nih eheh.. Memula pening nak book tiket, sekarang pening nak cari tempat tinggal. Huuu.. hari-hari pening! Sape-sape tau budget stay kat Kota Kinabalu, Sabah tolongla bagitau ye. Kalo boleh nak duduk 14 orang dalam satu apartment atau rumah. Apartment memang ada banyak, tapi sumenye maximum 6 persons in one unit. Tak nak amik 2 unit, tak syok. Anybody knows a place that can accomodate 14 people in one place, silalah bagitau saye ye! :)

Okeh, dah maghrib dah. Till then, adios and take care! :)

p.s Oh, Happy October! Pantas sungguh masa berlalu. 2010 dah tak lama lagi dah nak berakhir hmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...