Thursday, September 30, 2010

4th September 2010 - Hello Ahmad Ady Imran! :)

Assalamualaikum~

Lagi cerita lama yang baru nak dicanang-canangkan pada semua orang. Ampun! Mood blogging baru datang daa! :P

Pada tarikh yang tersebut di atas, aku dapat new baby! Ouh okay, bukan aku yang melahirkan baby ni tapi akak ipar aku :)

Inilah dia anak buah aku yang ke-7, anak buah lelaki yang ke-4, anak ke-2 abang aku.

Ahmad Ady Imran bin Ahmad Adili

Ahmad Ady Luqman and his newborn brother :)

Me and baby Imran on pagi raya. Ada gaya jadi mama tak?muehehehe

Wednesday, September 29, 2010

Kisah 1 September 2010

Assalamualaikum~

September dah nak abes! Macam-macam jadi bulan September ni. Aku nak bercerita kat sini tapi selalu bertangguh-tangguh. Dah taip half way, bosan. Malas. Takde mood. Sampai sudah tak bercerita. Jadi, marila aku cerita the top story of the month. Ada ke yang nak baca ni? Takpe, tak kisah, saya nak cerita jugak. Saya memang gedik-gedik nak bercerita nihh :P

1 September 2010

Akak aku accident. Ceritanya macam ni. Masa tu lunch hour, pukul 1.15 petang, handphone aku berbunyi. Tah nombor sape-sape. Bila aku angkat, aku tak cam suara. Rupa-rupanya akak aku. Dia suruh aku pegi amik anak dia kat sekolah. Aku pelikla sebab dia yang patutnya pegi amik and by that time sepatutnya dia dah ada kat sekolah anak buah aku sebab anak buah aku keluar pukul 1.15ptg. Biasanya kalo dia ada meeting ke ape and need my help, dia akan bagitau a nite before lagi.

Aku tanya dia katne. Lepas tu baru dia bagitau dia accident. Aku terkejut jugakla. Menggigil gak rasa tapi control lagi sebab aku assume dia ok, Tak cedera teruk sebab dia cakap sendiri dengan aku. Bila aku tanya dia ok ke tak pun dia cakap dia ok. Dia just suruh aku pegi amik anak dia je. So cepat-cepatla aku pegi, bgtau bos akak aku accident. Nasib baik dia memahami, well she knows my sister, satu opis kan.

Masa tengah driving tu memang macam-macamla pikir. Tapi aku cuma pikir semoga akak aku ok. Aku lalu kat tempat accident. Huhhhhh..dan dan masa tu jugakla jantung aku berdegup kencang. Muka rasa macam tak de darah. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kereta akak aku melekat kat batang pokok besar tepi jalan. Huhhhhh~ Panik!! Aku bayangkan kakak aku cedera teruk. Tapi aku pikir positif. Masa tu dah takde orang kat kereta. Akak aku dah dibawak ke Hospital Putrajaya by passer by. 

On the way nak gi sekolah anak buah aku, orang yang hantar akak aku gi hospital call. Dia cakap akak aku sekarang kat emergency ward. Dia tanya aku pasal kereta. Macamana nak tarik ape sume. Dia tanya aku soalan macam tu memang takleh nak jawabla. Aku tak pernah hadapi sume ni. Aku cakap dengan dia, tunggu saya amik anak dia dulu, saya gi hospital tengok akak saya dulu baru saya pkir pasal kereta. Masa tu memang rasa helpless sangat-sangat huhuhu..

Masa amik anak buah aku, dia dah nangis nangis plak. Nak mama. Lagila aku sebak dan sayu. Macam tau tau je anak buah aku ni something had happened to her mom. Huu aku control air mata. Tak nak nangis depan dia. Aku cakap ngn dia, mama ada meeting. Nanti mama datang aimk. Dia dah peluk-peluk aku dah, takmo pegi day care. Huu sebak!

Lepas hantar dia pegi daycare, aku masuk dalam kereta, cal mypumpkin and nangis puas puas huhuhu..Aku bagitau dia aku tak tau nak buat ape, orang call tanya pasal kereta. Aku mana tau ape nak buat huuu~ Luckily I got mypumpkin to calm me down and let me know what should I do first.

I gathered myself first then barula aku pegi hospital. Lama jugak aku menunggu kat wad kecemasan tapi aku takleh jumpa akak aku. Nurse kat situ cakap kalo kes accident memang dia akan tahan lama. Sebab nak bawak pegi X-Ray, scan etc.. 4.30pm, akak aku call. Huh lega dapat dengar suara dia. Dia kata dia ok, just had minor injuries. Nothing bad. Dia suruh aku pergi balai polis sebab kereta dia polis dah suruh orang tow pergi balai and org towing tu sebok dok call dia, nak suruh bayar n nak tarik pegi bengkel. Haa part ni aku hangin. Orang bengkel ni kan, tak sabar-sabar. Sebok jek nak cari bisnes. Orang tengah sakit ni, tak menyempat-nyempat ko nak tarik kete, nak mintak duit. Dah akak aku bagitau dia still in emergency ward ape sume, dia leh cakap, takpe, saya pergi hospital jumpa akak. Wah wah banyak cantekk.. Aku family sendiri ni pon tak dapat jumpa akak aku lagi, dia plak sebok nak jumpa nak amik duit, nak amik sign. Marah tol!!

So, aku pegila, balai polis Putrajaya sorang diri. Huh, guard tak pose wey! Malu tol.. tapi aku diam-diam ajela. Ingat aku tak nampak tangan berminyak dia tuhh... Masuk balai, jumpa sarjan on duty, dia kata dia yang suruh orang tarik kete tu. Terima kaseh sarjan! Ak tengok kete. Huhhh.. dahsyat! Ini kalo orang tengok ni, orang sure akan ingat driver tu parah. Aku snap snap la gambar. Nanti leh tunjuk kat family.

Haa bercakap pasal family, aku tak bagitau pon family aku pasal ni. I mean, on that day itself la. Aku tak call mak atau ayah bagitau akak aku accident. Satunye sebab aku sendiri tak tengok lagi akak aku and satu lagi, mak aku ni bukan boleh dengar berita berita camni. Sure dia akan terkejut. Dahla mak aku tu ada darah tinggi. So, aku diam-diam ajela. Settlekan benda ni sendiri. And thank you so much mypumpkin yang sentiasa ada di sisi :)

Dah pergi balai, kul 7 lebih dah, aku pergi balik hospital dengan harapan dah boleh jumpa akak aku. Tapi still tak boleh jugak. Huu sedih je rasa. Hari tu berbuka kat hospital. Sekadar minum air oren and potato chips yang aku amik dari umah. Tak lama pastu dorang panggil aku masuk. Dapatla jumpa akak aku. Alhamdulillah dia ok. She only got scratch on her forehead and chin. Pastu lebam kat leher, bahu, dada and pinggang - seatbelt punye pasal. Dan nasib baik, airbag berfungsi, kalo tak sure teruk muka akak aku. Sebab impact langgar pokok tu memang kuat. Luka lain, kat lutut 3 jahitan and ibu jari kaki luka sket. No internal bleeding whatsoever. Alhamdulillah. She is very lucky! Alhamdulillah malam tu jugak dia boleh keluar. Tak perlu bermalam di hospital.

Esoknye aku amik 2nd half, half day leave. Nasib baik bos memahami. Terima kasih bos! :) Aku teman akak aku pergi balai, wat report (dah wat report kena kompaun plak RM300 sebab gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan. Wuttaheck?!) Lepas tu call orang Perodua datang tow kereta kat balai and bawak pergi Perodua service centre kat Puchong. Sampai sana, mekanik cakap kete akak aku ni dah total loss. Mau tak total loss, enjin sume dah masuk ke dalam, gear box lagi. Airbag dua-dua deploy. Kos nak repair lagi mahal dari sum insured. So declare total loss jela... Aku pun takleh bayangla cane nak pakai kete tu lagi pasni. Better buy a new one huhu..

Oh ye, panjang bercerita tapi tak cerita pulak macamana akak aku leh terbabas kan. Haritu hujan lebat. But by that time akak aku dah sampai kat tepat kejadian tu, hujan renyai-renyai je. But jalan basahla. Jalan tu memang akak aku lalu hari-hari (and me too) sebab tu je satu-satunye jalan nak ke Putrajaya dari Cyberjaya. Memang dah tau, situ selekoh tajam and normally pun memang tak speeding kat situ. Right after selekoh tu, steering pon dah straight balik tetiba akak aku cakap, steering terpusing sendiri. Aku rasa tayar licin. That's why steering terpusing sendiri and then akak aku pn takleh nak betulkan dah. The car went left n right for few times then naik atas divider, terus langgar pokok. Luckily, kete langgar pokok betul-betul kat tengah. Kalo langgar ke kanan sket memang ada kemungkinan besar nak kena akak aku la. But she was very lucky that day. Syukur Ya Allah!

Peristiwa ni betul betul menyedarkan aku that things really can happen. We never expect this to happen to us, tapi bila ia dah berlaku baru kita tahu. Well, we will never know what will happen to us in the future. Bila Allah kata jadi, maka jadila. So we must be prepared. Always.

Hmm, sayonara myvi! Rest in peace lah kamu..











Assalamulaikum!~

Blogging @office. Sementara menunggu my sister siapkan keje dia. Katanya 4.45 petang nanti leh chow.

Haa kenapa nak kena tunggu akak aku dulu baru boleh balik??

Alkisahnye, 1 September yang lepas, akak aku accident. Skidded lalu langgar pokok. Huh very the teribble kemalangannya u ols nak tau! Later la aku ceritakan sedetail detailnye. Siap dengan gambar sekali okeh?

Erm so sekarang, kereta dah tinggal satu. Sume rely on Cik Bibab. Sekarang, aku dah turun keje awal gileeee.. Sebab nak kena hantar anak buah aku sekolah dulu. Wah wah macik sekarang dah ada anak tau! Sampai office paling awal pukul 7.30 pagi. Mantap! Kalo dulu, 8.30++ baru sampai. I dah boleh jadi pekerja sontoh neh hikhik..

Balik pun dah kena balik awal sekarang. Nasib baik masuk awal, keje pun settle awal la. Now dah takde keje, bosan yang amat seh (psstt bos kat seblah jek nih..amponla bos saya berblogging time keje, saya busan! But anyway, waktu keje I dah abes actually).

Disebabkan kena balik awal dah tiap tiap hari, aku takleh nak berfoya foya dah after work. Kalo dulu, time tetiba rajin, main badminton every Tuesday petang. Tak pon, main wii kat cafe or bergosip sampai maghrib. Tapi sekarang, sumenye dah tak boleh nak buat huhuh..

Balik rumah petang petang, membuta jela keje. Tak pon main facebook. Tak main pon, just refresh wall, nak tengok latest shoutout member member. Gila pathetic hahaha.. Bosan! Blogging? Huh, kian malas sekarang ni. Kenapa ar? Orang len aku tengok, macam macam cerita. Aku takde cerita besla. Nak membebel bebel ngarut camni blehla.. Tapi bebel bebel ngarut camni pon bes gak. Sekurang-kurangnya ada bendala aku nak post kan. Bernyawa la jugak blog neh. Korang nak baca, bacala. Kalo tak nak, its okay :D

Akak lom panggil balik lagi. Ape lagi mau bebel?

Oh ye, harini ada makan-makan sempena raya kat opis. Pot luck. Wah macam macam makanan. Acik bawak kopok ikan diimport khas dari Besut, Ganu! muehehe.. Itu jela yang mampu. Itupon, acik gigih tau bangun kul 5 pagi menggoreng haha.. Sesunggunyah amat kenyang makan tadi. Ada bihun goreng satu tray, mi kari, nasik kerabu (akak aku bawak, tapau kat foodcourt precint 9 eheh), popia sira, kuih tako, kek, nasi goreng, fruit cocktail, dan macam macam lagi! Banyak yang lebih, so pakat pakat menapau bawak balik umahla. Dengan aku ada satu beg besar nih makanan haha.. *tak malu makan banyak* *mypumpkin jgn marah! :P*

Aa baikla, akak dah mengajak pulang. See ya in next update! :)

Monday, September 20, 2010

Tak Sempat!

Gatal nak update blog. Tapi tak sempat!

Balik rumah karang sambung :)

Monday, September 6, 2010

Menjelang Aidilfiri

Assalamualaikum

Nak raya dah!

Nak dekat-dekat raya ni, macam-macam pulak jadi. Suka, duka, sama banyak. Yang suka, pastinya rezeki yang Allah bagi, yang duka pastinya dugaan yang Allah ingin uji.

Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya. Have we done enough? Have I done enough?



*Thinking to close this blog. Or maybe, private it? After raya will decide~*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...