Saturday, July 31, 2010

Selamat Hari Pahlawan!

to mypumpkin :) 


and to all our warriors out there, Army, Navy, Airforce, etc.

Selamat berbakti pada negara!

Thursday, July 29, 2010

Dirogol di dalam Bas??!!

Girl raped in school bus

By M. KUMAR
kumar@thestar.com.my


PETALING JAYA: A school bus driver allegedly raped a 10-year-old girl in full view of other pupils in the bus.

A kindergarten teacher who was passing by heard screams for help and alerted members of the public, who caught the 51-year-old driver red-handed.

The incident took place along Jalan Othman, Petaling Jaya, at 12.40pm on Monday.

It is learnt that the driver had stopped the bus by the roadside and approached his victim. He forcefully undressed her in front of the horrified children.

He then forced himself on the terrified girl.

People who went to the girl’s aid grabbed the man and bashed him up before handing him over to the police.

Meanwhile, another pupil, aged 12, lodged a report alleging she was molested by her school van driver in Kelana Jaya.

The 6.45pm incident allegedly took place near a disabled welfare centre when the girl was alone in the van and on her way to extra classes.

The 37-year-old driver allegedly grabbed her from behind and fondled her private parts.

The girl put up a fierce struggle and managed to free herself before running off and screaming for help.

The driver who chased after her gave up when he saw her seeking help from her friend.


Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who confirmed both cases, said police are looking for the van driver.

“The bus driver has been remanded until tomorrow.

Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said a special task force has been set up in light of the two incidents.

Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/29/nation/6753637&sec=nation

Astaghfirullahalazim.. Anak-anak, adik-adik kita makin tak selamat! Ke mana pergi sifat perikemanusiaan pada orang kita sekarang?

Mula-mula baca tajuk ingatkan peristiwa ni berlaku di luar negara. Tak sangka sebenarnya ia berlaku dalam negara kita sendiri. Apa sudah jadi?

Yang seorang umur 51 tahun, seorang lagi 37 tahun. Umur yang aku pasti sebenarnya dah ada bini kat rumah dan anak yang sebaya dengan mangsa. Tak cukup lagi ke dengan layanan isteri di rumah? Tidak terfikirkah kalau ape yang dia lakukan tu terjadi pada anaknya sendiri?

Orang macam ni sebenarnya bukan orang. Tapi binatang. BINATANG BUAS.

Nauzubillah, semoga dijauhkanla perkara macam ni daripada terjadi terhadap diri kita sendiri dan juga sanak saudara kita...

Happy Belated Birthday to ME! ^__^

Assalamualaikum,

It was my birthday yesterday! :D

Yayy..  nak hadiah! :D


Semalam tak sempat nak post entry birthday. Busy! Busy dengan kerja yang melambak di ofis. Balik rumah petang pulak keluar makan dengan my sis. Malamnye pulak, sebok calling calling orang.  Almaklumla dapat 7 days call free hihih.. Call ayah, ayah perli, "0oo0..call free baru nak call ayah. Kalo tak free dah tak call dah.." Wah pedasnye ayat bapakku huhuh.. Aku cakap ngan ayah, "ehh manadee..tak free pun call jugak. Cuma bila free leh call lebih kerap and cakap lama sket la ehehe.."

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku umur yang panjang. Dapatla lagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta, berbakti pada mak dan ayah, adik beradik, menghabiskan masa yang ada bersama rakan-rakan dan yang juga dengan yang tersayang. Alhamdulillah juga aku dikurniakan kesihatan yang baik. Sakit demam tu biasalah. Alhamdulilllah, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..

So berapa umur aku tahun ni? Suku abad okkay ahaha.. Semalam tersasul, pegi cakap separuh abad. Tuanya! hahahaha.. *malu malu* Suku abad ok. SUKU. :)

Call mak, mak tanya soalan cepu cemas, "Haa, umo dah 25 tahun. kawin bila kawin? Mak umo 25 anak dah ada sorang tau!" Wahahaha mak buat aku berasa laaagi galok nak kawen muahahahaah.. Mak, kalo mak approve, laaaaa nii jugak Wani kawen mak! hihihihih *gatal* Nak kawen memangla nak. Sape tak nak kan? Lagipun aku dengan mypumpkin pun dah agak lama bercintan cintun. Dah nak masuk 3 tahun. Kalo kawen, dah anak 2 dah tuu hihih.. Insyaallah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh, tahun depan atau mungkin tahun 2012, kahwinla kami. Tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Doa-doakanlah dipermudahkan segala urusan kami. Aminnnnn..

Terima kasih buat sahabat handai yang tak putus-putus mengirimkan ucapan selamat hari lahir pada aku semalam. Hepi sangat! Seronok bila kawan-kawan ingat tarikh hari lahir aku. Walaupun dalam Facebook dorang mungkin tengok pada reminder, inisiatif dorang untuk menghantar mesej pada aku tu pon dah cukup buat aku rasa gembira sangat-sangat (oh ok, ayat skema!~) Thanks all. Terima kasih yang sangat tak terhingga :D


Flower for you! :)

Monday, July 26, 2010

Kisah Benar, Bukan Tipu: Rompakan di Stesen Minyak.

Saye takde duit incik. Jangan timbak saye!

This is based on a true story.
A colleague of mine, kena samun di sebuah stesen minyak pada jam 6 pagi. She was kicked on her belly when she refused to give her purse. The tragic thing is, she is pregnant. Because of being kicked, she lost one of her babies (she's carrying twins). Sangat sedih! Yang menyedihkan lagi ialah, yang merompak beliau ialah budak belasan tahun. Masih sekolah! B***h punye budak. Kecik-kecik tak nak mam**s, dah besar menyusahkan orang. Budak tersebut sudah pun ditangkap. Pasti teruk kena belasah dalam lokap. Padan muka! Tendang perut dia laju-laju, biar dia rasa peritnye seorang ibu yang mengandung ditendang perutnya. Tendang sampai senak! Uhh geram...

To all drivers out there, especially ladies, berhati-hati ketika mengisi minyak. Jangan  isi minyak pada lewat malam ataupun awal pagi. Orang kata malang tak berbau, tapi baik beringat sebelum kena. Be careful all!

Isnin: Hari yang sentiasa biru. Bukan otak biru ya?

Oke, mood sudah kembali stabil. Cuba bersabar sikit! :)

Sudah makan lunch kah semua orang? Aku hari ini, makan nasik dengan ikan+grilled chicken yang my colleague bawak dari umah. Masyeh masyeh.. rezeki hari ni dapat makan banyak. Macamana nak kurus? Peduliklah.. kurus sangat tak comel juga hihih (orang kurus jangan marah aku yerp huhuhuh)..

Hari ni ofis sangat sunyi. Masuk keje pukul 8.19am pagi tadi dan sangat terkejut, ofis kosong! Terpikir jugak tadi, hari ni cuti umum ke? huhuh.. Rupa-rupanya aku yang terlebih rajin, orang lain pukul 9am baru masuk. Oh kalaulah aku boleh masuk time macam tu jugak. Agak-agak nanti bos aku lempang aku laju-laju tak?

Luckily hari ni keje tak banyak sangat. Bolehla bermalas-malasan. Monday Blues la katakan.. Blues tak blues keje kena ikhlas.

Jangan jadi camni sudah :P

Sunday, July 25, 2010

Mode Jiwang: Long distance love, hurts!

Sobsob.. hiburkanlah hati saya yang sedang berduka lara ini...

Tak jumpa salah, dah jumpa pon salah. Ape cer?

Sape bercinta jarak jauh? Especially husband n wife yang duduk jauh ni. Weekend baru dapat bersua muka, dan beramah mesra? How do you guys deal with it?? Tidakkah ia amat susah untuk dilakukan?

Oh Tuhan, kuatkanlah hati hamba-Mu ini!

Friday, July 23, 2010

Kan dah kata...

hahahahaha.. alwaniamalini memang hot hot chicken shait!! Malasnyeeee nak update blog. Nak close account, sayangla pulakk.. Nak je berblogging nih, tapi tak tau ape nak cerita la. Cik Tedi kata, cerita je beli ape kat kedai runcit hari nih ahahaha.. Nak aje cerita camtu, dibuatnye aku beli spender aritu, nak cerita gak ke? ehehehe...

 Eh aku nak carik keje part time la.. Korang tau kat mana ada? Minyak dah naik harga. Mana nak cari duit lebih ni? Kalo kete tu jalan pakai air pon xleh gak.. air pon dah nak kering dah kat area Putrajaya neh.. ape cite? huhuh... Part time part time.. Sapa tahu??

Wednesday, July 14, 2010

Thursday, July 8, 2010

Spain One German Nil Ole!~

Assalamualaikum!!

Yihaa..harini alwaniamalini bersemangat nak bercerita mengenai bola. Sebabnye semalam alwaniamalini dapat tengok live match. Kalo tak takdenye nak excited sebegini rupa. Sangat bersemangat, pukul 2 pagi dah bangun.. Saya actually menyokong team Espanol, tapi tak nak uar-uarkan sangat. Kang kalah kena boo ahahah. Strategi kena ada ok?

Anyhow, it was a really good match! Spain menguasai perlawanan. Even aku tak reti sangat bola sepak ni, tengok pon taula, Spain lagi banyak menguasai bola.. Spain played a bit tactical, passing sana sini. Wasting time gak aku rasa. Geram je bila dah passing passing then tak gol gol jugak. German pulak very aggressive. Dapat bola terus attack. Tapi nasib tak menyebelahi tak gol jugak. Anyhow, nasib baikla Puyol mempunyai kepala yang kuat ehehe.. Dapatla gol sebijik kan. It was a good game, very tough fight, and fair play! Bagus-bagus. Main jangan ganas-ganas... *Wah wah alwaniamalini mengomen macam pengulas sukan berkaliber pulak*

So, Spain vs Netherlands this Sunday, sape yang akan menang agaknye? Sekali lagi saya nak play safe ahahah.. Yang menang tula saya sokong, pastu bila dah menang saya annouce kat blog saya memang sokong team tu dari awal muahahaha..

Dah tengahari. Jom lunch!


- Harini wall Facebook saya sunyi. Penyokong German semua bersembunyi. Pegi makan sotong kot?

Wednesday, July 7, 2010

German vs Spain. I'd say ermm..~ dunno? *Play Safe eheh*

Assalamualaikum

Errrr..tengahari tadi ye ye jek nak start blogging balik. Bila dah mengadap blogger dashboard neh tak taula plak nak taip ape huhuh.. Kang merapu jugak aku nanti..

By the way, terima kasih pada yang menyokong! Sayang anda semua :) Actually hari-hari pon dok terpikir nak update blog cuma idea tu takde. Tak tahu nak bercerita mengenai ape. Kekadang pelik gak macamana orang lain bleh update blog setiap masa. Ada je cite dorang. Bes-bes lak tuh.. Aku tak yakin aku boleh bercerita sehebat orang lain. Merapu bolehla *ok ni pon dah kira merapu*

Aaaa cerita pasal bola lah. Ceh world cup dah nak abes baru aku nak bukak cite ek ehehehe.. World cup kali ni aku tak layan sangat. Kurengla. Satunye sebab kat umah takde channel sports la.. Nak harapkan tv1 tv2? Hampeh jek. Beria-ia dok kempen dorangla penyiar rasmi world cup, tapi haremmm *mode geram* So, tak mampula aku nak menengok bola. Mampu pun tengok siarn tertunda jela. Kesian aku kan?

Ape-ape pun malam ni Germany vs Spain. *nasib baik TV1 tunjuk live* So agak-agak sape menang? Paul si sotong kurita dah predict German menang.*RALAT: Paul predict Spain laaa* Hebat ah Paul, jangan pasni ko kena goreng sudah huhuh.. Ramai jugakla yang bet German akan menang match malam ni. Sebabnye German dah kalahkan England 4-1 dan Argentina 4-0. Tak boleh dinafikanla, dorang memang hebat kan. Sume sokong German, abes Spain sape yang sokong? Aku? Aku sokong sape yang menang je ehehe..Tapi, takpela, we'll wait and see tonight.

Sama-samala kita berjaga tengok bola malam ni ye :)

Mahu Mula Semula!

Hari ni nak mula blogging semula.





Harap-harapnye saya tidak hot hot chicken shaitt la ye? =P

Tuesday, July 6, 2010

Ombak Rindu versi Filem

Izzah - Maya Karin
Hariz - Aaron Aziz
Mila - Lisa Surihani

*From Lisa Surihani's FB

Lets just hope this great novel will turn out as a good movie. Jangan rosakkan jalan ceritanya yang indah!




p/s kekadang takut nak tengok movie Melayu. Takut menyesal bila dah keluar dari panggung. I am so sorry for telling the truth!

Monday, July 5, 2010

2012, please come fast!

What's the hardest thing to do in life?

Waiting I would say..

Orang kata penantian tu satu penyeksaan. Betul!

It tortures me a lot!

Tapi Tuhan sayang hamba-Nya yang sentiasa bersabar. Jadi, bersabarlah!

Masa pasti kan berlalu, dan hari yang ditunggu-tunggu pasti akan tiba. Insyaallah..


*mode sedapkan hati. lagi.*

Friday, July 2, 2010

Alamak!

Hehehehehehe... lamanya tak update blog. Wujud lagi rupenye blog nih ehehehe...
Saya malas. Tolong suntikkan saya dengan ubat rajin boleh?

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...