Tuesday, March 23, 2010

Awesome Vacay~

Alkisah...maka tersebutlah kisah 5 orang anak dara pingitan telah pergi bercuti.........bercuti di Teluk Batik, Perak, Malaysiaaa....pada 20 haribulan 3, 2010....

5 orang gadis tersebut ialah aku, Yana, Chan Chan, Noris & Fairuz. Aku, Yana, Chan Chan & Noris bertolak dari UPM jam 12.30 tengah malam dan sampai di Lumut jam 4.30pagi. Fairuz plak bertolak dari SP ke Lumut.

Sampai-sampai kat Lumut subuh tu, memang tak tahu nak ke mana. Melepaklah kitorang kat Lumut Waterfront tu. Time tu memang mengantuk jugakla.. So, kitorang pun pegila minum-minum kat kedai mamak yang berdekatan...

Inilah Cik Noris kita.. Masih single, cepat-cepat submit resume anda ehehe


Ini Cik Yana kita....


Dah masuk Subuh, kitorang ke masjid. Selesai solat, sekali lagi kitorang ke kedai mamak, makan roti canai.. mabelesss.. Hotel pukul 12 tengahari baru bleh check in, so pagi tu, kitorang ke stadium dalam base TLDM untuk menyaksikan upacara pembukaan Mini Olimpik TLDM. Segan jugak nak masuk tengok sebenarnya sebab semua orang pakai baju sama. Tetiba kitorang masuk, pakai baju pelbagai kaler.. Pedulik hape kan.. Bila lagi nak dapat peluang coci coci mata camni.. Sesambil mencari jodoh, ape salahnye kan muahahahah.. 

Ini separuh stadium...masa ni awal lagi.. dah lama sket, memang penuhla stadium dengan abang-abang Navy :D
Tak banyak gambar yang aku amik dalam stadium ni..sebabnye, bateri HP kong T__T


Dah habis kat stadium tu, dalam kul 10, kitorang gerak ke Teluk Batik. Cuaca masa tu panassssss sangat. nak mandi memang tak sanggupla. Boleh menggelupur kepanasan kalo mandi time tu.. So, kitorang membeli belahla kat sana, beli sikit-sikit souvenir untuk kawan-kawan... Pukul 11 lebih, semua dah kepenatan. Nasib baik masa tu, dah boleh masuk hotel dah.. Terbongkanglah kitorang di dalam bilik dari tengahari tu saaampaila ke petang. Aku tidur dari pukul 12 sampai 3! Wah wah..penat weh!

Aktiviti petang hari pertama.... layan jela gambar-gambar tak seberapa ni eh...





Yana & Fairuz posing tak hengat :P


Menjamu selera di Restoran Nasi Ayam Mama. Nasi Ayam Special dia memang sedappp!~
Laksa pun sedap.. pendek kata semua sedap.. Silalah berkunjung di sini kalau singgah di Manjung :)


Aktiviti malam.........

Jalan-jalan cari pakwe..eh..cari souvenir nak bawak balik......


Shopping sotong kering :D


Fairuz dan ABC nye.. yummehhhh!~


Aktiviti hari kedua...Aktiviti menyelam dan berjimba-jimba (betul tak Chan? ehehe).. Gambar mandi-manda tak dapat dipublish, dikhuatiri akan menganggu perasaan orang (lelaki terutamanya muahaha)..
Dah sakan mandi, sakan berjemur, sakan menggelapkan kulit, kitorang ke gerai-gerai yang ada di Teluk Batik. Membeli dan belah sekali lagi..

Fridge magnet kura-kura yang comel! :)


aaa..ini duta Teluk Batik ehehe.. Dive Like A Pro!


Sebelum bertolak balik ke KL, tak cukup rasanya kalo tak bergambar.. So, we off to Marina Wing or Yacht Club dekat Lumut untuk berposing-posing sakan lagi..

hihihi Cik Yana hepi jeeeeee...


KD Rahmat yang telah dilucut tauliah..Umur dia 35 tahun! Sauh dia ada kat tengah-tengah bandar Lumut. Simbolik Lumut sebagai bandar maritim........


*More pics in Facebook, soon! :)



It was the best vacay I had with my best friends. Too bad Rosie, Dina, Tini & June couldn't join. If not, memang cukup lengkapla PCD bercuti bersama ;) Takpe, next place will be Genting! Kita enjoy lagiii.....


see ya! ;)


~ amal signin' off ~



Sunday, March 14, 2010

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI FOLLOW BLOG AKU, SUDI SINGGAH MEMBACA KISAH TAHAPEHAPE AKU..
KORANGLA YANG MEMBERI SEMANGAT UNTUK AKU TERUS MENULIS...

I'LL BE BACK, SOON!

=)

@ Kampung

Assalamualaikum semua :)

Apa kabar? Hoping u all sihat-sihat belaka.
Aku kat kampung sekarang ni. Sorry Shi, tak dapat jumpa kamu.. Kalau Kelantan & Putrajaya jaraknya hanya 5km dah lama kita dapat jumpa ni eheh.. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lain kali okay?

Bertolak pulang dari Putrajaya semalam, Sabtu pagi. Dari Putrajaya hingga ke Gua Musang, ayah aku yang drive. Dah sampai Gua Musang, aku pulak take over. Kasi can kat ayah rehat. Cuaca pun sangat baik. Hujan lebat sangat bile dah masuk Pulai Chondong. Hujan berlarutan sampaila ke tengah malam. Huh, tido memang terbaekkla semalam :D

Balik kampung memang seronok. Dapat jumpa keluarga, dapat jumpa kucing-kucing yang berbelas-belas ekor tu. Tapi tak syoknye, cuti aku sekejap je. Selasa nanti dah nak balik Putrajaya. Kalaula boleh cuti lama-lama.....

Cuti sekolah ni, 2 orang kawan sekolah aku dulu kahwin. Siti Nurul Aisyah aka SNAP & Fatin.. Tahniah korang...semoga berbahagia. Aku mintak maaf aku tak dapat hadiri majlis korang.

Oklah, till next entry.. tata ;)

Thursday, March 11, 2010

Totally Still Here

Assalamualaikum ahli blog! :D

Waduh waduh.. lama jugak aku menghilang ye? Aku tak kemana-mana, ada je kat area-area sini eheh.. Cumanya terlalu sibuk dengan urusan kerja hinggakan blog ni pun terabai. Oh ye, laptop masih rosak T_T, salah saye yang tak bersungguh-sungguh nak membaikinya. Tunggulah, sampai masanya, saya akan kembali aktif berblogging macam dulu :)

Cuti sekolah akan datang ni ramai jugak member-member lama akan melangsungkan majlis pernikahan dorang. Jeles dow! Jeles jeles.. Tapi itu rezeki dorang, dah sampai jodoh..dah sampai seru.. Aku? Belum lagi :). Ape-ape pun aku tumpang happyla dengan dorang. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah.. Dah kawin tu, banyak tanggungjawab yang nak kena pikul. Baik isteri ataupun suami. Isteri kena taat pada suami, suami pulak kena pandai didik isteri. Bercakap pasal isteri taat pada suami ni kan, pernah satu hari tu, aku bersembang dengan seorang rakan sekerja yang berlainan bangsa dan agama daripada aku. Dia bagitau aku, "kamu orang Islam ni, anggap suami sebagai Tuhan kan? Kalau nak bagi dia minum, kamu kena melutut dan tunduk kepada dia kan?" Haa..terkejut beruk aku mendengar soalan dia tu.. Zaman mana dia hidup nih?? Huaaa.. Kat manala dia belajar semua ni. Aku cakap dengan dia semua tu mengarut. Tuhan kami hanya satu iaitu Allah. Suami bukan Tuhan. Suami memang kita perlu taati dan hormati, tapi tidaklah sampai nak kena melutut. Ini bukan zaman jahiliah, bukan zaman firaun! Pening sekejap kepala aku dengan orang macam ni..adehhh.....

Oklah, till next entry..oh, sebelum menutup tirai, cuba korang tengok gambar kat bawah ni, n ikut arahan dia..apa yang anda nampak?? :D


ajaib tak??



p/s nape aku rasa lepas dah lama x blogging, ayat-ayat aku pon jadi skema? adehssss..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...