Sunday, December 26, 2010

Tahniah Harimau Malaya!!!

Assalamualaikum,

Malaysia 3 0 Indonesia

Syabas Harimau Malaya!



Aku tengok dengan tv dalam keadaan begini

TV blur seblurnya. Kesnya, astro kat rumah ni decoder dah rosak. Akak aku pon malas nak panggil orang dia baiki ke ape so senang-senang discontinue jela. Bagi mengelakkan rasa bosan, kitorang belila aerial baper hengget tah kat carrefour. Pasang-pasang cam hampeh jek. Tak jadi gak. Teruk betul reception kat sini. Penat dah aku buat macam-macam dengan aerial tu. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap tarik panjang, sekejap tolak jadi pendek, still the same. Blur jugak. Kalo ikut hati nak give up je. Tapi semangat nak tengok bola nih, aku tahan jela mata. Tengok je dengan blur camtu.

And it's worth watching :)

Seriously for me, pemain Malaysia bermain dengan sangat sangat sangat baik. Tak sangka. Memang hebat lah. Dari bahagian tengah, penyerang, pertahanan, sayap tepi, penjaga gol, semua hebat! This is what we want. Semoga pemain Malaysia mengekalkan prestasi bermain dengan baik ni di Indonesia pada final kedua, 29 Disember nanti. All the best!

Suka dengan permainan Shahrul Idlan Talaha aka Mat Yo. Semangat pengantin baru kot? hehehe.. Selamat Pengantin Baru buat beliau! :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...