Tuesday, August 17, 2010

Brief Update~ & Keje Part Time, di mana anda?!

Assalamualaikum!

Wah wah dah laaaaaame tak update blog busuk ni. Bulan-bulan pose ni malas pulak nak mengarut-ngarut ehe.

Nothing much happened in my life these few days. Macam biasa saja. Kerja pun macam biasa.

Puasa, alhamdulillah setakat ni masih puasa.. Acik belum monopos, juga tidak mengandung, jadi pasti ada hari-hari tak puasa kan. Orang pompuan takpe, laki nak ada hari takleh puasa ni, tak boleh diterima. Jangan begitu ya lelaki lelaki sekalian :)

Oh by the way, tengahari tadi call mak kat kampung. Mak kat hospital masa aku call tu. Kakak ipar aku masuk wad. Akak ipar aku ni tengah pregnant anak nombor dua. Due date 18 September tapi hari ni dah sakit sakit perut. Dah ada contraction. Aku tak pernah beranak (cuma pernah diberanakkan) jadi tak taula macamana rasanya tu.Agak-agaknya lebih kurang period pain la kot eh? Semoga semuanya selamat, akak ipar saya selamat dan baby yang dikandungnya juga selamat. Amin~ Pakat-pakat doa la ye, terima kasih :)

Oklah, till next time. Selamat berpuasa semua :)

p/s: Nak cari keje part time! Ada sape-sape bleh tolong? =_=

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Semuanya :)

Eh ehhh salah wish :P

Ehhh...salah lagiiiiii :P :P

baru betoi!

Selamat Berpuasa kawan-kawan saya...
Semoga puasa kali ini lebih bermakna dan kita semua memperoleh keberkatan daripada-Nya

dan, kata-kata akhir penaja:

Jangan buat-buat lupe pulekk yang awak tu tengah pose ye??!
Awak bukan budak kecik. Awak dah tua bangka.
*Awak = siapa makan cili dia terasa pedas*

Thursday, August 5, 2010

Hari Ini Hari Serabut

Assalamualaikum,



Hari ni rasa macam sangat kelam kabut di office. Masuk keje jam 8.30am. Standardla tu. Masuk-masuk je, bukak Outlook, uhhh macam-macam pulak issue. Macik cukup tak seronok kalo pagi-pagi dah ada issue nak kena settle.

Tengah nak settle issue, tingggg, pop up pulak reminder kena dispatch priority files untuk conversion. Before 9am. Files tu pulak besenye melampau-lampau banyaknye. Aduh, macik dahla tengah serabut ni. Malas tol nak buat benda tu.

Tengah kelam kabut tu pulakla dapat bad news. Week after raya nanti, I might be the only one yang keje in my department. So, I have to cover for two. Boss aku pegi warehouse kat Singapore while my other colleague tu nak kena jaga anak cos her baby sitter cuti one whole week after raya. Aduhaiii, nebes je dengar. Aku bukan tak leh cover dorang. I don't mind cover up for them. It's just that I never cover for two! Doing Procurement for Asia Insyaallah takde masalah cos I already used to it. The problem is covering for my boss in Scheduling! Urgh itu yang sangat lemahhhh.. =_=' berpeluh-peluh dah ni memikirkannya. Huwaaaa, mau nanges! Nampaknye alwaniamalini kena belajarla buat Scheduling ni. Actually dah penah belajar cuma belum pernah buat. Urghhh, menakutkan!

Dah dengar bad news tu, lagila macik takleh fokus buat keje. So macik pegi minum kopi se'mug' dengan roti 2 keping. Kalau boleh nak duduk lepak kat cafe je. Malas tol nak pegi to my work desk. Tensi nak tengok Outlook yang berlambak-lambak dengan email yang memeningkan kepala.

Tapi, macik takdela nak makan gaji buta tiap-tiap 15hb kan. So bekerjala jugak~

Dengan lafaz Bismillah aku settlekan issue yang datang pepagi buta tadi. Ding dong ding dong send email pada yg tu, pada yg ni. Last last settle kot? huhuh Rasa macam dah settle la. Hopefully takde lagi isu berbangkit lepas ni.

Then, baru nak cleanup mailbox and prepare for today's clearing, banyak pulak email from Production masuk asking bout their files yang dihantar for conversion tapi tak return return lagi. Checkla dulu file dispatch received. Kot kot file dah return aku je yang salah letak. Check check takde, forward je email kat vendor. Nasib vendor reply cepat. Kalo tak, tensi jugak. Aku tak suka tengok pending email dalam mailbox aku. Second email from Production asking bout file dia yang katanya dah return tapi takde dalam folder. Yang ada file lain. Uik, aku dah cuak huuu~ Check check, my mistake! Aku tersalah transfer file tu ke folder lain. Alamak, ampun! Files product tu banyak sangat. Sekali hantar for conversion sampai beratus-ratus, mana x pening? Huu maapkan saye. Nanti saya tak buat silap macam tu lagi dah. August kan equal to focus....

Dah settle kes tu, baru leh fokus clear product. Alhamdulillah harini clearing smooth and on time.Tak perlu chase chase orang. Macik tak suka kejar kejar orang ni. Macik mudah semput..

Oh harini Khamis, kena hantar report time sheet and reminder to send clearing notification. Tetibe *tinggggg* baru teringat. Aku lupa hantar satu report semalam! Adeh, macamana leh lupa. Sorry SPM! +_+ dushh dushh tumbuk diri sendiri. So today berhempas pulas buat 2 reports and reminder. Naik juling bijik mata tengok excel file yang datanya beribu-ribu. But alhamdulillah juga, dapat selesaikan before COB tadi.

4pm, celebrate birthday team mate. Yang ni pon pelbagai kontroversi. Adeh penat macik nak melayan! Tapi ada macik kesah? Macik tak kisah kntroversi2 ni. Yang penting, macik leh makan sket kek besday tu. Kalo tak, kempunan la anak macik lam perot ni *o0ops, sengaja nak mencipta kontroversi ehe*

Abes celebrate tu, pegi buat mascot untuk dress up day tomorrow. Temanya ialah recycle materials. So, gigihla macik korang ni ngan kawan-kawan yang len mencipta baju vogi di vasss untuk dipakai  mascot kitorang sok. Materials must be recyclable materials i.e bottles, papers, cans etc.. Sok macik amik gambar macik tunjukla k. Kitorang wat ala ala lady gaga gitu muehehehehe..

Balik tadi dah pun pukul 6pm. Huh sangat-sangatla kelam kabut dan very the serabut harini. Mencik! :(

Tapi hal-hal keje tu besela kann.. Dugaan dunia pekerjaan orang kata. Redah aje!

Yang penting ape kawan-kawan??? Kerjasama! dannnn keje biarla ikhlas. Kerana Allah. Barula gaji bulan-bulan dapat tu ada keberkatan daripada-Nya :)


p/s maafle, macik membebel hal keje harini. Sure korang tak paham kan?Huu..macik sekadar meluahkan ape yang terbuku di hati. Stress seh keje! Kalo bukan kerana nak kawen, dah lama macik dok relax kat umah belai-belai kucen je tau! *tetibe*

Wednesday, August 4, 2010

Bila kali terakhir anda menyanyikan lagu Negaraku?


Pinjam status Pakcik Ayek di Facebook - dah dapat kebenaran beliau oke :)

So, bila last anda menyanyikan lagu kebangsaan negara kita? 

Aku?

10 Julai 2010 yang lepas. Di Stadium Shah Alam, Selangor semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor. 

Jangan pula ada yang langsung tak tahu nak nyanyi lagu Negaraku ni.

Well, sebenarnya memang ada yang tak tahu. A friend of mine sendiri. Dengan bangganya dia bagitau dia tak ingat lirik Negaraku. 

Pandangan aku? 

Orang seperti ini layak dibuang negara.

You may not agree with the govt whatsoever but you're living in a place, in a country yang dah bagi kau segala-galanya. Kalau tak, kamu takkan hidup senang hingga sekarang. 
Hidup ni jangan jadi terlalu bodoh dan sombong.

At least, show some respect. 

Malaysia, tanah tumpah darahku........

Monday, August 2, 2010

August = Focus

Assalamualaikum pembuka bicara :)

Wah, sangat pantas masa berlalu. Dah pun masuk bulan lapan, bulan Ogos, bulan kemerdekaan (tetibe patriotik)


Bulan ni, I must make sure my work has zero error! Zero defect! *Company buat contest.Team with no error will get incentive*

Makanya I have to be really focus this month. Extremely focus! But actually, kalo tak silap this thing will be for 3 months. So 3 bulanla kena betul-betul focus buat keje. To be honest, these few months, my performance was really bad! Every month ada je error yang aku buat. Most of the time was silly mistakes! Aduhai, what's wrong with me? Pikir macam-macam then ended up making silly mistakes at work. Sorry boss! huhuh..

So, August onwards, focus! No more berangan, okeh alwaniamalini?

Wish me luck all & let's all focus with our work and whatever we do :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...