Thursday, January 28, 2010

Aduhai Lelaki...



Last night, on the way back from Balakong to Putrajaya, I listened to Fly FM..Kebetulan pulak masa tu Flirty @10.30. Ada sape-sape penah dengar jugak show ni? Anyway this show actually, give chance pada sape-sape yang nak ajak, kawan/gf/ex-gf/bf/ex-bf/secret admire go out on a date. They called Fly FM, bagitau dia nak ajak sape keluar and why etc etc and then the DJs will call that person and ask whether he/she nak keluar atau tidak dengan yang mengajak ni tadi.

So semalam, ada la sorang Indian gal ni call..nak ajak sorang lelaki ni.. Dia kata, dorang dah kenal for 3 years tapi tak pernah bertemu muka. Kenal melalui telefon dan hanya berkomunikasi melalui Friendster, phone..  Katanya, lelaki ni pernah melamar dia last year. Not sure melamar to be as his wife atau as a girlfriend je. But the girl said she never give him her answer. Konon-konon jual mahal kan.. Then dia kata dia penah ajak lelaki ni jumpa, tapi lelaki ni refused. Katanya, ada kerja.

Pendekkan cerita, DJ ni pon call la lelaki tu....

"Hello P***..."
"Hello...."
"This is *** from FLY FM... Have you ever heard about Flirty @10.30?"
"Erm nope.."
"There's a girl here wanna ask you out for a date..."
"Woo.. a date.. Cannot man, I'm ENGAGED!"
"oO..ur engaged..What's your fiance's name?"
"Oh I cannot tell... Who's that girl name?"
"She is J***.. Do you know her?"
"No la..I've never heard that name.."
"She said, you've guys have known each other for 3 years but never met..You just communicate with her thru friendster n phone.."
"Oh really, well, I have also never met my fiance!"
"Oh ok ok...P***, J**** is on another line..Try to talk to her.."
"Hello P**** thanks for everything.. It's okay.."
"Hello helloooo.. I cannot hear u laa.. The reception is very bad.. Helooooo...I heard a woman's voice but I couldn't recognise.. helloo..I'm in urban area la..I cannot hear.."
"J****,keep on talking to him.. he actually can hear you.." The DJ said..
"It's okla..thank you..bye2..."

Hohhhhhh................................

Damn that guy!

Huh marah nii.. Saya memang anti lelaki begini.. Terang-terang dia tipu perempuan tu. 3 tahun tau! Kalo aku jadi perempuan tu, memang aku maki hamun dah laki tu.. Dahla menipu, buat-buat tak kenal pulak dia. Melampau!


Atas sebab ini la, kita perempuan kena lebih berhati-hati dengan lelaki. Lelaki kaki penipu! Kaki meremukkan hati perempuan.. Kawan-kawan perempuan saya, saya nasihatkan, jangan libatkan diri dengan mengenali lelaki melalui laman web sosial/chat room. Melainkan anda dah betul-betul siasat asal usul lelaki tu. Takut nanti dia tu sebenarnya dah berbini empat, tapi masih gatal nak melukakan hati perempuan. Even yang salah-salah nombor, salah SMS tetiba nak berkenalan.. Cetpoooodahh, tolong jangan layan ok!

Ingat kawan-kawan saya, jangan terjebak dengan lelaki begini. Periksa dulu asal-usul dia. Anda punyai hak. Jangan biarkan hati dan perasaan anda dipermain-mainkan.. okkay???



Kalau nak tau bg/gf anda tu setia atau tidak, baik atau jahat, bolehla call Flirty @10.30 ni :D

Wednesday, January 27, 2010

Two Is Better Than One....



Alhamdulillah...

Lama tak bercerita pasal pumpkin and me kan?
hehehe bukan ape..kang nanti orang cakap aku ni dahla tak update blog. Pastu tetiba update cerita pasal pakwe lak eh ehehe..
Jangan mareee...

Anyway, kitorang macam biasalah..jumpa 2,3 minggu sekali..atau paling lama 2,3 bulan sekali. Dah dia kat sana, aku kat sini, masing-masing kena banyak bersabarla kan. Aku pun tak nak paksa-paksa dia turun KL every weekend semata-mata nak jumpa aku. Perjalanan makan masa dah, pastu duit minyak, tol, penginapan lagi. So, daripada bazirkan masa, wang ringgit tu, tak jumpa selalu pun takpelah. Jarang jumpa pun elok jugak kan.. Kekadang takut kalau diri ni terlagho.. Nauzubillah, semoga Allah melindungi aku dan dia daripada godaan syaitan..

Bila nak kawen?
Itu soalan paling famous di alam semesta ini eheh..
Erm..aku sendiri pun tak tahu bile sebenarnye. Kalau ikutkan hati memang nak kahwin dengan segera je..
Tak tahan ni ahahaha..
But we're planning slowly..Nak bina masjid ni bukan benda senang. Banyak perancangan kena buat. Aku takdela nak buat majlis besar-besar. Simple je tapi simple pun kena rancang dengan baik kan?
So, Insyaallah, ada jodoh, kahwinla kami..
 Doa-doakanla :)



Ok dah.. takleh panjang-panjang..takut korang rasa menyampohs ehehe..


Tuesday, January 26, 2010

Saya Tak Bersalah!

Curi-curi menaip......
Amponkan aku, dah gian sangat ni hehehe..

Tension melihat tajuk cerita menarik kawan-kawan tapi aku tak dapat membacanya..
Tension melihat blog aku tak berupdate, bersawang bagai...
Tension melihat jumlah pengunjung yang.. KOSONG!... ='(

Sedih jugak rasa.. Tapi apakan daya.. Aku takleh paksa orang datang berkunjung ke blog aku neh.. Sape suruh aku tak update kan?? huhuhu... Tapi bukan salah sayeeee.. Laptop yang buat hal :( Pape pun, tima kasehhhhhh daun keladi kepada kawan-kawan yang masih sudi bertandang...hehe anda memang terbaeeeekk!!

But honestly and seriously i tell u guys kan, hidup tanpa internet memang membosankan! Semalam ada dengar dalam FLY FM.. Katanya, semalam, 25 January 2010 is a 'No Internet Day.' Ramai jugak yang call bagitau dorang memang tak boleh hidup tanpa internet. Ada yang sebab dorang ni terlalu obses dengan Facebook, You Tube, Twitter etc etc.. Bagi aku.... hidup without internet ni memang seriously membosankan!! Dah 2 bulan dah ni takde internet kat umah. Opis ade, tapi berpada-pada la kan.. Lagipon busy memanjang kat opis ni. Kecuali pagi ni, saya dah terlampau gian! ahahaha..

Anyhow, aku biasanya online untuk.. BLOGGING! That's the main reason.. Then, I loo00oove reading other's blogs. Suka membaca kisah hidup orang. Macam-macam cerita menarik. Sometimes we could learn something from their writing. Facebook, Friendster jatuh nombor 2 dan 3.. Jarang jugak sebenarnya bukak laman web sosial neh.. Then, download lagu! ahaha.. Favourite dari time study dulu lagi... So now, almost 2 months without internet, huh, bosan tak terkata. Aku kat umah, tergolek tido jela....

Hmm..laptop belum sembuh.. Masih dalam wad. Semalam doktornya tak datang, tak dapat aku bertanya khabar, ape cerr laptop busuk ku itu. Hari ni aku akan cuba terjah doktornya. Oh yes, itu keputusan saya, baiki laptop dulu baru kereta :D

Nantikan kemunculan semula saya ye? (Bunyi macam artis veteran nak kembali ligat dalam persada hiburan je ekekeke)

Thursday, January 21, 2010

Hidup Segan, Mati Tak Mahu.......

Assalamualaikum! :D

Hacoooommmmmmmmm!!~ Haa..petanda blog bersawang dan berdebu dengan haibatnye. Haih, blog ni macam hidup segan mati tak mau dah.. Sorry all, lama aku tak update. Lama aku tak jenguk blog korang. Kat ofis skang ni, aku busy gileeeeeee.... Last week, hari-hari balik petang. This week pun ada je keje yang datang..so, nak jenguk-jenguk blog korang pon tak sempat..Laptop plak masih belum dibaiki. Entah bile nak bawak p kedai. Masa dan WANG amat mencemburui aku :(

Bulan ni sepatutnye kena servis kete.. Tengah pikir-pikir ni, nak guna duit yang sikit tu untuk servis kete ke servis laptop?? Aku dah rasa tertekan ni takde laptop. Takleh online lama jugak dah ni. Dok bayar free free jek Maxis BB tu bulan-bulan. Kereta pulak, baru 5 bulan after last service. Bese 6 bulan kan? Kalo ikut mileage memang dah kena bawak pergi servis. Tapi aku takde plak rasa macam kereta tu bermasalah. So, rasanya, aku postpone servis kete to next month and fix the laptop this month lahh.


Wajarkah keputusan ku ini??? huhuhuhuh..

Thursday, January 14, 2010

Buat Tatapan Umum

Ada cerita tapi tak sempat nak bercerita.. Jadi, untuk elakkan blog ni bersawang lagi hebat, aku tempek la gambar-gambar kucing ni dulu ye..

Kucing ni kucing kat rumah mak ayah and rumah abang.. Rumah mak ayah ada 12 ekor and kat umah abang ada 10 ekor.. Gile banyakk!!  Semuanya terjaga dengan elok, cukup makan dan cukup minum :)


 muka pasrah kena kurung ahaha





 motam tengah cari port nak beranak


 takde nama lagi..


motam 2 days before givin birth..perut moncet!


macam perut ular sawa...


congek paling restless kena kurung hihihi


ibu putih yg tgh bg susu ni dah mati..kena langgar kete :(


yang besar pon sebok jeeee..





abang & adik bergurau senda





tido atas batu pun bes!








adik beradik yatim piatu..mak dah mati :(








paling pemalu...


2 Januari 2010 - Motam gave birth to 3 lil kitties. Ayah cakap dah celik mata dah.. Gemuk-gemuk :)


Lagi wajah tension ahahaha





Spark





Monday, January 11, 2010

Laptop oh Laptop!

Assalamulaikum..

Anyone misses me? Oh, I miss you all badly!

Seriously bosan weekend haritu. Just duduk terperap kat umah, golek-golek atas katil, tengok kartun kartun kartun.. Nak keluar malassssss, berat bons ahaha.. No la..actually, takde duit nak pergi beronggeng. Gaji blom masukkk.. Cepatla 15hb!

Laptop masih rosak =( Tah bile nak pegi baiki. Hopefully, gambar-gambar, lagu-lagu yang tersimpan dalam Local D masih boleh diselamatkan. Aku tak sanggup kehilangan semuanya!Tak boleh guna laptop, tak boleh online, rasa macam hilang satu tangan je ehehe.. Hidup memang bosanla. Kalo laptop ok, 24/7 aku online. But now, aduhai..bosan!

Insyaallah, dapat gaji nanti aku bawak laptop ni pegi berubat. Then after dah ok, bolehla aku jenjalan kat blog korang. Really miss blog walking +_+

Take care all! :D

Friday, January 8, 2010

Contoh Tak Senonoh

Balik kampung haritu, aku teman akak aku shopping kat Tesco. Teman sesambil jaga budak-budak kecik yang sebok nak shopping jugak. Nasib baik Khalis & Alissa nak duduk dalam troli. Kalau tak, teruk jugak nak mengejar dorang ni.

Masa akak aku sibuk-sibuk cari barang tu, aku bawakla kanak-kanak riang ni kat tempat mainan kanak-kanak. Kat situ ada jugak jual buku-buku. Aku bosan-bosan, amikla satu buku, belek-belek. Sekali, aku terpaku..........



Ini.. buat aku terpaku...



WTH? Takde contoh lain ke??

Bagila contoh yang senonoh sket. U for Umbrella ke.. Ini, Urine Bowl??
Adoiyaii.. ni macam nak mengajar budak-budak kencing berdiri pun ye jugak ni..

Tak taula kalau anda rasa ini senonoh.
Saya rasa, TIDAK.

What say you?




p/s Saya tak dapat online hujung minggu ni. =( Sedih, x dapat update blog. Papehal pun, selamat berhujung minggu!

Bukan Entiti Tapi....


Apa yang aku cari sebenarnye?


Toww diaa tuan tuan dan puan puan..

Itu bukanlah entiti yang ditemui di rumah aku..Itu sebenarnye,











CONGEK yang sedang enak tido tergolek-golek.


Maafkan Congek kerana terlalu hitam hinggakan tak nampak ape dan maafkan aku kerana kamera henpon aku cap ayam saje..

Okla okla..aku kasi gambar Congek yang jelas sket...





Tak nampak jugak?? Nasib ko la Congek.. Sape suruh ko itam sangat... :P

Thursday, January 7, 2010

Cari 'Benda' Tersembunyi




Anda nampak apa yang saya nampak??

Wednesday, January 6, 2010

Terluah Sudah Segalanya

Assalamualaikum semua! :D

Rindunyeeee nak menaip kat sini.. Felt like it has been bout thousand yearssss aku tinggalkan blog ni. Padahal baru beberapa hari kan. Tak best sangat rasa bila tak update blog. Hidup rasa tak lengkap, cewaahhh :P

First week of January, everything is all okay.. Macam biasa juga.. Try to be more discipline this year.

Disiplin dari segi pengurusan wang - tahun ni kena bayar PTPTN!! and yes, saving kena lebih. Kata nak kawennn... :P
Disiplin dari segi menjaga kesihatan - ada orang umur 30 dah kena diabetes
Disiplin dari segi kekemasan diri - yeah yeah, tahun ni nak melawa sket pegi keje, selalu selekeh jek hihihi

Dan disiplin macam-macamla... Marilah ramai-ramai jadi cikgu disiplin.. Ehh?

Psstt..psttt.. haritu kannn... aku beranikan diri bercakap dengan my mummy tentang mypumpkin.. Oh! Tuhan saje yang tau bagaimana perasaan aku masa tu... Sebelum-sebelum ni pun pernah tergerak hati nak berbicara dengan mak tentang dia. Tapi takuttttttttt.... Ketaq lutut ni hehe.. Tapi entahle, tak tau dari mana kuasa datang mendorong aku untuk buka mulut. Kak Anum, i think it's from u laa.. Why tetiba je u encourage me eh?? Tak sabar nak tengok I kahwin yeee..ehehe..

By the way, alhamdulillah.... hepi sesangat! Gembira tak terkata! Mak restui kami. Alhamdulillah.. Rasa cam bermimpi pun ada jugak. Rasa cam nak tak tampar-tampar pipi ni.. sebab tak percaya.. Alhamdulillah, thanks mak.. I love you so much! Tiada apa yang Wani mahukan, selain daripada restu mak.. Soo, kahwinkah aku tahun ni? ahahahaha.. Gatai gatai...


Hepi rasa cam nak tergelak besor cam si Diman neh :D

Saturday, January 2, 2010

Jangan Lupakan Saye Ye?

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu..

Oh, cepatnye masa berlalu! Malam ni saya akan bertolak pulang ke Putrajaya dah..sobsob..

Malam ni juga, sepupu saya, Kapten (Dr.) Hamiza akan melangsungkan majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya, Kapten Mukhriz. Tahniah tahniah.. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Maaf aku tak dapat hadiri kenduri esok.. Terlepas nak tengok perbarisan tentera, terlepas nak tengok korang jalan bawah pedang. Wah wah.. Takpelah, bulan 2 nanti saya pegi kat Kepong ye :) Kepada kakak dan adik, dan abang dan mak ayah saya, makan kat kenduri sok, ingat saya juga ye hihih...

Adik aku pun dah nak daftar untuk second sem kat UiTM Machang. Bestnye jadi dieee.. Dok dekat sangat-sangat dengan rumah. Kalau naik kereta/ bas dalam 30 minit/45 minit je perjalanan. Kalalu jalan kaki memang lame laaa.. Tiap-tiap weekend boleh balik rumah. Isk jeles jeles.. Adik saye, Laling, sem 2 ni belajar rajin-rajin. Jangan dok berkasih sayang ngan henpon jeee.. Sem 2 ni blajar sungguh-sungguh sampai dapat Dean List lagi okeh?????

Klah, wanna sign off.. Maybe for a few days blog tahapehape ni akan tinggal tak berpenghuni. I'm off to Putrajaya tonite and laptop aku pulak rosak. Tak boleh nak guna langsung. Once everything's fine, I'll continue blogging.

Thanks to all yang sudi singgah, teruskan menyinggah ye. Masa saya takde ni jangan lupekan saya ye kawan-kawan....Terima kasih juga kepada yang sudi knock-knock nuffnang saye. Leb u all..Nanti saya blanje kit kat.. :D





p/s Motam gave birth to three cute lil kitties today (setakat pukul 8.30pagi tadi la. Tak tau kalo ada yang blom keluar).. Alhamdulillah ibu dan anak berada dalam keadaan baik :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...